Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.6K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

14. Tragedi

29 3 0
By luv_ani

"Apa? Kamu tiba-tiba demam?" Cikgu Nurul begitu risau, ditambah lagi soalannya menerima anggukan Elfira.

"Jadi, kamu nak call ibu bapa kamu tak? Takut kamu lemah pula duduk di sini.." Cikgu Nurul menghulur telefon bimbitnya. "Call, okey?"

Elfira geleng laju. "Tak apa, cikgu. Rugi pula saya tak masuk kem ini, tahun terakhir saya di sekolah. Saya okey saja.."

Tidak ada yang peduli juga jika dia meminta keluarganya datang. Selain itu, Elfira tidak mahu menyusahkan mereka.

Cikgu Nurul angguk faham. "Kamu nak berehat atau join mereka?"

"Ada aktiviti ke?" Elfira melirik sedikit ke arah teman-temannya yang sedang berkumpul di luar tapak perkhemahan.

"Ada. Tapi bukan aktiviti, kuliah pagi. Lepas itu baru aktiviti, straight sehingga malam. Rehat pada waktu solat saja sebab kem kita hanya dua hari. Esok dah nak balik."

Elfira berfikir sebentar sebelum mengangkat wajah.

"Boleh," Seukir senyuman muncul di sudut bibirnya. "Tapi.. saya pergi lepas ni, boleh?"

"Okey, hati-hati ya. Lepas kuliah, kamu berehat di bilik rawatan ini. Aktiviti-aktiviti itu sungguh berat untuk kamu sertai dalam keadaan macam ni."

Elfira angguk faham. "Terima kasih, cikgu."

Belum sempat Cikgu Nurul menjawab, seseorang mengetuk pintu yang sedia terbuka. Mereka berdua menoleh.

"Maafkan saya," Ryan memberi senyuman. "Saya ada ubat. Nak bagi kepada Elfira sekejap." Pandangannya teralih kepada sahabatnya. Mata Elfira membulat, setahunya hanya Cikgu Nurul yang sedia tahu.

Oh, fikirannya imbas kembali kejadian semalam. Memang patut Ryan tahu.

Cikgu Nurul mengangguk. "Hanya lima minit." Kemudian keluar daripada ruang tersebut.

"Baliklah, Fir. Jangan paksa diri," Sejurus saja cikgu keluar, muncul kata-kata mutiara Ryan.

Elfira geleng. Dia batuk sedikit sebelum berucap. "Kalau aku balik sekalipun, tak ada orang nak jemput."

Ryan mengerut kening. "Abang kau kan ada,"

"Dia tak peduli." Pandangan Elfira semakin muram.

"Tak ada yang peduli! Tak ada yang peduli tentang aku," Elfira menunduk, tangannya menutup keseluruhan wajah.

"Tak ada.." Kali ini, Elfira sedikit emosi, melayani perasaannya.

Tubuhnya panas kerana terkejut dengan suhu air tasik semalam. Dia ikut emosi dengan segalanya. Dia ingin menangis, tapi ini hanyalah masalah kecil untuk ditangisi.

"Ada," Ryan menatap gadis yang jauh di sebelahnya itu. "Aku peduli.."

"Aku peduli, okey?" Lelaki itu maju dan mendekati kedudukan gadis itu.

"Ini ubat. Aku bawa sebagai persediaan, takut kawan-kawan aku demam nanti." Plastik yang berisi ubat itu diletaknya di atas kerusi sebelah gadis itu.

Ryan melipat lengan baju hingga ke siku. Elfira dapat melihat ada jam tangan tergantung di salah satu pergelangan tangan lelaki itu, yang kemudiannya dilirik oleh pemilik. "Only five minutes,"

"Selamat berehat." Jejaka itu memberi senyuman manis sebelum berjalan keluar daripada ruang tersebut. Dia kembali meninggalkan gadis itu sendirian.

Elfira menatap plastik ubat di kerusi sebelahnya. Dia menghembus nafas pelan sebelum tangan kanannya merayap memegangi bahagian jantungnya.

Masih berdegup, tetapi laju daripada biasa. Bahkan berganda-ganda.

Elfira seperti hilang akal, memaksa dirinya untuk bertenang.

Bab 14: Tragedi

Kicauan unggas meronai suasana kem yang menghijau. Dataran hijau terbentang, saujana mata memandang.

Sebuah tasik menceriakan lagi panorama kehijauan di kawasan pergunungan yang nyaman itu. Jauh daripada hiruk-pikuk kota yang mengundang berbagai gangguan.

Tubuh Elfira dilitupi dengan beberapa helai baju untuk menetralkan haba tubuhnya. Namun, dingin tetap menikam.

Wajah dan bibirnya putih pucat, tangan dan kakinya sejuk. Namun apabila Ayuni menyentuh dahi mulus itu, tangannya pantas bertindak balas.

"Panasnya!" Terasa haba menyerap kuat tapak tangannya.

"Macam hantu dah aku tengok muka kau ni!" Dahlia kekal menatap wajah pucat kawannya.

Elfira ketawa kecil, sebelum berhujung dengan batuk. "Sudah, fokus." Mereka bertiga kembali menatap ke hadapan.

"Jangan bosan bertaubat walaupun dosa kita terus diulangi," Senyuman singkat terukir di bibir tuanya. "Bukankah pakaian kita dicuci setiap kotor?"

Santapan motivasi telah bermula sejak dua jam yang lalu. Para peserta sedang asyik menumpukan perhatian pada kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Idris, tetamu terhormat.

Ryan angguk beberapa kali tanda memahami, yang lain turut berdiam diri.. membiarkan rohani mereka disantap dengan baik.

"Jadi.. tetaplah solat meski nikmat ibadah kita hampir tak ada, bacalah Qur'an meski seolah mati rasa di hati." Kuliah itu mampu membuat seluruh dewan hening.

"Sebab kita tidak pernah tahu rakaat mana kasih Allah akan memeluk kita dan di ayat mana Allah akan melembutkan hati kita."

Masing-masing tersentak.

"Faham?"

Mereka semua mengangguk faham.

"Sebelum saya tamatkan kuliah saya hari ini.. saya nak.." Senyuman sinis terbit di bibir. "Saya nak pilih salah seorang untuk simpulkan apa yang saya sampaikan hari ini."

Masing-masing saling berpandangan, muncul perasaan takut dan gementar.

"Habislah.. jangan pilih aku," Bisik Amir. Ryan di sebelahnya ketawa kecil.

"Itu," Suara Ustaz Idris kembali bergema di batang mikrofon. Ryan dan Amir memandang ke arah ustaz. "Awak yang suka."

Ryan terbatuk.

Amir terhenyak.

"S.. saya?" Soal Ryan.

"Iya, siapa lagi?"

Ryan mengemam bibir sebelum bangun berdiri. Seisi dewan saling mendongak kepala untuk melihatnya, sehingga ada yang terus berdiri daripada kerusi supaya pandangan tidak terhalang.

"Weh, Ryan yang dapat!" Elfira mendengar satu bisikan perlahan dari belakang tubuhnya. Bisikan di antara dua orang gadis.

"Tahu," Kawannya menyahut. "Crush kau, Qaseh!"

Elfira tersentak mendengar nama itu.

"Psstt, jangan kuat sangat!" Qaseh mencemuh. "Nanti classmate dia dengar, depan kita ni bestie dia.. Elfira." Bisiknya.

Namun, Elfira mendengar bisikan itu samar-samar. Dia berusaha untuk berpura-pura tidak mendengar, fokus kepada Ryan yang sedang merangka jawapan.

"Nama apa?"

"Ryan Haikal. Boleh panggil Ryan, ustaz." Suara lembut Ryan muncul.

"Ryan.." Ustaz Idris angguk beberapa kali. "Sedia?"

Ryan angguk. Dia berdehem sebelum merapatkan bibirnya pada mikrofon yang diberi oleh ustaz.

"Berdasarkan kuliah yang disampaikan oleh ustaz selama dua jam berturut-turut.." Baru saja beberapa patah perkataan, dewan bergegar dengan ketawa, memotong bicara sang pemilik suara.

"Kamu nak cakap saya ni ceramah lama ke?" Ustaz Idris mengangkat sebelah kening.

Ryan ketawa kecil, tidak tahu bahawa ketawanya terakam dengan mikrofon. "Hehe.. bukan ustaz.. maksud saya.. betullah kan, dua jam?"

Cengiran Ryan membuat semua orang terkekeh geli. Apa lagi nada dan tatapan Ustaz Idris seakan-akan melayani kebudak-budakan muridnya.

"Okey, saya sambung ya..," Ryan tersenyum dan menatap sosok ustaz di hadapannya. Tidak berani menatap ke arah orang lain. "Apa yang saya dapat, ustaz banyak bagi nasihat tentang solat, ibadah pertama yang akan dihisab. Selain daripada kerana perintah Allah, solat juga dapat melindungi diri kita. Kalau kita buat dosa, pasti ada salah dalam ibadah solat kita.."

Ustazah Idris angguk, senyumannya kian melebar. "Jika kita nak baiki hidup kita, kita perlu baiki solat kita dulu. Dan jika kita nak baiki solat kita, baikilah cara bersuci kita. Wuduk." Tutur Ryan.

Mata para gadis berbinar.

"Dan kesimpulan sendiri yang saya nak buat.." Ryan jeda seketika sebelum menyambung. "Jadikan solat seperti hubungan cinta kita bersama Allah, bila rindu ditinggalkan dan resah bila tak dilaksanakan."

Kesimpulan sederhana itu menerima tepukan tangan meriah daripada seisi dewan. Bermula daripada pelajar yang semangat sehingga pelajar yang hampir tidur. Semuanya terjaga, tersentak, dan menerima kesimpulan itu dengan baik.

Mikrofon itu bertukar tangan, kembali kepada pemiliknya semula. Ustaz Idris menatap kagum ke arah anak muda di hadapannya.

"Saya sangat bersyukur kalau ada orang faham apa yang saya nak sampaikan. Saya suka, dan saya rasa dihargai." Dewan kembali senyap.

"Terima kasih, Ryan. Eh, Ryan, kan?"

Ryan angguk disela-sela senyuman sebelum kembali duduk di atas kerusi.

"Betul apa yang saudara Ryan kata, solat itu sangat penting dalam hidup kita. Ingat, kalau kita masih berbuat dosa dengan sengaja.. PASTI ada salah dalam solat kita!" Ustaz Idris sedikit menekan.

Mereka semua angguk serentak, sebahagian ada yang mencatat dalam buku nota.

"Itu saja daripada saya, apa yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada saya. Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh."

Usai menjawab salam, semua serentak berdiri dan memberi tepukan gemuruh.

"Terima kasih, Ustaz!" Sebahagian daripada mereka mendekat untuk bersalaman, mencium tangan. Ustaz Idris menyambut dengan lembut sebelum meminta izin untuk beredar.

Selepas beberapa minit dewan tidak berada dalam keadaan terkawal, kaki Syiraz naik meraih mikrofon di atas pentas.

"Makan pagi disediakan di setiap khemah. Makan kalau taknak kena gastrik!" Jeritan tegas lelaki itu membuat pandangan mereka teralih.

"Amir," Mata Syiraz memandang tepat pada pemilik nama. Amir yang mengerti, terus berlari ke atas pentas. Dia meraih mikrofon yang diberi.

Peranannya sebagai setiausaha akan berjalan.

"Hanya kuih disediakan, itu pun perlu dibahagi kepada setiap ahli kumpulan." Ucap Amir serius sehingga dewan tidak berani membantah. "Kerana kita akan ada satu aktiviti untuk mencari makan iaitu memancing. Slot ini.. saya akan pegang."

"Mir, kalau tak dapat ikan?" Suara Danial muncul dengan lantang.

"Rezeki tak salah alamat. Kalau dapat, alhamdulilah. Tak dapat, bukan masalah aku." Amir mengangkat bahu.

"Amir!!"

"Ikutkan peraturan turun-temurun, makan pagi juga perlu dicari sendiri, tak disediakan. Tapi atas sebab simpati, banyak aktiviti yang perlu guna tenaga.. makanan disediakan. Jangan membantah, aku malas layan, faham?"

Amir begitu serius jika berkait dengan jawatannya. Bahkan lebih seram daripada Syiraz. Mereka semua terangguk-angguk.

"Bergerak sekarang!"

_____________

Selepas makan pagi, semua aktiviti yang telah disusun rapi akhirnya berjaya dilakukan. Para pelajar penuh dengan keringat masing-masing, menunggu masa untuk berehat.

Aktiviti jungle traking, berakit, merentas halangan, kembara ke kawasan pedalaman, berkhemah, berkayak, mendaki bukit, memancing dan menjala ikan telah ditempuh mereka.

Sekarang sudah menunjukkan jam 8.30 malam. Usai saja menunaikan solat Isyak, para pelajar berkumpul di dewan untuk makan malam dan menikmati acara santai sebelum berarak masuk ke aktiviti seterusnya.

Pelbagai nyanyian, lakonan dan nasihat diberi oleh pelajar-pelajar yang melibatkan diri di dalam penunjukan. Semuanya santai, tidak ada yang bertanding.

"Sambil makan, apa kata kita dengar pantun?" Kini suara Amir bergema, menyentuh gegendang telinga pelajar-pelajar yang berterabur. Sebahagian hanya mendengar, dan sebahagian lagi menyahut setuju.

"Oke, siapa mahu berbalas pantun bersama saudara Danial?"

Sepi. Semua saling berpandangan, mencari seseorang yang mahir berpantun. Semua orang tahu bahawa Danial memegangi julukan 'Raja Pantun'.

"Pergi, Lia!" Ayuni memaksa, menolak bahu Dahlia berkali-kali.

"Eits, taknak aku! Kau lah!"

"Heh, malas!"

"Sama,"

"Lepas itu siapa lagi kalau bukan kau?" Soal Ayuni, cemberut.

"Ish kau lah, kau ada pengalaman,"

"Sebelum Nial pilih, sebelum kau menyesal, dan sebelum kita meredah hutan lambat.. sehingga masuk tidur lambat juga.. baik kau pergi." Arah Ayuni, bersama nada yang menekan.

"Ish!" Dahlia menjeling.

"Saudari Dahlia..," Mikrofon menyebut namanya. Dahlia terperanjat. "Nak cuba?"

Sebelah kening diangkat, memandang sinis. Danial tersenyum nipis. Semua pandangan automatik jatuh pada Dahlia yang mula gugup.

Ayuni ketawa kecil. "Aku dah kata.."

Dahlia menggigit bibir bawah. "Fine!" Langkah diatur menuju ke atas pentas. Setelah sampai, lebihan mikrofon diberi kepadanya.

"Tema apa?" Danial memandang Dahlia sekilas sebelum memandang para penonton jauh di bawah pentas. "Sila pilih nombor, dari nombor satu hingga nombor lima."

"SATU!"

"TIGA!"

"TIGA LAH!"

Danial angguk sebelum melirik kertas yang berisi tema-tema mengikut nombor itu. Matanya membulat tatkala melihat tema nombor tiga.

"Cinta tak terbalas."

"WAHHH!" Semakin ramai mendekat. Dahlia pula pasrah.

Tubuh setiap orang semakin tegap, mula fokus apabila mendengar tema yang menarik itu.

Sesaat, dua saat, mata Ryan menatap Elfira yang jauh di hadapannya. Sesaat, dua saat, dia semakin kagum walaupun wajah gadis itu pucat lesu.

"Kita mula," Danial tersenyum sebelum mula mengajukan pantun. "Sejambak kasih setangkai hati, dua jiwa berpadu satu, saat begini memang dinanti, ikatan mesra terikat di kalbu."

Dahlia menarik nafas sebelum membalas. "Asap api di Tanjung Tuan, Kuala Linggi bakaunya rendah, harap hati kepada tuan, langit tinggi kupandang rendah."

"Wooo!" Sorakan demi sorakan mula kedengaran. Danial mengiringkan kepala, berusaha mencari maksud yang ingin diutarakan. Harapan tidak kesampaian..?

Sudut bibirnya terangkat seketika. "Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya."

"Dua rangkap..." Dahlia berbisik cemas dengan perubahan rangkap pantun. Otaknya segera mengatur alur kata.

"Limau purut lebat di pangkal, batang selasih condong uratnya, hujan ribut dapat ditangkal, terpaut kasih apa ubatnya?"

Danial mengawal senyum. Tidak sempat dia menjawab, Dahlia mengutarakan satu lagi pantun.

"Harap awak bijak mengubat, tawarkan saya penyakit rindu."

"WEHHH!!" Dahlia dapat mendengar di antara berbagai teriakan itu, Ayuni lah yang mengetuai. Elfira pula tersenyum senang.

Danial ternganga.

"Untuk apa bicara cinta, jika hatimu tak terbuka?" Segera Danial ajukan.

Dahlia mengeluh pelan. Dia sehabis mungkin merangka ayat-ayatnya.

"Orang pantai tanam selasih, duduk menanam di waktu fajar, saya tak pandai bermain kasih, bolehkah awak menunjuk ajar?"

Sekali lagi, Danial terpana. Apakah...

Tting!

"Masa hampir tamat.." Semua orang mengeluh, menunggu jawapan Danial.

Danial menggeleng laju sembari mengukir senyum. Dan sekali lagi, Danial tidak sempat menjawab, Dahlia pantas memotong.

"Buah mengkudu kusangka kandis, kandis terletak dalam puan, gula madu kusangka manis, manis lagi senyuman tuan." Dahlia tersenyum kemenangan.

Danial terkejut lagi. Sungguh pantas gadis ini merangka sesuatu.

Tting tting!

"Bila masa dipanggil maut, cinta tidak berharga lagi, asam di darat ikan di laut, sampai masa berjumpa lagi." Akhirnya Danial menutup pantun, membuat semua penonton mengeluh.

Padahal acara ini hampir mencapai titik tertingginya.

"Yes!" Dahlia mengenggam erat tangannya, merasa diri sudah menang.

Dia sedar Danial berjalan mendekatinya. Dahlia pantas menatap lelaki itu. Langkah automatik mati.

"Lost! Aku tak berkawan dengan orang yang kalah!" Ujar Dahlia lantang bersama senyuman sinis. "Itulah, nak ajak aku sangat.."

Danial ketawa kecil. "Kau menang kali ini, sebab aku tak sangka.."

"Aku mendalami karakter, kan?"

Danial angguk perlahan bersama iringan ketawa. "Meh, mikrofon tu.. Syiraz nak guna."

Dahlia segera memberi mikrofon di genggamannya. Usai saja menerima benda itu, Danial berpatah arah, berjalan ke arah sahabatnya.

"Baik, semua berkumpul untuk aktiviti meredah hutan. Beratur." Ujar Syiraz selepas mengambil mikrofon pemberian Danial. Suaranya kembali bergema.

"Untuk aktiviti ini, kita santai saja. Tak terlalu ekstrem, malah sangat ringan. Hanya berjalan bersama pasangan masing-masing untuk meredah hutan.. mencari serangga atau jenis tumbuhan baru. Kenal alam ciptaan Allah. More to explore," Ulas Syiraz panjang lebar.

"Ingat, riadah itu satu ibadah." Dia menekan kata-katanya. "Kembali sebelum pukul 10 malam. Got it?"

"Bergerak, ikut pasangan yang telah ditetapkan!" Suara Amir muncul tanpa mikrofon di seberang arah. Bergema dengan sendirinya.

"Yeay, kita pasangan!" Omar mendakap bahu Zayn erat. Zayn tersenyum nipis.

"Ramadan dengan Syawal ke?"

"Iya kut. Eh, aku takutlah jumpa pula hantu semalam tu!" Omar berbisik gerun. Sehingga bulu Roma Zayn merinding.

"Jangan ingatkan," Tegasnya. "Kita tak lalu kawasan telaga tu, kan?"

"Kenapa? Takut?" Omar melagakan bahu mereka berdua.

Zayn ketawa sebelum berjalan mendahului Omar. "Mitos."

"Eh!" Omar pantas mengikuti langkah lelaki itu.

Para pelajar berpusu-pusu keluar daripada dewan, bergerak ke tujuan mereka; hutan.

Dalam perjalanan meredah hutan dan melalui denai hutan, mereka menemui keindahan alam, serangga-serangga yang jarang terlihat.

Benar apa yang Syiraz kata, 'kem sambil belajar.'

"Mana ni?"

Ryan begitu asyik mengamati setiap helaian daun basah untuk melihat serangga kegemarannya, rama-rama.

Sehingga pandangannya jatuh pada salah satu daun yang dihiasi dengan rama-rama bersayap warna-warni. Sungguh cantik dan indah.

Ryan tersenyum manis, sebelum mengamati sekeliling.

"Eh mana yang lain?" Dia baru tersedar. Syiraz tiada bersama-samanya. Peserta-peserta lain juga tidak kelihatan.

Ryan memutuskan untuk bertindak. Setapak demi setapak, langkah diatur jauh ke hadapan untuk mencapai serangga itu. Tiba-tiba..

Sreettt!

Ryan tergelincir apabila memijak akar kayu yang basah.

"Arghhh! Tolong!"

Ryan tidak sempat berpaut, lantas terjatuh ke dalam jurang.

++++

"Tolong!"

Syiraz berhenti melangkah tatkala mendengar jeritan seseorang. Apatah lagi suara itu seperti suara..

"To.. tolong.. tolong.."

Lambaian tangan itu, cara tubuh itu perlahan terdampar di dasar laut. Tubuh Syiraz mula menggigil. Mimpi buruk itu kembali menerjangnya.

Syiraz segera berbalik, menatap sekeliling. Tidak, tidak ada Ryan. Padahal mereka berdua berjalan bersama sebentar tadi.

Itu Ryan, bukan orang lain!

Syiraz berlari ke arah kawasan yang dilaluinya tadi. Bunyi ringisan kuat dari bawah jurang. Syiraz melirik ke bawah.

Ryan terdampar di atas tanah, bersama lumuran darah yang mambasahi sebahagian kepala.

"Ryan!" Tanpa membazir masa, Syiraz merangkak turun ke bawah jurang yang tidak dalam.

"Ryan! Bangun!" Panggilnya cemas. Perlahan-lahan Ryan membuka matanya dengan pandangan berpinar-pinar. "Kau okey?"

Mulut Ryan terkunci. Kepalanya masih pening dan.. sakit.

Dengan bantuan dua orang pelajar yang kebetulan beriadah di situ, Ryan akhirnya berjaya naik ke tebing. Mereka bertiga memapah Ryan pulang ke kem.

"Kenapa ni?" Mata Elfira terbutang cemas tatkala melihat kedatangan empat orang lelaki dalam keadaan longlai. Dia juga sedang berehat di bilik rawatan.

"Ryan!" Kepala dan baju Ryan berlumuran darah. "Syiraz.. apa jadi?" Tanya Cikgu Nurul cemas.

"Tak apa. Sikit saja.." jawab Ryan apabila terdengar namanya dipanggil.

"Sikit apa ni? Ya Allah!" Amir datang tiba-tiba, segera bantu memapah Ryan masuk ke bilik rawatan.

"Elfira, ambil peti kecemasan!" Arah Cikgu Nurul. Elfira segera bergegas mengikut arahan.

Ryan ditidurkan di salah satu katil. Senyuman masih terukir. "Terima kasih, semua."

"Terima kasih, korang boleh rehat." Ucap Amir kepada dua pelajar yang membantu sahabatnya tadi. Mereka berdua bersorak riang sebelum keluar dari bilik rawatan.

Usai dua pelajar itu keluar, seseorang pun masuk. Di genggamannya ada sebuah peti kecemasan. Langkah kecilnya mendekat ke arah katil.

"Ryan.. sakit, ke?" Soal Elfira. Ada sedikit getaran pada nadanya.

Syiraz dan Amir saling berpandangan.

"Sakit." Ryan angguk, nafasnya tercungap-cungap. Tiba-tiba saja perkataan itu keluar saat gadis tersayangnya bertanya.

"Allahuakbar.." Bisik gadis itu. "Er, cikgu ada suruh bawa benda ni.." Dia menunjukkan sesuatu di genggamannya.

"Biar aku tolong ubatkan dia." Amir maju, mencapai peti kecemasan itu.

Memandangkan dia sudah terlatih, Amir dapat membersihkan luka kecil di kepala sahabatnya. Torehan dan calar-balar di wajah kacak itu. Selepas itu, kepala Ryan dibalut untuk menghentikan aliran darah.

Wajah Elfira masih kelihatan cemas. Syiraz juga masih pucat.

"Cikgu Nurul dah panggilkan cikgu pasukan bulan sabit merah. Kau tunggu dulu, okey?" Ayuni datang, bersama-sama Qaseh di sampingnya.

Ryan hanya angguk lemah.

"Qas timbalan pengerusi uniform bulan sabit merah, dia boleh merawat kau." Sambung Ayuni, mengundang tatapan mereka semua yang ada di sana.

"Aku yang pengerusi uniform ni apa fungsinya? Biar aku saja rawat." Amir mencelah, membuat Qaseh segera menunduk.

"Aku lupa," Jawab Ayuni.

"Diam. Aku nak balut luka dia ni." Ucap Amir tegas, membuat Ayuni menelan ludah.

"Korang yang perempuan boleh keluar. Baju Ryan penuh dengan darah, perlu diganti." Tutur Syiraz.

Elfira, Ayuni dan Qaseh segera beredar dari sana.

"Untuk rawatan selanjutnya, kita tunggu cikgu. Bertahan, okey?" Suara lembut Amir membelai telinga Ryan. Ryan angguk.

Sementara menunggu cikgu tiba, Ryan diulik mimpi dalam masa sekejap kerana terlalu letih dan lemah.

Manakala Syiraz dan Amir pula terduduk lesu di atas sofa. Mereka menghembus nafas lelah.

"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 171 48
Misha seorang gadis yang baru sahaja pulih dari trauma akibat kehilangan abangnya iaitu Fateh dalam sebuah kes pembunuhan menjumpai Zaquan seorang je...
86 59 50
Semua didalam buku ini saya ambil dari sumber-sumber tertentu. #Free Palestine 🇵🇸 #Save Gaza 🇵🇸 #All eyes on Rafah 🇵🇸
297 178 17
Sebuah hikayat. Satu cerita. Dua rasa. Bersatukah jua? Renjana Niskala || Rasa yang tidak wujud Andai Renjana, Nirmala bahari, Ku susun aksara buat...
1.1K 91 13
"sometimes someone who helps you to heal your wounds is the person who will make your wounds even deeper in your heart. So do not easily give your he...