Kerana Cinta

By N_aqilla

45.1K 3.3K 451

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog
NEW STORY ALERT!

Bab 46

305 23 1
By N_aqilla

So beautiful seeing someone who has been unlucky in relationship and finally being loved effortlessly by the right person.

Senyap. Taufik sekadar memeluk tubuh memandang dua tubuh yang mula membuka sesi serius itu.

Berhadapan satu meja ada Arian yang masih menunduk dengan bahu terhinjut hinjut. Di satu arah bertentangan pula ada Nawra yang sudah seperti singa kelaparan. Bersiap sedia hendak membaham mangsa.

"I tak suka nak marah marah. So, better you bagitahu I apa benda yang tengah jadi sekarang ni. Kenapa Ayra keluar dari rumah kau orang? Betul ke apa yang Ayra cakap dekat I? And that crazy Citra..." Nawra sudah menunduk mengurut pelipis sendiri.

Melihat akan kebisuan Arian, Taufik menggeleng perlahan. "Jawab soalan tu sebelum penumbuk aku ni naik lagi kat muka kau."

Arian kekal bisu. Tak berminat untuk menjawab soalan soalan itu. Air mata lelakinya diseka kasar.

Kedengaran keluhan kecil terlepas dari bibir Nawra. "I ni due date lama lagi, kang tak pasal pasal I kena bersalin awal sebab nak kena menghadap perangai gila you ni."

"Tak penting untuk kau orang tahu."

"Tak penting? Kami ni siapa pada kau? Orang luar? Fine, kalau tu tanggapan kau pada kami. Tak apa. Kami faham. Tapi Ayra tu, Arian. Dia tu isteri kau. Kau sedar tak yang kau dah sakitkan dia?" Taufik sudah menyampuk buatkan Arian lepaskan keluhan kasar.

Arian bangkit dari duduk. Mata merah akibat tangisan sebentar tadi tajam menatap pasangan tersebut.

"Kau ingat aku suka keadaan sekarang ni? Kau ingat aku rela tengok air mata Ayra?" Arian meraup kasar rambutnya.

"Then why? You yang decide nak nikah dengan Citra kan? Tak ada paksaan. You yang nak. Dan yang paling teruk you nak nikah dengan keadaan wife you tengah pregnant!" Nawra juga sudah bangkit dari duduk. Kemarahannya melonjak bila Arian terus terusan menyembunyikan kebenaran.

"Otak kau tu function ke tak?"

"Ayra tu tengah mengandung! Dia excited nak beritahu you berita tu! You pula dengan muka tak bersalah boleh beritahu dia you nak kahwin lain?"

"Bodoh jenis apa kau ni?"

Berselang seli kedengaran bebelan dari Nawra dan Taufik. Kedua duanya seolah olah melepaskan kemarahan bagi pihak Ayra.

"Citra tu mengandungkan anak Farraz!" Tak tahan dek desakan akhirnya suara Arian kuat bergema. Serentak itu dia kembali terduduk dengan nafas yang tercunggap cunggap. Dadanya terasa sesak. Ruangan itu terasa sempit buatkan dia berpeluh peluh.

"What?" Antara dengar tak dengar saja suara Nawra. Matanya naik memandang keadaan Arian. Lelaki itu kelihatan sudah berpeluh mengatur nafas sendiri. Matanya berpaling pula memandang suaminya.

"Ubat. Dalam laci." Jari telunjuk Nawra naik menunding ke satu laci. Tak betah melihat keadaan Arian, segera Nawra beri arahan. Mujur saja dia sudah lali berdepan dengan keadaan Arian sebegini.

Panic attack. Tak mungkin Nawra lupa sedangkan awal perkenalan mereka juga sebegini. Ya, Nawra hulurkan bantuan buat Arian. Kemudian, mereka bersahabat sehingga lah segalanya terbejat angkara perasaan cinta yang kian bercambah dalam hati Arian.

Buru buru Taufik melangkah ke meja kerja Arian. Laci meja ditarik kasar. Nawra pula lekas lekas mencapai jug di atas meja kopi kemudian dituang ke dalam gelas.

"Makan ubat ni, Arian." Satu pil kecil dihulur ke arah lelaki itu.

"Tak payah!" Serentak itu Arian tepis kuat ubat tersebut sehingga pil kecil itu tercampak jatuh dari tangan Taufik.

"Arian, you perlukan ubat tu." Nawra menyampuk buatkan Arian tergelak sinis.

"Sekarang baru kau nak peduli? Lepas semua tuduhan yang kau orang buat dekat aku? Lepas semua benda yang aku kena hadap osrang sorang?" Arian ukir senyuman sinis. Kepalanya terasa sesak. Terlalu banyak perkara yang berlusu pusu menyerang akalnya buatkan Arian seolah olah hilang kewarasan diri.

"You yang pilih untuk telan semua ni sendiri!"

"Aku cuma nak jaga maruah orang yang aku sayang. Farraz... Farraz dah banyak berkorban untuk aku. Bila Citra kata dia mengandungkan anak Farraz... Aku keliru... Aku sayangkan isteri aku tapi Farraz sahabat aku... Citra ugut nak beritahu semua orang yang Farraz dah buatkan dia mengandung... Farraz dah tak ada... Aku tak nak nama dia buruk..." Membayangkan apa yang sudah terjadi Arian bungkam sendiri. Manakan mungkin dia sanggup untuk menyakiti hati isterinya. Namun, keadaan memaksanya. Di antara sahabat dan kebahagian rumah tangga. Dia tersepit. Tak ada tangan yang sudi membantunya. Di saat dia memerlukan sosok seorang sahabat di sampingnya, Allah jauhkan jarak mereka.

"Bad news, happiness is temporary and good news pain is also temporary." Kedengaran nada sayu Arian.

"Kau percaya bulat bulat apa yang Citra tu kata? Dia ada bukti ke?" Taufik cuba berbicara secara rasional. Seketika matanya mengerling ke arah Nawra. Emosi wanita itu pastinya sedang tak stabil. Dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung dan berita yang menimpa ini. Pastinya emosi itu sedang dilambung ombak. Arian ni pula. Meyakitkan hati.

"Arian, relationships don't last because of good times. They last because the hard times were handled with love and care. Together. Apa yang kau buat ni salah. Kau tak patut ambil tindakan melulu-"

"Dah tu kau nak Citra tu beranak dulu ke? Ke nak tunggu budak yang dia kandung tu masuk tadika?"

"Bukan. Ish! Kau tahu tak istilah setiap orang ada hari bodoh dia? Aku risau kau ni orang yang jenis bodoh setiap hari." Taufik urut pelipis sendiri. Macam mana nak selesaikan masalah Arian ni?

"Maksud aku, kau kena duduk berbincang dengan isteri kau pasal benda ni. Kau patutnya beritahu kami. Tak pasal pasal kau dah makan penampar dengan penumbuk kita orang." Tulah orang kata kursus kahwin jangan tidur kan dah dapat bodoh unlimited.

"Sekarang, aku nak kau balik. Tenangkan diri. Pasal Citra, nanti kami bantu. Tak perlu sampai nak kahwin dengan dia. Entah betul entah tidak Farraz bapak budak tu." Taufik menyambung lagi. Langsung tak memberi peluang untuk Arian membalas.

"Tak. Orang luar tak patut tahu hal ni. Aib orang yang dah tak ada... Patutnya kita simpan rapat rapat."

"Aku tak kata aku nak publish berita pasal ni. Balik lah Arian. Betulkan diri kau. Lepas tu pergi jumpa Ayra. Dia perlukan kau." Taufik tarik tubuh Nawra. Wanita itu kelihatan tak berdaya. Mungkin saja terlalu penat dengan keadaan ketika ini.

"And you... You should rest wife." Selamba Taufik mencempung tubuh isterinya.







كل شيء سوف يمر، ولكن ليس كل شيء سوف يُنسى

Segala sesuatu akan berlalu, namun tidak semuanya akan terlupa.

Continue Reading

You'll Also Like

11.7K 657 34
KARYA PERTAMA The Hero's Arleena Zachria Tidak pernah terfikir dirinya untuk menjadi Wira untuk menyelamatkan sesiapa , namun itulah kerjanya sekaran...
261K 9.3K 59
[ COMPLETE ] Peristiwa hitam zaman kecil telah mempertemukan dirinya dengan seorang yang mampu membuatnya sentiasa bahagia. Namun semuanya berubah ap...
1.5K 270 15
Jalan baharu buat Qaireen Uzma, meninggalkan keluarga demi masa depan dan cita-cita. Perjalanan yang penuh dengan pertemuan-pertemuan yang tidak di j...
243K 11.4K 63
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐈𝐦𝐫𝐚𝐧 || 𝐑𝐚𝐢𝐬𝐲𝐚 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 Takdir yang telah mempertemukan Syed dan...