Berhenti Mencintai

Autorstwa atikah_ayuni

1.8K 298 443

"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beber... Więcej

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Not A Update
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Bab 13

52 8 24
Autorstwa atikah_ayuni

   "Raqib, stop!" Keluar sahaja dari pintu pagar, Zara terus menerpa ke arah Raqib.

Raqib hanya tersenyum. Menandakan dia sudah menang.

"Awak nak apa sebenarnya ni, Raqib?" Zara melihat Raqib yang sedang tersenyum sambil bersandar pada motor.

Raqib mendekati Zara perlahan lalu merapatkan wajahnya dengan wajah gadis itu.

"I want you," bisiknya perlahan di hadapan wajah Zara.

Zara yang disergah begitu tidak mampu melakukan apa-apa. Dia hanya terkaku.

"Jom, teman I pergi taman." Raqib menjauhkan kembali wajahnya.

"Saya tak naklah, awak tak faham ke? Awak pergi balik sekarang!" Zara menjeling Raqib. Dia memusingkan badan untuk masuk semula ke dalam rumah.

Pon!!!

Zara berpusing semula. Melihat Raqib yang sedang tersenyum sinis.

"Fine! Tadi awak cakap nak say something, jadi cakap je dekat sini. Tak perlu pergi taman."

"No, I nak kita pergi taman jugak." Raqib menghentak-hentakkan kakinya.

Zara terlopong melihat tingkah laku Raqib.

"Baiklah encik Raqib. Jadi sekarang ni silalah naik motor awak ya." Zara tersenyum lalu memusing ingin masuk ke dalam rumah.

"Eh you nak pergi mana pulak?"

"Nak pergi ambil kunci kereta lah. Kalau nak merempit sekali, saya takda motor. Saya merempit guna kereta je," seloroh Zara.

"Naik jelah motor dengan I," pelawa Raqib.

"Awak gila ke? Haramlah."

"Bukan I suruh you peluk I pun." Tanpa segan silu, Raqib menarik lengan Zara lalu dipakaikan helmet pada kepala gadis itu.

"Naik sekarang. Sebelum I dukung you, baik you naik," ugut Raqib apabila melihat Zara masih lagi terkaku di hadapannya.

Zara dalam keadaan paksa rela. Terpaksa juga memanjat motorsikal berkuasa tinggi itu.

Sepanjang perjalanan mereka, sedaya upaya Zara menggenggam sisi tepi tempat duduk belakangnya. Tapi semakin lama, pegangannya semakin licin.

Raqib ni pun satu! Cakap nak pergi taman aje. Ini dah keluar dari kawasan perumahan dah ni. Bawak laju pulak tu.

Abah! Zara takut. Macam mana kalau dia jatuh? Tapi takkan nak pegang Raqib pulak. Kau pun satu, Zara. Kenapa tadi kau tak masuk aje rumah ambil kunci kereta? Bawak kereta sendiri.

Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini. Sesungguhnya, saya di dalam kesusahan.

Apabila Raqib menghentikan motornya, tidak semena mena tubuh Zara terdorong sedikit ke hadapan.

"Raqib! Berhenti! Saya nak turun!" Zara menjerit nyaring.

Disebabkan terkejut mendengar jeritan Zara yang tiba-tiba, akhirnya Raqib menghentikan motornya di tepi jalan.

Raqib terkejut melihat Zara yang sudah lencun dengan air mata. Dia turun dari motornya lalu berpaling ke arah Zara.

"Hey, what's wrong, sweetie?" soal Raqib, risau.

"Kenapa awak brake motor?" Zara tersedu-sedan.

"Kalau I tak brake, dah arwah kita, sayang."

"Saya benci awak! Cakap nak pergi taman, yang bawak saya pergi jauh-jauh ni kenapa?" Nasib baik dia dah siap-siap pakai handsock dengan stoking tadi.

"Tamanlah ni, tengok tu. Sikit lagi nak sampai, sabar eh?" Raqib naik semula ke atas motornya.

Sesampai di taman, Zara menjarakkan sedikit dirinya daripada Raqib.

"Saya boleh bukak sendiri. Saya masih ada tangan lagi." Zara menjeling Raqib dengan mata yang merah akibat menangis tadi.

Mereka berjalan mengelilingi taman tasik. Zara teruja melihat keindahan taman tasik di sini. Pengunjung tidak ramai, tapi masih lagi meriah dengan suara kanak-kanak yang sedang bermain.

"You, jom duduk dekat situ." Zara menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Raqib.

Mereka melabuhkan punggung pada bangku batu yang berhadapan dengan tasik.

"Awak nak cakap apa dengan saya?" Zara menoleh ke arah Raqib. Kedudukannya antara lelaki itu dijarakkan sebanyak yang mungkin. Raqib yang memerhatikan tingkah Zara itu hanya tersenyum.

"You percaya tak yang ada parents yang benci anak dia sendiri? Apa yang anak dia kata, diorang tak nak percaya langsung." Raqib menoleh, memandang wajah Zara.

"Benda tu sebenarnya mustahil, sedangkan binatang pun sayangkan anak mereka. Apatah lagi manusia. Tapi tak mustahil juga, banyak je kes ibu bapa yang sanggup memukul bahkan sampai membunuh anak mereka sendiri sekarang ni. Nauzubillah." Zara menggelengkan kepalanya perlahan.

"Apa yang akan terjadi pada you kalau parents you tak sayangkan you?"

"Emm saya tak boleh nak bagi pendapatlah, sebab parents saya sayangkan saya." Zara tersenyum manis apabila mengenangkan wajah kedua ibu bapanya.

Daripada kecil, tidak pernah sedikit pun Zara merasa kurang kasih sayang dari ibu bapanya.

"Lucky you." Raqib tersenyum pahit.

"You tahu tak kenapa waktu sekolah menengah I duduk dengan tok ki I?" Zara hanya menggeleng tanda tidak tahu.

"Sebab ayah I halau I dari rumah, dia campak I dekat rumah lelaki tua tu." Raqib menundukkan kepalanya bagi menyembunyikan air mata yang sudah bertakung.

Zara tidak mampu menjawab.

"Dulu I pernah nak try merokok. Then pada hari yang sama, I kantoi. Disebabkan kesalahan itu, I kena halau oleh ayah kandung I sendiri. Waktu dekat sana, tidak satu dari mereka pun yang datang melawat I. After I dah habis sekolah dan kembali pada mereka, I tengok abang dan adik kembar I buat salah yang lagi berat dari tu. Tapi... Ayah I langsung tak ambil kisah." Raqib mula tersedu-sedan.

"I ada adik kembar perempuan. Kami kembar tapi dia dilayan macam puteri raja sedangkan I dilayan tak ubah macam pengemis. I cuba untuk tak benci diorang, I keep trying untuk dapatkan perhatikan mereka. I jadi anak manja Ibu, I selalu cuba untuk tarik perhatian mereka. Mereka layan I dengan baik, tapi I tak boleh buat salah. Kalau I buat salah, mereka hukum I seolah-olah macam I ni malaikat yang tak pernah buat salah."

Raqib berhenti untuk redakan tangisnya.

"Daripada kecil, setiap kali kami sekeluarga pulang ke kampung. I terus nampak belaan tok ki. I nampak jelas sangat. I trauma, I takut. Tapi takda satu pun di antara mereka yang percaya."

"Mereka seolah-olah sudah di butakan untuk melihat benda tu semua. Pernah satu hari, tok ki menjamu kami sekeluarga makan, tapi tu bukan makanan melainkan ulat dan darah." Zara menekup mulutnya.

"I cuba untuk bagitahu diorang, tapi 'benda' tu tutup mulut I, sampai sekarang I masih ingat macam mana rasa tangan 'dia'." Zara sudah rasa meremang.

"Raqib, are you okay?" Zara menundukkan sedikit kepalanya bagi melihat wajah Raqib yang sedang menunduk.

"I'm okay, I cuma nak luahkan aje. Tak sangka ter emosional pula, sorry."

"Takpe, mesti awak dah lama pendam benda ni kan?" Raqib hanya mengangguk lemah.

"Sebelum saya datang Kuala Lumpur, ada juga saya dengar-dengar. Orang kampung kata, diorang dah lama tak nampak wak ki. Tapi semua orang takut nak pergi jenguk."

"You percaya yang tok ki tu pengamal ilmu hitam?"

"Yang tu saya tak pasti, sebab saya tak nampak dengan mata kepala saya sendiri. Tapi kata orang kampung, begitulah. Bomoh tersohor di kampung Felda Jengka."

"Tapi kenapa family I seolah-olah macam buta ya?" Zara hanya mengangkat bahu, tanda tidak tahu.

"Jadi sekarang awak dengan keluarga awak macam mana?"

"I kena halau. Sekarang I tinggal dengan Ikram." Patutlah dekat sekolah tadi, Haikal macam murung sahaja. Katanya rindu pak ngah. Kesian, disebabkan hal orang dewasa, kanak-kanak yang jadi mangsa.

"Kenapa kena halau pula? Awak buat salah apa pula?"

"Salah I, I cuba untuk menegakkan hak I sebagai seorang anak. Salah I ke?" Zara hanya menggeleng.

"Lagi lima bulan I dah kena balik Scotland. Macam I cakap haritu, I dah suka you. Jadi I nak jadikan you sebagai isteri I dalam masa lima bulan ni. Boleh?"

Eh, dia tengah melamar ke ni?

"Cik Zara, I cakap dengan you ni." Raqib memetik jarinya di hadapan wajah Zara.

Melihatkan wajah Zara yang teragak, Raqib terus bersuara. "No excuse, sweetie. Nak tak nak, you mesti jadi wife I."

Zara bagaikan hendak sawan sekarang ini. Nak sahaja dia melompat. Jika tidak fikirkan halal haram, sekarang juga Zara peluk batang tubuh Raqib.

Melihatkan senyuman Zara, " I think your smile is the answer for my question. The answer is yes, full stop."

"Pak ngah!" Seorang budak lelaki menjerit lalu berlari ke arah mereka.

Haikal!

Haikal menerpa ke arah Raqib lalu memeluk kaki Raqib. Budak itu menangis teresak.

"Kenapa pak ngah tinggalkan Haikal. Haikal rindu pakbngah! Haikal nak pakbngah." Raqib mengangkat Haikal ke dalam dukungannya.

Seorang wanita datang mendekati mereka. Walaupun hanya mengenakan abaya berwarna coklat tua dan tudung yang bewarna senada dengannya, namun kejelitaan wanita itu sungguh terserlah.

"Raqib, apa khabar?" Wanita itu tersenyum manis.

"Kak Sya, lamanya tak jumpa kak Sya." Raqib tidak mengalihkan langsung pandangan kepada wanita di hadapannya.

"Pak ngah, mama baik kan? Tapi kenapa papa dah tak sayang mama?" Zara yang menjadi orang tengah agak kebingungan. Siapa wanita ini?

"Sayang, jangan cakap macam tu. Papa dengan mama kan masih berkawan?" Wanita itu cuba memujuk.

"Tapi mama dengan papa dah tak sama macam dulu! Dah tak tidur sekali, tak main masak-masak sekali."

"Haikal, siapa ajar Haikal tinggikan suara dekat mama?" Muncul seorang lelaki dari belakang Aisya.

                   

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

34.5K 838 66
NO OFFICIAL ENGLISH TRANSLATION MTL'ED BY QUISI (UNEDITED) RAW: http://www.jjwxc.net/onebook.php?novelid=3635974 TITLE: 和反派杠上以后我哭了[快穿] AUTHOR: 朝邶 STA...
3.2K 180 16
RAJA EFZAN || TENGKU AMELIA ⚠️WARNING⚠️ -KIDNAPPING -ABUSING -KILLING ⚠️WARNING ⚠️ Pertemuan yang hanya bermula dengan pergaduhan di lapangan te...
1.5M 131K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
2M 111K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...