SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

180K 7.4K 256

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

20

3K 108 5
By Mrs_pororo

       "KAU ni memang jenis keturunan makan lambat ehh?" Soal Ariff penat menunggu Aira, nak kata kira nasi tak pun. Tapi apehal lambat sangat ni?

"Ish. Bukan makan lambat lah. Awak tu aje yang makan cepat." Balas Aira sambil menjeling tajam Ariff.

"Jeling-jeling. Potong mata bagi anjing makan baru tau. Buta terus!" Ugut Ariff pula.

"Jangan lah bagi anjing, rebus lah, awak makan." Ujar Aira selamba. Mata dia, dia pulak yang bagi resepi.

"Ish, tak senonoh lah kau ni! Makan cepat!" Kata Ariff dengan muka jijiknya. Aira mula tersenyum seperti kerang busuk.

Selepas beberapa minit Aira makan, akhirnya selesai juga.

"Jom cepat, budak." Kata Ariff, pantas Ariff dan Aira bangun dari kerusi dan keluar dari kedai makan.

"Saya bukan budak lah." Kata Aira. Ariff memandangnya atas bawah. Kening pula diangkat sebelah.

"Habis apa? Kanak-kanak riang? Ke anak syurga?" Sakat Ariff. Aira memandang tajam.

"Anak orang." Balas Aira, satu jelingan dihadiahkan ke Ariff.

"Apa? Tak dengar lah. Pendek sangat kut.." Sakat Ariff dengan badan sedikit membongkok.

"Pekak sangat ke sampai tak dengar? Tak korek telinga berapa tahun dah?" Soal Aira. Ariff hanya menggeleng kepala sambil tersenyum nipis.

"Bukan tak korek telinga, tapi kau pendek sangat, aku tak dengar." Sakat Ariff lagi. Aira memerhatinya atas bawah.

"Hmm. Awak tak pelah, dulu awak kecil-kecil mummy rebus tiang bagi awak makan, itu yang tinggi macam tiang." Balas Aira pula. Masing-masing tak nak mengalah jadi macam ni lah.

"Aku mummy rebus tiang. Kau? Rebus ayam? Itu yang mulut pot pet, pot pet tak berhenti." Ariff juga turut melawannya. Aira menjelingnya, begitu juga dengan ariff.

Gaduh-gaduh nanti ??

Ha dah, dah. Tak yah lebih-lebih. Aku cakap satu korang jangan nak sambung dua. Sikit-sikit dah.

Mereka berjalan beriringan menuju ke arah kereta. Aira menarik pintu kereta tapi kunci, Aira apa lagi? lagi sakan lah Aira tarik. Time bila lagi nak balas dendam kalau bukan dekat sini.

"Jangan rentap-rentap lah. Putus pintu kereta aku nanti, kau nak ganti ke?" Soal Ariff tegas. Aira mula mengukir senyuman sinis.

"Awak kaya kan? Beli aje lah kereta baru." Ujar Aira dengan senyumannya.

"Ha ye. Aku jual kau sebagai ganti. Aku ambil usus kau lah nak beli baru." Sindir Ariff pula. Mulut Aira menyenget, apebenda sia?

"Awak ni, kenapa tak senonoh sangat ni?" Soal Aira. Tak sempat Ariff menjawabnya, Aira terus masuk kedalam perut kereta milik Ariff.

Bam!

Pintu kereta dihempas kuat.

"Ha, hempas-hempas. Kang ada jugak yang balik rumah jalan kaki kut.." Ujar Ariff yang juga turut masuk kedalam perut kereta miliknya.

"Bagitau mummy." Adu Aira.

"Itu mummy aku." Kata Ariff sambil minyak kereta ditekan. Aira pula hanya mendiam dan menjeling Ariff, begitu juga dengan Ariff.

Dia ingat dia seorang aje ada mata? Aku pun ada lah.

☜ ⁠☞

"Assalamualaikum." Salam diberi Ariff perlahan bersama dengan Aira dibelakangnya. Figura ibunya terlihat diruang tamu dihadapan televisyen.

"Waalaikumussalam. Dah balik?" Soal puan Zulaikha apabila mendengar salam diberi oleh anak sulungnya.

Ariff hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Nah. Angkat sendiri barang kau ni, berat tau tak? Ingat ringan ke?" Kata Ariff sambil menghulur plastik baju Aira kepadanya. Baru Aira ingin menyambut huluran itu, tapi satu suara menghentikannya.

"Ariff. Bawakan lah.. Kesian Aira." Ujar puan Zulaikha lembut. Ariff ke Aira anak mummy sekarang ni?

Ariff mengambil nafas yang dalam dan menghembusnya perlahan. Huluran itu ditarik kembali.

Aira tersenyum bahagia sambil kening dijongket berkali-kali. Ariff menggulingkan anak matanya keatas.

"Kamu dua pergi lah naik atas dulu, mandi-mandi nanti turun makan." Ujar puan Zulaikha.

"Kita orang dah makan dah tadi." Kata Ariff dan Aira mengangguk tanda benar.

"Kalau macam tu pergi lah naik rehat." Ujar puan Zulaikha lagi. Mendengar sahaja perkataan 'pergi' dari mulut puan Zulaikha, Aira mula berlari naik anak tangga.

"Hati-hati. Nanti jatuh takut Ariff sambut dari bawah." Sakat puan Zulaikha. Ariff mula buat muka tidak sukanya. Padahal dalam hati berbunga-bunga. Puan Zulaikha hanya ketawa kecil.

Sampai sahaja didepan bilik Aira, Ariff meletakkan plastik baju dan  berjalan menuju biliknya pula.

"Awak." Panggil Aira. Ariff memalingkan badannya menghadap Aira dan mengangkat kepala tanda bertanya.

"Ni bukan barang saya ni." Ujar Aira sambil menghulurkan plastik tersebut kembali ke Ariff.

Ariff mendiam sebentar. Terkulat-kulat Ariff memikirkan nak jawab apa. Lama selepas dia mendiam, dia kembali bersuara.

"Aku belikan untuk kau." Kata Ariff tanpa memandang wajah Aira. Berkerut seribu dahi Aira memandang Ariff.

"Kenapa beli?" Soal Aira.

"Saja." Balas Ariff sepatah dan berjalan memasuki biliknya. Aira melihat sahaja figura itu sehinggalah hilang dari pandangannya.

Aira mengangkat bahunya dan mengambil plastik - plastik tersebut dan berjalan memasuki biliknya.

Pintu ditutup dan Aira berjalan mendekati katilnya. Plastik diletakkan diatas katil. Tangan lincah Aira mula membuka tudung dan mengambil sehelai baju tidur didalam plastik. Kain tuala diambil untuk bermandi.

Beberapa minit selepas Aira mandi, ia pun keluar dari bilik air dengan memakai pakaian yang baru dibeli.

"Haih.." Aira menghempas kuat tubuhnya keatas katil sambil mengeluh.

Aira perhatikan sejenak plastik yang diberi Ariff yang kononnya pembelian dari dia. Padahal semua dia bayar.

Membulat mata Aira melihat pakaian didalam plastik tersebut.

"Oh my goshh!" Jerit Aira. Lupa pula dia kalau dia dekat rumah orang.

"Ehh, Astaghfirullah hal'azim. Rumah orang. Maaf rumah, tak sengaja. Mulut ni dah terbiasa menjerit." Kata Aira seorang diri sambil tangan menampar-nampar mulutnya.

"Wait... Ni baju tadi kan?" Soal Aira sedikit gembira. Baju biru muda yang sangat dia inginkan dikedai tadi akhirnya menjadi miliknya.

"Ariff belikan?" Soal Aira seorang diri lagi. Senyuman manis terukir dibibir mungil Aira.

"Argh! Memang lurve aa!" Ujar Aira sambil tubuh diguling-gulingkan diatas katil. Aira tersenyum bahagia.

"Ehem.." Aira berhenti berguling-guling dan cuba bersikap normal. Pipi ditampar berkali-kali sehingga merah.

"Okay now, jangan duduk dalam bilik aje. Dah lah menumpang rumah orang, lepastu asyik duduk dalam bilik jer. Cuba keluar, main dengan orang lain. Apalah kau ni, Aira. Itu pun nak kena ajar." Bebel Aira kepada dirinya sendiri dan bangun berdiri.

Tangannya mula mengapai tudung sarung hitam miliknya dan mengatur langkah ingin keluar. Kaki dibuka seluas yang mungkin sambil berjalan seperti berkawad.

"Tut turud turr..." Aira berjalan menuju pintu, tapi langkahnya terhenti apabila dia terfikir sesuatu.

Dia memandang meja solek disebelah katil. Matanya melihat kertas dan pen yang ada diatas meja. Aira tersenyum.

Continue Reading

You'll Also Like

47.5K 2.3K 30
Malay ✓ Dia adalah seorang gadis yang amat meminati pada psycho dan Mafia, namanya ialah Rose. Rose sangat suka membaca wattpad/novel dan semestinya...
614K 37.3K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
2.5M 55.5K 43
Aku dibeli dengan harga Rm 500 000oleh seorang Tengku yang aku sangkakan baik tapi ternyata silap , dia membeli aku untuk kepuasan nafsunya sendiri ...
402K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...