SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

185K 7.8K 261

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

17

2.9K 127 2
By Mrs_pororo

       "AWAK!" Jerit Aira. Tapi Ariff tetap meneruskan perjalanannya, suara Aira baginya hanya seperti angin berlalu.

Aira memerhati Ariff yang sudah jauh dihadapannya dan mula berhenti berjalan. Ariff tahu kalau pergerakkannya tidak diikut tapi tetap berjalan.

Aira duduk bersila diatas jalan tar. Ariff berhenti berjalan dan memusingkan tubuhnya kearah Aira. Pinggang dicekak.

"Haih, kau nak apa lagi?" Soal Ariff.

"Saya tak nak balik rumah ibu saya." Kata Aira dan tangan naik memeluk tubuh.

"Kenapa?" Soal Ariff lagi. Aira hanya mendiam.

"Ya Allah..." Kata Ariff perlahan dan tangan naik meraut wajah.

Ariff mengatur langkahnya mendekati Aira dan duduk bertinggung.

"Kau nak apa?" Soal Ariff.

"Nak tidur." Balas Aira dua patah sambil menatap wajah Ariff.

"Lepastu? Nak tidur atas jalan?" Soal Ariff lagi. Aira hanya menggeleng.

"Dah tu? Kenapa kau tak nak balik rumah?" Soal Ariff perlahan.

"Saya tak suka duduk rumah tu." Balas Aira sayu sahaja.

"Kalau kau tak nak balik, kau nak duduk mana?" Soal Ariff, pening kepalanya dengan kerenah perempuan ni.

"Mana saya tau." Balas Aira selamba.

"Haih, kau ni.. tak sihat ni." Sindir Ariff.

"Sikit." Balas Aira. Lepas satu-satu. Haih..

"Kenapa tak suka rumah? Tak suka ibu ke?" Soal Ariff lembut.  Aira pula hanya menggeleng.

"Orang tak suka rumah, bukan ibu." Balas Aira dengan kepala tertunduk.

"Kau nak lari rumah?" Soal Ariff. Aira pula mengangguk. Ariff terdiam seketika.

"Ikut aku balik rumah." Kata Ariff dan berdiri ingin berjalan.

"Ish, tak nak lah." Balas Aira.

"Rumah mummy aku." Ujar Ariff sedikit betulkan ayatnya.

"Lagi tak nak." Balas Aira.

"Habis? Semua tak nak, kau nak apa?" Soal Ariff, tidak faham dia dengan perempuan ni.

"Saya... Lapar.. nak makan.." Balas Aira sambil tangan memegang perut yang kosong.

"Pulak.." Ariff mula meraut wajah.

"Kalau kau ikut aku, kau dapat makan free.." Ujar Ariff lagi. Laju sahaja Aira bangun berdiri ingin mengikutinya. Ariff tersenyum.

"Macam ni rupanya nak pujuk perempuan."

Kata Ariff didalam hati sambil tersenyum nipis.

☜ ⁠☞

"Dah kenyang?" Soal Ariff. Aira mengangguk laju. Satu senyuman dilontarkan kepada Ariff.

"Nak balik rumah mummy aku tak?" Soal Ariff lagi.

"Awak ni kenapa? Saya kata tak nak kan?" Balas Aira sambil memandang Ariff atas bawah.

"Ish aku lah minah ni." Kata Ariff jelas dengan riak tidak puas hati.

"Kau cuba buka sikit minda kau tu. Kau tak nak balik rumah mak kau, mak aku kau tak nak, sekarang kau nak tidur mana?" Soal Ariff tegas.

"Sa-saya tak nak menyusahkan mak awak.." Kata Aira perlahan.

"Menyusahkan apanya? Tak pergi lagi." Balas Ariff pula. Aira hanya mendiam.

"Five minute. Fikir kau nak pergi mana." Kata Ariff dan telefon canggihnya diambil lalu dibuka.

Aira mendiam.. Lima minit berlalu, Ariff menutup telefonnya dan perhatikan Aira dihadapannya.

"So?" Soal Ariff dengan tangan naik memeluk tubuh.

"Haritu awak janji takkan lepaskan saya, right?" Soal Aira dan Ariff mengangguk tanda benar.

"That it's." Kata Aira, kepala Ariff menyenget tidak faham.

"Awak.. kena kahwin dengan saya.. tolong bawa saya keluar dari kehidupan ni.." Ujar Aira, terdiri Ariff dibuatnya.

"Kau gila erk?" Soal Ariff dengan keadaan berdiri.

"Cuma tu jalan penyelesaian yang saya boleh fikir.." Ujar Aira perlahan, kepala ditundukkan kebawah meja.

Ariff tersenyum menyenget menampakkan gigi taringnya dan kembali duduk.

"Kau ingat kahwin benda senang? Petik jari, dah sah?" Kata Ariff. Tersembur ketawanya perlahan.

Aira hanya mendiam. Ariff memerhatinya dan meraut wajah tampannya.

"Huh.. senang macam ni, kau nak apa-apa pun bincang esok. Aku mengantuk ni, esok kerja." Kata Ariff dan mengajak Aira untuk bangun. Aira hanya mendiam.

"Miesyaira cepat." Arah Ariff yang sudah tiba di kereta sedangkan Aira masih dimeja makan.

Aira bangun dan mengikuti langkah Ariff. Enjin kereta dihidupkan setelah mereka masuk ke dalam perut kereta. Kemudian, laju kereta itu memecut pergi dari gerai itu.

☜ ⁠☞


"Dah sampai." Kata Ariff setiba sahaja di rumah agam milik ibunya.

Ariff memandang wajah Aira.

"Tidur pulak.." Kata Ariff dan turun dari kereta. Ariff masuk ke dalam rumah. Figura ibunya diperhati. Dah lewat pun tak tidur lagi?

"Mummy, i want show you something." Kata Ariff. Terhinjut bahu Puan Zulaikha akan kehadiran anaknya, puan Zulaikha terus memandang Ariff.

"Hai? Ingatkan balik rumah kamu harini?" Soal puan Zulaikha.

"Tak jadi. Ariff bawa balik something ni." Ujar Ariff dan menarik tangan ibunya untuk mengikutinya.

Puan Zulaikha hanya mengikuti langkah Ariff sehinggalah tiba di kereta Lamborghini miliknya.

"Look." Kata Ariff. Ibunya jalan pergi kearah sebelah sit pemandu, terkejut puan Zulaikha apabila melihat figura seorang perempuan cantik sedang tertidur pulas dikereta anaknya.

"Kamu culik anak siapa ni, huh?" Soal puan Zulaikha sambil menampar - nampar lengan Ariff.

"Ouch! Sakit mummy.. Ariff tak culik pun.." Kata Ariff sambil mengadu sakit dengan pukulan ibunya.

"Habis, perempuan tu?" Soal puan Zulaikha dan tangan naik mencekak pinggang.

"Itu-"

"Awak..." Panggil Aira yang baru sahaja terjaga dari tidur kerana mendengar suara bising. Aira berjalan keluar dari kereta dan pergi kebelakang Ariff.

Membulat mata puan Zulaikha melihat perempuan itu.

"Si-siapa tu?" Soal Aira sambil menyorok di belakang Ariff.
Tapi tak pegang pun lah, haloh-haloh korang ni.. T..T

"My mother." Balas Ariff sambil memandang Aira dibelakangnya.

"Ouh. As- Assalamualaikum, makcik.." Salam diberi Aira. Aira berjalan mendekati puan Zulaikha untuk menyalami tangan.

"Walaikumusalam.." Balas puan Zulaikha dan menghulurkan tangannya untuk Aira salami.

Sesudah sahaja Aira menyalam tangan puan Zulaikha, Aira berlari anak kebelakang Ariff kembali.

"Aira ke?" Soal puan Zulaikha sambil memandang wajah Aira.

Aira hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Huh.." Puan Zulaikha menghembus nafas lega. Siap lah Ariff kalau perempuan itu bukan Aira.

"Masuk dulu, masuk." Pelawa puan Zulaikha sambil berjalan masuk kedalam rumah.

"Ha masuk lah." Kata Ariff sehilang sahaja kelibat ibunya dari pandangan.

Aira hanya menggeleng. Ariff perhatinya sejenak.

"Awak nak pergi mana?" Soal Aira.

"Ni rumah mak aku, aku nak balik rumah aku lah." Balas Ariff dan berjalan ingin naik semula kedalam keretanya.

"Awak tidur jela rumah mak awak. Jangan lah tinggal saya sorang-sorang.." Ujar Aira perlahan sambil mengikuti langkah Ariff.

"Buat apa lagi tu? Meh masuk. Ariff tidur jelah sini, temankan si Aira, dia takut tu." Kata puan Zulaikha apabila melihat dua figura itu masih diluar.

"Esok Ariff kerja, Ariff kena balik rumah Ariff." Balas Ariff. Puan Zulaikha mula menjegil mata.

"Okey, okey. Ariff tidur sini." Kata Ariff lagi dan berjalan ingin memasuki rumah, langkahnya diikuti dengan Aira.

Puan Zulaikha tersenyum melihat dua orang itu. So sawit..

Continue Reading

You'll Also Like

25.2K 1.1K 62
AUTHOR : AUREL > My first book ‼️ > DILARANG COPY ‼️ > Sorry kalau salah eja atau kurang menarik sebab ni first book hehe > Sorry kalau ada tersamar...
93.1K 716 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
187K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
47.5K 2.3K 30
Malay ✓ Dia adalah seorang gadis yang amat meminati pada psycho dan Mafia, namanya ialah Rose. Rose sangat suka membaca wattpad/novel dan semestinya...