aku , kamu dan tuhan [ pjw ff...

By octoberlily__

1.6K 281 975

jodoh memang di tangan tuhan , tuhanku atau tuhanmu ? More

cast
from author <3
part 1
part 2
part 3
part 4
part 5
part 6
part 7
part 8
part 9
part 10
part 11
part 12
part 13
part 14
part 15
part 16
part 18
part 19
part 20
part 21
part 22
part 23
part 24
part 25
part 26
part 27
part 28
part 29
part 30 ( extra part )

part 17

32 8 56
By octoberlily__

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba .

Ya , hari graduasi mereka .

"Okay guys , smile ." Kata Shazana yang mengambil gambar selfie bersama yang lain .

Masing-masing nampak segak dengan jubah konvokesyen mereka .

"Finally , graduate jugak kita ." Kata Arjuna bangga .

Justin hanya tersenyum kecil .

Dia merasa gembira tetapi pada masa yang sama dia berasa sedih kerana hari ini mereka tidak lengkap .

Seharusnya Kevin dan Angelina juga berada disini bersama mereka .

Justin menghembus nafas berat .

Syifa yang menyedari bahawa Justin kelihatan lain , dia mendekati Justin .

"Are you okay ?" Tanya Syifa .

Justin tersenyum kecil .

"Im okay just rasa tak lengkap sebab tak ada Kevin and Angel ." Jawab Justin .

Syifa mengangguk tanda faham .

Dia juga merasa tidak lengkap tanpa mereka .

"Tak apa , nanti kita pergi lawat kubur diaorang ." Kata Syifa ingin memberi semangat kepada Justin .

Justin menggangguk sambil tersenyum .

"Okay guys , give attention to me please ." Pinta Arjuna .

Perhatian mereka kini beralih kepada Arjuna .

Shazana memasang muka pelik .

Dah kenapa dengan buah hati dia ni ?

Arjuna tersenyum sambil memandang Shazana .

"Anna , Mika ada something nak cakap dengan Anna ." Kata Arjuna .

Sekali lagi Shazana memasang muka pelik .

Hal apa pula yang si Arjuna ni nak cakap ?

Yang lain hanya menjadi pemerhati .

Arjuna melangkah mendekati Shazana .

Shazana hanya memandang Arjuna yang mendekatinya .

Arjuna tersenyum manis kemudian dia berlutut di depan Shazana sambil mengeluarkan sekotak cincin .

"Nur Shazana , will you marry me ?"

Ya , Arjuna sedang melamar Shazana .

Mereka semua terkejut dengan lamaran Arjuna itu termasuk Shazana .

Dia tergamam , tidak dapat mengeluarkan suara seketika .

Arjuna memandang Shazana dengan pandangan serius .

"Will you ?" Tanya Arjuna .

Dengan laju Shazana mengangguk sambil tersenyum kecil .

Pipinya sudah merah seperti tomato .

"Of course i will , Arjuna Mikhael ." Jawab Shazana .

Arjuna tersenyum kemudian dia menyarungkan cincin di jari manis Shazana .

Yang lain sudah menepuk tangan .

"Congratulations bro !" Ucap Justin .

Arjuna tersenyum kemudian dia memeluk Shazana .

"Ehem , belum sah oi ." Perli Daniel .

Yang lain hanya tertawa mendengar perlian Daniel .

Arjuna melepaskan pelukan kemudian tersengih .

"Dah boleh makan nasi minyak dah kita ." Usik Dania .

"Itu lah kan , dah dapat bau nasi minyak ni ." Usik Syifa pula .

Shazana sudah tertunduk malu .

Daniel mendekati dirinya dengan Dania .

"Kita bila lagi ?" Bisik Daniel .

Danie tergamam seketika .

Dia melihat Daniel .

Daniel hanya mengangkat keningnya .

"Kita bincang nanti ye ." Kata Dania .

Daniel mengeluh .

Sampai bila hubungannya dan Dania akan seperti ini ?

---------------------------------------------------------

Shazana melihat cincin di jarinya sambil tersenyum sorang-sorang .

Dia kini berada di biliknya , sedang berkemas .

Syifa yang terlalu di hadapan bilik Shazana itu pun menyedari tingkah lakunya itu .

"Amboi , tahu la buah hati kau dah ajak kahwin tapi tak payah lah sampai di usha selalu cincin tu . Ni , kau dah siap kemas belum ?" Tanya Syifa , sedikit memerli .

Shazana sedikit terkejut kemudian dia memandang Syifa lalu tersengih .

"Hehe , aku tak sangka yang dia akan lamar aku doe ." Kata Shazana .

Syifa hanya tersenyum .

Dia gembira melihat sahabatnya itu gembira .

"Ye lah , ni kau nanti balik rumah family kau ke ?" Tanya Syifa .

Shazana menggelengkan kepala .

"Tak , aku nak ikut Mika balik rumah anak yatim dia sebab dia nak aku jumpa bonda dia ." Jawab Shazana .

Syifa mengangguk faham .

"Ye lah , nanti kau jangan lupa jaga diri . Jangan buat perangai pulak kat sana ." Pesan Syifa .

"Ye , aku tahulah ." Kata Shazana .

Syifa tergelak kecil .

"Okay lah , aku nak pergi tengok Dania jap ." Syifa meminta diri untuk pergi berjumpa dengan Dania .

Shazana hanya menggangguk .

Kemudian Syifa mengatur langkah ke bilik Dania .

Dia mengetuk pintu bilik Dania .

"Dania , boleh aku masuk ?" Tanya Syifa .

"Ye , masuk lah ." Jawab Dania .

Setelah mendapat keizinan Dania , Syifa pun masuk ke bilik Dania .

"Kau dah siap kemas Dania ?" Tanya Syifa .

Dania hanya mengangguk .

"Apa plan kau lepas ni ?" Tanya Syifa lagi .

Dania mengeluh .

"Aku nak bawak Daniel jumpa family aku . 

Syifa memandang Dania kemudian dia memegang tangan Dania lalu diusap lembut .

"Dania , kau banyakkan lah berdoa insyaallah nanti Allah akan mudahkan urusan kau dan Daniel . Aku doa supaya Allah lembutkan hati family kau untuk terima Daniel ." Kata Syifa , memberi semangat kepada Dania .

Dania lantas memeluk Syifa .

"Thank you Syifa sebab kau selalu faham aku , selalu bagi aku semangat . Aku sayang kau Syifa ." Air mata mulai membasahi pipinya .

"Habis aku ni kau tak sayang lah ?" Kata Shazana yang berada di hadapan pintu bilik Dania .

Entah sejak bila dia muncul dekat situ .

Syifa dan Dania lantas memandang Shazana .

Mereka tertawa kecil melihat Shazana .

"Mestilah aku sayang kau Shazana . Korang berdua lah sahabat aku dunia dan akhirat ." Kata Dania sambil tersenyum .

Shazana lantas pergi ke arah mereka kemudian mereka bertiga berpelukan .

----------------------------------------------------------

Syifa dan Shazana melambai ke arah kereta Daniel yang dinaiki Dania .

Dania turut membalas lambaian mereka dari dalam kereta .

Beberapa saat kemudian , kelibat kereta itu hilang dari pandangan mereka .

"Kau balik dengan sape nanti Syifa ?" Tanya Shazana .

"Oh , nanti Justin hantar aku balik ." Jawab Syifa .

Shazana mengangguk .

"Mana lah si Mika ni ." Kata Shazana .

"Kejap lagi sampailah tu buah hati kau ." Perli Syifa .

Shazana menjeling .

Bukan ke dia pun nak balik dengan buah hati dia ? Yang sibuk nak perli orang ni kenapa ?

Syifa tergelak kecil selepas mendapat jelingan daripada Shazana .

Tidak lama kemudian , muncullah kereta milik Arjuna .

Arjuna turun dari kereta dan menolong mengangkat beg Shazana .

Shazana dan Syifa saling berpelukan .

"Huwaa , tak sanggup nak berpisah dengan kau ." Kata Shazana . Air mata sudah mula membasahi pipinya .

Syifa mengusap belakang Shazana .

"Aku pun tak sanggup nak berpisah dengan kau Shazana tapi sekarang dah tiba masanya untuk kita bawa haluan masing-masing ." Kata Syifa , dia turut menangis .

Arjuna hanya memerhati dua orang sahabat itu .

Ini drama korea ke drama hindustan ? Ke drama indonesia ?

Syifa meleraikan pelukan .

"Kau jaga diri tau , nanti nak kahwin tu jangan lupa jemput aku ." Kata Syifa , sedikit mengusik .

Shazana tergelak kecil .

"Mestilah jemput , nanti kau kena jadi pengapit aku ." Kata Shazana .

"Dah , jangan nak berdrama sangat kat sini ." Perli Arjuna .

Syifa dan Shazana memandang Arjuna tajam .

"Okay lah Syifa , aku gerak dulu ." Shazana meminta diri .

Syifa mengangguk .

"Ye lah , hati-hati . Arjuna , kau jaga anak dara orang ni elok-elok ye ." Pesan Syifa .

"Baiklah , aku jaga kawan baik kau ni elok-elok ." Kata Arjuna sambil tersenyum .

Kemudian Arjuna dan Shazana pun masuk ke dalam kereta .

Shazana membuka tingkap kereta kemudian dia melambai tangan me arah Syifa .

"Bye Syifa , take care . I love you ." Kata Shazana sebelum kereta milik Arjuna itu laju pergi .

Syifa hanya membalas lambaian sahabatnya itu sambil tersenyum .

Dia melihat jam .

Haih , mana la si Justin ni .

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan rumah itu .

Yang pasti kereta itu bukan milik Justin .

Syifa mengerutkan dahinya .

Siapa pula yang datang ni ?

Lalu , muncul la Rykarl yang keluar dari kereta itu .

"Assalamualaikum Syifa ." Tegur Rykarl sambil tersenyum .

Syifa memasang muka pelik .

Dah kenapa mamat ni ada kat sini ?

"Waalaikumussalam , Rykarl buat apa kat sini ?" Tanya Syifa .

"Oh , Syafiq minta tolong Karl untuk jemput Syifa dan hantar Syifa balik ." Jawab Rykarl .

Syifa sedikit terkejut .

Abang Syafiq suruh Rykarl ambil dan hantar dia balik ?

Tapi kenapa ?

Tiba-tiba kereta milik Justin muncul .

Justin keluar daripada kereta .

"Hai sayang ." Tegur Justin sambil tersenyum manis kemudian dia memandang Rykarl lalu dia memandang Syifa kembali .

"Apa dia ni buat kat sini ?" Tanya Justin .

Syifa mengigit bibir bawahnya .

"Err ..." Syifa tidak tahu apa yang harus dikatakan .

Rykarl kemudian menyampuk .

"Abang Syifa , Syafiq minta tolong saya untuk jemput Syifa dan hantar dia balik ." Terang Rykarl .

Justin membulatkan matanya .

"Tak perlu awak nak hantar dia balik . Saya ada and saya boleh hantar dia balik ." Kata Justin .

Syifa mengeluh kemudian dia menelefon abangya .

"Hello ?"

"Assalamualaikum abang , apa yang abang cuba buat ni ?"

"Waalaikumussalam , ha ? Maksud adik ?"

Syifa mengeluh .

"Kenapa abang minta tolong Rykarl untuk jemput dan hantar adik balik ?"

"Kebetulan dia nak balik sini jadi abang minta lah tolong dia , tak salah kan ."

"Tapi bang adik boleh balik dengan —"

"Dengan sape ? Justin ? No , abang tak izinkan kau balim dengan dia dik ."

"Tapi —"

"Nurul Syifa Binti Muhammad Syaiful , jangan lawan cakap abang . Kau balik dengan Rykarl , aku tunggu kau kat rumah . Kalau aku nampak kau balik dengan si Justin tu siap kau ."

"Ta—"

Belum sempat Syifa bercakap , Syafiq sudah mematikan panggilan .

Syifa mengeluh kemudian dia menelan air liur kasar .

Dia memandang Justin .

Justin hanya mengangkat keningnya .

"Err .. im sorry tapi i kena balik dengan Rykarl sebab abang Syafiq suruh and i tak boleh lawan ." Syifa menunduk .

Justin menghembus nafas kasar .

"Okay fine ." Justin memandang Rykarl .

"Aku amanahkan Syifa dengan kau , kau jaga dia elok-elok . Kalau apa-apa jadi dengan dia , siap kau . Sampai lubang cacing aku cari kau ." Justin memberi amaran .

Rykarl tersenyum kemudian menepuk bahu Justin .

"Don't worry bro , aku akan jaga dia elok-elok ." Kata Rykarl .

Kemudian Rykarl menolong Syifa mengangkat beg dan barangnya .

Syifa memandang Justin sebelum masuk ke dalam kereta Rykarl .

Rykarl juga turut masuk ke dalam kereta .

Dia membuka tingkap kereta dan melihat Justin .

"Kitaorang gerak dulu ." Kata Rykarl .

Justin mengangguk kepala .

"Hati-hati . Ingat , jaga dia elok-elok ." Pesan Justin .

Rykarl tersenyum lalu mengangguk kemudian dia dengan segera memandu pergi .

Justin hanya melihat kelibat kereta itu pergi sambil menggempalkan tangannya .

Continue Reading

You'll Also Like

20K 2.7K 23
⟨⟨ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ⟩⟩ kenapa ada sesetengah orang memang susah untuk senyum? atau dia akan mendiamkan diri buat selama-lamanya? no! aku benci dengan...
15.8K 1.8K 15
Disebabkan kau comel aku jatuh cinta dengan kau , Kim Doyoung start ; 16 January 2019 end ; 9 February 2019 cover by myeong-minho
5.1K 292 14
heeseung seorang yang sangat sayangkan girlfriend malah dia seorang psychopath yang gila enjoy:)
1.4M 103K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...