THE TRUTH (slow update)

Galing kay wlhnaas

199 24 0

just read it •cringe gahh!! •cliche (very very) •no plagiat •100 peratus daripada saya •no plagiat •jangan na... Higit pa

PESANAN
▪︎ BAB 1 ▪︎
▪︎ BAB 2 ▪︎
▪︎ BAB 3 ▪︎
▪︎ BAB 4 ▪︎
▪︎ BAB 5 ▪︎
▪︎ BAB 6 ▪︎
▪︎ BAB 7 ▪︎
▪︎ BAB 8 ▪︎
▪︎ BAB 9 ▪︎
▪︎ Bab 10 ▪︎
▪︎ Bab 11 ▪︎
▪︎ Bab 12 ▪︎
▪︎ Bab 13 ▪︎
▪︎ Bab 14 ▪︎
▪︎ Bab 15 ▪︎
▪︎ Bab 16 ▪︎

▪︎ Bab 17 ▪︎

5 1 0
Galing kay wlhnaas

SUASANA di dalam rumah itu hening seusai membasahkan tekak dengan air.Erzeana memandang dua orang jejaka itu bersilih ganti sebelum mengalihkan pandangannya semula ke arah Puan Sakinah.

"Jadi boleh saya tanya sekali lagi Cik Erzeana?Apa hajat awak berkunjung di sini?"soal Puan Sakinah akibat soalan yang sama diulang sebelum ini tidak terjawab kerana orang gajinya menghidang minuman buat mereka.

"Sebelum tu boleh saya kenal siapa Tengku Aadhans?"

"It's me,"suara garau itu membuatkan Erzeana mengalihkan pandangan ke arah dua jejaka yang kacak.Kelihatan Hans berpeluk tubuh sambil memandangnya dengan senyuman tipis.

Erzeana menganggukkan kepalanya sedikit tanda faham dengan jelas,nyata, dan terang.

"Jadi hajat saya ke mari ialah untuk meminang anak encik,iaitu Tengku Aadhans,"pernyataan daripada Erzeana itu membuatkan rahang Aadhans jatuh.Kelihatan matanya terbuntang akibat terkejut.Hajat yang didengari oleh Puan Sakinah dan Encik Razif mengejutkan mereka tetapi eksperisi muka cuba dikawal sebaik mungkin.

"Saya dah ada pilihan hati.In shaa Allah awak boleh balik kot,"ujar Hans dingin secara tiba-tiba tiada eksperisi yang ditunjukkan.

'Oh aku lupa dia tak kenal aku'

Erzeana menepuk dahinya setelah tersedar dirinya tidak menerangkan sesuatu yang penting.Mereka melihat kelakuan Erzeana,pelik.

"Pilihan hati awak Nur Elvrina Ralisya kan?"

"How?"Kening Hans bertaut mendengar nama buah hatinya terbit keluar daripada mulut Erzeana.

"My guess was right,"

Jawapan Erzeana membuatkan mereka terpinga-pinga.Zriq hanya memandang wanita yang memperbodohkan adiknya.Aadhans pun sama lembap.

"Saya nak pinang awak untuk adik saya,Elvrina,"terang Er.

'Knew it,'desis hati Zriq.

"Adik?!"ujar Hans terkejut.

"I'm her older sister,Erzeana Rukays.Pleasure to meet you,"Erzeana menarik senyuman kecil.

"Saya tak percaya,"

"Nah,"Erzeana menghulurkan telefon pintarnya yang terpapar gambar Elvrina memakai cincin kertas yang diberi oleh Aadhans.

"Dia terima?"

"Entah lah.Saya pun tak tahu,"Erzeana menjungkitkan bahunya sambil memandang Hans.

"Dia datang nak meminang kau.Maksudnya dia terima lah.Kalau bukan kau yang dia nak pinang mesti dia pinang aku takpun abah tu,gagah perkasa lagi,"Zriq menepuk peha adiknya.Erzeana hanya melihat jejaka itu duduk selamba sambil memandangnya tanpa senyuman.Bondanya memberikan jelingan tajam buat anaknya dan suaminya.

"This is for you,"Erzeana menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Aadhans.

Aadhans membuka kotak tersebut dan kelihatan cincin kertas berwarna kelabu bersama corak love kecil.
Terdapat juga sticky note yang diletakkan di bawah penutup kotak.

Beberapa keping polaroid bergambarkan Elvrina yang bergaya sambil memakai cincin kertas itu diletakkan di bawah penutup kotak.
Dia mengambil kertas itu dan membacanya.

Assalamualaikum,awak.

Kehadiran kakak saya,iaitu Erzeana bertandang ke rumah awak dan menyampaikan jawapan saya kepada awak menandakan saya terima luahan hati dan hajat awak untuk mengikat saya dengan pertunangan.Saya harap awak akan ikat saya dengan hubungan yang halal pula selepas ini,and it's our marriage,in shaa Allah.
Saya minta maaf sebab ayat saya tak seromantik awak.Saya tak pandai nak berkias-kias ni.Saya balas cincin kertas awak dengan cincin kertas yang saya buat to propose you.
Made with full of love.
Jadi Tengku Aadhans Al-Umayr,Saya juga ikhlas sayangkan awak kerana Allah.

Jalan-jalan hingga ke Terengganu,
Pergi pantai bersama keluarga mu,
Ku pinang mu melalui orang tengah,
Sudikah kamu menerima pinanganku?

Yes or yes?

Your soon to be wife
a.k.a Your lovely barista
Nur Elvrina Ralisya.

Belakang tengkuk dan telinga Aadhans berona merah seusai membaca sekeping kertas tulisan Elvrina.Belakang tengkuk disentuh.
Tindakan abangnya yang menepuk bahunya membuatkannya tersentak.

"Kau terima?"tanya Zriq biarpun dia sudah tahu jawapan adiknya.

"Soalan apa tu?"Hans mengalihkan pandangannya kepada Erzeana.

"Saya sudi terima pinangan ni,"ujar Hans dengan bersungguh-sungguh.

"Alhamdulillah,"kedengaran Puan Sakinah dan Encik Faizal mengucapkan syukur kepada Ilahi.Erzeana tersenyum kecil melihat suasana keluarga ini.Ianya menarik perhatiannya.Selesa,tenang,rasa selamat.Perasaan yang hanya sebentar dirasainya.

"Saya minta izin dulu,"Erzeana bersalaman dengan Puan Sakinah sebelum mengorak langkah pergi meninggalkan rumah agam itu.

Puan Sakinah menghalang Erzeana pulang untuk mengajak makan malam tetapi ditolak lembut olehnya.

"Jumpa lagi,Er,"ujar Puan Sakinah lembut.

"In shaa Allah,mak cik,"Elv sempat berpaling sebelum bergerak tanpa menoleh ke belakang.Mereka memerhati Erzeana hinggalah keretanya meluncur laju di atas jalan.







°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°






                  ELVRINA bermundar-mandir tidak senang duduk.Dia menanti kakaknya untuk meminang dan setelah hampir dua jam menunggu dia tidak dapat khabar berita yang baik atau sebaliknya.

'Adakah ibu bapa kepada Hans akan menerimanya?'desis hati kecilnya.

Deringan telefon membuatkan Elvrina melompat kecil.Terkejut gamaknya.

Aadhans

Melihat nama yang yang tertera pada paparan telefon membuatkannya terkejut.Degupan jantungnya hilang tempo.Tangannya berpeluh secara
tiba- tiba.Lambat-lambat dia mengangkat gagang telefon.

"Assalamualaikum,my fiancèe,"kedengaran suara Aadhans dari sebelah talian.Berona merah muka  Elvrina mendengar gelaran yang dipanggil oleh Aadhans.

"Waalaikumussalam,"suara cuba ditenangkan sedikit daripada tergagap menjawab.

"Sweet juga eh awak ni?"

"Mana ada," panggilan sepi.

"Hans?"panggil Elvrina.

'Dah end call ke?' duga Elvrina.

"Hans?" Elvrina memanggil Hans buat kali kedua.

"Dear,boleh kita jumpa?"

Elvrina melepaskan pegangan daripada telefon.Telefonnya jatuh ke bawah mendengar Hans tiba-tiba bersuara dengan panggilan 'Dear'.
Mukanya merah bak memakai blusher satu muka.

"Ralisya,my dear?Are you okay?"

Cepat-cepat Elvrina mengambil telefonnya yang bercium dengan lantai biliknya yang berkarpet tebal.

"Saya okey,"ucap Elvrina sedikit tergagap.

"Boleh kita jumpa tak Elv?"

"Sure.Bila?"

"Saya jemput awak nanti.Tiga puluh minit untuk awak bersiap.Cukup tak masa?"

"Cukup sangat,"Elvrina meletakkan gagang telefon.Dirinya rasa hendak menjerit sekuat hati sehingga rumah kakaknya roboh.Bantal di sebelah di ambil dan dipukul-pukul di atas katil.

"Bo bo lah tu dik.Gi ssiap nuh.Hans nok ambik mu key pahni?"teguran kakaknya membuatkan dia melompat.

"Kak!"terkejut biawak dia melihat kakaknya bersandar di sisi pintu sambil membuka pin-pin yang kemas di pasang sebelum berjumpa dengan bakal ibu mertuanya..

"Aku boleh tubik lah ni?"

"Dio mitok izin nga aku doh sakni.Kalu mu nok tidur rumoh parents dio pun takpo,"ujar Erzeana selamba.

"Oghey nok ssiap ni.Gi tubik nuh,"

"Menghalau nampak"

"Mestii!"

"Bbicey selalulah tarikh nikoh.Ayoh jatey tu oyak molek kalu kito percepatkan,"

"In shaa Allah,"

"Hmm,bye"Erzeana berlalu pergi setelah dihalau oleh adiknya.









  
                      Erzeana baring di atas katil empuk bersaiz king sambil merenung siling.Fikirannya beralih kepada adiknya.Dia tahu keputusan ini mengejutkan dirinya sendiri.Dia sendiri tidak mahu berpisah dengan adiknya.Tujuh tahun.Tujuh tahun dia berpisah dengan adiknya.

Untuk menyerahkan adiknya kepada orang lain ialah keputusan yang paling sukar dia pernah buat.Dia umpama ibu,bapa,kakak,dan abang kepada Elvrina.Menyerahkan Elvrina ibarat menyerahkan separuh hatinya kepada orang lain.

Dia hendak membantah keputusan Elvrina.Tetapi dia sedar,walaupun dia ialah seorang kakak kepada Elvrina tetapi sepanjang Elvrina membesar bukan dia yang berada di sisi Elvrina.Dia takut hubungan mereka akan renggang disebabkan olehnya.

Tidak mungkin dia mahu menyuruh adiknya mengikut telunjuk dia yang baru sahaja berjumpa dan yang telah terpisah selama tujuh tahun.Adiknya yang satu itu pandai membuat dan memilih keputusan sendiri tanpa ketiadaannya sebelum ini.

Hendak membantah,dia memikirkan riak wajah Elvrina yang berseri-seri ditambahkan dengan mata yang bercahaya ketika memakai cincin kertas itu.Kelihatan jelas ketulusan cinta antara dua hamba Allah itu.
Terlalu jelas membuatkan dia hanya menerima dengan hati terbuka.

Melihat Aadhans yang tiba-tiba menjadi dingin ketika dia menyuarakan bahawa jejaka itu sudah memiliki buah hati membuatkan hatinya makin menerima pertunangan yang ringkas ini.Biarpun mereka tidak pernah meluahkan rasa hati masing-masing,perasaan yang bertaut itu wujud dan sangat kuat.

Perasaan sedih timbul di sudut hatinya melihatkan ketulusan cinta yang wujud antara mereka berdua.Adiknya baru sahaja pindah duduk serumah dengannya dan selepas ini bakal menetap di rumah bakal suaminya setelah sah menikah.

Hatinya dirundung perasaan sedih.
Masalah keluarganya belum selesai lagi.Kes ibu bapanya yang terbunuh belum selesai.Lebih tepatnya kes itu ditutup kerana tidak cukup bukti dan tiada sebarang saksi.Kes itu juga ditutup kerana pengaruh duit yang berleluasa penuh.

Terdetik di dalam hatinya pertanyaan mengapa dia hendak bersedih tentang perkara ini.Dia yang merancang pertemuan mereka berdua.

Sepatutnya,pertemuan mereka tidak seawal ini.Takdir Allah mungkin yang hendak menyatukan mereka berdua.Pertemuan mereka berdua sepatutnya ketika dia pulang dan bertemu dengan Elvrina.Dia sendiri yang akan membuka mulut dan menyuarakan permintaannya kepada Elvrina,iaitu meminta adiknya menikahi Aadhans.Tetapi hikmah Allah menemukan mereka dahulu sebelum disuarakan olehnya.Kita merancang,Allah yang menentukan segalanya.

Sudah semestinya dia sudah menyelidik jejaka itu sejak awal dia bertandang ke cafe adiknya dengan tujuan sakit perut.

Aadhans seorang jejaka yang boleh dikatakan sempurna fizikal dan mental.Pemikiran yang matang walaupun sedikit kebudak-budakan sangat sesuai dengan Elvrina yang sedikit gila-gila dan berfikiran terbuka.
Kedua-duanya ialah ambivert mungkin?

Mungkin jika dia sendiri yang menyuarakan permintaan yang satu itu hubungan mereka akan renggang.
Benarlah,carilah hikmah dan pengajaran sekecil mana pun musibah dan ujian yang menimpa.

Ketawa kecil keluar daripada mulut Ezreana diselangi air mata yang mengalir sedikit di pipi mulus wanita itu.Perlahan-lahan matanya terkatup rapat meninggalkan alam dunia dan masuk ke alam mimpi.






°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°





Assalamualaikum
Hye
Happy reading
Hehe

-A-































Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

566 101 7
NOOROO'S VOTE ... "Hrm... macam mana ya hendak tambahkan vote cerita?" "Tak, itu soalan. Kau orang jawapan ke?" . Sebelum ini ada servis r...
3.2M 282K 92
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
43.7M 1.3M 37
"You are mine," He murmured across my skin. He inhaled my scent deeply and kissed the mark he gave me. I shuddered as he lightly nipped it. "Danny, y...
36.4K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...