ZAR

By tihatti

262K 17.2K 2.3K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41

BAB 5

6.7K 361 20
By tihatti

‘ Zar ingat, zar nak pi rumah opah sat, lama sungguh takpi jenguk dia, dan la Zar cuti, mami nak kirim apa apa dak?”

Pantas Puan Halimah memandang ke arah anak terunanya, tangan yang sedang memotong bawang terhenti, pisau masak diletak tepi,

“Bila hang nak pi, mami nak kirim suruh bagi kain batik yang pak bawak balik dari Bali haritu, haa ni kalau Zar pi, tu pi ambik sekali daun karipole kat belakang rumah opah, ada kan pokok tumbuh belakang tu?”

“Ada, ada haritu Zar nampak, lagi nak kirim apa lagi?”

“Takdak dah, pi elok-elok”

Seusai dirinya siap membilas pinggan di dalam singki, lekas-lekas dia menarik kerusi dapur lalu diletak elok di tepi ibunya, dilihat ibunya yang sibuk memotong bawang dalam kuantiti yang banyak, Zar terseyum simpul, ini mesti ayam masak bawang versi mamak, makanan kegemaranya!

Soalan yang ingin ditanya ditahan di hati, ditanam dalam- dalam, biarlah ianya tidak penting sekalipun,

"Biarlah,, selagi boleh ditahan di hati, kita tahan Zar"getusnya sendiri,

“Takpa pak tu memang lagutu, Insyallah lama-lama dia terbukak hati, kita sama-sama doakan Zar”

Kata-kata mengejut daripada ibunya menarik perhatianya, kepalanya ditekur ke bawah, digigit bibir perlahan

“Tapi sampai bila? Bukanya salah cheq, ingat cheq mintak ka semua ni jadi? Awat pak buat laguni?”

Ingin diluah lebih lagi, namun terasa dirinya tidak layak untuk merungut itu dan ini, hakikat dirinya hanyalah anak, tidak sepatutnya dia melebih-lebih

“Kalau bukan Zar, sapa lagi nak jadi hero dalam keluarga kita hmm? Mami bangga apa ada anak macam Zar, ni kalau mami lemas, toksah panggil bomba, Abang Zar kita kan ada?”

Tangan Zar digenggam lembut, ingin memujuk anak nya yang satu ini, bukan tidak kesian, tetapi hati suaminya terlalu keras ingin dilembutkan,

“Kalau marka lain tengok Zar, tuu cayaq hati depa tau! Mau beratoq depan rumah mami nak sign borang jadi menantu, bukan main pening nanti mami nak pilih"

“Ishh mami ni, malu la Zar, ingat Zar ni hegeh sangat nak ada aci ka?’

“Laa sapa tau, ada jodoh, mami orang pertama nak pi hantaq rombongan pi suap gula, awat hang ingat mami ni takmau ada cucu ka?’

Terletus tawa Zar mendengar celoteh ibunya, dia tahu sengaja ibunya berkata sebergitu ingin gembirakan hatinya,

“Sapa jaa nak kat Zar?”

"Dah la kulit bukan putih macam minah salleh, kerja pulak dekat laut, bukanya dalam office"

Terasa pahanya dicubit manja oleh ibunya,

“Laa, ni sungguh nak habaq, sapa yang tolak anak mami ni, buta sungguh tak tau nak habaq, elok pun elok, macam hero hindustan mami duk tengok tuu”

“Ada jaa mami ni, mai celah mana hindustan tu pun tak tau lah"

“Zar rasa rumah ni sunyi sangat, Adik pergi belajaq, nuh dekat Selangor, Danisya balik sekolah pergi kafa, malam mengaji, bila jaa Zar nak main dengan dia,”

Dicuba untuk mengalih topik perbualan, tidak tega hatinya ingin berbual mengenai soal jodoh, merah padam mukanya,

“Alah tulah, mami cakap cari bini, hang ni haa, bukan tak handsome, handsome tapi jenis jual mahai,”

Allah, masih lagi ibunya ini berbicara topik isteri, naik pening rasanya Zar rasakan,

“Ishh mami ni, senang cerita mami cari la sorang kat Zar”

Dan Zar lihat Puan Halimah ketawa kecil, tanganya kembali lincah memotong bahan untuk dimasak, ditongkat wajahnya menggunakan tangan, ralit memerhati tingkah ibunya,

“Zar sayang sungguh dengan mami, kalau mami takdak, mungkin Zar dah lama ‘mati’

Hi guyssss”

Aku lihat berpuluh-puluh komen di ruangan chat, Dijeling sekilas pada bahagian seat pemandu, Dahlia masih lagi sibuk dengan permanduanya,

Diingat lagi janji-janji yang Aku pernah katakan padanya, bahawa Aku sendiri yang akan drive hingga sampai ke rumah opahnya kalau dia membenarkan Aku ikut, Alih-alih si Dahlia ini yang berkeras ingin memandu, risau sangat kalau kereta kegemaranya aku bawa hingga jatuh ke longkang,

Hello, ingat si Adwa Naila ini lekeh sangat ke sampai tak reti bawak kereta, Cik kuntum yang papa berikan padaku elok sahaja, tak pernah lagi masuk longkang or accident

“Yes guyss, tepi I ni Dahlia, and guess what, I akan ikut dia balik kampung Opah dia for this semester break, Dahlia say hi”

Aku tujukan kemera ke arah Dahlia yang masih fokus, di sapa seketika sebelum kepalanya dialih semula ke arah hadapan,

“So Cik Dahlia kita busy, and yess I otw ke penang, sumpah I excited sebab jarang sangat datang penang, and korang boleh drop any suggestions tempat menarik’

Makin meningkat viewer live Instagram Aku, hampir sepuluh minit juga dan akhirnya aku end kan nya,

“And see you guys soon, any update I akan drop dekat Ig tauu”

“Sibuknya Cik Instafamous kita ni’

Suara Dahlia mengalih perhatian Aku, Aku tersenyum simpul, telefon pintar aku simpankan semula ke dalam beg,

“Alah Dahlia, you macam laa tak biasa, btw I dah qr kan duit minyak dekat you, nanti you check, plus I mintak maaf sangat sebab ingatkan nak drive, tapi you lebih rela nak drive sendiri”

“Memang la weiii, kereta aku, aku drive laa, bukan aku tak caya hang, hang tak ingat waktu semester tiga haritu, hang gostan kereta sampai kena kereta lecturer, melayang kita punya duit sebab kena saman, plus hang bukanya tau jalan masuk kampung opah aku, satgi hang melalut pi tempat lain naya cheq oiii”

“Ishh you ni, itu accident ok, btw Dahlia, kita dah nak sampai ke?’

Aku bertanya kepadanya, Aku lihat kiri dan kanan, sudah memasuki jalan kampung, rumah-rumah di sini kebanyakan nya masih mengekalkan ciri tradisional, malah banyak pokok kelapa di tanam, warung kampung juga ada!

“Hmm dah nak sampai dah, around 5 minutes macam tu lagi’

Terasa angin pantai menampar lembut wajah aku, dari jalan yang kami lalui ini, aku lihat ada pantai di seberang sana, sumpah, Aku rasakan hati ini sudah tertawan dengan tempat ini,

“Dahlia, sumpah kampung opah you cantik gilaa”

“Aku dah bagitau hang kan, kampung opah aku memang port healing, tuu lagi syok rumah opah aku hang jalan around 8 minit, tembus terus pi kat pantai’

Aku alihkan kembali pandangan ke luar tingkap kereta, sumpah, nyaman terasa di hati, dengan suasana petang nya, langit pun cerah hari ini, Aku lihat kereta KIA dahlia perlahan-lahan menyulusuri satu jalan kecil berbatu-batu, di belakang nya ada petak sawah kecil, rumah batu di bahagian bawah dan kayu di bahagian atas,

“ There we are, dah sampai Alhamdullilah, hang tunggu sat, Aku pi ketuk pintu rumah, nak panggil opah Aku”

Aku perhatikan sekeliling kawasan rumah ini, Dahlia aku lihat sedang. memberi salam, mungkin mencari kelibat opahnya, rentina mata aku tertumpu pada kawasan sawah padi pada bahagian belakang rumah, Cantik! Aku terasa terpukau, dengan langit yang sudah jingga dan pantulan pada air,

Memang cun kalau Aku upload pada story instagram Aku! Followers Aku mesti suka sangat!

Lekas-lekas aku keluarkan telefon pintar, Dicuba mencari angle yang sesuai, Aku perlahan-lahan turun ke kawasan yang dalam sedikit, ingin mengambil gambar langit berlatarkan padi sawah

“Ishh sikit lagi,”

Dibawa badan aku ke hadapan sedikit, sesaat dua saat,

“Woi hang gila ka duk pi cangkung kat situ, takdak kerja ka? Dah nak magrib duk kat situ pasaipa?”

Terhincut bahu aku mendengar jeritan suara jantan secara tiba-tiba, high heel yang aku pakai terasa lincin, tidak sempat aku stabilkan postur badan, terasa badan aku tergelongsor ke dalam sawah padi itu, habis lumpur kotor terkena seluruh badan dan kulitku, Dan yang lebih sadis, telefon pintar Aku juga sudah hilang entah kemana

“Ahhhhhhh’

Jerit aku sekuat hati, geram, sebal, ini bukanya healing yang aku rancang melainkan bala secara tiba-tiba,

“Yang hang duk kat situ pasaipa?, padan la muka hang, dah basah lokoih”

Aku bawa muka aku pada suara garau itu, di hadapan Aku, adanya lelaki yang sedang elok berdiri, dengan baju putihnya, kain pelikat dan songkok di kepala,  langsung tidak sudi hulurkan tangan ingin membantu aku bangun daripada lumpur sawah ini,

Wait, suara ini, aku macam kenal, Aku lihat dalam-dalam, no way, tak mungkin, what on earth happening now? Ini bukanya andainya takdir mahupun drama magrib pukul tujuh!

“ Mamat sewel?’














"Malang sungguh hang tau dak sapa jadi laki hang"

"Ehhh hello? At least boyfriend saya tu lagi berbudi bahasa daripada mamat hulu macam awak!"

~coming soon~

Continue Reading

You'll Also Like

605K 24K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
199K 13.5K 73
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...
824K 84.4K 72
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...