The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
pelanggan tetap

bukan hantu

1K 151 24
By akuorgbiasa

Jam 1130 malam,

Motor kapchai ditunggang laju melintasi kawasan sunyi itu. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Shah Alam dari bertemu sahabat lamanya di sekitar Saujana Utama. Almaklumlah, dah lama tak berjumpa, sedar-sedar dah lewat malam.

Untuk pulang ke rumah, dia ada dua pilihan laluan yang boleh digunakan. Masalahnya, kedua-dua laluan tersebut tak mesra penunggang motor di malam-malam begini. Gelap dan sangat sunyi.

Hampeh! Aku patut bawa kereta tadi, desis hatinya.

Setelah melakukan analisis, mana satu yang kurang menyeramkan, maka dia pilih laluan yang ini.

Dia cuba menunggang laju. Namun, dari kejauhan dan cahaya samar-samar dia nampak satu susuk berbaju putih melambai-lambai seperti sedang menahannya berhenti.

"Allah!! Tak makbul doa aku. Hanat.... Ada pulak dia kat sini..." ujarnya perlahan.

Lalu dia menunduk. Cuba mengelakkan pandangan bertembung.

"Encik! Encik! Tolong! Tolong berhenti!!"

Seorang gadis, berbaju putih, berseluar hitam dah pun mendepang tangan di tengah jalan.

Dia bersedia memulas handle motornya untuk bergerak lebih laju.

"Tolong!! I bukan hantu. I manusia! Bismillah.. bismillah..."

Namun dia terap mengelak susuk itu dan berjalan terus.

"Encik!!! Oiii!!!!! Aku bukan hantu!! Tolonglahhh!!"

Dan kala itu dia dengar esak tangis. Dia teruskan perjalanan, namun beberapa meter di hadapan, hati dihambat rasa sangsi.

Lalu dia mulai perlahan dan akhirnya berhenti. Dia menoleh ke belakang. Visor yang menutup muka diangkat.

"Kalau oghang macam mana?" Gumamnya sendiri.

"Sat gi dia mati sebab aku tinggal dia, terus jadi hantu kacau aku pulak!" Sambungnya lagi.

Dia berdecit. Aduhai... buat hal!

Dengan berat hati, dia membuat u-turn dan berpatah semula. Si dia sudah pun duduk di atas jalan tar sambil memeluk lutut. Menangis.

Sengaja dia pulas pemegang motor menguatkan bunyi. Gadis itu angkat kepala.

"Encik...." gadis itu terus bangkit.

"Buat apa dekat sini sorang-sorang malam-malam buta ni?" Tanyanya.

"I nak ke Shah Alam."

Dia kerut kening. "Cik dari mana? Takkan jalan kaki nak balik Shah Alam."

Gadis itu kesat air matanya. "Panjang ceritanya. Boleh tumpangkan I?"

Dia teguk air liur dan menoleh memandang bahagian belakang motornya.

"I bukan hantu, encik. Sumpah! I pun takut sorang-sorang ni. Tolonglah I, encik."

Dia berdecit kali ini. "Tak ada helmet extra ni. Ada satu je," balasnya sambil mengetuk helmet di kepalanya.

"Tak apa. Kalau kena tahan polis, I will take full responsibility. I ikut polis pun tak apa lepas tu. Sekarang ni bawa I keluar daripada sini je. Please..." gadis itu satukan dua tapak tangannya.

Dia garu topi keledar. Niat nak menggaru kepala, tapi dihalang topi keledarlah pula.

"Naiklah!" Akhirnya dia bersetuju.

"Terima kasih, encik!" Tanpa menunggu, si dia memanjat motor dan terus duduk di belakang. Tak semena-mena, si dia terus memeluk pinggangnya tanpa rasa bersalah.

Kaku sejenak. Terkebil-kebil menelan air liur.

"Err... sat, sat.." Akhirnya dia dah kembali sedar, dan berkata demikian sambil menepuk tangan yang melingkar.

"Hah?"

"Tak payah pegang," ujarnya.

"Eh? Mana boleh! Nanti jatuh," balas gadis itu.

Dia geleng kepala. "Dak aih. Pegang handle belakang tu. Injak belakang sikit. Kita ni bukan mahram. Mana boleh peluk-peluk. Dosa."

"Tapi..."

"Nak tumpang ke dak?"

"Nak, nak. Okey. I try ya? Kalau rasa nak jatuh, I pegang tau?"

"Pegang jacket ni. Jangan peluk macam tadi," ujarnya membalas.

Gadis itu angguk.

Perlahan-lahan motor digerakkan. Doa dan zikir tak putus di bibir. Dibaca perlahan tanpa suara.

Tak lama dia dengar esakan daripada belakang.

Bulu roma terasa tegak. Aduh, jangan lepas ni mengilai pulak dah!!

Dia berdeham agak kuat cuba menghilangkan rasa takut di sanubari.

"My boyfriend left me there. Mika left me there, alone, in the dark. Sampai hati dia..."

Sayup-sayup dia dengar suara gadis itu mengadu dengan suara agak kuat.

"Gaduh?" Soalnya. Mungkin dek takut jika-jika terdengar suara ngilaian selepas sesi luahan itu, maka dia ambil keputusan melayan pemboncengnya bersembang.

"Break up."

Dia mengeluh perlahan dan geleng kepala.

Apa barang, bro? Kot ya pun dah tak nak, hantarlah dia balik rumah dulu. Tak gentle ah!

Perjalanan mengambil masa hampir 30 minit juga untuk mereka tiba di pangsapuri di mana si gadis menetap.

Barulah dia dapat lihat dengan jelas wajah gadis berbaju putih itu.

Si gadis membetulkan rambutnya yang agak berselerak dek angin ketika memboncemg tadi.

"Thank you so much," ujar si gadis.

Dia hanya senyum dan mengangguk.

"Boleh you buka helmet sekejap?"

"Hah? Awat?"

Gadis itu tertawa. "I wanna see my savior's face. Please?"

Dia garu topi keledar sekali lagi. Namun dia turutkan. Topi keledar ditanggalkan.

Gadis itu senyum.

"Terima kasih, encik...?"

"Nuh."

"Terima kasih, Encik Noah. Saya Sarah."

Dia berdecit. "Nuh. Nuh. Bukan Noah."

"Sama je kan?"

"Tak sama. Tak payah nak omputih sangat."

Gadis itu gelak kecil. "Yalah. Encik Nuh."

"Sama-sama. Dah pergi masuk. Dah tengah malam ni."

"How to repay you? For the ride."

Nuh geleng. "Tak payah. Ikhlas."

"Jangan macam tu."

"Nak balas? Betul?"

Gadis itu angguk sungguh-sungguh.

"Nanti ajak gang datang kedai burger saya dekat seksyen 14 sana."

"You jual burger?"

Nuh angguk.

"Nama kedai?"

"Kedai Burger Abang Nuuh tudiaa."

Sarah tersengih lagi. "Got it. I'll find it."

"Saya gerak dulu. Assalamualaikum!"

"Eh, Abang Nuh!"

"Ya?"

"Terima kasih. I'm really thankful. Abang Nuh selamatkan I hari ni."

Nuh sekadar senyum dan mengangguk sebelum menggerakkan motor meninggalkan pekarangan itu.

Dia tersenyum sendiri. Terasa puas.

Alhamdulillah. Dia dah bantu orang hari ni.

Orang. Bukan hantu...

****

Sejenis idea yg datang random dan terus belasah tulis. Hahaha..

Jangan harap sgt sambungan. Takut tak ada idea 🤭🤭🤭

Continue Reading

You'll Also Like

849K 32.3K 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulun...
743K 2.5K 24
Walaupun badai datang melanda namun cinta antara Arman dan Elly tetap utuh.. Hayati kisah hidup mereka.. 18+
163K 5.8K 44
[Book 1] Adam Zahrain x Riya Dahlia She needed someone to show her how to live and he needed someone to show him how to love.
50.4K 1.7K 37
[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan h...