𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲

Oleh Missliluna

41.8K 3.8K 346

[stand alone] Zayn Chester & Hazi Marilyn. Lebih Banyak

ZC X HM
prologue.
01
02
03
04
05
07
08
09
10
11
12

06

2.5K 255 32
Oleh Missliluna

    Setiap kali mereka melintasi orang ramai, pasti ada yang menoleh arah ke mereka. Namun Hazi dan Zayn tidak endahkan mata-mata itu. Mereka berdua hanya kekal dengan raut wajah biasa. Tidak menunjukkan sebarang riak sama sekali.

Tidak dinafikan bahawa Hazi berasa kurang selesa apabila menjadi perhatian orang ramai. Sebelum ini, dia dapat pergi ke mana-mana sahaja tanpa diperhatikan. Sekarang, setelah Zayn muncul dalam hidupnya, setiap pergerakan seperti dikawal. Dia tidak bebas bergerak.

Hazi yang tampil dengan raut sombongnya berjalan bersama kedua-dua belah tangan memeluk dada. Dagu direntap sedikit ke atas. Tidak toleh ke kiri atau kanan. Mata fokus ke hadapan. Dapat dia rasakan jarak Zayn semakin rapat dengannya.

"Jangan dekat dengan aku," gumam Hazi dalam nada bisikan membuat Zayn seorang sahaja dapat mendengarinya.

Sedangkan Zayn membiarkan amaran Hazi seperti angin lalu. Kedua-dua belah tangan menyeluk poket seluar. Sebaliknya, dia semakin merapatkan jarak antara mereka. Bibir terangkat sinis. Sesekali Zayn kilas wajah merah menahan marah Hazi di sebelah.

"Too bad."  kata Zayn dengan tenang.

Hazi genggam buku lima. Sabar Hazi, Sabar... Ramai orang tengah tengok kau sekarang. Take care of your reputation.

"Now I regret my decision."  kemudian, Hazi bergerak lebih pantas. Ingin menjauhkan jarak mereka. Namun malang bagi Hazi, Zayn turut mengekori langkah pantasnya.

Apabila Hazi menghentikan langkah, Zayn turut melakukan perkara yang sama. Anak mata mereka bertembung. Masing-masing menayangkan wajah bosan. Seketika, Hazi memberi senyuman palsu.

Tapak tangan Zayn dicapai. Lalu dia beri beg tangan Birkin miliknya dan suruh lelaki itu genggam dengan kuat. Zayn tidak membantah. Biar pun dia sedikit bingung. Terangkat sebelah keningnya ke atas.

"Jaga baik-baik." pesan Hazi bersama senyuman misteri. Lalu mata beralih ke pengawal pusat beli belah yang memakai uniform putih. Lelaki itu berdiri tidak jauh dari mereka. Hazi sembunyi senyuman sinis.

"Help! ada orang ragut beg I !" bersama wajah cemas, Hazi berlari ke arah pengawal itu. Dia menyorok di belakang lelaki itu sambil menggigil ketakutan.

Buat seketika, Zayn tergamam. Lidah menolak dinding pipi. Lirikan turun pada beg milik Hazi dalam pegangannya. Dia menggeleng, kesal. Orang sekeliling mula memberi perhatian sepenuhnya pada Zayn.

"Crazy woman," Zayn mendecik geram. Pengawal itu datang ke arahnya. Sisi mata menangkap figura Hazi yang masih berdiri di sana.

"Sir, please hand out her bag." pengawal itu cuba ambil beg Hazi dari pegangan Zayn. Tetapi terlebih dahulu Zayn menjauhkan beg itu ke paras kepala.

Anak mata Zayn singgah ke arah Hazi seketika. Apabila mata mereka bertembung, Hazi melempar jelingan tajam.

Sebelah tangan menyeluk poket seluar. Oh wanita itu cuba mengenakannya...

"Sebelum saya buat tindakan--"

"Love! " tangan yang diseluk ke dalam poket tadi kini melambai ke arah Hazi. Serta merta membulat luas biji mata Hazi. Dia pandang sekeliling dan benar, orang ramai memandang ke arahnya sekarang.

Zayn menunduk hormat ke pengawal keselamatan itu. Bibir sembunyi senyuman sebelum berubah ke senyuman kecil.

"Forgive me. My wife still recovery from her coma. She barely know her own husband. Behalf of my wife, I'm sorry." tutur Zayn dengan ikhlas biar pun ia hanyalah sebuah penipuan semata-mata.

"Ouh really?! Oh my, I'm so sorry, please take your wife with you." pengawal itu sedikit terkejut dengan kenyataan sebenar. Lalu dia separa tunduk, menunjukkan rasa hormat. Zayn hanya angguk kecil kemudian mengorak langkah merapati Hazi. Wajah melempar senyuman puas hati.

"You're genius, Zayn. I feel like I want to kill you right now." rahangnya diketap, geram. Zayn kini berdiri benar-benar di hadapannya.

"Seriously, Zayn? Wife? In your fucking dream!" pantas Hazi rampas semula beg tangannya. Lalu dia membuka langkah besar, meninggalkan Zayn. Ah, tidak sangka rancangannya kali ini gagal. Sudah ramai lelaki yang tertipu dengan helahnya tapi mengapa tidak kepada Zayn?! Adakah Zayn terlalu bijak atau lelaki lain yang terlalu bodoh?

"I'm not easy as you thought, Captain Hazi."  kata Zayn sendirian. Tetapi bagi Zayn, tipu helah Hazi itu menarik. Dia tidak pernah lihat wanita gila seperti Hazi yang sanggup mempergunakan orang lain demi diri sendiri.

Kemudian, Zayn membuka langkah. Anak mata tidak lepas dari mengekori gerak geri Hazi di hadapan. Wanita itu masuk ke satu kedai. Dia lihat ke atas, ingin lihat nama kedai tersebut. Alangkah terkejutnya Zayn apabila Hazi masuk ke butik Nike.

Wanita seperti Hazi masuk ke kedai sebegitu? mustahil. Pantas langkah Zayn. Sebaik saja masuk, anak mata meliar-meliar mencari Hazi di sebalik orang ramai. Dia terus mencari di serata tempat sehinggalah matanya terkunci pada bahagian stokin bola. Hazi berada di situ.

"Oh hi, stalker." tegur Hazi tatkala dapat menghidu wangian kuat Zayn. Bermakana lelaki itu berada di belakangnya sekarang.

"I can tell, you're everywhere. And it making me sick."  lirikan Hazi beralih ke setiap poster yang ada di dalam kedai ini. Yang dia lihat hanya Zayn, Zayn dan Zayn. Wajah lelaki itu ada di merata-rata tempat.

"It's nothing to be proud of," jelas Zayn dengan nada bosan.  Lelaki itu seperti tidak suka berada di sini.

"Ambassador but anti with the products? Huh," perli Hazi. Matanya masih membelek-belek pelitup muka di sebelah bahagian stokin. Dia ambil dua pelitup muka berwarna hitam lalu menuju ke arah kaunter.

"Semuanya lima puluh ringgit. Card or cash? " Hazi mengeluarkan kad dari beg tangan.

"I'll pay." celah Zayn lalu menghulur kad miliknya ke penjaga kaunter itu. Dia menurunkan tangan Hazi yang masih memegang kad debit.

"Aku boleh bayar sendiri," dengan kasar Hazi menepis tangan Zayn dari pergelangan tangannya.

"Stop being a crazy independant when you're with me, Captain Hazi. Selagi aku berdiri depan kau, spend my money. Not yours. Got it?" dengan sekali nafas Zayn membuat Hazi mati kata. Tegas sekali nada lelaki itu.

"Miss, take my card." dengan wajah yang serius, Zayn menghulur kad miliknya.

Wanita penjaga kaunter itu mencuri pandang Hazi yang terdiam seribu kata. Dia sembunyi senyuman. Comel sungguh pasangan ini.

"Kenapa diam? bisu dah?" perli Zayn sebaik saja barang Hazi berada di tangannya. Dia memandang Hazi dari atas hingga bawah. Eh, tadi bukan main bising?

"Shut up." Hazi meninggalkan jelingan lalu langkah keluar dari kedai tersebut.

Zayn menggeleng kepala. Mengapa terlalu sukar untuk memahami wanita ini? hatinya terlalu keras. Bagaimana dia ingin berlakon sebagai teman lelaki wanita itu jika Hazi tidak memberinya ruang untuk mengenali wanita itu dengan lebih dalam?

"Menyusahkan betul. Aku nak beli mask untuk dia, boleh pula dia bayar sendiri. Kalau dia tutup muka dari tadi, tak ada aku susah payah masuk kedai nak cari mask untuk dia. Tak sedar diri lagi ke dia tu siapa? Malu aku nak berjalan dengan kau, Zayn." sedang Hazi berkumat-kamit melepaskan geram, tiba-tiba bahunya merempuh seorang wanita. Terjatuh beg kertas dari pegangan wanita itu.

Lantas Hazi separa melutut dan bantu wanita itu kutip semula barang-barangnya yang jatuh disebabkan oleh Hazi yang tidak peka dengan sekeliling.

"I tak sedar, sorry-- Wait?" apabila mata mereka bertembung, mata Hazi mengecil.

"Hazi?!" lantas tubuh wanita itu dipeluk.

"Audrey?" berkerut pelapis dahi Hazi. Sebagai manusia yang benci physical touch, pantas rifleks Hazi melepaskan kedua-dua belah tangan Audrey dari terus memeluk tubuhnya.

"Athan?" lirikan mata beralih ke lelaki yang berdiri di belakang Audrey pula.

"Eee! tak sangkanya kita terjumpa hari ini!" jerit Audrey dengan teruja mencapai tapak tangan Hazi yang membantunya bangun.

Kemudian Hazi nampak Zayn menghampiri mereka. Seketika, Zayn dan Athan melawan mata dan meninggalkan isyarat mata.

"Hm, tak sangka sangat. Bukan kau ikut aku, ke?" perli Hazi. Nadanya berubah bosan. Dia menepis tubuhnya, memastikan tiada kotoran degil di baju.

Zup. Bagai dipanah petir. Audrey tersengih janggal bersama anak mata yang bergerak memandang tunangnya.

"Macam mana you..tahu?" soal Audrey takut-takut. Hazi melempar jelingan tajam.

Sepertinya dia dapat jangka siapa yang memanggil mereka berdua. Siapa lagi jika bukan kapten Zayn Chester?

"Aduh, Biey! kenapa jujur?" Athan menepuk dahi. Beginilah sikap tunangnya setiap kali dimarahi oleh Hazi. Bukannya wanita itu akan memakannya hidup-hidup pun. Takut sungguh.

"Ha? Sayang kena tipu, ke?" gelabah Audrey. Dia lihat tunangnya sedang picit pelapis dahi.

"Ala, mana Sayang tahu!" Audrey hentak kaki, rasa menyesal. Aduh, mengapa dia terlepas cakap pula?!

"Zayn," panggil Hazi dengan tegas. Sebelah kening terangkat ke atas. Memandang serius pada wajah lelaki itu. Sedangkan Zayn membalas tatapan gerun itu dengan tatapan bosan.

"Apa? kau ingat aku ada masa nak beritahu mereka? Huh, nonsense." Zayn faham maksud disebalik diam seorang Hazi Marilyn. Sekarang Hazi ingin menuduhnya pula?

Kedua-dua belah tangan lelaki itu menyeluk poket seluar sambil melempar tatapan sinis.

"Hai, Zayn!" sempat lagi Audrey menggatal. Dia melambai kecil pada Zayn. Tetapi lelaki itu hanya balas dengan anggukan kepala. Rasa ingin menjerit!

"Audrey, focus!" jeritan mengejut Hazi serta merta membuat tubuh Audrey membatu.

"You beli handphone mahal-mahal memang untuk peram dalam beg, ke? cuba you tengok Instagram you sekarang!" mata Audrey turun pada beg Hazi.

Dengan curiga Hazi mengeluarkan telefonnya. Instagram dibuka. Sebaik saja dia buka akaun pribadinya, hampir membulat biji mata apabila request box tidak henti-henti singgah ke akaun miliknya. Bahkan dia menerima banyak personal message dari orang asing.

"For god's sake, miss Hazi Marilyn. You tak perasan, ke Zayn ada tag you di Instagram story dia?" apabila Audrey kata sebegitu, cepat-cepat Hazi buka chat box dari akaun Zayn.

Dan benar. di posting Zayn itu, terpapar separuh tubuh Hazi bersama gelas kopi. Biar pun tiada wajah, tetapi Zayn tag nama akaun Hazi di gambar tersebut membuat peminat-peminatnya bergegas mencari akaun Hazi.

"Zayn Chester!" tiada perubahan wajah dari Zayn. Lelaki itu memandang Hazi tanpa rasa bersalah.

"I just figure out how to use Instagram." respon Zayn sebelum angkat bahu.

"So you're using me?!" makin baran Hazi dibuatnya.

"Why not?" soal Zayn tanpa perasaan.

"Over all people?! Kau sedar tak kau siapa?" berkerut hebat dahi Hazi, menahan amarah. Lelaki itu gila!

"I know. I'm Zayn Chester." sekali lagi dia menerima balasan tenang dari Zayn.

"And?! Kenapa kau perlu libatkan aku dalam hidup kau?!" jika diberi peluang, mahu saja dia tendang Zayn sekarang.

Bila masa Zayn ambil gambarnya secara diam-diam pun dia tidak tahu. Nasib baik lelaki itu tidak menyebarkan wajahnya.

Di Korea, pandai tutup muka, tidak mahu orang mengenalinya. Apabila di Malaysia, semestinya negara yang orang kenal siapa dirinya, tidak mahu pakai pelitup muka pula. Heran.

Zayn merapatkan jarak antara mereka berdua. Tubuh menghadap Hazi. Mata bertembung.

"Because you did the same. Now, fair and square. No more questions, let's keep moving." sempat Zayn meninggalkan jentikan di dahi Hazi sebelum membuka langkah.

"Athan, kau nasihat kawan kau. Suruh dia pakai mask dalam paper bag tu." tidak lepas mata Hazi dari mengekori tubuh tegap Zayn dari belakang yang serba sempurna itu.

"Eh? dia tak pakai mask? pelik. Biasa dia keluar dengan aku pun dia pakai mask. Pergi kopitiam pun pakai mask. Tak pernah tinggal mask dia tu." apabila Hazi menyentuh tentang pelitup muka, baru Athan sedar bahawa rakannya itu tidak menutup wajah hari ini. Apakah Zayn telah disampuk oleh hantu?

"Mana aku tahu! dia kawan kau, bukan kawan aku." ini lagi sorang. Memang padan sungguh dia dan Audrey. Bakal laki bini, sama saja perangai.

"Dan suruh dia delete sekarang gambar aku sebelum aku campak ke tingkat bawah telefon dia." tidak semena-mena Athan pula ditengking olehnya.

"Isy, Iyalah." dengan langkah malas Athan mengejar Zayn yang kini tidak tahu di mana. Zayn yang buat, dia pula kena tempias.

"Hazi..." Audrey menekup mulutnya.

"Apa dia?" Hazi toleh ke arah Audrey dengan dahi yang berkerut. Masih tersisa amarah.

"You..ada apa-apa ke dengan Zayn?" ada banyak petanda yang membuat Audrey rasa curiga tentang Zayn dan Hazi.

"First, dia follow Instagram account you sorang sahaja. Second, both of you secretly met. And third, Zayn tak pakai mask bila dia keluar dengan you!" sah! memang benar tekaannya.

"This is what we call falling in love, Hazi Marilyn! He's in love with you!" Audrey senyum dengan teruja. Tidak sangka, dalam diam mereka berdua kenal satu sama lain. Menarik! macam K-drama pula!

"Very funny, Audrey." panjang lebar Audrey terangkan satu per satu, Hazi hanya melempar tatapan tidak berminat. Sedangkan dia bukan reka cerita. Ini kenyataan.

"You mana tahu, you tak pernah bercinta!" geram Audrey. Lengan memeluk tubuh.

"Oh sorry, I'm allergic to love." Hazi menayang senyuman palsu sebelum melempar tatapan sinis.

Langkah diorak meninggalkan Audrey yang terkumat-kamit sedang menyumpahnya sekarang. Tak makan saman langsung. Cuba untuk sekali, Hazi dengar kata-katanya.

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.2K 299 37
#1 in bestseller 2024 It's a surprise. Lethal. You can't even imagine what it's about. After all, original rules. Some events are real. Humour, t...
1.7M 101K 40
"You all must have heard that a ray of light is definitely visible in the darkness which takes us towards light. But what if instead of light the dev...
436K 24.1K 17
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ~By 𝐊𝐚𝐣𝐮ꨄ︎...
MISTERIO Oleh 𝐒.𝐇

Misteri / Thriller

6.3K 890 58
[ 𝐄𝐱 𝐐-𝐋𝐞𝐤𝐢𝐫 𝐀𝐠𝐞𝐧𝐭 × 𝐀 𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐰𝐫𝐢𝐭𝐞𝐫...?] • • • • • • • • • • - Aya Hashyra - Kyle Marquess? • • • • • • • • • • "If you don...