OG | Mrs. Fawwaz Daiyan

akakcheetah tarafฤฑndan

2.9K 491 38

Siapa sangka setelah hampir 8 tahun menghilang, akhirnya Fawwaz Daiyan kembali muncul ke dalam hidup Aulia Ha... Daha Fazla

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35

BAB 25

72 9 8
akakcheetah tarafฤฑndan

FAWWAZ yang tadinya leka bersama telefon bimbitnya, tiba-tiba sudah menjadi tidak senang hati apabila dia sedari bahawa anaknya, Iman Haura telah pun menghilang dari pandangannya.

Tanpa membuang masa, Fawwaz segera mengatur langkahnya untuk mencari anaknya yang sudah hilang.

Lantas dia mencari anaknya merata tempat di dalam pusat membeli belah tersebut.

Setelah puas dia mencari anaknya, tetapi langsung tidak jumpa. Tiba-tiba dia melihat kelibat anaknya bersama seorang wanita yang sedang cuba memujuk dan menenangkan anaknya yang sedang menangis teresak-esak.

Lalu dia bergegas menghampiri anaknya yang masih bersama dengan seorang wanita tadi.

"Haura!" Jerit Fawwaz dari jauh.

Seraya Fawwaz menjerit memanggil nama anaknya itu, anaknya terus menolehkan kepala memandangnya. Wanita yang bersama anaknya tadi pun turut menolehkan kepalanya memandang Fawwaz.

Lantas Iman Haura berlari menuju ke arah Fawwaz lalu memeluk kaki Fawwaz dengan seerat-eratnya.

Fawwaz pula sudah menghulurkan tangannya untuk mendukung Iman Haura. Terus sahaja Iman Haura meleraikan pelukannya.

Kini, Fawwaz sudah pun mendukung anaknya. Lalu dia membuka mulut untuk mengucapkan terima kasih kepada wanita tadi.

"Terima kasih atas kesudian awak untuk memujuk anak saya. Maafkan saya juga atas kecuaian saya sebentar tadi," ucap Fawwaz kepada wanita yang berada dihadapannya sebelum Fawwaz sempat mengangkat kepalanya untuk melihat wajah wanita tersebut.

"Sama-sama." Balas wanita tersebut.

Sebaik sahaja mendengar suara wanita itu, Fawwaz terus mengangkat kepalanya untuk melihat wajah wanita tersebut kerana suara tersebut amat dia kenali dan sudah lama jugalah dia tidak mendengar suara itu.

Alangkah terkejutnya lagi apabila Fawwaz melihat wajah yang amat dia kenali, jantungnya mula berdegup laju.

"Haura? Awak Aulia Haura kan?" Soal Fawwaz terkejut.

"Ini anak awak?" Soal wanita itu pula. Soalan yang dilontarkan oleh Fawwaz hanya dibiarkan.

"Ya." Jawab Fawwaz ringkas.

Lantas wanita itu bergegas lari menuju ke pintu keluar.

"Haura, Sayang... tunggu dekat sini dulu ya? Nanti papa datang balik. Jangan pergi mana-mana tau," pesan Fawwaz kepada Iman Haura. Lalu dia menurunkan anaknya daripada dukungannya.

Terus sahaja dia mengejar sosok tubuh wanita tadi yang sudah melarikan diri daripadanya.

"Haura! Aulia Haura! Stop!" Jerit Fawwaz sambil mengejar Aulia.

"Aulia Haura, tolong berhenti sekejap!" Jerit Fawwaz lagi.

"Eh, lepaskan!" Jerit Aulia pula apabila Fawwaz sudah menggenggam erat tangannya.

"Awak ni kenapa ek?" Tanya Aulia.

Fawwaz diam. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya. Malah genggaman tadi menjadi semakin erat.

"Eh, sakitlah! Lepaskan tangan saya!" Pinta Aulia apabila dia merasakan bahawa genggaman tadi menjadi semakin erat. Fawwaz yang tadinya mengeratkan genggaman tersebut, kini dia melepaskan tangan Aulia sebaik sahaja mendengar jeritan daripada Aulia.

"Haura.."

"Apa!?"

"Tolong."

"Tolong apa?!"

"Tolong dengar dulu, apa yang saya nak jelaskan." Ujar Fawwaz.

"Nak dengar apa lagi?!"

"Tak ada apa lagi yang awak perlu jelaskan dekat saya, Fawwaz." Kini butiran cecair jernih yang ditahan Aulia tadi, berguguran jatuh setitis demi setitis sehingga membasahi pipi mulusnya.

"Maafkan saya, Haura." Pinta Fawwaz yang sudah melutut dihadapan Aulia.

"Maafkan saya. Saya terpaksa. Tolong beri saya peluang kedua?"

Aulia sudah mengemam bibirnya sambil air mata terus-menerus turun menitis membasahi pipinya.

"Awak fikir mudah ke Fawwaz, untuk saya beri awak peluang kedua?"

"Cukuplah, Fawwaz."

"Awak tahu tak, lapan tahun saya tunggu awak. Tahu-tahu je, awak dah ada anak." Kata Aulia sebelum dia mengatur langkah untuk meninggalkan Fawwaz.

Fawwaz pula hanya membiarkan sosok tubuh Aulia yang sudah pergi meninggalkannya.

"Tak apa, Haura." Hati kecil Fawwaz berbisik.

"Saya akan cuba untuk ambil hati awak semula, Aulia Haura." Bisik hati kecil Fawwaz lagi.

Okumaya devam et

Bunlarฤฑ da BeฤŸeneceksin

4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
1.1M 39.8K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...
2.2M 51.7K 33
Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus merebut keju... Dalam masa yang sama, Aira...
165K 16.7K 57
New age is begin. Sylvania, menjadi dunia yang maju. The world remain in peace. But... Thats the beginning of the disastrous. Keamanan Sylvania menja...