ZAR

Da tihatti

309K 19.6K 2.6K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... Altro

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43

BAB 3

8.8K 484 16
Da tihatti

“ Sayang dah la tu nangis, mulut tu muncung macam itik tak habis-habis, Zaf tak kisah pun fasal kek terjatuh atas lantai, As for the surprise, it's okay, it doesn't matter, as long as Adwa ada depan mata Zaf, I am already grateful”

Terasa tangan aku digenggam erat olehnya, sedari tadi kami tiba di cafe kegemaran Aku ini, dia tidak henti-henti memujuk diriku, berkata bahawa dirinya tidak kisah akan kejutan yang tidak menjadi, benci!

Padahal susah payah aku rancang semuanya, namun hancur,

Gara-gara mamat utara sewel itu!

“Memang la Adwa sedih, penat tahu tak Adwa ke hulu hilir cari kek favourite Zaf, and dress soft pink yang Adwa pakai tu pun Adwa tempah khas sangat-sangat sebab nak jumpa Zaf, Alih-alih for the first time after mission, Zaf nampak Adwa dalam keadaan comot macam tu, siapa je tak sebal?”

Rungutku lagi, terasa bengkak di hati semakin menebal apabila memikirkan accident itu, 

Mulut yang sedia macung terasa semakin sedepa ke hadapan, sebelum aku rasakan tanganya mencubit perlahan bibirku,

“Haa muncung kan lagi bibir tu, Zaf ini lelaki tahu? Ada nafsu, so stop doing that dear, sebelum Zaf betul-betul buat something which is very uncivilized for both of us"

Pantas aku hentikan tindakan Aku sebaik sahaja Aku mendengar katanya, Aku geleng perlahan kepalaku,

"No...tak boleh, Zaf jangan jadi syaitan laknatullah dekat sini, I call mama and papa kalau Zaf buat macam yang Zaf cakap tadi"

Dia ketawa perlahan, diambil semula tanganku lalu dikucup lembut,

"kalau macam itu, stop ok? Jangan sedih-sedih lagi, here pilih menu yang Adwa nak, Zaf belanja”

Kata-katanya membuatkan wajahku terasa panas, pantas aku tekup kedua belah pipi yang semakin memerah, terdengar tawa halus dari bibirnya, Ahh Zafran ini kalau hal menyakat diri Aku sememangnya juara,

“Betul Zaf belanja?”

“Anything for my love, pujaan hati Zaf, kalau Adwa nak order Zaf sekarang ni pun, Zaf lagi ok”

“Zaf, stop doing that, memang suka ke tengok Adwa blush macam ni?”

Lagi galak tawanya meletus, Zafran Harraz, sememangya lelaki yang sebergini, ayat-ayat manis yang selalu dilontarkanya selalu mencairkan hati aku, asbab utama aku terlalu menyayangi lelaki ini,

“Alright Zaf gurau, anything my love...anything yang Adwa nak makan, Zaf belanja”

“Emm kalau macam itu, Adwa nak makan yang ini? Nasi putih, telur dadar and tomyam seafood, ohh Adwa nak jugak extra sambal belacan”

Tanganku lantas menunjuk ke set makanan ala thai, Tomyam, comfort food yang sangat aku sukai,

“Still same after seven years sayang, selalu sangat dengan tomyam tuu,”

"Of course la, nanti kalau Zaf dah jadi suami Adwa, everyday Adwa akan masak tomyam, biar lama- lama muka Zaf jadi macam akak toye"

"Anything dear, anything yang Adwa nak"

Aku lihat dia bangun dari kerusi di hadapanku, lalu pergi ke kaunter makanan untuk serahkan order yang telah kami pilih, seusai dia kembali duduk di bangkunya,

“Emm Zaf, Adwa nak tanya something boleh?”

Fikiran Aku secara tidak sengaja memikirkan lelaki kurang siuman itu, jangan salah anggap, bukanya aku sudah tertangkap cintan dengan si dia, gila serkiranya aku serbegitu sedangkan buah hati di depan mata, ini bukanya drama hindustan tiga petang!

“Anggota yang pakai pakain fully hitam plus their faces covered with black cloth, itu unit mana Zaf? Tak pernah pun Adwa nampak diorang sebelum-sebelum ini? Unit baru eh?"

Aku lihat pandangan mata Zaf melihat tepat ke arah aku, kepalanya berkerut sedikit memikirkan jawapan kepada soalan Aku sebelum bibirnya membuka bicara,

“Zaf rasa Zaf faham maksud sayang, black uniform right? they are special units in TLDM, special sea forces, singkatan PASKAL, kenapa sayang tanya?’

Aku mengangguk perlahan,

“Ouhh nothing , diorang hebat ke Zaf?’

“Antara yang terhebat sayang, kalau nak bandingkan Zaf dengan diorang, Zaf ni macam semut lalu tepi gajah, kena pijak automatik lenyek jadi fosil”

Aku sudah faham, patutlah lelaki itu berlagak semacam, tidak berbudi bahasa, garang mengalahkan pak singa dalam rimba, ciss nampak sangat dia itu hidung tinggi, malang sungguh siapa yang menjadi isterinya, mahu sewel hari-hari hadap perangai hati keringnya!

Deruman enjin motosikal berkuasa tinggi HONDA CBR kuat mengaum memasuki satu perkarangan rumah,

Rumah yang terletak di tengah-tengah kesibukan kota penang, Seusai dia memarkir motosikalnya, dibuka helmet lalu diletakkan elok di hadapanya, rambut yang sedikit kusut dikemaskan, dibuka jaket hitamnya lalu dilipat kemas,

Matanya lama memandang beret berwarna unggu di dalam beg galasnya, keluhan berat dilepaskan sebelum dia mengambil lalu dipakai kemas pada kepalanya,

"One day, Zar nak jadi macam Abang"

Terlintas seketika ayat itu di kepalanya, senyuman lemah diukir seketika, serkiranya diri dia enam tahun lepas mampu melihat apa yang sudah terjadi,

Ada kah dia akan menuturkan ayat yang sama?

“Takpa Zar, Insyallah Allah permudahkan segala urusan hang, jangan duk buat kalut”

Bisiknya pada hati, dibawa langkah kakinya menuju ke muka pintu rumah, sebelum sempat tanganya menekan loceng rumah, tanganya terhenti kembali,

“ Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambaMU ini,”

Lalu ditekan loceng itu, sesaat, dua saat, jantung nya terasa ingin pecah sebelum pintu rumah dibuka, terjengul susuk tubuh wanita separuh umur, dengan baju kurung nya dan tanganya yang penuh dengan perhiasan berkilau, Zar mengukir kan senyuman semanis gula,

“ Mami”

Panggilnya perlahan, senyuman yang sedia manis terasa semakin lebar, tercengang seketika wanita itu sebelum tubuhnya dipeluk erat, dibelek belek wajahnya lalu dicium pipinya berkali-kali,

“Bila hang balik? Awat tak bagitau mami hang nak balik? Allah mai mami nak tengok anak mami ni, Ya Allah Zar, anak mami dah balik, rindu sungguh ngan hang”

“Saja tak mau bagitau, nak buat suprise dekat mami”

Balasnya perlahan, terasa tubuhnya dipeluk kembali oleh ibunya,

Apabila kakinya melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya, seketika matanya tertumpu pada potret keluarga yang digantung gah di tengah ruang tamu, rasa di hati ditahan,

"Ini adalah jihad paling mulia Zar, tak semua orang Allah berikan peluang untuk rasa nikmat ini, Kita patut rasa beryukur"

Ahh, kenapa sekarang segala ayat sentimental oleh seseorang itu harus bermain di fikiranya? Getus hati Zar,

“Ehh Angah dah balik!”

Jeritan nyaring gembira oleh seseorang berjaya menarik perhatian Zar, matanya pantas melihat ke arah suara kecil itu,

“Danisya”

Serunya perlahan sebelum tubuhnya dibawa ke arah kanak-kanak itu lalu dipeluk erat, rambut adiknya ini dibelai lembut,

“Angah bila balik?”

“Baru sat saja ni, nahh angah bawakkan hadiah yang isya mintak”

Dihulurkan satu pakej kecil berbalut cantik pada gadis kecil itu, Danisya tertawa riang, pantas dibukanya, Zar menoleh ke arah ibunya kembali

"Zar cuti berapa hari”

“Dalam dua minggu, lagipun depa bagi cuti kat kami, bolehlah rest sat”

Ibunya kembali memegang pipinya, dibelek kiri kanan, sebelum senyuman lembut diberikan padanya,

“Zaf sihat?”

Sebelum bibirnya kembali membalas pertayaan ibunya, ada suara lain menyampuk perbualan mereka.

“Dia hidup lagi tu kan? Bukanya balik dengan jasad kosong!”

Senyuman yang sedia manis seperti gula mati di situ, bebola matanya menoleh ke arah ayahnya, hanya wajah yang tegas, bukanya riak gembira kerana dia pulang,

“Pak”

Panggilnya perlahan, huluran salam yang dihulurkan kepada ayahnya hanya sepi tidak disambut, pandangan dingin diberikan padanya,

“Abang...” tegur Halimah perlahan kepada suaminya, terasa pilu pada hati, bukan setahun dua anak itu dilayan sebergitu,

“Dia pilih beret unggu itu lebih dari kita semua limah, patutnya dia dah bangga, buat apa dia balik sini lagi?”

Pedih! Terasa air mata yang ditahan dirinya selama ini ingin gugur di situ juga, terasa luka yang sudah bernanah  di hati terasa lebih perit,

Dikerling sekilas pada potret keluarga sekali, benar,

“Tak semua memahami pengorbanan yang kita lakukan Zar’

Bisiknya pada sudut hati yang paling dalam. Beret unggu pada pegangan tangan digenggam lebih erat.

Continua a leggere

Ti piacerà anche

1.7K 163 10
✧⁠*⁠。 ⁠♡~NOAH DARIEAN & DAHLIA AURORA ~✧⁠*⁠。 ⁠♡ 5 Tahun lalu telah berlaku peristiwa hitam bagi Dariean. Dia dikhianati oleh teman wanitanya Bella I...
295K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
3.3K 361 10
Ini adalah kisah seorang diva bertemu dengan jejakanya... Si diva merupakan pembunuh lelaki tanpa bayang. Sekali dia kenyit mata, semua boleh tunduk...
3.2K 158 9
Astra Humaira, seorang penyanyi wanita di dalam Luna Band. Gaya hidupnya seperti selebriti-selebriti di negara barat. Tiada satu pun rukun Islam yang...