SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

179K 7.3K 254

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

11

2.9K 115 1
By Mrs_pororo

       JAM ditangan diperhati. Tepat jam 8 : 30 pagi. Pantas Aira berlari keluar ke arah luar rumahnya untuk pergi kerja. Tapi ia terlupa akan sesuatu?

"Dah lewat ni." Ujar Aira sambil berlari anak ke bawah garaj.

"Ehh?" Aira terdiam ketika ia melihat tiada apa - apa ditempat parking motornya dan ia teringat kalau motornya hilang.

"Allah." Aira menepuk dahi.

"Emh.. Ni macam pula ni?" Keluh Aira seorang diri.

Lama selepas Aira membeku disitu, seseorang menyapanya dari belakang.

"Cik Aira?" Panggil seorang pekerja baru disitu.

"Ye?" Aira memalingkan badannya menghadap kearah suara yang menyapanya itu.

Pemilik suara itu ialah seorang perempuan muda yang cantik.

Aira yang terpegun dengan kecantikan perempuan itu terus termenung memandangnya.

"Cik perlukan apa - apa ke?" Soal pekerja baru itu.

"Ehh. Takde apa." Balas Aira, segera mematikan lamunannya. Aira memang jenis yang tidak suka menyusahkan orang lain.

"Kalau nak apa - apa panggil saya ye." Kata pekerja itu.

"Ouh, okey." Balas Aira. Lama Aira perhatikannya, baru ia sedar kalau dia tidak pernah melihat perempuan itu disini.

"Kalau saya nak tanya boleh?" Aira meminta izin sebelum menyoal perempuan itu.

"Boleh je." Balas perkerja itu.

"Awak siapa?" Soal Aira.

"Ouh, maaf. Saya tak perkenalkan diri saya pula." Ujar perempuan itu sambil menggaru kepala yang berlapikkan tudung itu.

Aira hanya mendiam. Kerana dia selalu tidak ada di rumah, jadi dia tidak berapa kenal dengan pengawal - pengawal disini melainkan orang yang direkrut sendiri oleh ayahnya.

"Saya Afaf Zaqirah. Cik boleh panggil saya Afaf je." Ujar Afaf sambil tangan didada dan kepala ditundukkan sedikit tanda hormat.

"Ouh, okey.." Balas Aira.

"Saya pekerja baru dekat sini. Saya tahu cik Aira selalu keluar, jadi cik Aira mesti tak kenal saya." Kata Afaf bersama senyuman manis dilontarkan kepada Aira.

"Bila masuk?" Soal Aira ingin mengkaji sedikit tentang perempuan itu.

"Saya baru je masuk minggu lepas." Balas Afaf.

"Ouh. Awak bahagian mana?" Soal Aira lagi.

"Saya bahagian luar rumah dengan ruang tamu." Balas Afaf sambil memandang anak mata Aira.

"Ouh. Takpe lah, Afaf. Saya nak pergi sana dulu." Kata Aira sambil menunjuk kearah Kimie yang sedang bersembang dengan salah seorang pengawal disitu.

"Okey, hati - hati, cik Aira." Pesan Afaf. Aira mengangguk dan berlari kearah Kimie.

"Bang, bang." Panggil Aira.

Kimie memalingkan badannya menghadap kearah Aira yang sedang berlari ke arahnya.

"Jatuh nanti tak tahu lah." Kata Kimie. Aira tersenyum menayangkan gigi putihnya.

Afaf melihat Aira dari jauh dan masuk kedalam rumah untuk ke dapur.

Tiba sahaja didapur, telefon canggih didalam kocek seluar diambil dan tangan laju mencari nombor seseorang.

Afaf terus menekan butang call apabila jumpa sahaja nombor yang ingin dihubungi.

"Assalamualaikum." Salam diberi apabila telefon darinya diangkat.

"Afaf dah jumpa dia, lawa giler." Ujar Afaf kepada orang yang sedang ia hubungi.

"Ada jadi apa - apa tak?" Soal Ariff.

"Em.. Harini takde, kalau semalam ada lah." Balas Afaf kepada abang sulungnya.

"Nanti dah habis kerja call aku, aku pergi ambil." Ujar Ariff kepada adik bongsunya.

"Okey. Ha, ni lagi satu." Kata Afaf.

"Apa?" Soal Ariff.

"Afaf rasakan.. Abang boleh lah kahwin dengan dia, macam sesuai aje." Kata Afaf sengaja ingin menyakat abangnya.

"Haih. Kau jangan banyak main sangat, perhatikan dia betul-betul. Aku bagi kerja ni dekat kau sebab aku tak percayakan abang kembar kau tu. Kau jangan banyak main sangat." Ujar Ariff panjang lebar dari dalam telefon milik Afaf.

"Ye. Afaf tau lah. Tak pelah, kita tutup dulu. Takut nanti ada orang datang pula, bye." Kata Afaf dan segera mematikan panggilan telefonnya.

"Nak kena tengokkan akak Aira, lepastu tak lama lagi mesti dapat akak ipar.. Ish, bestnye.." Kata Afaf seorang diri dan tersenyum gembira. Macam dia pula yang nak kahwin. Dia memalingkan badannya menghadap kearah belakang dan terkejut kerana seseorang berdiri dibelakangnya.

"Astaghfirullah akak ipar!" Latah Afaf apabila terkejut akan kelibat mak Lin yang berdiri dibelakangnya.

"M-mak Lin... Mak Lin buat apa dekat sini?" Soal Afaf.

"Agak-agak nya mak Lin dengar tak benda apa aku cakap dengan abang Ariff tadi?"

Soal Afaf didalam hati.

"Kam- kamu ni siapa?" Soal mak Lin ketakutan.

"Mak Lin jangan takut dengan saya, saya datang kerja sini sebab nak tolong akak Aira je." Balas Afaf sambil memegang tangan mak Lin.

Mak Lin memandangnya pelik. Afaf pula hanya mampu tersenyum.

"Apa maksud kamu nak tolong Aira?" Soal mak Lin pula.

"It-itu... Saya tak boleh bagitahu. Nanti abang saya marah.." Balas Afaf sambil tersenyum menyenget.

"Jadi kamu datang sini nak tolong jodohkan abang kamu dengan Aira ke?" Soal mak Lin sedikit menyakat perempuan muda itu. Curiga yang tadinya hilang begitu saja.

"Takde lah. Hehe.." Balas Afaf.

"Tak buat kerja ke?" Soal Ira apabila ternampak sahaja dua kelibat pekerja itu sedang bersenang-lenang.

"Cik Ira." Kata mak Lin dan sedikit menunduk ke arahnya.

Ira menjeling mak Lin dan Afaf direnung tajam. Afaf juga turut merenungnya.

"Kau siapa?" Soal Ira sedikit lantang.

"Saya pekerja baru dekat sini." Balas Afaf acuh tak acuh.

"Aku macam pernah nampak dia. Dekat mana erk?"

Soal Afaf didalam hati.

"Kau ingat kerja dekat sini boleh senang-lenang ke!?" Soal Ira dengan sombong. Afaf memerhatinya atas bawah.

"Ewah-ewah minah ni, dia ingat disebabkan dia anak tuan rumah ni, aku nak kena tunduk dekat dia ke? Kalau aku tak kerja dekat sini, pangkat aku lagi tinggi lah dari dia! Berlagak tak kena tempat!"

Bebel Afaf didalam hati.

"Kau tengok - tengok apa?!" Jerkah Ira dengan riak tidak puas hati dengan tatapan mata Afaf.

"Aku ta-" baru sahaja Afaf ingin mula bercakap lantang, satu suara mula menghentikan mereka.

"Kenapa ni?" Soal Aira yang sahaja sampai.

"Kau tak payah sibuk lah Aira!" Jerkah Ira apabila mendengar suara adiknya mula menyampuk.

"Aku dengar kau jerit-jerit tadi dekat luar. Kau tak payah lah nak marah-marah, dia budak baru kan." Ujar Aira lembut dengan kakaknya.

"Aku cakap kau tak payah sibuk kan? Kenapa beria sangat!?" Soal Ira dengan nada yang tinggi.

Tangan Ira pula naik ingin menampar wajah mulus Aira. Tapi dihentikan oleh satu tangan lain?

"Awak jangan nak lebih-lebih! Cik Aira takde kena mengena. Jangan suka-suka hati je nak pukul dia!" Kata Afaf pula dengan lantang.

"Kau!" Ira mengetap bibir. Laju ia merentap tangannya dan pergi dari situ. Bahu Afaf dilagakan.

"Awak okey?" Soal Aira, sedikit risau dengan anak orang.

"Saya okey je.." Balas Afaf dan tangan Afaf ditarik mak Lin.

"Aira pergi lah naik rehat dulu." Ujar mak Lin perlahan kepada sosok tubuh kecil itu dan Aira mengangguk perlahan.

Menghilang sahaja kelibat Aira dari pandangannya, mak Lin menampar lembut bahu milik Afaf.

"Ish kamu ni. Nanti kerja tak sempat sebulan dah kena buang." Kata mak Lin dan Afaf hanya tersenyum.

"Nanti tak sempat nak jodohkan abang kamu." Sakat mak Lin sambil tersenyum.

"Insya Allah sempat." Balas Afaf dan mereka ketawa kecil.

"Dah, pergi buat kerja. Nanti tak fasal-fasal kena cekik lagi sekali." Kata mak Lin dan bersurai meninggalkan Afaf seorang diri. Afaf hanya tersenyum.

Continue Reading

You'll Also Like

186K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
77.9K 3.8K 68
Tengku Rose Arellyn...bdk nerd yg x seberapa nerd sebab perwatakan dia..dia adalah nerd 2.0..dia jadi mcm tu bersebab... keluarga adalaha seorang maf...
87.9K 672 8
duniaku yg penuh dgn dugaan
282K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.