ZAR

By tihatti

259K 17K 2.3K

[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih... More

BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41

BAB 1

27.4K 657 61
By tihatti

Sempadan maritim Malaysia

“Kita dapat info lebih kurang enam bot nelayan cuba rentasi sempadan negara atas tujuan penyeledupan dadah, by hook or by crook, kita kena halang diorang daripada rentasi sempadan, kalau tak its gonna be international issue did you copy that ocean?”

Suara daripada walkie talkie yang digenggam erat pada pegangan tanganya dibalas dengan nada tenang,

“ Copy that”

“ Dadah jenis?”

“Lebih kurang 30 kilogram dadah jenis Opiat, anggaran sebanyak RM 1.5 Juta ringgit Malaysia, info daripada pihak berkuasa yang lain kami anggarkan bahawa dadah yang bakal diseludup ini akan diguna pakai di pusat perlacuran Thailand, Bangkok dan selebihnya akan dibawa masuk ke Macau, Kami syak bahawa ini juga adalah angkara token dadah yang sama, Abu Jamil, pihak kita sebulan yang lepas sudah tumpaskan konco-konco mereka di Petaling, rasanya ini juga adalah anak buah mereka, I leave this matter to you, did gama team on positions?”

“ We good”

"Malam sekarang, you sure you guys can do?"

"Tonight the moon looks bright, plus captain tahu, kami sentiasa terbaik"

Yakin, tidak gentar, itu adalah diri mereka,

Suara serak garaunya membalas lagi, badanya dibawa melangkah menuju ke arah ahli kumpulanya yang sudah siap bersedia,

"Then good luck Ocean, all info will directly akan diberikan pada kapal induk, bunga raya"

"Copy that" diletak walkie talkie pada board, dirinya juga mula memasang peralatan keselamatan pada uniform hitam pekat pada badanya, 

“ Cikmie cakap apa weh?”

Suara Edika Ukasyah bertanya, pandangan mata Zar Uzair dibawa untuk melihat pada lelaki ini, dirinya juga sudah siap bersedia, topeng hitam yang menutupi mukanya juga sudah disarung, vest kalis peluru juga sudah siap dipakai,

“ Penyeledupan dadah, anggaran sebanyak RM 1.5 juta, rakyat kita sendiri, don't shoot, unless kita dapat permission  daripada atasan, tapi kalau terdesak then go”

Zar membalas perlahan, raifal jenis HK416 juga siap disarung pada baju tempur,

“ Arthar, macam biasa”

Mereka semua mula menadah tangan, menunggu doa yang bakal dilafaz oleh Arthar Darwisy, ini adalah satu rutin buat mereka semua, bekerja sebergini, nyawa mereka sentiasa berada di hujung tanduk, tapi setidaknya mereka tahu, bahawa ini juga adalah satu perjuangan yang sangat diredhai oleh tuhan,

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ

إذَا شِئْتَ سَهْلاً

Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan.

‘ Aminn” lafaz mereka serentak, masing-masing memandang antara satu sama lain, pandangan yang hanya mereka fahami, dan bukanya orang luar,

“ GAMA, ALPHA is ready”

“ We go now”

Langkah dibawa menuju ke arah bot tempur RHID, Zar memandang ke arah kiri, isyarat bersedia diterima oleh team ALPHA dan juga BETA, Lalu bot tempur itu perlahan-lahan bergerak daripada kapal induk mereka menuju ke sasaran,

Dari jauh, enam kapal nelayan yang bersaiz sederhana besar bergerak menuju ke sempadan laut Thailand,

“ OCEAN, ALPHA dan BETA akan tunggu di sisi kapal kedua dan ketiga, engkau dan anak buah engkau akan pergi ke kapal yang ketiga, daripada pihak atasan, dadah tu ada dekat situ, Aku tak rasa diorang nampak kita, plus sekarang tengah malam, kalau boleh guna russian silencer sewaktu shoot, did you copy that ocean?”

Zar mengangguk tanda memahami, isyarat tangan dibuat kepada ketua BETA

“Maksudnya kita kena turun, berenang ke sana and conquer kapal nelayan-nelayan tak guna tu?”

“ Haa laa, hang rasa ada cara lagi baguih ka? Takkan kita nak pi dekat dengan kapal depa kot? Memang la kita semua ni gelap tengik, tapi takkanlah nelayan tu bodoh sangat sampai tak perasan?”

Arthar membidas soalan Endika Ukasyah, jelas dari raut wajahnya bengang dengan soalan bodoh kawanya ini, hairan juga dirinya bagaimana lelaki seorang ini boleh terlepas dengan latihan keras tentera untuk memasuki pasukan elit ini,

“ Harini Zar tak keluar lagi loghat utara dia”

Qa’id berkata perlahan, mata mereka tertumpu pada wajah Zar yang sedari kemarin, lebih tegang berbanding biasa,

“Enough with talk, kita kena pergi sekarang”

Seorang demi seorang turun daripada bot tempur itu lalu berenang perlahan menuju ke kapal nelayan itu, Zar yang di hadapan sekali membuat isyarat sebentar kepada ahli nya yang lain, matanya melilau melihat persekitaran pada bahagian dalam kapal itu, hanya dua orang sahaja yang berkawal di dek atas, lalu dia mengangguk,

Dengan langkah yang senyap dan tangkas, mereka memanjat menaiki kapal itu, lalu Zar menghampiri lelaki yang paling hadapan,

Ditekup mulutnya pantas dan sebelum sempat lelaki itu bertindak, dia menembak tepat pada bahagian jantung lelaki itu hingga dirinya terkulai layu,

Matanya memandang ke arah dua rakanya yang lain, mereka juga berhasil,

"Aku rasa depa kat bawah" Arthar berkata perlahan, isyarat tangan menunjuk ke arah satu pintu bilik yang terletak hujung bahagian kapal,

"Someone kena tunggu atas dek ni"

"It's ok, korang berempat pergi, Aku stay sini, plus, someone need to cover here, plus team ALPHA and BETA baru seludup masuk ke kapal kedua dan keempat"

"Kau sure mantis?" Dipegang kejap bahu mantis, terbias rasa risau pada bening mata Zar, memang serkiranya dilihat kedua nelayan itu sudah dijemput ajal, namun mereka tidak boleh leka,

" You know I'm the best shooter"

"Alright, hati- hati"

Kaki mereka menapak masuk ke arah dalam bahagian kapal nelayan, sunyi, tiada langsung sebarang suara percakapan, hanya terdengar deruan nafas mereka,

"Dika"

Isyarat diberikan, Endika lantas mengangguk, dikeluarkan alatan penjejak bom, negatif, tiada bunyi yang terhasil,

"Negatif, tiada bom, pintu ni selamat untuk dibuka ocean"

Tombol pintu yang ingin dipulas Endika secara tiba-tiba ditembak dari arah dalam, menyebabkan tanganya terluka dek peluru pistol menembusi kulit tangannya,

“ Shit!” getusnya perlahan

“ DOWN!DOWN!” jerit Zar apabila pintu itu ditembak secara bertubi-tubi, menyebabkan ianya sudah berlubang-lubang kayunya,

“ Weh nelayan tu tak bodoh, depa pandai” Jerit Arthar, keempat-empat mereka segera berundur ke belakang,

Peluh menitik membasahi dahi, cemas seketika dengan keadaan mereka, Zar menatap satu persatu ahlinya, good, tiada yang terkena tembakan dan terluka parah

“ Endika, good?’

“ Hang nampak aku ok ka gila?” balasnya perlahan, darah pekat menitik ke lantai kapal,

“Mung semua maghi sini” jerit salah satu penjenayah di dalam bilik itu,

“Memang dok arr” balas Endika, geram kerana peluru mereka menembusi isi kulitnya,

“ Zar, macam mana ni,” mereka takkan mampu merampas dadah- dadah itu kalau para nelayan itu tidak mahu bertolak ansur dengan mereka, tiada pilihan selain harus menembak mati,

Digapai walkie talkie lalu saluran kecemasan dibuka,

“ Permission to shoot until died captain”

Walkie talkie itu masih dipegang erat, masih menunggu walaupun mereka semua dengan jelas mendengar derapan langkah kaki penyeledup dadah itu semakin menghampiri mereka,

“Permission granted’

Secepat kilat, Zar megambil bom jenis pemedih mata, ditarik picu lalu dilempar laju di dalam ruangan bilik itu, terdengar ruangan kesakitan,

“ NOW!”

Lalu sepantas yang mereka boleh, dikilas tangan penyeludup dadah itu apabila mereka cuba melawan, diambil pistol jenis PB lalu dihala ke arah dada penjenayah,

“ BANG”

“ Zar tunduk, belakang hang” secara refleks badanya menunduk, Endika lantas menembak salah satu daripada penjenayah yang cuba menyerang secara mengejut, pisau kecil ditarik perlahan daripada celah lipatan seluar apabila ada yang cuba menusuk perutnya”

“ Surrender” arahnya perlahan,

“ Babbey mung ni”

Urat tegang jelas kelihatan di dahinya, susah, sangat menyusahkan apabila menghadapi musuh seperti ini, tidak mahu bertoleransi langsung padahal mereka sudah cuba menyelesaikan dengan cara yang baik,

Dirinya juga ada had kesabaran,

“ Hang duk diam-diam hang lagi mangkaq dari dua kawaq nie”

Duduk senyap-senyap, engkau lagi tidak berguna dari dua pencuri ini

Bidasnya geram, badanya dibawa ke belakang sedikit apabila lelaki di hadapanya ini bertindak menikam bahunya, lalu dengan pusingan 360 darjah, dia menendang bahu lelaki ini hinggakan pegangan pisau itu tercampak jauh,

Lalu dengan segara Zar menikam tepat pada kaki lelaki itu hinggakan dia jatuh tertunduk, tanganya dibawa ke atas tanda menyerah,

Diliar pandangan matanya ke arah sekeliling, ada dua daripada penjenayah ditembak mati, selebihnya sudah mengangkat tangan ke udara,

Qa’id juga sudah menemukan dadah seberat 30 kilogram itu, diletak di dalam bekas yang berisi ais, lalu ikan segar diatasnya sebagai taktik penyamaran,

Dihela nafas perlahan, diambil walkie talkie kembali di sebalik poket uniform,

“ GAMA done, we found the drugs”

“ Well Done”

Continue Reading

You'll Also Like

491K 23.9K 73
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
870K 35.2K 96
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
821K 84.3K 71
⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...
33.3K 1.2K 200
COVER BY : @Hraysen [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] [CLOSE] "Either write something worth reading or do somet...