HIS EVERYTHING (C)

By Mrwaxzya

147K 4.1K 210

"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menj... More

Character ♡
Prolog ♡
Bab 1 ♡
Bab 2 ♡
Bab 3 ♡
Bab 4 ♡
Bab 5 ♡
Bab 6 ♡
Bab 7 ♡
Bab 8 ♡
Bab 9 ♡
Bab 10 ♡
Bab 11 ♡
Bab 12 ♡
Bab 13 ♡
Bab 14 ♡
Bab 15 ♡
Bab 16 ♡
Bab 17 ♡
Bab 18 ♡
Bab 19 ♡
Bab 20 ♡
Bab 21 ♡
Bab 22 ♡
Bab 23 ♡
Bab 24 ♡
Bab 25 ♡
Bab 26 ♡
Bab 27 ♡
Bab 28 ♡
Bab 29 ♡
Bab 30 ♡
Bab 31 ♡
Bab 32 ♡
Bab 33 ♡
Bab 34 ♡
Bab 35 ♡
Bab 36 ♡
Bab 37 ♡
Bab 38 ♡
Bab 39 ♡
Bab 40 ♡
Bab 41 ♡
Bab 42 ♡
Bab 43 ♡
Bab 44 ♡
Bab 46 ♡
Bab 47 ♡
Bab 48 ♡
Bab 49 ♡
Bab 50 ♡
Bab 51 ♡
Bab 52 ♡
Bab 53 ♡
Bab 54 ♡
Bab 55 ♡
Bab 56 ♡
Bab 57 ♡
Bab 58 ♡
Bab 59 ♡
Bab 60 ♡
EPILOG ♡
AUTHOR NOTE

Bab 45 ♡

2.2K 57 4
By Mrwaxzya

"Lia, jom beli groceries. Rumah aku takda barang masak langsung ni." Laung Arden dari tingkat bawah.

"Okay kejap, nak pakai tudung!" Balas Aurelia. Dia hanya mengenakan bawal yang diselempang sahaja.

"Okay jom awak." Ajak Aurelia.

"Hm kejap." Arden masih ralit menghadap komputer ribanya.

"Awak ni tadi beria ajak orang. Lepastu orang dah turun, dia tak habis-habis kerja lagi." Bebel Aurelia, dia melabuhkan duduk di hadapan suaminya.

"5 minutes sayang. Kejap ya." Arden berkata tanpa memerhatikan wajah isterinya yang sudah masam mencuka.

"Yalah." Aurelia bermain dengan telefonnya pula.

"Okay dah 5 minit. Jom." Arden meletakkan komputer ribanya di atas meja. Dia melangkah keluar rumah diikuti Aurelia.

"Saya nak tanya, awak cakap awak dah lama tak tinggal dekat rumah tu kan? Tapi kenapa bersih tak ada habuk pun saya tengok?" Aurelia mengangkat sebelah keningnya.

"Aku panggil maid kemaskan setiap minggu. Bukan kemas apa pun. Cuma buang habuk ja lah." Jawab Arden.

Aurelia mengangukkan kepalanya. Dia kembali berdiam diri.

"Aku nak tanya sesuatu boleh?" Arden menyuarakan isi hatinya.

"Hm tanyalah." Jawab Aurelia.

"How are you holding up now? Selepas apa yang jadi." Arden mengerling isterinya yang terdiam.

"Honestly, saya tak tahu Arden. Ada masanya saya okay. But most of the time, that scene keep playing in my head. I get panic easily." Jawab Aurelia perlahan.

"I'm trying to be better tapi tak semudah apa yang semua fikirkan. Lagipun, I have no one to help me." Sambung Aurelia.

"I'm sorry." Arden berkata sambil merenung wajah isterinya lama ketika berhenti di lampu isyarat merah.

"Untuk apa?" Aurelia menoleh ke arah suaminya.

"I wasn't there that night. Aku tak dapat lindungi kau macam yang aku harapkan. But, I'm here now, for you" Tangan si isteri digenggam erat.

"It's okay awak. It wasn't your responsibility pun. Cukup awak ada macam sekarang, saya dah bersyukur." Aurelia tersenyum nipis.

"Do you love me?" Soalan Arden menyentakkan Aurelia.

"Saya tak tahu. Saya masih keliru dan.. takut." Antara dengar tidak dengar sahaja jawapan Aurelia.

"I won't ask you to love me back mia stellina. Just give me permission to love you." Kata Arden sambil mengerling ke arah isterinya. Kereta diparkir apabila mereka sudah tiba di Lotus.

"Awak marahkan saya ka?" Lengan Arden ditarik.

"Mana ada sayang. Jangan fikir bukan-bukan." Tangan Aurelia dicapai lalu ditarik untuk jalan bersebelahannya.

Arden mengambil troli yang disediakan. Kaki melangkah di setiap lorong yang disediakan.

Tiba di lorong makanan beku, mata Aurelia hanya memerhati pelbagai jenis aiskrim yang tersusun. Nak minta, tetapi dia segan pula.

"Awak ambilkan daging cincang kejap." Arah Arden, tangannya sudah penuh dengan makanan lain.

Aurelia melangkah meninggalkan suaminya di belakang. Dia memilih jenama daging cincang yang digemarinya. Setelah siap pilih, dia kembali ke troli mereka.

Mata ternampak bekas aiskrim yang terletak di dalam troli, juga sekotak aiskrim magnum.

"Aiskrim?" Aurelia menoleh ke arah suaminya.

"Yalah, nampak macam udang ka tu?" Jawab Arden.

"Eee awak ni suka jawab entah apa-apa." Aurelia berjalan laju meninggalkan suaminya.

"Hey sabar kejap!" Laju langkah kaki Arden mengejar isterinya.

"Aku belikan untuk kau lah. Kau suka tak flavour tu?" Tanya Arden.

"Hehe, apa jenis coklat semuaaaa saya suka!" Aurelia tersengih.

"Jangan nak makan manis sangat. Tak elok." Nasihat Arden.

"Ya, bukan selalu la saya makan." Bidas Aurelia.

"Hm apa lagi eh? Rasanya semua dah ada kot?" Arden memerhati troli yang dipenuhi barangan.

"Dah jom bayar." Tangan isterinya ditarik, tangan sebelah lagi menolak troli.

"Semua sekali RM540.70 encik." Kata juruwang tersebut.

Kredit kad miliknya dikeluarkan.

Setelah selesai, mereka kembali ke kereta.

"Kau ada nak singgah mana-mana lagi tak?" Tanya Arden, jam pula sudah menunjukkan pukul 6 petang.

"Umm tak ada dah. Jom lah balik, saya nak masak lagi." Kata Aurelia.

Kereta laju membelah jalan raya. Tepat pukul 6:20 petang, mereka tiba di rumah.

Aurelia yang baru ingin membantu mengangkat barang-barang dapur dihalang suaminya.

"Arden!! Meh la saya tolong angkat. Bukannya berat pun." Geram sungguh Aurelia dengan suaminya ini.

"Shut up dan masuk dalam sayang. Pergi buat apa patut. Biar aku uruskan semua ni." Arden mengarah isterinya.

"Yalah yalah. Saya naik mandi dulu." Terus Aurelia masuk ke dalam rumah dan melangkah naik ke atas.

Sedang elok dia mandi, dia baru teringat dia terlupa membawa bajunya ke dalam bilik air. Dahi ditepuk.

"Harap-harap dia tak naik lagi." Kata Aurelia sendirian.

Pintu tandas dibuka, kepala disua sedikit.

"Fuh dia tak ada lagi." Terus Aurelia keluar dengan berkemban.

Kaki menuju ke almarinya, tangan mengambil baju tidur.

"Lia, kau dah..." Terbantut percakapan Arden tatkala matanya dihidangkan isterinya yang sedang berkemban itu.

Aurelia yang tengah mengambil baju terus terjatuhkan bajunya di lantai apabila pintu bilik terbuka dan suara suaminya menjengah telinga.

Arden menapak masuk ke dalam, pintu ditutup.

"Awak jangan macam-macam eh Arden. Saya tumbuk baru tau." Aurelia memberi amaran kepada suaminya.

"You're beautiful." Kata Arden, dia menghiraukan amaran isterinya.

Aurelia terus mengambil baju di bawah dan berlari ke bilik air semula. Elok pintu ditutup, dia terdengar jelas ketawa kuat suaminya dari luar.

"Ha gelak gelak! Saya tak masak kang, awak kebulur lapar baru tau!" Jerit Aurelia dari dalam bilik air.

Setelah sempurna berpakaian, dia melangkah keluar dari bilik airnya. Dia memerhati suaminya yang terbaring di atas katil, sambil merenung dirinya.

"Apa tenung orang? Cucuk mata tu baru menyesal." Aurelia menjeling Arden.

Arden pula hanya melepaskan ketawa.

"Kau ingat tak? Masa kali pertama kita jumpa dulu. Ayat yang hampir sama kau bagi dekat aku. Kononnya aku tak faham melayu. Ingat?" Kata Arden sambil menghampiri isterinya.

Aurelia menggaru kepalanya sambil tersengih seperti kerang busuk.

"Oh ada eh? Yalah, awak dahla tinggi, besar dari saya. Lepastu rempuh saya sampai terjatuh. Memang geramlah saya." Aurelia tersenyum saat teringatkan peristiwa kali pertama mereka bertemu.

"Bukannya aku sengaja, kau tu pendek sangat." Jawab Arden, hidung Aurelia dicuit.

"Eee tolong sikit, saya 160cm tau. Awak yang terlebih tinggi." Balas Aurelia.

"Pergi mandi lah. Saya nak turun masak ni." Terus Aurelia melangkah keluar dan turun ke dapur.

Hampir sejam masa diambil untuk menyiapkan hidangan. Kerana dia masih tidak mahir dengan kedudukan bahan-bahan masakan. Tomyam yang siap dimasak dihidangkan di atas meja. Telur dadar yang digoreng beserta kailan ikan masin juga tersedia.

"Awak!!! Jom makan!" Jerit Aurelia dari bawah. Dia malas mendaki tangga.

Arden yang terdengar laungan isterinya terus turun.

"Hm wanginya. Tomyam eh?" Tanya Arden sambil melangkah turun tangga.

"Taklah, kari ikan ha." Jawab Aurelia.

"Ohh dah pandai loyar buruk eh?" Arden tersenyum.

Mereka berdua terus menjamu selera.

"Sedap dari kedai tomyam yang kita makan haritu." Kata Arden sambil menolong Aurelia mencuci pinggan.

"Terima kasih, walaupun biasa-biasa ja masakan saya." Aurelia mengelap pinggan yang dicuci Arden.

"Mana ada biasa-biasa. Betul apa aku cakap. Untung aku dapat kau, dahla cantik, pandai masak, lembut, penyayang." Puji Arden.

"Amboi ni melebih ada apa-apa ka." Aurelia merenung ke dalam anak mata suaminya.

"Sono felice di averti nella mia vita stellina." Arden merenung mata isterinya juga.

"Awak janganlah cakap bahasa yang saya tak faham. Awak cakap apa tu?" Lengan Arden digoncang.

"Google lah sendiri." Jawab Arden.

"Arden! Mana saya faham dengan accent awak lagi! Eeee bencilah." Aurelia terus memeluk tubuh.

"I'm glad to have you in my life little star." Lengan Aurelia dipegang saat berkata.

"Hah?" Hairan Aurelia. Dia silap dengarkah?

"Tu maksud ayat aku tadi." Kata Arden lalu terus melangkah keluar dapur.

Meninggalkan Aurelia yang terdiam di situ.

Jam tepat pukul 9, mereka berdua telah selesai menunaikan solat. Aurelia menguap, tangan menutup mulutnya.

"Kau dah ngantuk?" Tanya Arden.

"Hm. Saya nak tidur awal boleh?" Tanya Aurelia, mata memerhatikan suaminya yang sedang melipat sejadah.

"Kau tidurlah." Arden mengizinkan. Kemudian dia mengambil selimut dari dalam almari dan menghamparkan ke sofa yang terletak di hujung biliknya.

"Saya minta maaf." Aurelia memerhatikan tindak-tanduk Arden.

"Hah? Dah kenapa?" Arden mengjongketkan keningnya.

"Sebab awak terpaksa tidur situ." Aurelia menundukkan kepalanya. Ya, sama seperti semalam. Mereka berdua tidak tidur sekatil, Aurelia masih belum pulih sepenuhnya.

"Hey my love. Jangan macamni. Kan aku cakap aku okay. Aku faham kau. Aku akan tunggu kau, whenever you're ready okay?" Arden memberikan senyuman kepada isterinya.

"Terima kasih." Aurelia tersenyum nipis.

"Dah dah, baring cepat." Arden melangkah ke tepi meja katilnya. Tangan memetik suis lampu kecil di situ. Memberikan cahaya yang agak terang sekeliling katil.

Dia tahu isterinya juga takut untuk tidur dalam gelap. Disebabkan itu dia belikan lampu khas untuk Aurelia.

Selepas sahaja Aurelia membaringkan dirinya, dia tutup pula suis lampu utama.

"Goodnight mia stellina." Ucap Arden.

Continue Reading

You'll Also Like

311K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
408K 14.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
518K 20.1K 56
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ H...
137K 5.4K 50
𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐀𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐗 𝐇𝐞𝐫 𝐁𝐢𝐠 𝐆𝐨𝐫𝐢𝐥𝐥𝐚 ⊰⊹ฺ Perkahwinan bersama lelaki tercinta sudah menjadi angan-angan buat DARLA CAROLINE...