HIS EVERYTHING (C)

De Mrwaxzya

147K 4.1K 210

"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menj... Mais

Character ♡
Prolog ♡
Bab 1 ♡
Bab 2 ♡
Bab 3 ♡
Bab 4 ♡
Bab 5 ♡
Bab 6 ♡
Bab 7 ♡
Bab 8 ♡
Bab 9 ♡
Bab 10 ♡
Bab 11 ♡
Bab 12 ♡
Bab 13 ♡
Bab 14 ♡
Bab 15 ♡
Bab 16 ♡
Bab 17 ♡
Bab 18 ♡
Bab 19 ♡
Bab 20 ♡
Bab 21 ♡
Bab 22 ♡
Bab 23 ♡
Bab 24 ♡
Bab 25 ♡
Bab 26 ♡
Bab 27 ♡
Bab 28 ♡
Bab 29 ♡
Bab 30 ♡
Bab 31 ♡
Bab 32 ♡
Bab 33 ♡
Bab 34 ♡
Bab 35 ♡
Bab 36 ♡
Bab 37 ♡
Bab 38 ♡
Bab 39 ♡
Bab 40 ♡
Bab 41 ♡
Bab 43 ♡
Bab 44 ♡
Bab 45 ♡
Bab 46 ♡
Bab 47 ♡
Bab 48 ♡
Bab 49 ♡
Bab 50 ♡
Bab 51 ♡
Bab 52 ♡
Bab 53 ♡
Bab 54 ♡
Bab 55 ♡
Bab 56 ♡
Bab 57 ♡
Bab 58 ♡
Bab 59 ♡
Bab 60 ♡
EPILOG ♡
AUTHOR NOTE

Bab 42 ♡

1.9K 65 2
De Mrwaxzya

Setelah sebulan mempersiapkan segala persiapan, hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Telinganya menangkap bunyi riuh rendah dibawah. Manakala dia hanya berada di dalam biliknya.

Tangan yang sejuk digenggam, dia menarik nafas dalam saat merasakan dadanya berdebar hebat.
Mata memerhati wajahnya di hadapan cermin.

"Okay dah siap!" Kata jurusolek wanita itu.

"You are effortlessly beautiful Rose!" Puji jurusolek bernama Rania.

"Thank you." Aurelia berkata, matanya hanya memerhati setiap inci wajahnya. Tidak berubah banyak, cuma menaikkan seri wajahnya.

"Okay now I nak pakaikan you tudung pula." Lincah tangan Rania bergerak melilit selendang putih yang dipakai Aurelia.

"Everything is done! You berdiri cepat I nak tengok." Arah Rania sambil tersengih.

Aurelia bangun dari duduknya. Dia memerhati pantulan dirinya di cermin. Dia mengenakan baju kurung moden berwarna putih. Nampak simple tapi sangat cantik.

Bunyi pintu bilik diketuk. Aurelia menolehkan kepalanya.

"Ya Allah Lia! Cantiknya kau!" Terus Natalia memeluk erat sahabatnya.

"I'm so sorry sebab lewat!!!" Kata Talia.

"Tak apalah. Janji kau ada sekarang ni pun dah cukup." Jawab Aurelia perlahan. Wajahnya pula jelas menunjukkan riak takut dan berdebar.

Rania pula sudah turun ke bawah apabila dia telah selesai menyiapkan Aurelia.

"Kau kenapa muka monyok ni! Kejap lagi kau nak jadi isteri orang dah tau." Talia menepuk lengan sahabatnya perlahan.

"Sumpah aku takut Talia. Tak pernah terfikir aku akan kahwin secepat ni." Jawab Aurelia.

"Jangan terlalu risau, nanti kau yang serabut." Tegur Talia.

"Lia, pengantin lelaki nak sampai dah ni." Kata Puan Zarina di sebalik pintu.

"Okay ma." Terus dada Aurelia semakin berdebar. Dia menarik dan menghembus nafas perlahan.

"Jom turun!" Talia menarik lengan sahabatnya. Elok sahaja mereka keluar pintu, terdengar riuh rendah di bawah. Mungkin pengantin lelaki sudah sampai.

Aurelia melangkah turun perlahan-lahan. Matanya tidak sekali pun diangkat memerhati para tetamu. Dia berdebar!

Tiba di anak tangga terakhir, Talia menemaninya sehingga ke atas pelamin. Pelamin bertemakan bunga berwarna putih dan ungu lembut kelihatan sangat cantik. Dia melabuhkan duduk di situ.

Sebaik sahaja dia duduk, mata terus diangkat untuk memerhati tetamu-tetamu. Tetapi, matanya terus melekat pada bakal suaminya yang segak memakai baju melayu berwarna putih, lengkap bersampin dan bersongkok.

Arden yang sedang bersila di hadapan Encik Harith pula terkaku melihat wajah yang telah lengkap bersolek itu.

"Ehem sabar bro. Jangan tenung lagi. Belum halal, belum!" Usik Isaac yang sedang duduk di sebelah Arden.

Terus tetamu lain melepaskan ketawa masing-masing.

"Boleh kita mula?" Tanya Encik Harith.

Arden mengangukkan kepalanya.

"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Aurelia Rose Binti Harith, dengan mas kahwin RM250 dan cincin emas tunai." Suara Encik Harith bergema di seluruh rumah.

"Aku terima nikahnya, Aurelia Rose Binti Harith dengan mas kahwin RM250 dan cincin emas tunai." Hanya dengan sekali lafaz, kini mereka sudah sah menjadi suami isteri.

Aurelia terus mengalirkan air matanya. Kini dia sudah bergelar seorang isteri. Dia sudah menjadi hak milik Arden. Tanggungjawabnya juga bakal berubah. Perasaan sebak memenuhi dadanya. Air mata diseka perlahan.

Seusai bacaan doa, Arden bangun dari tempat duduknya, dan bergerak perlahan menuju ke arah Aurelia bagi acara pembatalan air wuduk.

"Assalamualaikum isteriku." Arden memulakan bicara, bibirnya tersenyum nipis.

Aurelia mengangkat wajahnya, mata bertemu mata.

"Waalaikumsalam suamiku." Tutur Aurelia antara dengar tidak dengar.

Arden menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Tangannya disambut Aurelia perlahan. Dia dapat merasakan getaran hebat pada tangan isterinya.

Bibir Aurelia lembut menjamah tangannya. Aurelia menunduk menyalam Arden yang kini sah menjadi suaminya.

Bunyi kamera tidak henti-henti.

Elok sahaja Aurelia mengangkat kepalanya semula, tangan Arden memegang kedua-dua pipi isterinya. Dia mencium dahi Aurelia lembut. Aurelia tersentak, tetapi dia cuba bertenang.

Akhirnya, selesai sudah majlis akad nikah mereka. Persandingan pula akan diadakan 2 minggu kemudian. Kini tiba sesi fotografi pula.

"Awak berdua rapat lagi. Yang lelaki peluklah pinggang isteri tu. Mesra sikit. Barulah gambar cantik." Arah jurukamera itu.

Arden menoleh ke arah Aurelia.

"Can I?" Tanya Arden.

Aurelia mengangukkan kepalanya perlahan-lahan.

Arden merapatkan tubuh mereka, tangan melingkar di pinggang isterinya. Kepalanya ditundukkan melihat isterinya yang hanya paras dadanya.

Bunyi kamera tidak henti. Arden dan Aurelia hanya mengikuti arahan jurukamera itu.

"Aku minta maaf kalau buat kau tak selesa tadi." Ucap Arden setelah sesi fotografi mereka akhirnya tamat.

"Er tak apalah. Saya faham." Jawab Aurelia. Dia memegang perutnya, sungguh dia lapar. Dari pagi tidak menjamah apa-apa.

"Kau tunggu sini. Kejap lagi aku datang balik. Jangan kemana-mana." Arah Arden lalu terus melangkah pergi meninggalkan Aurelia yang terpinga-pinga.

Lebih kurang 5 minit, Arden kembali dengan pinggan yang penuh makanan.

"Jom makan. Aku tahu kau lapar." Kata Arden, sebelah tangan lagi menarik lengan isterinya dengan lembut. Aurelia hanya mengikuti langkah kaki Arden.

"Makanlah." Kata Arden.

Aurelia mula menjamah nasinya.

"Yoo bro!!!" Tegur Hans dari jauh. Diikuti Hayden, Isaac dan Zarif.

"Congratulations both of you!! Aku doakan semoga hubungan yang dibina ni kekal hingga ke syurga." Ucap Zarif seraya memeluk Arden.

"Aamin. Thanks bro." Arden melebarkan senyumannya.

"Lia, lepasni you hati-hati tau." Kaya Isaac.

"Hah? Hati-hati kenapa?" Tanya Aurelia sambil mengunyah nasi perlahan.

"Yalah, dapat suami kasar, beku macam ni. Kalau you kahwin dengan I lainlah." Sengaja Isaac mengusik sahabatnya.

"Kau kenapa? Dah lama hidup?" Arden menjegil matanya.

"Ecece baru cakap sikit dah cemburu. Menyampah!" Kata Hayden pula.

"AURELIAAAA!!! LEPASNI AKU DAH TAKDA KAWAN MELEPAK LAAA!!" Jerit Natalia dari jauh sambil berlari ke arah sahabatnya.

"Kau ni berapa kali aku nak pesan jangan jerit. Lelaki nak mengorat pun tak jadi tau dengar suara mak lampir kau." Bebel Aurelia setelah Talia berada di sebelahnya.

"Tahniah Lia. You deserve this! Aku doakan supaya kau dengan Arden bahagian dan selamat selalu. And you Arden, jaga dia elok-elok eh!" Kata Talia sambil mencekak pinggangnya.

Arden hanya tersenyum sambil mengangukkan kepalanya. Manakala Talia menarik Aurelia yang sedang makan ke dalam pelukannya.

"Teruk la you ni. Bukannya tak boleh jumpa terus. Drama lebih." Kata Zarif kepada Talia.

"You diamlah. You mana faham isi hati perempuan. Kan Lia kan?" Adu Talia, dia mencebikkan bibirnya.

"Ah sudah korang tak payah nak memekak dekat sini. Kesian isteri aku dahla letih, nak dengar korang gaduh pula." Arden menghalau mereka pergi. Kini hanya tinggal mereka sepasang suami isteri berdua.

Tetamu juga sudah ramai beransur pulang.

"Thank you." Ucap Arden secara tiba-tiba.

"Hah? Untuk apa?" Tanya Aurelia. Dia mengelap bibirnya setelah selesai makan.

"For accepting me as your husband." Arden melakarkan senyuman kepada isterinya.

Aurelia tersenyum nipis, dia merenung mata amber itu.

"Saya yang patut berterima kasih dekat awak. Terima kasih Arden." Ucap Aurelia ikhlas.

"Lepasni, kena tukar panggilan la kan?" Tanya Arden, sambil tersenyum senget.

Aurelia hanya menggaru kepalanya.

"Err nak kena panggil abang ka?" Tanya Aurelia dengan kekok, mukanya memerah menahan malu.

"Baby pun boleh, kekanda pun boleh. Anything for you my wife." Arden merapatkan wajahnya dengan isterinya.

"Er nantilah eh? Bagi saya masa untuk biasakan dulu hehe." Aurelia pula menunduk malu.

"Ehem, ni public tau. Jangan nak buat bukan-bukan sangat." Laung Hans dari jauh, disambut ketawa sahabatnya yang lain.

"Huh kacau daun betul." Bising Arden, dia menjeling tajam ke arah sahabat-sahabatnya.

"Kau naiklah bilik dulu, pergi rehat. Kejap lagi aku naik." Arah Arden.

"Tapi tak elok pula, tetamu masih ada." Kata Aurelia.

"Aku kan ada. Pandai-pandailah aku bagi alasan nanti. Dah pergi naik. Ka nak aku dukung?" Arden merapati Aurelia.

"Ish tak payah! Saya naik la ni." Terus Aurelia berlari.

Arden melepaskan ketawanya.

Continue lendo

Você também vai gostar

36.7K 1.5K 22
CAHAYA INARA X AHNAF HADI • short love story • WAIT A MINUTE?! Aku tengah bermimpi ke?? 4 tahun sudah berlalu seperti semalaman sahaja aku ketiduran...
3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
20.6M 761K 89
When she was 14, Dalia was sold to Matteo Martinelli, the former leader of the largest Italian mafia. Flash forward with his son, Vittore Martinelli...
407K 14.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...