Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.9K 128 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
5. Nekad
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

10. Papan Kenyataan

47 3 2
By luv_ani

Elfira berundur dua langkah daripada papan kenyataan yang mengandungi nama-nama murid cemerlang PPT.

Sudah jelas tertera nama orang lain di tempat nombor satu, bahkan nama asing, yang tidak pernah diajak untuk berdebat mengejar angka itu.

Dada Elfira terasa sedikit terguris, tangannya mula menggigil, dia tetap berundur seraya menggeleng kepala berkali-kali.

Apa reaksi Papa jika tahu ini yang berlaku, apa nasibnya ketika sampai di rumah nanti.

Sehinggalah tubuh belakangnya mencium dinding bercat putih, yang tidak jauh daripada keramaian. Dia ingin jatuh terduduk, meratapi nasibnya sebentar lagi, tapi tidak.. ini terlalu ramai.

Murid-murid berkerumun di hadapan papan kenyataan itu, mencari nama mereka.

Termasuk Ayuni yang sedang berjinjit agar pandangannya jelas.

"Za.. Zayn?"

"Zayn siapa?" Kaum lelaki mencari-cari pemilik nama itu.

"Zayn budak baru itu?"

"Itu Zayn!" Seorang pelajar lelaki menunjuk keberadaan Zayn.

Keberadaannya jauh berada di belakang kerumunan pelajar. Pelajar-pelajar yang menutup pandangan lelaki itu serta-merta bergerak ke tepi. Mata mereka berusaha mencari jejak pemilik nama itu.

Terpampanglah Zayn duduk bersila dengan santai di atas kerusi. Ada beberapa kerusi juga di belakangnya, iaitu kerusi Omar, Ramadan dan Syawal.

Mereka juga duduk bersila.

Segera Omar bangun apabila menyedari semua perhatian ke arahnya. "Woi, apa jadi?!"

"Zayn, kau dapat nombor satu?" Kali ini, giliran Ramadan pula berdiri. Dia sudah tahu melalui tatapan-tatapan itu, ada di antara mereka berempat yang merebut mimpi pelajar kelas pertama.

Sudah pasti bukan dia, bukan Omar, dan bukan Syawal.

"Oh my, bijaknya kawan kita ni!" Syawal menepuk tangan.

Zayn tak berkutik, dia hanya membetulkan cara duduknya agar sopan sedikit. Matanya melilau, mencari seseorang.

"Kau tahu tak? Kau orang pertama yang merampas takhta Elfira dan Ayuni, Selalunya mereka berdua saja berebut nombor itu!" Syawal menggeleng laju. "Aku tak percaya semua ini.."

"Kami tak kisah tentang senarai itu, sebab kami sudah tahu siapa yang akan pegang batch kita, antara mereka berdua saja! Tapi.." Ramadan menggeleng seraya menutup mulutnya yang dari tadi ternganga. "Kau datang!"

"Kau pun sama juga, Mar. Daripada nombor 30 terus jadi nombor 20 dalam batch. Cepat betul kau bangkit!" Syawal menyentuh pundak Omar.

"Apa? Aku?!" Omar terkejut.

"Iya lah. Aku dengar daripada budak-budak lorong sekolah tu. Semua terkejut weh!" Ramadan menambah.

Omar tersipu-sipu, tidak sangka bahawa setinggi itu dia capai hanya kerana hatinya berbunga-bunga dengan Ayuni.

Semoga saja Ayuni sedar akan kehadirannya.

"Tahniah, kawan!" Omar kembali fokus. Dia mendakap Zayn, disertai dua rakannya yang lain. Kuat, nyaris membuat Zayn kehilangan nafas.

"Lepas." Ujar Zayn dingin, segera membuat mereka melerai pelukan itu.

Zayn berdiri, masih mencari seseorang di antara keramaian yang sedang meliriknya sambil berbisik-bisik.

Namun, matanya mendarat pada seorang lelaki yang masih membeku di papan kenyataan. Dia hanya berseorangan di situ, seakan masih tidak percaya dengan semua ini.

Ryan Haikal.

Dari sudut sisi lelaki itu, Zayn dapat mengamati bahawa rahangnya mengeras, tangannya menggepal dan matanya tidak ingin lari daripada senarai itu.

Ryan sepertinya hancur.

Hancur dari dalam.

Zayn mengawal nafasnya yang mula tidak teratur. Dia menggigit bibir.

Bab 10: Papan Kenyataan

Ryan menarik nafas dan menghembusnya berkali-kali, agar ketenangan segera hadir.

Kakinya mengatur langkah yang laju ke arah gelanggang olahraga indoor. Jujur, dia harus bertenang, sekarang juga.

Kakinya terhenti tatkala satu sosok berhenti di hadapannya, kini memandangnya dengan penuh pertanyaan.

"Ryan?" Suara Zayn cukup jelas, dan Ryan boleh mendengarnya. Tapi, Ryan tidak ada sedikit pun rasa untuk menyahut. Wajahnya juga datar, seperti bukanlah Ryan Haikal yang dikenali.

Ryan ingin beredar daripada situ, dia segera membalik tubuh, menangguhkan niatnya untuk ke gelanggang.

"Ryan!" Zayn mencengkam bahu jejaka itu, membuatnya berhenti melangkah.

"Apa?" Soal Ryan mahu tidak mahu.

"Apa jadi? Aku ada salah?" Zayn mengajukan pertanyaan apabila tersisa peluang antara mereka.

Ryan tidak berkutik. Zayn kembali bersuara, "Ryan.."

"Tak ada." Secepat pantas jejaka itu menjawab. Dia terus menyingkirkan cengkaman Zayn dan beredar dari situ.

Tempat tujuannya masih sama, iaitu gelanggang futsal. Hanya menggunakan laluan lebih jauh saja.

Dia tidak mahu bertemu sesiapa pun pada saat ini, terlebih lagi Zayn Ezrin, lelaki yang merampas nombor bertuah itu daripada pemiliknya yang sebenar.

Sementara itu, tubuh Zayn pula membeku, menatap kepergian Ryan daripada penglihatannya.

Beribu pertanyaan kembali meneroka fikirannya.

Sepatutnya Elfira yang hancur, tetapi sebaliknya mengapa Ryan yang terlihat begitu?

________

"Tahniah El." Ujar Ayuni. Dia menunduk dan tersenyum lemah. Tangannya fokus mengacau sebati mee celup bersama rempah yang telah dibeli.

"Untuk apa?" Elfira mengerut kening.

"Sebab dapat nombor dua untuk kali yang kedua." Ayuni mengangkat wajah dan tersenyum. Terdapat nada sinis di sebalik tahniah itu.

Terasa hati Elfira direntap kasar. Dia hanya mampu mengangguk dan mengucapkan terima kasih, walau jauh di lubuk hatinya, dia sakit.

Mengapa Ayuni menambahkan, 'untuk kali kedua'? Dia terasa hina, tetapi tetap dia mengambil sesuatu positif di dalam nada itu.

Dia benci nombor dua.

"Mesti sakit jadi nombor dua, kan, El? Iya lah, kalau yang pertama ini berjaya. Tempat ketiga hanya perlu berusaha lebih lagi. Tapi, yang kedua? Mesti kau fikir kalau kau usaha sikit saja lagi, pasti tempat pertama milik kau." Zuhaira menambah sedikit ramuan kepedasan pada nadanya sebelum mencicipi kuah mee celup.

Elfira bungkam. Saat ini, dia terasa mati rasa. Dia hanya memikirkan keadaannya selepas pulang ke rumah.

"Betul, betul. Itu yang aku nampak dalam TikTok. Sesakit jadi nombor dua, sakit lagi menjadi pilihan kedua." Salah satu sahabat Zuhaira mencelah.

"Ceyy!" Meja kantin yang lebar itu penuh dengan sorakan. Kali ini, mereka sekelas rehat sekali, hanya perempuan saja.

Dahlia menggeleng. "Ada-ada saja korang ni, kita tak tahu apa yang ada dalam hati El, jadi tak perlulah tambahkan ramuan pedas! Sebaliknya bagi lah semangat kepada Elfira, bukannya tambahkan isu yang dah panas dalam sekolah ini."

"Alaa gurau saja.. lagipun El banyak kali dapat nombor satu selama ini, tahun ni sahaja jadi rezeki orang lain. Hari itu Ayuni, lepas tu.. si budak baru tu pula.. Zayn!" Kawan sekelas mereka yang lain menambah.

"El oke, kan? Bagilah peluang sikit kepada orang lain untuk menjadi pemilik nombor tu. Nanti SPM, kau rampas lah balik." Ucap Ayuni, membuat darah Dahlia menggelegak.

"Kau bagi semangat atau sindiran?" Dahlia menegur.

"Nampak macam aku sindir ke?"

"Haih entah apa-apa. Aku cuma faham satu perkara, siapa yang berusaha lebih, dia akan mendapat kejayaan yang lebih, yang setimpal pada usahanya. Kemungkinan, usaha Zayn tu lebih lagi, sebab itu Elfira tergelincir." Dahlia menjelaskan dengan teliti. Dia simpati pada sahabatnya.

"Tapi oke lah tu, kedudukan kelas kita tak tergelincir. Akan lebih malu kalau kelas lain yang pegang batch. Aku cuma boleh harapkan kau dan Uni saja untuk harumkan nama kelas. Tapi sekarang, bertambah seorang... Zayn Ezrin!" Zuhaira menepuk tangan sekilas, mengundang anggukan ramai.

Dahlia cuba menenangkan sahabatnya, pasti sakit.

"Tetap, bagi kami.. kau nombor satu!" Dahlia memeluk Elfira, mengabaikan makanannya.

Mereka semua memandang satu sama lain sebelum memberi pelukan kepada gadis itu juga.

"Semangat, Elfira Amelia!"

"Semangat, 5 Ibnu Qayyum!"

++++++++

"Fir!" Ryan terus berlari di sela-sela keramaian, manakala gadis yang dipanggilnya itu tidak menanggapi.

Elfira hanya berjalan, tanpa menyahut seruan namanya. Cukup, cukuplah hari ini menjadi mimpi yang buruk di dalam tidurnya.

Kenapa mimpi buruk itu harus menjadi kenyataan?

Sedangkan dia sudah bertungkus-lumus belajar dan belajar, menghafal, menulis, semuanya sudah ia praktis. Tapi kenapa sesusah itu membanggakan Papa nya?

Zayn tidak harus muncul di dalam pertandingan ini. Jika Zayn tidak ada, pasti Elfira..

"Astaghfirullahaladzim!" Elfira meraup wajah sendiri sambil berjalan dengan lebih laju.

Jangan. Jangan menyoal Takdir.

"Ark!" Ryan menjerit sekilas apabila tangannya diraup kasar oleh seseorang.

Automatik, sosok Elfira hilang di dalam fikirannya.

"Ryan, kenapa?"

Dan suara itu serba sedikit membuat Ryan menyapa ketenangan.

"Aku dah agak," Amir memandang Syiraz yang setia memegang pergelangan tangan Ryan.

"Kau.. ada masalah?" Soal Syiraz tatkala Amir berkata seperti itu.

"T.. tak.." Ryan menggeleng, menyingkirkan tangannya daripada Syiraz. "A.. aku.."

Tidak ada jawapan, tidak ada.

"Kau kejar siapa?"

Ryan menggeleng laju. Terasa tubuhnya sedikit tidak selesa dengan pertanyaan itu. Tidak, tidak ada yang harus tahu tentang perasaannya.

"Kau dah tahu tentang siapa pegang batch kita?" Syiraz dan Amir mejauh sedikit, sambil melihat sekeliling. Jauh daripada mereka ada keramaian yang berteduh daripada lebatnya hujan.

Malah, Ryan berlarian di situ sebentar tadi. Mungkin saja Elfira tidak dapat mendengarnya kerana gerintikan hujan yang kuat.

"Tahu." Jawabnya.

"Jadi, kau fikir apa? Kau tahu tak sebenarnya?" Soal Amir.

"Zayn-"

"Kelas kita pegang 20 nombor tertinggi di dalam batch!" Seru Syiraz, sambil melompat kegeriangan.

Ryan terkejut.

"Terkecuali Omar." Amir menyelutuk.

"Omar? Kelas sebelah?"

Amir angguk. "Entah kenapa dia boleh maju tiba-tiba, merampas takhta kegemaran aku.. nombor 20! Sekarang aku nombor 21, sedih weh!" Amir mengusap matanya perlahan.

"Tak perlu sedih-sedih, tapi patut sedih sebab ada dua orang maju sekarang ni, sekali gus! Kau kena singkirkan Omar tu." Syiraz menambah. Kawan kena sokong kawan!

"Iya lah, aku konsisten tau untuk dapat nombor itu! Sedap cucu cicit makcik dia je ambil nombor aku!" Amir berdecih. "Geram tau, I'm angry!"

"Sabar ya, kau cuba lagi lepas ni." Syiraz cuba memberi semangat kepada kawannya dengan menyentuh bahu lelaki itu.

"Untuk mengurangkan kesedihan aku.." Amir menyelutuk tiba-tiba. "Apa nombor kegemaran kau, Raz?"

Ryan dianggap halimunan. Dia semakin pelik dengan perbualan di antara dua kawannya itu.

"Aku? Nombor? Tak ada. Bagi aku, apa yang Allah bagi tu.. semuanya baik untuk aku. Setiap manusia ada jatuhnya, ada bangkitnya. Tak mustahillah kalau budak sepandai Elfira dan Ayuni jatuh sekejap, itu pun kerana ada Zayn yang bangkit."

Untuk itu, Amir diam sejenak.

"Sama juga dengan situasi kau. Dunia ini pilihan, tapi tetap.. Allah yang aturkan. Jangankan langit, manusia saja berubah apabila tiba waktunya. Kira baguslah Omar tu.. berubah ke arah yang baik."

Amir terpegun. Di dalam circle mereka, dia sentiasa dinasihati dengan perkara yang positif. Mungkin kerana dia suka bersikap nakal.

"Baiklah, Raz.." Amir angguk faham. Dia bersandar pada bahu Ryan.

"Sekejap.. bukan ke nombor 20 itu nombor terakhir dalam kelas kita?" Ryan menyelutuk kembali.

Amir memberi anggukan. Pandangan Ryan jatuh ke arah Syiraz.

Lelaki itu hanya tersenyum. "Biasalah, Amir sanggup buat apa saja untuk dapatkan benda yang dia suka.."

"..walaupun benda tu buruk untuknya."

+++++++++

Syiraz mengemas buku-buku yang berselerak di dalam laci mejanya untuk dimasukkan ke dalam beg. Loceng sekolah sudah berbunyi, petanda waktu belajar sudah tamat dan sudah tiba waktu untuk balik.

Semua orang sudah keluar daripada kelas, menyisakan dirinya sahaja di situ.

Tapi, telinganya mendengar derapan kasut menghampiri daripada belakang. Syiraz mengeluh perlahan. Kemudian bunyi itu berhenti, menciptakan bunyi yang lain.

Bunyi seseorang seakan buku-buku sebelum pulang. Syiraz automatik tahu pemilik kasut itu.

"Tahniah, Zayn." Ujarnya sebelum berpusing ke belakang. Ekor matanya dapat menangkap sosok Zayn dengan jelas.

Zayn tidak berkutik, dia kembali mengemas.

"Ia pencapaian yang terbaik untuk dikenali di sekolah ini." Sambung Syiraz sambil menyarung beg nya di atas bahu.

Sudut bibir Zayn terangkat. Matanya masih tidak mahu menatap lelaki itu. "Dunia yang tercela ibarat seekor bangkai, yang mengejar bangkai ialah anjing."

Kata-katanya sempat terjeda sebentar. Zayn memikul beg sekolahnya di atas bahu. Dia berjalan ke arah pintu belakang, kemudian langkahnya berhenti sejenak.

Syiraz mengerut kening.

"Kejarlah dunia yang dipuji, jauhkan diri dari menjadi anjing yang mengejar bangkai." Sambung Zayn sebelum keluar meninggalkan Syiraz yang membeku.

Zayn tahu sekali tentang dirinya. Syiraz suka mengejar sesuatu yang menurutnya bernilai.

Tapi apakah salah jika Syiraz hanya memberi pujian sebegitu?

"Zayn!" Syiraz mengejar lelaki itu.

"Aku cakap tahniah pun salah ke?" Zayn berhenti tatkala mendengar ayat itu.

"Apa yang.. apa yang salah?"

"Semuanya salah jika ia berkait dengan kau." Zayn berpaling tubuh, menghadap si ketua pengawas itu.

"Di mata kau?"

"Di mata aku, kau salah."

"Kau datang sini sebab sesuatu, bukan?"

"Ya."

"Bukan sebab aku?"

"Tak."

Syiraz menelan ludah. "Sampai bila kita nak asing begini? Maaf aku tak boleh diguna pakai untuk sekarang? Tak bolehkah kalau kau maafkan aku?" Beribu pertanyaan keluar daripada bibirnya.

"Raz, terima saja satu perkara. Jangan cabar aku." Zayn menyelutuk.

"Tentang kau tak kenal aku dan aku tak kenal kau? Aku tahu aku buat banyak salah. Tapi.. kenapa.. kenapa susah sangat untuk kau dengar penjelasan aku? Selama dua tahun.. dua tahun kau menghilangkan diri. Dua tahun kau buat aku diselubungi rasa bersalah." Suaranya semakin serak. "Tolong dengar.."

"Tak." Pintas Zayn.

"Aku taknak mendengar sesuatu yang sudah terbukti. Kau memang layak untuk hidup begitu, diselubungi rasa bersalah."

"Dan mungkin bukan kerana aku.. tapi kerana Aariz.. Aariz yang buat kau begitu. Kehilangan Aariz yang menyakiti kau.." Zayn mengumpul energi untuk meneruskan bicara.

Hal ini cukup sensitif bagi mereka berdua.

"..bukan salah Aariz yang menyakiti kau.. tapi salah kau. Kerana kau menyakiti dia terlebih dahulu."

"Apa yang kau nak aku buat.. untuk tebus dosa aku.." Mungkin ini permintaan yang gila, tapi tidak ada yang tahu bahawa Syiraz hampir gila berfikir tentang hal ini.

"Kau mati pun.. takkan dapat mengembalikan Aariz."

Benarlah kata orang, kata-kata itu lebih menyakitkan daripada perbuatan.

Jika saja Zayn tahu bahawa kematian itu sesuatu yang diimpikan Syiraz. Tapi Syiraz tidak segila itu untuk pergi kerana tangannya sendiri, cukuplah Allah ada bersamanya.

Tiba-tiba suara seseorang memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

"Ark, aduh!" Gadis itu terseliuh daripada tangga.

Zayn dan Syiraz berpaling ke arah pemilik suara itu.

"H.. hai.." Elfira tersenyum kekok apabila dirinya ditangkap jelas. Iya, dia mendengar segalanya yang dibicarakan oleh kedua lelaki itu.

+++++++++

Elfira akui hari ini dia tidak bersikap seperti biasa. Peristiwa tadi masih terngiang-ngiang.

Apa hubungan Syiraz bersama Zayn? Dan, siapa Aariz?

Padahal, otaknya masih belum habis mencerna kehadiran Zayn yang secara tiba-tiba. Dia pasti, Zayn datang kerana seseorang yang menyuruhnya untuk mencari Elfira.

Di perspektif yang berbeza, Elfira juga masih dalam pencarian keluarga kandungnya. Jejak mereka masih belum ditemui.

Masalah keluarganya juga masih belum diselesaikan, timbul pula masalah baru yang akan membuat Papa nya bertambah marah.

Terlalu banyak masalah yang datang bertimbun-timbun, menerjah dirinya yang lemah. Elfira bahkan tak sedar bahawa dia pulang sendirian hari ini. Dia juga tak sempat memeriksa laluan sempit yang biasa dilaluinya aman atau tidak, padahal dia sering berwaspada.

"Nak ke mana, kak?"

Elfira terkejut. Kakinya automatik mengundur dua langkah.

Dan dia baru sedar, bahawa dia pulang sendirian. Ryan, Ryan tidak ada bersamanya!

Sekumpulan lelaki yang bertubuh besar mula mendekatinya. Wajah mereka dipenuhi senyuman yang menyeramkan, seolah baru saja mendapat mangsa.

"N-nak balik.."

"Balik kat mana?" Salah seorang daripada mereka bertanya. "Mari abang tolong hantar."

Elfira menarik tangannya dengan cepat sebelum lelaki itu dapat menyentuhnya. Dia cuba berusaha bernafas dan tidak terlalu takut, tapi tubuhnya gementar.

"T-TOLONG!" Elfira sempat menjerit sebelum berlari sekuat hati. Tiga orang lelaki itu pasti mengejar.

Panik menguasainya. Masih banyak masalah yang belum dia tuntaskan. Mulutnya tak berhenti selawat dan meminta pertolongan kepada Allah.

Hatinya juga bertasbih. Dia terlalu takut, dan pertolongannya diminta hanya pada Allah.

"Ya Allah, ya Allah.." Elfira terus berlari, sehingga lah dia terlanggar sesuatu, membuatkan tubuhnya hilang keseimbangan. Dia terjatuh, menyentuh pasir-pasir yang ada.

Air matanya mula turun, tatkala kepanikan berbisik, bahawa dia tidak akan lepas. Mereka juga semakin mendekatinya.

Dia berusaha bangun, tapi tidak berjaya. Kakinya yang lebam disebabkan oleh Fahrie itu tiba-tiba berdenyut kesakitan.

Dia berpaling ke belakang, wajah-wajah yang tersenyum lebar itu mengarah padanya. Elfira menutup mata, dia memohon pertolongan tanpa henti.

"ADUH!"

Suara pukulan keras tiba-tiba terdengar. Fokus kumpulan itu kini teralih kepada seseorang.

Elfira pantas membuka mata. Ada dua jejaka yang datang menyelamatkannya.

Dua orang lelaki paruh baya melingkungi seorang jejaka berbaju hitam. Manakala seorang lagi sudah terbaring lemah, tangannya memegangi perut dengan kesakitan.

Elfira menyipitkan mata. Kalau benar penglihatannya jelas, maka dua jejaka itu-

"Okey tak?" Salah satu daripada mereka berdua bertanya.

Yang satunya lagi menatap tajam ke arah ketiga-tiga lelaki paruh baya tadi. Dia cuba membaca gerakan tubuh mereka sebelum sesuatu tak diingini terjadi.

"Jawab soalan abang kau, Fir! Kau okey tak?"

Ryan memandang Elfira dengan penuh kesal. Seragam sekolahnya masih lengkap di tubuh.

Jadi, ini suara Fahrie dan Ryan?

"DASAR BUDAK!"

Tak sempat Elfira menjawab, pukulan keras daripada mereka bertiga mendarat pada wajah Ryan Haikal dan Fahrie Fayyad.

"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

35.4K 1.7K 28
Diusia yang sudah ANDARTU bagi seorang perempuan, Mawar Baiduri yang masih belum bertemu jodoh didesak oleh keluarga untuk segera menamatkan zaman bu...
350K 22.7K 64
𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 Percaya? Percayakah dia pada namanya cinta. Setelah cinta yang bertahun-tahun lamanya dip...
76.7K 4.6K 67
Ayra - gadis cantik yang terpaksa mendewasa sebelum usianya.Menjadi anak nombor dua dan sentiasa terpaksa menjaga orang di sekelilingnya.Saat orang l...
41.6K 4.1K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...