PUJANGGA
kau yang manis
tak habis-habis dengan tragis
kerana magis
aku menjadi artis
melukis biarlah berpada
lukisanmu
ku letak di penjuru pintu
agar kau sentiasa aku lihat
tak sesuai perempuan sepertimu
berlagak ayu seperti itu
kerana aku disini
sudah lama jatuh hati
jangan biarkan aku sendirian
tatkala renjana milikku
buat bumi berpusing lagi
tapi kali ini
demi nama yang sejati
7/7/2023
7.21 pm