SEPERTIGA MALAM
di sepertiga malam ini
aku mendongak doa ke langit
supaya kenangan yang terhasil
kekal di dalam memori
di sepertiga malam ini
aku sujud ke bumi
tanda syukur terhadap ilahi
akan perkara yang terjadi
di sepertiga malam ini
aku tersenyum
teringat akan manis tawamu
yang buat aku cair
bibir magentamu
buatkan aku rakus menulis
akan kecantikan wajahmu
yang penuh ayu
endah kata orang lain
kau puteriku
yang aku sanjung tinggi
kerana kau ratu di hatiku
24/4/2023
12.29 am