MENGIKHLASKAN
aku terima seadanya
aku bukan lagi lelaki
yang mampu memberimu bahagia
membuatkan kau tersenyum mesra
aku terima seadanya
aku bukan lagi lelaki
yang bisa membuat kau ketawa
bahagia tak tentu hala
aku terima seadanya
aku bukan lagi lelaki
yang buatkan kau menangis
kerana terlalu mimpikan bahagia
aku terima seadanya
jika aku ialah lelaki malang
tak bisa buatkan kau terus ketawa
hanya berikan derita
aku terima seadanya
jika aku ialah lelaki malang
tak mampu beri perhatian sepenuhnya
untuk kita bermesra
aku terima seadanya
jika aku ialah lelaki malang
hanya jalang dalam percintaan
tiada titik tolak kebahagiaan
21/4/2023
4.04 pm