PERGI
kau berlalu pergi
dari diriku ini
yang penuh dengan kelemahan
penuh dengan rasa-rasa kurang
tak tercapai impianmu
ketika bersamaku
cinta yang berputik
mekar harum di jambangan
tak lagi kelihatan
kerana kau memilih melepaskan
apa kurangnya aku
dimana silapnya aku
hingga aku jadi bebanan
merosakkan kebahagiaan
18/4/2023
1.53 am