HIS EVERYTHING (C)

Por Mrwaxzya

147K 4.1K 210

"Two souls don't find each other by simple accident." Dia, Aurelia Rose Harith, seorang wanita ceria dan menj... Más

Character ♡
Prolog ♡
Bab 1 ♡
Bab 2 ♡
Bab 3 ♡
Bab 4 ♡
Bab 5 ♡
Bab 6 ♡
Bab 7 ♡
Bab 8 ♡
Bab 9 ♡
Bab 10 ♡
Bab 11 ♡
Bab 12 ♡
Bab 13 ♡
Bab 14 ♡
Bab 15 ♡
Bab 16 ♡
Bab 17 ♡
Bab 18 ♡
Bab 19 ♡
Bab 20 ♡
Bab 21 ♡
Bab 22 ♡
Bab 23 ♡
Bab 24 ♡
Bab 25 ♡
Bab 26 ♡
Bab 27 ♡
Bab 28 ♡
Bab 30 ♡
Bab 31 ♡
Bab 32 ♡
Bab 33 ♡
Bab 34 ♡
Bab 35 ♡
Bab 36 ♡
Bab 37 ♡
Bab 38 ♡
Bab 39 ♡
Bab 40 ♡
Bab 41 ♡
Bab 42 ♡
Bab 43 ♡
Bab 44 ♡
Bab 45 ♡
Bab 46 ♡
Bab 47 ♡
Bab 48 ♡
Bab 49 ♡
Bab 50 ♡
Bab 51 ♡
Bab 52 ♡
Bab 53 ♡
Bab 54 ♡
Bab 55 ♡
Bab 56 ♡
Bab 57 ♡
Bab 58 ♡
Bab 59 ♡
Bab 60 ♡
EPILOG ♡
AUTHOR NOTE

Bab 29 ♡

1.7K 60 7
Por Mrwaxzya

"Jom tengok kereta kau." Kata Arden sebaik sahaja mereka tiba di sebuah workshop.

Aurelia yang tengah mengelamun jauh tidak sedar akan suara Arden. Fikirannya masih dipenuhi dengan kata-kata Izz Firash.

Arden menoleh ke arah Aurelia setelah gadis itu tidak memberikan apa-apa respon. Dia memerhati Aurelia yang sedang termenung jauh ke luar. Dia membuka tali pinggang keledarnya. Wajah didekatkan ke wajah si gadis sambil tersenyum senget.

"Ehem!!" Dia berdehem kuat disebelah wajah Aurelia.

Aurelia tersentak, kepalanya terus tertoleh ke arah suara itu. Terbuntang matanya tatkala bertemu mata amber yang sangat hampir dengan wajahnya.

Terus dia menoleh ke arah lain semula.

"Awak nak kena pukul ka apa ni?!" Marah Aurelia tidak memandang ke arah Arden. Merah wajahnya menahan malu dan marah.

"Dah kau yang pekak sangat, mengelamun apa tah." Jawab Arden yang sedang menyembunyikan senyumnya.

"Lagi sekali awak dekat-dekat, siap awak eh." Aurelia mengugut lelaki itu.

"Ada nampak aku takut?" Arden berkata dengan nada mengejek.

"Ugh sakit hati betul. Dah lah. Mana kereta saya?" Tanya Aurelia setelah menapak keluar dari kereta.

"Sini." Jawab Arden sambil melangkah ke satu arah.

Mata Aurelia bercahaya setelah melihat keretanya di situ.

"Ohh my baby!!!! Saya rinduu awak!!" Kata Aurelia lalu terus berlari ke keretanya dan menepuk lembut kereta itu.

Arden yang berdiri di belakang hanya menggelengkan kepala perlahan-lahan.

"Um berapa ringgit ni? Saya nak bayar." Aurelia bertanya setelah puas melepaskan rindu pada kereta kesayangannya.

"Tak perlu. Aku dah bayarkan." Jawab Arden mendatar.

"Ala tapi ni baby saya. Mesti lah saya nak bayarkan hm." Aurelia mencebikkan bibirbya.

"Takpa, aku sebagai baby kedua kau ikhlas bayarkan." Kata Arden sambil tersenyum senget.

"Euw tolong sikit eh. Geli lah." Aurelia menjeling Arden tajam. Tak betul pula mamat ni sejak-sejak ini.

"Kau nak balik terus ka ni?" Tanya Arden, sambil matanya memerhatikan setiap langkah gadis itu.

"Ya la kot. Kenapa?" Tanya Aurelia. Kepalanya ditoleh ke Arden.

"Teman aku makan." Arden mengajak Aurelia.

"Boleh. Saya lapar juga ni. Tapi naik asing-asing eh?" Tanya Aurelia setelah bersetuju dengan permintaan Arden.

"Ikut aku dekat belakang." Kata Arden setelah menganggukkan kepalanya. Kaki melangkah semula ke Porsche Panameranya.

Arden memandu ke destinasi diikuti kereta Aurelia dari belakang. 15 minit memandu, mereka tiba di restoran tomyam.

Mereka melabuhkan pinggul di satu meja. Menu diberikan seorang pelayan.

"Nasi goreng kampung 1, kopi ais 1." Kata Arden kepada pelayan.

"Saya nak nasi goreng udang dengan ais kosong." Pesan Aurelia pula.

Setelah mereka berdua memesan makanan dan keadaan kembali sunyi di antara mereka berdua.

"Terima kasih Arden." Kata Aurelia, memecahkan kesunyian.

"Untuk?" Arden mengangkat sebelah keningnya.

"Semua. Sejak awak datang Malaysia. Dah banyak awak tolong saya. Terima kasih." Kata Aurelia ikhlas dan lembut. Jantungnya berdegup kuat tatkala renungan tajam mata amber itu menikam wajahnya.

"Qualsiasi cosa per te Aurelia." "(Anything for you Aurelia)." Kata Arden, matanya tidak lepas memandang wajah yang sering menenangkan hatinya.

"Hah? Awak cakap apa? Saya tak faham lah." Merungut Aurelia setelah mendengar kata-kata lelaki di hadapannya ini.

"Maksudnya, sama-sama Aurelia." Tipu Arden sambil tersenyum nipis.

"Kemain panjang ayat awak cakap tadi, takkan maksud dia sama-sama ja?" Berkerut dahi Aurelia bertanyakan kepada Arden.

"Tak percaya kalau kau google sendiri." Jawab Arden mendatar.

"Malas saya." Kata Aurelia.

"Saya rindu lah Isaac dengan Hayden tu. Dorang dah balik rumah eh?" Tanya Aurelia.

"Dah kenapa kau nak kena rindu budak bala berdua tu pula?" Tanya Arden, mukanya tegang.

"Sebab dorang kelakar. Saya suka. Dorang berdua suka gaduh tapi lawak." Jawab Aurelia sambil tersenyum manis mengenangkan kenalakan kedua-dua lelaki itu.

"Habis aku tak kelakar ka?" Tanya Arden pula. Riak wajahnya bertukar cemberut.

"Tak, awak suka sakitkan hati saya, kacau saya. Lepastu kasar." Jawab Aurelia yang masih tidak sedar akan wajah cemberut itu.

"Oh memilih eh kau." Kata Arden, tangan dibawa memeluk tubuh.

"Mestilah." Jawab Aurelia sepatah kerana pelayan sudah pun sampai.

Makanan dihidangkan.

"Haih kenapa lah saya pesan nasi goreng udang tadi eh?" Kata Aurelia perlahan.

"Dah kenapa?" Tanya Arden, sudu yang dipenuhi nasi dibawa ke mulut.

"Tak ada apalah." Jawab Aurelia lalu mula menjamu selera. Udang dikupas perlahan-lahan. Ini lah sebabnya dia mengeluh tadi. Bab buang kulit udang ni dia lemah sedikit.

Arden yang perasan akan perbuatan gadis itu terus menggelengkan kepalanya. Dia menepis lengan Aurelia yang berlapik baju dengan lembut.

"Eh awak!" Aurelia hairan apabila Arden mengambil keempat-empat ekor udangnya.

Arden tidak berkata apa-apa, sebaliknya tangan laju membuang kulit kesemua udang itu. Tidak sampai 2 minit, selesai semua kulit udang dibuang. Dia meletakkan udang-udang yang telah dibuang kulitnya ke dalam pinggan Aurelia semula.

"Nah makan." Kata Arden mendatar.

Aurelia terdiam, matanya hanya memerhati tingkah lelaki itu. Bibirnya tanpa sedar membentukkan senyuman.

"Terima kasih." Kata Aurelia.

Arden mengabaikan kata-kata Aurelia, dia menyambung makan. Begitu juga dengan Aurelia.

Jam menunjukkan hampir maghrib. Terus Aurelia bangun.

"Saya nak balik, dah nak maghrib ni." Kata Aurelia.

Arden juga turut bangun, kaki mengikuti langkah Aurelia ke cashier dari belakang.

"Berapa kak?" Tanya Aurelia. Tangan mencari dompet di dalam begnya.

"Semua sekali RM16." Jawab pekerja itu.

Arden terus menghulurkan not RM20 kepada wanita itu.

"Baki simpan." Kata Arden.

"Jom balik." Ajak Arden sambil memandang ke arah Aurelia.

"Awak tak boleh macam ni tau." Kata Aurelia secara tiba-tiba.

"Hah? Apa yang tak boleh macam ni? Tak faham." Tanya Arden, kakinya berhenti dari meneruskan langkah.

"Yalah, kereta saya awak bayar. Makanan saya pun awak yang bayarkan. Seganlah saya." Kata Aurelia, sambil bermain-main dengan jarinya.

"Simpan saja duit kau. Selagi aku boleh bayar, aku bayar. Lagipun bukannya mahal." Jawab Arden mendatar. Kaki meneruskan langkah ke kereta.

"Yalah. Tapi terima kasih lagi tau!" Aurelia meninggikan suaranya setelah Arden sudah jauh kedepan. Maklumlah kaki eropah itu memang panjang, langkahnya pun jauh.

"Sama-sama. Hati-hati balik." Pesan Arden kepada Aurelia.

"Okay awak. Awak pun. Nanti kirim rindu saya dekat dorang semua." Kata Aurelia sambil tersengih.

"Aku hempuk kau karang. Tak payah menggatal." Arden menjeling tajam wajah yang sedang tersengih itu.

"Alah, nak bergurau pun tak boleh. Dah lah saya gerak dulu. Bye Arden!" Kata Aurelia lalu melangkah ke keretanya.

Arden hanya memerhatikan gadis itu pergi. Matanya tertancap pada sebuah lagi kereta Audi S5 di belakang Aurelia. Kereta milik Ryzen dan Seth. Sudah mula tugas mereka menjaga Aurelia.

Seguir leyendo

También te gustarán

137K 5.4K 50
𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐢𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐀𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐗 𝐇𝐞𝐫 𝐁𝐢𝐠 𝐆𝐨𝐫𝐢𝐥𝐥𝐚 ⊰⊹ฺ Perkahwinan bersama lelaki tercinta sudah menjadi angan-angan buat DARLA CAROLINE...
407K 14.4K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
192M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...
310K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...