Terlanjur Mencintainya (Compl...

Par idkwydlr

135K 4.1K 41

"Umi kena faham along, along cuma tak nak memperjudikan kehidupan along dengan pilihan hati Umi" "Yang akan h... Plus

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BUKU BARU UNTUK DIBACA

BAB 31

3.4K 113 0
Par idkwydlr

"SAYANG cantik-cantik ni nak keluar dengan diaorang ke? Pergi mana?" Tengku Aidan memberhentikan keretanya di hadapan rumah sewa lama Faiha.

"Pergi makan-makan je" Faiha menghulurkan tangannya.

"Nak ikut boleh?" Tengku Aidan masih tidak menyambut tangan Faiha.

"Tengku ni...saya pergi makan je dengan diaorang lagipun Tengku tak mandi lagi. Busuk" Faiha menutup hidungnya, padahal suaminya memang sentiasa wangi. Penampilan suaminya memang tiptop. Tak dinafikan.

"Meh datang dekat sikit, betul ke saya busuk" Tengku Aidan mendekatkan dirinya dengan Faiha.

Segera Faiha mengundurkan badannya. Nak pergi mana pun tak tahu sebab mereka masih berada di dalam kereta.

"Busuk lah...ketepi sikit" Faiha meletakkan tangannya di dada Tengku Aidan.

Tengku Aidan tersenyum sinis dan mencium di setiap inci wajah Faiha kecuali bibirnya.

"Habislah makeup saya" Faiha memuncung. Tengku Aidan mengalihkan ciumannya ke bibir Faiha.

Perlahan tangannya mengusap rahang Faiha dan dia mendalamkan ciuman kasihnya. Terus terdiam mulut becok Faiha.

"Akibat konon nak keluar tanpa izin suami" Tengku Aidan melepaskan bibir Faiha sambil tersenyum. Ada sedikit kesan lipstik milik isterinya di bibir.

Faiha segera melihat wajahnya di cermin yang dibawa bersama di dalam beg tangannya.

"Tengku!!" Faiha menjerit melepaskan geramnya. Solekan dah cantik tapi di hancurkan oleh kerakusan suami sendiri.

"Touch up lah balik. Bukan apa sangat pun. Tapi, Faiha tak pakai makeup pun dah semulajadi cantik" Tengku Aidan memeluk tubuhnya. Badannya mengiring menghadap Faiha yang sedang ralit menepek-nepek mukanya.

"Cliche lah ayat Tengku tu. Semua lelaki cakap benda sama. Konon tak makeup dah cantik. Lepas tu bagi contoh muka Kendall Jenner. Lelaki semua tak tahu ke yang Kendall Jenner tu pun ada makeup dekat muka dia tapi natural and light je"

Tengku Aidan menahan tawanya apabila melihatkan Faiha yang membebel tidak berhenti sambil ralit melihat wajahnya di pantulan cermin.

"Sayang marah saya ke, lelaki lain?"

"Dua-dua" Faiha menoleh tajam memandang suaminya.

"Tak baik tahu marah-marah. Buatnya saya accident lepas hantar sayang ni. Baru menyesal"

Faiha menepuk perlahan bibir Tengku Aidan. Terpinga-pinga Tengku Aidan apabila bibirnya ditepuk tanpa isyarat.

"Mulut tu kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik diam je" Faiha memandang tajam Tengku Aidan. Mata suaminya dipandang tepat.

"Tahu pula risau" Tengku Aidan tersengih.

"Saya pergi dululah. Salam" Faiha menghulurkan tangannya. Segera tangan Faiha disambut oleh Tengku Aidan.

Belakang tangan isterinya dikucup dan Tengku Aidan mencium kedua belah pipi Faiha.

"Enjoy the girls' day out. Call me later"

Faiha mengangguk dan mencium belakang tangan suaminya. Pipi Tengku Aidan dikucup juga sebelum Faiha segera keluar daripada kereta.

Faiha mengisyaratkan supaya Tengku Aidan beredar tapi tiada tanda-tanda suaminya mahu beredar. Jadi, Faiha terus masuk ke dalam rumah sewa lamanya dan menutup pintu.

Dapat dilihat, kereta Tengku Aidan meluncur laju daripada kawasan perumahan tersebut.

"Bukan main lamaaa kau dalam kereta eh" Shaza mengukirkan senyuman mengusik.

"Aku suruh si adik yang hantar tadi. Tapi, dia kenakan aku, tak memasal si abang dia pula yang hantar. Si abang pula banyak karenah" Faiha duduk merehatkan badannya di sofa. Entah kenapa lenguh-lenguh badan rasanya.

"Banyak karenah tapi tetap sayang juga kan?" Rania tertawa kecil.

"Gila tak sayang" Faiha tersenyum.

"Kita nak pergi mana hari ni?" Faiha menyoal lagi.

"Hmm Genting nak tak?" Shaza bersuara.

"Kau gila?!" Rania membuntangkan biji matanya.

"Haah gila. Bukan selalu" Shaza menjungkitkan bahunya.

"Kau okay ke Deera? Kena bagitahu suami kau ni" Rania memandang rakannya yang hanya mendiamkan diri.

"Kita balik hari kan?" Faiha memandang Rania dan Shaza bersilih ganti.

"Balik harilah. Belum gaji nak lepak sana lama-lama" Shaza mencebik.

"Okay, kita pergi Genting. Nanti-nantilah aku bagitahu suami aku. Bukan pergi luar Malaysia pun" Faiha segera bangkit daripada duduknya.

"Jom jom, gerak sekarang" Shaza menari kegembiraan.

Rania hanya menggelengkan kepalanya. Faiha kalau dah datang sewelnya, memang sekepala dengan Shaza.

"Genting! Here we come!" Shaza melangkah keluar rumah menuju ke kereta Perodua Myvi miliknya.

Biasalah, last minute selalu menjadi.

TING

Tengku Aidan mengerutkan dahinya selepas membaca mesej yang tertera pada telefon pintarnya.

Ting

Tengku Aidan memicit pula kepalanya apabila ada lagi mesej yang lain masuk ke telefon pintarnya.

"Adik!!" Suara Tengku Aidan bergema di seluruh ruang rumah tamu. Bolehlah dia menjerit macam ni sebab bukan di rumah mertuanya.

Mereka sekeluarga sudah pulang ke rumah setelah menghantar Faiha ke rumah sewa lamanya. Niat mahu memberikan kejutan untuk isterinya, tapi Faiha mempunyai perancangan yang lain.

Jadi, terpaksa Tengku Aidan membatalkan niat kejutannya.

"Adik! Apa ke lembab kau ni" Tengku Aidan merengus kasar.

"Kau nak apa ni? Bisinglah" Tengku Adhwa menuruni tangga menuju ke abangnya di ruang tamu.

"Jurrasic Research Centre dekat mana?" Tengku Aidan sudah bercekak pinggang sambil menghayunkan telefon pintarnya di tangan ketika menyoal.

"Genting, kenapa? Nak pergi ke?" Tengku Adhwa tersenyum lebar.

"Haah, nak ikut?" Tengku Aidan segera menaiki tangga untuk ke biliknya.

"Along...kau biar betul?" Tengku Adhwa mengekori abangnya dari belakang.

"Betullah, Faiha ada dekat sana"

"Otak last minute siot isteri kau ni" Tengku Adhwa tergelak besar.

"Nak ikut, siap cepat" Tengku Aidan menutup pintu biliknya rapat. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik pakaian.

Dua pasang jaket miliknya diambil. Faiha hanya memakai blouse biru dan seluar pallazo hitam. Memang isterinya akan kesejukan nanti.

Tanpa menunggu lama, Tengku Aidan melangkah keluar daripada biliknya, adiknya turut sama sudah siap dengan jaket denimnya.

"Seronok eh isteri kau ni. Bukan main pergi healing dekat Genting" Tengku Adhwa tergelak.

"Banyak bunyi lah kau. Kau inform Umi atau Baba yang kita pergi sana. Nanti diaorang mencari pula lepas balik kenduri"

"Yelah. Yelah" Tengku Adhwa mengeluh.

Macam mana Tengku Aidan tahu tentang keberadaan Faiha? Faiha mesti tidak perasan yang dia telah menggunakan kad yang diselitkan oleh Tengku Aidan sebelum ini.

Seronok sangatlah tu sampai tidak perasan dia menggunakan kad yang berlainan.

"THIS is me praying that!! This was the very first page, not where the storyline ends, my thoughts will echo your name until I see you again!! These are the words I held back as I was leaving too soon, as I was enchanted to meet you!!"

Hampir nak pecah anak tekak suara masing-masing apabila lagu national anthem mereka dimainkan di corong radio.

Selepas puas menjadi ahli arkeologi di Jurrasic Research Centre, kini mereka hanya bersiar-siar di sekitar Genting Highland. Tiada hala tuju. Keadaan tidak sesak dengan kenderaan, kemungkinan masih tengah bulan. Jadi, tak ramai pengunjung yang datang.

"Shaza, nak pergi toilet....berhenti kejap boleh?" Rania tersengih.

"Depan tu ada stesen minyak. Kau tahan jap" Shaza melihat cermin pandang belakang. Rania tersenyum lebar.

"Pergi cepat sikit eh" Shaza mengingatkan Rania apabila dia memberhentikan keretanya di stesen minyak.

"Aku nak beli jajan. Nak apa-apa tak?" Faiha mengambil beg tangannya.

"Nak gula-gula je dengan coklat" Shaza menghulurkan duit kertasnya.

"Tak payahlah, aku belanja" Faiha menolak tangan rakannya dan melangkah ke pintu stesen minyak.

Pelbagai snek bermain difikiran sekarang ni. Apa yang diinginkan, terus dicapai.

Roti coklat, biskut Tiger, gula-gula dan coklat kesukaan Shaza. Tak lupa juga air kotak strawberri jenama Dutch Lady. Memang kesukaan Faiha kalau berjalan jauh.

Senang lenang Faiha berjalan ke kereta Shaza semula sebelum kakinya kaku di tempat dia berdiri.

Tengku Aidan memeluk tubuh memandangnya tanpa riak di wajah suaminya. Dapat dilihat kereta Buggati Divo milik Tengku Aidan memarkir dibelakang kereta Myvi Shaza.

Marah ke dia?

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

703K 23.4K 44
"Adik suka abang, adik sayang abang. So adik tak nak abang dating dengan pompuan gedik tu." Nur Hanin Syakira memandang muka abangnya, Muhd Haziq Isk...
386K 11.2K 46
Semua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni...
230K 9.6K 70
"Aku lain Ez. Berapa kali aku nak ulang?" "Huh.. Kalau dah nama lelaki.. Semua sama je." "Ez.." "Iz..." -- Apabila hati pernah hanc...
1M 30K 56
" Aku malas nak bantah cakap mama sebab aku sayang. Nak marah pun tak guna. Sebab sayangkan mama aku terpaksa terima budak 17 tahun yang dia jodohkan...