SUAMI AKU MR. ARIFF? (COMPLET...

By Mrs_pororo

182K 7.5K 258

[KARYA PERTAMA] Apakah nasib si gadis yang bernama Nur Miesyaira Huda... Aira yang hanya dianggap sebagai beb... More

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
TAMAT
EPILOG
🦋

1

10.8K 214 3
By Mrs_pororo

"Kenapa, ibu?" Soal Aira dengan mata yang sedang berair.

"Heh! Tak payah tanya lah!" Bentak datin Milla dengan nada yang tinggi. Pantas dia menarik tangan anak sulungnya dan naik ke bilik, meninggalkan Aira seorang diri di ruang tamu.

Aira tergamam seketika dan air mata sudah tidak dapat ditahan lagi.

Hiks! Hiks!

Menangis Aira dengan perlahan. Mak Lin hanya mampu melihat dari jauh dan turut bersedih dengan apa yang dilalui oleh Aira

"Sungguh berat dugaan mu, Aira."

Bisik Mak Lin seorang diri dan pergi dari situ.

Setelah lama Aira menangis, Aira cuba untuk meredakan kesedihannya. Tangan belakangnya disapu sambil berkata,

"Seorang aje. Aku mohon.. Seorang aje. Tolong keluarkan aku dari neraka yang terbentuk di rumah ini..." Mohon Aira dengan nada yang perlahan sambil air mata menurun seperti hujan.

"18 tahun. 18 tahun aku hidup dalam dunia ni.. Dan ini pertama kalinya aku doa macam ni. Takpe ke?" Soal Aira seorang diri apabila dirinya sudah sedikit tenang.

"Okey aje kut?" Ujar Aira sedikit tidak begitu yakin dengan doanya.

"Ka-kau okey?" Soal Ira, kakak kandungnya.

Aira terkejut. Tiba - tiba aje ada yang menyapanya dari belakang. Aira berpaling dan merenung tajam kearah Ira.

"Kau nak apa lagi, huh?" Soal Aira dengan nada yang sedikit menakutkan sambil merenung tajam kearah Ira.

"Ak- aku risau fasal kau aje.. Kau ok-okey ke?" Ujar Ira dengan sedikit tergagap.

Aira ketawa kecil dan tersenyum sinis ke arah Ira.

"Huh? Aku rasa kau dah boleh masuk Maharaja Lawak Mega lah Ira." Sindir Aira sambil merenung tajam ke arahnya.

"Apa pula? Wajar lah kan kalau aku risau fasal adik aku sendiri?" Soal Ira dengan sedikit keberanian.

"Adik? Ouhh. Baru sekarang kau mengaku aku ni adik kau? Ke... Kau rasa bersalah sebab fitnah aku?" Soal Aira.

Ira tergamam seketika.

"Ma-mana ada aku fitnah kau. Itu memamg kau pun kan?" Balas Ira. Acuh tak acuh.

"Ehh, semua orang tau la itu bukan aku. Cuma kau aje yang buta!" Marah Aira dengan nada yang tinggi.

"Ibu pun cakap macam tu! Takkan aku aje yang salah!?" Soal Ira tidak berpuas hati dengan jawapan adiknya.

"Kalau kau tak bagitahu ibu benda yang tak betul, benda ni takkan jadi lah Ira!" Ujar Aira dengan suara yang semakin tinggi.

"Apa lagi huh!?" Soal datin Milla yang baru sahaja mendengar suara kedua anaknya sedang bergaduh.

"Ibu..." Ujar Ira dengan cara yang sedikit takut. Pantas Ira berlari mendapatkan datin Milla dan menangis. Aira hanya mendiamkan diri sahaja.

"Ai- Aira marah Ira, ibu..." Ira menafikannya kerana dia tau, sebesar apa pun kebohongannya ibunya akan tetap percayakannya.

"Tipu. Bila masa aku marah kau huh!?" Soal Aira. Tidak puas hati dengan kakak sewelnya itu.

"Tadi.." Ujar Ira masih menafikannya dengan air mata lakonan.

"SUDAH! CUKUP!" Menjerit datin Milla kepada dua orang itu.

Ira dan Aira terdiam.

"Aira. Berapa kali ibu nak cakap? Jangan menipu! Kenapa kau tetap nak tipu? Tak penat ke menipu orang? Huh!?" Datin Milla memarahi Aira dan Ira sudah tentu tersenyum menang.

"Ai- Aira tak tipu ibu... Sumpah demi Allah, dalam gambar tu bukan Aira." Aira masih lagi tidak mengalah dengan bersumpah dan tangan diatas kepala sambil air mata mengalir turun.

"Ehh! Kau tak payah nak tipu aku! Kau ingat aku bodoh macam ayah kau ke huh!?" Soal datin Milla dengan selamba sambil tangan menolak - nolak kepala Aira.

"Arkk..." Aira terduduk diatas lantai kerana tolakkan itu.

"Dah. Ira jangan menangis. Ibu ada sayang..." Pujuk datin Milla sambil ibu jarinya mengusap air mata Ira. Sungguh tidak adil!

Aira hanya mampu mendiamkan diri. Sungguh.. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati apabila difitnah oleh darah daging sendiri.

Kali ini Aira pula yang melangkah pergi dari situ. Aira mata berjurai jatuh di atas lantai.

"Ab-abah... Aira rindu abah..." Soal Aira sambil menangis dipintu biliknya.

☜☆☞

Satu persatu gambar dibeleknya. Ira tersenyum sinis.

"Bagus juga erk gambar - gambar ni. Pandai dia orang ambil, masa aku tengah pegang Idham pula tu." Ujar Ira seorang diri di dalam biliknya.

"Haih. Sorry lah Aira.. Aku takkan buat semua ni kalau ibu tak kacau." Ujar Aira bersama ketawa kecil.

Beberapa jam yang lepas.

"Ishhh. Tak payah la, aku dah cakap jangan ambil gambar macam tu. Takut nanti kantoi lerr." Ujar Ira kepada rakan sekerjanya.

"Alah.. Kau tak payah risau la. Lagi pun dia orang suka dengan hasil gambar aku tau." Ujar Mimi dengan bangganya.

"Ye la tu. Nanti kalau kantoi dengan ibu aku macam mana?" Soal Ira.

"Ckk. Senang aje. Alang - alang muka kau dengan adik kau dah nak sama, apa kata kau guna masa ni untuk gunakan dia sikit?" Ujar Mimi dengan tersenyum nipis.

"Maksud kau.. Nak aku fitnah dia?" Soal Ira masih tidak faham.

"Ye..." Ujar Mimi.

"Hmm.. Boleh juga, tengok la dulu macam mana." Balas Ira acuh tak acuh.

Jam di dinding diperhati sekilas.

"Tak pe lah Ira, aku pergi dulu. Aku nak kena sambung dengan Haikal pula malam ni." Ujar Mimi dan ingin beredar dari situ.

"Amboi kau. Bab duit laju aje." Sindir Ira sambil ketawa kecil.

"Of Course. Zaman sekarang duit aje yang diperlukan." Balas Mimi dan melangkah pergi.

"Ehh, Mimi dah nak balik ke?" Soal datin Milla yang baru sahaja tiba.

"Haah, Mak cik. Malam ni Shif Mimi pula kerja, itu yang kena balik awal." Ujar Mimi terselit sedikit kebohongan.

"Hm, ye lah. Elok - elok bawa motor tu." Ujar datin Milla.

Mimi mengangguk dan membawa motor pergi dari situ.

"Rajin Mimi ni." Ujar datin Milla dan menuju ke sofa yang berada di tengah - tengah ruang tamunya. Telefon Ira dicapai ibunya lalu diberi kepada Ira.

"Buka kejap boleh? Ibu nak tengok sesuatu." Ujar datin Milla.

Ira mengambil telefon miliknya dan password dibuka lalu di beri semula kepada ibunya. Lama selepas ibunya membelek telefon milik Ira, tiba - tiba ibunya menjerit.

"Kenapa ibu?" Ujar Ira yang baru sahaja terkejut mendengar jeritan ibunya.

"Si-siapa ni? Jangan cakap ini kamu Ira.." Suatu gambar lelaki bersentuhan dengan perempuan ditunjukkan kepada Ira. Ira tergamam sejenak.

"Alamak. Aku lupa pula! Aduhh, macam mana ni?"

Bisik Ira di dalam hati.

"it- itu..." Tergagap - gagap Ira menjawapnya dan dia teringat perkataan Mimi tadi.

"Kalau kantoi, Kau gunakan
lah nama adik kau"

Perkataan Mimi bermain di benak fikiran Ira.

"Ada orang kasi dekat Ira. Katanya itu gambar Aira, bu.." Ujar Ira dengan berharap ibunya mempercayainya.

Baru sahaja menyebut nama Aira, Tiba - tiba...

"Assalamualaikum!" Salam diberi oleh Aira yang baru sahaja balik dari pusat tuisyen milik cikgunya.

Ibunya merenung tajam kearahnya.

"Kenapa ni?" Soal Aira tidak faham dengan keadaan.

"Kenapa kau tanya!?" Ujar datin Milla dengan nada yang tinggi.

"Huh?" Aira menggaru kepalanya yang berlapikkan tudung sarung itu.

"Patut lah selama ni kau asyik balik lambat! Mati - mati aku percaya kau pergi tuisyen. Rupanya jadi pelacur!" Jerkah datin Milla.

Ira terdiam. Dia hairan kerana ibunya langsung mempercayainya tanpa menyoal walau sedikit.

"Astaqfirullah, Ibu! Apa main fitnah aje ni? Bila masa pula Aira pergi jual diri?" Soal Aira masih tidak faham.

Telefon milik Ira diberikan kepada Aira dan gambar tadi ditunjukkan. Pantas Aira melempar telefon itu ke tepi.

"Astaqfirullah hal'azim. Orang tak buat benda terkutuk macam ni ibu." Rayu Aira.

"Dah terang - terang bukti ada dekat sini! Kau nak suruh aku percayakan kau lagi!? Bukti apa yang kau ada kalau ini bukan kau. Huh!?" Jerkah datin Milla.

Pantas Aira mencapai telefon milik Ira yang dilempar ditepi tadi lalu Aira perhatikan satu persatu. Haa! Dah jumpa!

"Ini ibu." Tudung sarung Aira dibuka dan tangannya laju membuka ikatan rambutnya. Rambut yang lurus itu panjang lebih dari bawah siku. Manakala rambut didalam itu hanya di leher.

"Ini buktinya, Ibu. Ibu kena percayakan Aira. Kita dah jumpa satu bukti dekat sini ibu.." Rintih Aira dengan nada yang sayu.

Laju tangan Ira merampas telefon dari tangan aira.

"Ka- kau nak cakap aku ke Huh!?" Ujar Ira ketakutan. Ira masih berfikir. Mesti akan kantoi juga sebab rambut dia panjang sampai di leher aje. Sama macam perempuan dalam gambar tu.

Aira tersenyum.

"Boleh jadi itu kau. Ibu jumpa gambar tu dalam fon kau. Lepastu kau nak tuduh aku pula?" Soal Aira dengan yakin diri.

Ira hanya mendiamkan diri. Dan disitulah ibunya mula bersuara dan memarahi dia.

"Ehh. Ikut sedap mulut kau aje nak fitnah anak aku!" Ujar datin Milla apabila sudah lama mendiamkan diri.

"tat- tapi, Aira pun anak ibu kan?" Soal Aira.

"Bila masa kau jadi anak aku ni huh!? Kau tu cuma anak Hasyim!" Jerkah datin Milla dan ingin melangkah pergi.

"Kenapa, ibu?" Soal Aira dengan mata yang sedang berair.

Sambungan dia dekat atas sekali tu tau korang!

Btw, Hasyim tu ayah diaorang tau. Nanti saya kasi spoiler.

TQ sebab support!

Continue Reading

You'll Also Like

31.9K 1.1K 42
Adrian seorang ketua pengawas sekolah yang sangat dingin dan tegas.Dia tidak suka bergaul dengan orang lain kecuali keluarga,guru dan 2 orang rakanny...
47.5K 2.3K 30
Malay ✓ Dia adalah seorang gadis yang amat meminati pada psycho dan Mafia, namanya ialah Rose. Rose sangat suka membaca wattpad/novel dan semestinya...
402K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
368K 12.4K 56
#1 Rashliyaa Alana , Gadis remaja berumur 16 tahun . Seorang gadis yang ceria namun satu dugaan hebat menimpa dirinya . Sekelip mata kehidupannya ber...