HER BEAUTIFUL CONSOLATION - C

By snowdreamm

800K 41.7K 1.8K

Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
Epilog
His Beautiful Consolation 1
His Beautiful Consolation 2
His Beautiful Consolation 3
His Beautiful Consolation 4
His Beautiful Consolation 5
His Beautiful Consolation 6 - Final

59

14.3K 692 26
By snowdreamm

Zuha menyelesakan kedudukan di atas sofa. Matanya tak lepas membaca novel yang diberikan oleh Mia sejak dari tadi. Kata-kata Mia masih lagi bermain di minda. Tak pasal-pasal dia tersengih-sengih umpama kerang busuk sewaktu membaca novel ini.

Tapi jika difikirkan semula, Zuha terasa seakan-akan dejavu. Setiap apa yang tertulis di dalam novel membuatkan dia terasa seperti pernah mengalaminya secara langsung.

"Ish, jangan nak perasan la Zuha." ujar Zuha sekadar untuk menyedapkan hati sendiri. Yelah, nanti tak pasal-pasal pula di cop perasan disebabkan bukan dia orang yang dimaksudkan dalam novel tersebut.

Matanya tidak lepas memandang novel yang sedang dibaca tanpa menghiraukan keadaan perpustakaan yang sememangnya sudah sunyi sepi. Gadis di hadapanku ini seolah-olah tenggelam dalam dunianya. Dia langsung tidak menyedari akan tingkahku yang sesekali pasti akan melihat dirinya dari tempat dudukku.

Aku sengaja labuhkan duduk di hadapan gadis ini. Pada awalnya aku sangkakan yang dia akan menghalauku tapi sangkaan ku meleset. Dia malah hanya sikap bersahaja dan tidak mempedulikan keberadaan aku. Tapi aku sama sekali tidak berjauh hati bahkan aku lebih selesa jika berada dalam keadaan seperti itu. 

Tiba-tiba aku mula perasan yang dia kelihatan seperti termenung jauh. Entah apalah yang difikirkan oleh gadis ini. Aku jadi tertanya-tanya apa yang sedang bermain di mindanya sehingga kedua keningnya yang separa lebat itu hampir bersatu tanpa dia sedari. Ingin juga aku bertanyakan kepadanya namun aku abaikan saja niatku itu.

Gadis ini walaupun dia seorang yang dingin namun adakalanya kami boleh bertikam lidah. Aku sendiri pun hairan terhadap diriku yang gemar mencari gaduh dengan dia. Seolah-olah kami berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Budak pendek. Itulah gelaran yang aku berikan kepadanya sehingga dia acap kali menghadiahkan aku jelingan maut. Tapi dalam diam aku sukakannya. Sekurang-kurangnya adalah reaksi dia terhadap aku walaupun cuma jelingan maut yang aku terima.

"Budak pendek? Tak sangka, Aurel pun pandai cari gaduh juga sama macam Zuhayr. Ingatkan mamat soft spoken tak pandai buat hal macam ni." Zuha menggumam perlahan tanpa mengesyaki apa-apa.

Zuha kemudian meneruskan pembacaannya.

Aku yang sedang memandu cuba mengerling sekilas wajah si dia. Dia nampak seperti sedang berperang dengan perasaan sendiri. Aku perasan terdapat beberapa titisan mutiara jernih yang sedang menghiasi wajahnya namun dia masih cuba untuk bertahan daripada tidak menangis. Mungkin juga dia segan kerana ada aku di sebelahnya.

"Menangislah kalau kau nak." ujarku sambil menumpukan perhatian kepada pemanduanku.
Dia memandang wajahku sejenak sebelum dia melemparkan semula pandangannya ke luar tingkap kereta.

"Boleh ke?" soalnya perlahan.

Aku sedaya upaya menahan senyumanku daripada terlalu menonjol. Entah mengapa soalannya kedengaran seperti lucu di telingaku.

"Boleh. Jangan risau. Aku tengah drive ni. Tak nampak pun kalau kau menangis."

Akhirnya dia menghamburkan tangisan semahu-mahunya. Manakala aku hanya membiarkan sahaja tingkahnya itu. Biarlah. Jika itu yang mampu meringankan bebannya walau cuma seketika.

'Menangislah sepuas mana yang kau mahu kalau itu yang mampu meringankan beban kau saat ini.' desis hati kecilku.

Zuha membulatkan matanya. Bahagian ini benar-benar mengingatkan dia di mana kali pertama dia menangis di hadapan Zuhayr.

"Eh, macam aku masa menangis dalam kereta Zuhayr." Zuha mula berasa bingung. Dalam pada masa yang sama tangannya sudah berasa sejuk walaupun hanya kipas yang terpasang di bilik ini.

"Ah, tak mungkinlah. Kebetulan aje ni. Takkanlah Aurel kenal aku." Zuha cuba menepis tanggapan aneh yang sedang bermain di minda.

Zuha menyelak dan membaca helaian seterusnya. Kali ini dia sengaja melangkah muka surat dengan lebih jauh kerana ingin memastikan apa yang difikirkan adalah tidak benar.

Hatiku bagaikan hancur lumat-selumatnya tatkala aku melihat dia menangis kerana dikhianati oleh orang yang dia sayang. Ingin sekali aku memeluk tubuh itu untuk mengubati kekecewaannya namun aku sedar, ada batas antara kami yang perlu aku jaga.

Dalam tak sedar, aku menghampirinya lalu menyuruhnya untuk bangun daripada terus melutut di hadapan lelaki itu.

"Bangun. Jangan menangis lagi sebab jantan tak guna tu." ujarku seraya membantunya untuk berdiri semula.

Matanya yang berkaca-kaca itu aku tenung sejenak. Betapa jelas kekecewaan yang terpancar di anak mata gadis ini tapi sayang, aku langsung tidak dapat membantu dirinya.

"Sa...sakit..." Dalam tersedu-sedu kerana menangis, sempat lagi dia mengadu kepadaku. Lantas aku mengambil hujung lengan kemejaku lalu menghapuskan air mata yang masih lagi bersisa.

"Iya, aku tahu. Jom, kita keluar dari sini."

Nafas Zuha bagaikan tersekat di skala sepuluh. Dadanya diusap perlahan bagi menghilangkan rasa debaran yang kian memuncak.

What the....

Dia kemudian menyelak lagi helaian berikutnya.

"Kau nak kahwin dengan aku?" soalku sebelum aku berangkat pulang ke ibu kota.

Si dia merenung tajam ke arahku. Mungkin juga terkejut dengan lamaranku secara tiba-tiba itu.

"Awak jangan buat kerja gila, ya? Saya ni masih tunang orang, tahu?"

Aku lantas tergelak kecil. Ya, aku memang gila dan gadis di hadapanku ini adalah penyebabnya.

Aku tidak tahu apa yang telah merasuk fikiranku. Aku melakukan kerja gila dengan melamar dia supaya berkahwin denganku. Hampir saja kedua ibu bapaku tidak bersetuju dengan keputusan aku untuk berkahwin. Manakan tidak, sebelum ini akulah orang yang bersungguh-sungguh mengelak apabila diajak berbincang mengenai soal ini.

Bahkan sahabat baikku sendiri meragui akan keputusan aku. Tapi aku benar-benar yakin dengan perasaanku terhadap gadis itu. Aku juga yakin bahawa aku sudah mula menaruh perasaan kepadanya.

"Kau yakin yang kau cintakan dia? Aku rasa kau cuma sekadar kasihankan dia. Kau kena fikir masak-masak. Ini soal kahwin dan tanggungjawab. Bukan macam main pondok-pondok." ujar sahabat baikku. Lantas aku mengangguk laju.

"Aku yakin dengan apa yang aku buat. Kau tak perlu risau." balasku ringkas. Malas hendak berbalah dengan peguam di hadapanku ini.

Mengapa? Salahkah jika aku jatuh cinta kerana kasihankan dia? Kerana bagiku, cinta kerana kasihan itu adalah cinta yang ikhlas. Rasa yang wujud hanya penuh dengan cinta dan kasih sayang bahkan lembut dan tidak menyakitkan. Jika itu yang mampu menyembuhkan segala luka di hati gadis itu, maka aku sanggup menyerahkan seluruh cintaku itu kepada dirinya.

Pap!

Zuha terus menutup novel tersebut. Beberapa kali dia menggelengkan kepalanya. Dia juga mula berasa keliru.

Siapa Aurel sebenarnya? Kenapa dia berasa terlalu dekat dengan penulis misteri itu?

"Kak long? Kenapa muka kak long berkerut sangat tu?" Teguran Sofea menyentakkan Zuha dari lamunannya. Dia segera mengukirkan senyuman kepada adik iparnya itu.

Tanpa disuruh, Sofea terus labuhkan duduk di sebelah Zuha. Anak mata Sofea terancap ke atas novel yang masih dalam pegangan kakak iparnya itu.

"Eh, novel baru ke kak long?"

"Taklah. Novel lama tapi kak long tak baca lagi. Kawan abang long yang bagi kat kak long." ujar Zuha sambil menyelak helaian novel itu sekali lalu.

Sofea hanya mengangguk kecil.

"Baru Fea tahu yang kak long pun suka baca novel. Sama macam abang long. Sweetnya baca novel sama-sama."

Zuha sudah tersenyum sipu. Tak adalah sweet mana pun sebab selalunya Zuhayr lebih gemar meluangkan masa bersama komputer ribanya. Macam yang selalu dia nampak ketika di kafe sewaktu ketika dahulu.

"Oh, ya. Fea dah lama tak datang rumah abang long. Kalau Fea tengok bilik kerja abang long mesti Fea terkejut."

Ternaik sebelah kening milik Sofea.

"Kenapa?" soalnya.

"Abang long dah ubah suai bilik kerja tu. Dah serupa mini taska. Berderet buku kanak-kanak tersusun kat rak mini. Katanya untuk baby. Kak long sendiri speechless tak tahu nak kata apa."

Bahu Zuha bergegar kecil apabila mengenangkan tingkah Zuhayr yang tidak sabar-sabar untuk menimang cahaya mata. Setiap minggu ada saja buku yang dibeli oleh lelaki itu semata-mata untuk anak mereka yang bakal lahir tak lama lagi.

Sofea menjuihkan bibir sebaik sahaja mendengar cerita Zuha mengenai abangnya.

"Bosannya abang long ni. Baby belum lahir lagi tapi dah pasang niat nak didik budak tu jadi budak skema macam dia."

Lantas Zuha memandang Sofea dengan wajah berkerut.

"Eh, kenapa pula? Fea pun suka baca novel jugak kan? Nanti bolehlah Fea temankan baby baca buku juga."

"Setakat baca komik bolehlah, kak long. Novel tu, Fea baru baca muka surat depan dah mula rasa bosan. Fea tak boleh baca novel tebal macam tu."

Sekali lagi kedua alis Zuha bertaut rapat. Hairan juga kerana selama ini dia sangkakan Sofea gemar membaca novel seperti dirinya. Tapi dari gaya Sofea bercakap menunjukkan yang dia langsung tidak berminat membaca novel.

"Eh, dah tu novel-novel Aurel kat rumah tu siapa punya? Bukan Fea punya ke?"

Lantas Sofea menggeleng sambil tersengih.

"Taklah kak long. Sejak bila pula Fea suka baca novel ni? Kalau akak nak tahu, antara kami tiga beradik abang long je yang suka baca novel. Fea dengan abang ngah lebih suka buat aktiviti luar. Kitorang pun selalu usik yang abang long ni anak angkat sebab hobi dia lain sangat dengan kitorang."

"Ye ke? Tapi kak long ada tanya abang long pasal novel-novel tu. Dia kata tu Fea punya. Sebab itulah kak long fikir Fea suka baca novel juga."

Sofea mula tersenyum senget. Dia seperti dapat menghidu sesuatu. Nampaknya kakak iparnya ini masih belum mengetahui tentang siapakah Zuhayr yang sebenarnya.

"Oh, novel tu abang long punya. Ha, lagi satu. Abang long tak ada cerita kat kak long ke siapa Aurel?"

Zuha menggeleng perlahan. Eh, Sofea ni. Kata tak minat baca novel tapi Aurel dia kenal pula.

"Kalau kak long nak tahu, Aurel dan abang long adalah orang yang sama."

Hampir jatuh rahang bawah milik Zuha sewaktu dia mendengarkan kata-kata Sofea itu. Aurel dan Zuhayr adalah orang yang sama?

Jadi maksudnya selama ini dia berkahwin dengan crush sendiri?

Dang!

*****

Zuha bersandar di kepala katil. Tangan disilangkan ke dada. Bebola matanya bergerak mengikut langkah Zuhayr yang baru sahaja usai membersihkan diri.

Zuhayr perasan akan pandangan tajam milik isteri yang tidak putus memerhatikan gerak gerinya sejak mula dia melangkah keluar dari bilik air. Mata galak memerhati tapi mulut masih lagi terkunci. Zuhayr mula berasa tidak sedap hati dengan tingkah Zuha.

Gaya Zuha sekarang ini seolah-olah sedang memarahi dirinya. Tapi apa pula kesalahan yang dia buat kali ini?

"Ada apa sayang pandang abang macam tu?"

Tuala disidai dengan rapi. Zuhayr kemudian naik ke atas katil dan merangkak ke arah isterinya yang masih lagi berdiam diri.  Pipi gebu itu dikuis perlahan dengan menggunakan hujung jari telunjuk.

"Kenapa senyap je ni? Hari ini tak ada story apa-apa ke untuk abang?" soal Zuhayr seraya duduk bersila lalu menghadap Zuha.

Kini hampir setiap malam pasti ada saja celoteh dari Zuha. Kadang-kadang lipas kat dapur pun boleh jadi topik perbualan. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa Zuha sebenarnya seorang yang suka bercerita. Kata keluarga mertuanya, itulah sisi Zuha yang sebenar, seorang yang gemar bercerita dan periang.

Mungkin inilah kesan positif yang dimaksudkan oleh doktor yang merawat Zuha. Segala usaha isterinya itu berhasil dan doktor sendiri akui bahawa Zuha sudah hampir mencapai tahap untuk sembuh sepenuhnya.

Zuha hanya mendiamkan diri. Dia sendiri pun tidak tahu hendak mula dari mana. Dia tidak pernah menyangka bahawa impiannya untuk berkahwin dengan author crush dia itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan.

Bayangkan perasaan sayang untuk Zuhayr dan Aurel tu bergabung menjadi satu? Sumpah hatinya berada dalam keadaan huru-hara sekarang ini!

"Sayang, okay tak ni? Kenapa diam aje? Abang ada buat salah ke? Ni kenapa tiba-tiba telinga jadi merah ni?" soal Zuhayr sambil mencuit telinga Zuha.

"Abang tak ada apa-apa nak beritahu Zuha?" Akhirnya Zuha bersuara setelah lama berdiam diri. Tangannya menghulurkan novel 'Unforgettable Encounter' itu kepada Zuhayr.

"Ma...mana sayang dapat ni?"

"Mana Zuha dapat tu tak penting."

Zuhayr hanya sengih sambil tayang gigi sehingga tulang pipinya turut timbul. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum memulakan bicara.

"So, sayang dah tahu siapa Aurel?"

Zuha mengangguk.

"Okay, abang mengaku. Aurel adalah abang dan abang adalah Aurel. Tapi abang tak bermaksud untuk rahsiakan hal ni dari sayang. Abang cuma tak tahu nak mulakan macam mana sebab abang sendiri tak sangka yang abang boleh berkahwin dengan pembaca buku abang sendiri." ujar Zuhayr panjang lebar.

"Sampai hati abang. Ni kalau Fea tak beritahu Zuha, maka sampai tua nantilah Zuha tak tahu pasal abang."

Novel itu diletakkan di sisi. Zuhayr meraih lembut tangan isterinya lalu dicium lama belakang tangan Zuha.

"Abang minta maaf. Abang memang nak bagitahu sayang pasal hal ni tapi belum ada masa yang sesuai."

"Yelah tu. Kita semua diberikan 24 jam sehari. Takkan seminit pun tak boleh luangkan masa untuk beritahu pasal hal ni?" Zuha sengaja menjuihkan bibir. Sekadar untuk menutup rasa gemuruh di hati. Dia pun tak adalah sampai terasa hati kerana perasaan gemuruh itu sudah menguasai segala perasaan yang ada.

Haih, pelik-pelik ajelah Zuha ni.

Zuhayr mula sembunyi senyum. Dia kemudian turun dari katil dan melangkah ke arah wardrobe mereka. Dia mengambil sesuatu dari wardrobe tersebut dan kembali semula duduk di sebelah Zuha.

Sebuah novel dihulurkan kepada Zuha.

"Apa ni? Buku baru abang?"

"Bacalah."

Zuha membelek novel tersebut. Pada kulit novel itu cuma terdapat tajuk novel tanpa disertakan nama penulis.

Terkedip-kedip mata Zuha setelah menyelak beberapa helaian novel tersebut. Dia terus memandang wajah suaminya dengan penuh tanda tanya.

"Ini cerita Zuha. Berani abang ceroboh notebook Zuha?" Zuha mendengus geram. Kalau Zuhayr boleh jumpa manuskrip ini sudah semestinya Zuhayr juga boleh jumpa segalanya yang berkaitan dengan Estelle.

"Masa tu boleh dikategorikan sebagai darurat, sayang. Abang nak cari something tapi tiba-tiba terjumpa manuskrip ni. So, abang buat keputusan untuk habiskan cerita sayang ni. Lagipun apa salahnya? Abang kan watak utama novel ni? Mestilah lagi feel kalau abang yang buat."

"Abang!!!" ujar Zuha hampir separuh jerit. Dia turut menekup kedua belah pipinya akibat malu yang teramat.

"And yeah... abang dah baca pun ketiga-tiga karya yang sayang publish kat wattpad tu." Zuhayr mengangkat kedua kening gaya double jerk. Dia mengukirkan senyuman lebar tatkala melihat wajah Zuha yang sudah kemerahan seperti udang kena bakar.

Zuha hanya mampu menekup kedua belah pipinya yang sudah mula terasa kebas. Ya Allah, dia rasa nak menyorok aje sekarang ni. Tak sangka betul crush sendiri boleh baca kesemua karya miliknya yang entah apa-apa itu.

Ini baru betul namanya malu tahap langit ketujuh!

Melihatkan wajah Zuha yang semakin kemerahan itu membuatkan Zuhayr semakin galak mentertawakan isterinya di dalam hati. Dia lantas menarik semula Zuha ke dalam dakapannya. Tanpa berlengah lagi, Zuha terus menyembunyikan wajah di atas dada suaminya.

"By the way, sayang. Congrats!" ucap Zuhayr sambil mengelus manja belakang tubuh isterinya.

"For what?"

"Sebab impian untuk berkahwin dengan crush sendiri dah tercapai."

Zuha berdecit. Tangannya turut laju mencubit perut suaminya. Geram betul. Tak habis-habis nak mengusik orang! Sudahlah stok malu tak habis lagi!

"Baik abang diam sebelum Zuha cili mulut abang!" ugut Zuha walaupun dia tahu ugutannya itu tidak akan memberi kesan kepada Zuhayr. Dia turut menarik selimut tebal itu untuk menyembunyikan wajahnya.

Zuhayr ketawa berdekah ketika melihat tingkah isterinya itu. Tubuh itu dipeluk erat walaupun pelukan tersebut tidak sempurna dek perut Zuha yang besar itu.

"Janganlah malu. Abang bangga bila baca karya sayang tu. Rasa macam dihargai. Banyak kali baca pun tak jemu. Buat abang makin sayang banyak kat isteri abang ni."

Zuha hanya mengukirkan senyuman tipis. Beginilah Zuhayr. Lelaki ini pasti akan memujuk setelah puas mengusik dirinya. Tapi Zuha tak pernah mengambil hati dengan usikan suaminya kerana dia tahu itulah yang menjadikan hubungan mereka berdua semakin erat.

"Terima kasih, sayang. Abang betul-betul tak sangka yang abang akan berkahwin dengan pembaca abang sendiri. Jodoh itu misteri, kan? Sama misteri macam identiti kita berdua."

Terasa seperti Zuha menggangguk perlahan dalam dakapannya.

'Terima kasih juga abang sebab ikhlas cintakan Zuha.' getus hati kecil wanita itu sambil mengeratkan pelukan mereka berdua. 

— bersambung

Continue Reading

You'll Also Like

628K 24.8K 81
[COMPLETE] Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah...
482K 12.9K 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam sat...
4.6K 369 22
↳ KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang ke...
282K 18.5K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...