Takdir You're My Healer [C]

Af EiSeoya

31.2K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... Mere

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 54 (ending)

774 29 1
Af EiSeoya

BAJU melayu satin putih telah membaluti tubuh tegap jejaka itu. Rambutnya disikat kemas ke belakang. Meninggalkan helaian yang cukup menutup parutnya sahaja. Aroma wangian maskulin menusuk rongga hidungnya.

Sementara menunggu kehadiran Aryan bersama yang lain, Nawwar bersandar lemah atas sofa. Ruang tekaknya rasa mual. Suhu badan mendadak panas.

Pangkal leher diurut. Sebelah tangan menekup mulutnya. Terkocoh-kocoh bangun ke bilik air dalam pejabat Tuan Zachary. Terkeluar cecair lendiran berwarna merah dari rongga mulut. Matanya berpinar.

Nawwar berkumur-kumur membuang sisa darah dalam mulutnya. Dia melangkah perlahan semula pergi ke sofa. Dahi ditekap belakang telapak tangan. Hangat. Masa ini juga lah kau nak demam Nawwar oi!

Macam menyesal tak tangguhkan majlis perkahwinan dia dan Emara. Tetapi bagus juga kerana dah tak perlu farming dosa akibat hubungan tiada ikatan sah. Nasib sehari saja majlisnya.

Rasa loya memenuhi ruang tekaknya lagi. Sepantas kilat menuju ke bilik air lalu mengeluarkan cecair likat sampai lembik badan. Dia mula kehilangan tenaga. Nafasnya mengah.

Tok! Tok! Tok!

Pintu pejabat Tuan Zachary dibuka. Tuan empunya menapak masuk bersama air mineral dalam genggaman. Matanya melilau sekeliling mencari kelibat anak buahnya. Ketika susuk tubuh itu keluar dari bilik air, Tuan Zachary terus merapatinya.

"Pucat betul kamu. Okey ke?" Khawatir jika Nawwar tidak dapat bertahan sepanjang majlis berlangsung.

"Insya Allah... Boleh..." Padahal rasa nak pengsan.

"Ubat dah makan?" soalnya memastikan Nawwar tidak terlepas waktu ditetapkan Doktor Rais.

"Dah..."

Tuan Zachary menyerahkan air mineral kepada Nawwar. Penutup botol dipulas sebelum dia meneguk air sedikit demi sedikit. Basahkan tekak untuk hilangkan rasa mual.

"Jangan lupa lepas habis majlis nanti serah diri balik dekat Doktor Rais. Kamu masih dipantau ya, jangan nak bagi alasan honeymoon." Dalam pesanan Tuan Zachary terselitnya amaran keras.

"Iya... Tuan,"

"Rehatkan diri dulu. Bersandar dekat sofa. Saya tahu kamu tengah seksa tahan sakit. Tengok muka dah tahu."

Auch! Kantoi pula. Nawwar tersengih bak kerang busuk.

"Assalamualaikum Nawwar!" Aryan memberi salam lantang. Terhinjut bahu Tuan Zachary dek kejutan spontan Aryan.

Tiga susuk tubuh manusia masuk selamba. Aryan kembali bersama sesuatu dalam tangannya. Lipstik berwarna sedikit gelap?

"Waalaikumsalam. Dah kenapa kau bawa lisptik bini kau?"

"Pakaikan dekat kau. Sejak pagi tadi muka kau hilang seri. Aku rembat sekejap bini aku punya lipstik," tutur Aryan dengan riak tak bersalah.

"Err... Okey..." Nawwar pasrah.

Aryan mampir Nawwar seraya mengangkat dagunya. Mata mereka saling bertaut. Penutup gincu milik Hadeena dibuka lalu bibir mungil Nawwar dicalit sedikit.

Zander dan Zhan sekadar memerhatikan tingkah laku dua sahabatnya. Ada saja akal Aryan random pagi-pagi. Jarinya meratakan gincu sehingga kering. Tada! Baru naik seri.

"Okey. Not bad. Nampak natural," ujar Nawwar berpuas hati dengan hasilnya.

"Tengoklah suami siapa. Huh." Aryan gigit bibir tepi. Menggoda. Tergeleng-geleng Tuan Zachary dibuatnya.

"Nawwar, are you ready to be someone's husband?" Zander menunjukkan jari thumbs-up.

Jam dinding dikerling. Tinggal tiga puluh minit sebelum majlis bermula. Pasti semua orang sudah sedia menunggu dalam dewan akademi. Nawwar menghela nafas ringan.

"I'm ready."



"NAWWAR Inas Al-Qayyim Bin Asnawi." Namanya diseru wali.

"Ya, saya,"

"Aku nikahkan kau dengan anak perempuan Emara Iris Binti Ibrahim berwalikan wali aku dengan mas kahwin 3000 Tz tunai,"

"Sah! Eh salah! Astaghfirullah..."

Wajah polosnya ditekup kedua-dua belah tangan. Seluruh dewan sakan bergelak tawa apabila dia tersasul kata. Bertambah malu kerana dia lafaz melalui mikrofon. Boleh pula Nawwar jadi saksi on the spot. Maklumlah, sedari tadi terkena parkinson.

"Okey, kita ulang lagi. Jangan terus lafaz sah. Kamu bukan saksi, kamu pengantin lelaki," pesannya seraya mengeratkan genggamannya.

"Maaf. Saya terlalu excited tapi nervous,"

"Aduhai. Kita ulang ya. Nawwar Inas Al-Qayyim Bin Asnawi... Aku nikahkan kau dengan anak perempuan Emara Iris Binti Ibrahim berwalikan wali aku dengan mas kahwin 3000 Tz tunai,"

"Aku terima nikahnya Emara Iris Binti Ibrahim dengan mas kahwin 3000 Tz tunai,"

"Sah?"

Dua saksi serentak menganggukkan kepalanya.

"Alhamdulillah..." Semua orang sama-sama menadah tangan sementara wali membacakan doa.

Amiin... Anak mata perang keemasan itu melirik ke pelamin dimana isterinya berada. Anggun sungguh. Gaun separa kembang berserta perhiasan manik dan bunga ros mengelilingi pinggangnya. Tangisan bahagia bergenang di tubir mata Nawwar.

Seterusnya, upacara sesi pembatalan air sembahyang. Nawwar melangkah anak tangga dengan cermat. Tempat kosong sebelah Emara diduduki. Hadeena mampir mendekatkan dulang kepada Nawwar. Sebentuk cincin berlian yang berkilau terang dicabut Nawwar dari kotak baldu.

"Assalamualaikum cinta hati..." Sekuntum senyuman ikhlas terbentuk di bibir Nawwar.

"Waalaikumsalam... Nawwar..."

Nawwar meletuskan tawa kecil. Panahan mata helangnya mencengkam jiwa Emara. Terpesona melihat Nawwar depan matanya.

"Izinkan abang sarungkan cincin ni dekat jari cinta?"

Abang? From Nawwar to abang? She likes it.

Menggeletar tangan Emara segan mahu tak mahu. Lembut sang suami mencapai tangan halus isterinya. Hilang rasa gugup. Cincin berlian disarung ke jari manisnya. Kemudian, giliran Emara pula melakukan perkara sama kepada Nawwar. Masing-masing tangan berasa dingin. Gementar.

Nawwar melarikan jarinya ke dagu Emara lalu diangkat untuk menyatukan pandangan mereka. Jantung berdegup bagaikan ingin melompat keluar. Mata gadis itu tidak berkelip melihat raut wajah Nawwar.

"Finally... I can hug you after this whenever you cry in front of me." Nawwar menghela nafas berat.

"You're... My husband? Now?" Rasa macam mimpi bagi Emara. Pandangannya jadi lembut.

"Okey. Cepat kissing each other." Biasalah, Zhan jenis tak reti tapis. Straight forward orangnya. Tak serius.

Emara menjatuhkan bibirnya pada tangan Nawwar untuk disalam. Nawwar melekapkan tangannya pada dahi isterinya. Langsung Zhan menghalakan lensa kamera ke arah mereka. Berkelip lampu merakamkan momen terindah antara mereka.

Gaya posing bertukar. Dahi mereka bersatu. Mata terpejam rapat. Benak hati Emara menimbulkan rasa gusar. Dahi Nawwar terasa hangat tetapi dia tidak mengendahkan buat sementara.

Kecekak! Kecekak! Zhan berpuas hati dengan hasilnya. Perfect!

Nawwar menghamburkan batuk ringan di tepi. Nafasnya terasa lelah. Sentuhan dingin mendarat di pipinya. Nawwar menoleh semula melihat Emara menayangkan riak risau.

"I'll be fine..." Tangan isterinya digenggam erat.

"Okey, last. Kau orang buat eye contact lama sikit," arah Zhan maju beberapa langkah kedepan.

Suami isteri saling berbalas tenungan. Iris amber dan perang keemasan bertaut. Tidak dinafikan, boleh luruh jantung sebab tewas amati keindahan ciptaan Allah.

"Sudah!" Zhan menarik jauh kamera dari wajahnya. Setiap gambar diteliti baik. Dulu, dia harus uruskan tempahan album untuk Aryan dan Hadeena. Kini, Nawwar dan Emara menggunakan khidmatnya sebagai fotografer. Untung banyak masuk oh!

Majlis ini diteruskan dengan jamuan santapan. Pelbagai juadah disajikan kepada tetamu. Para jemputan memenuhi meja katering untuk memgambil lauk-pauk mengikut citarasa tekak masing-masing.

Sedang asyik Emara melilaukan mata mengamati suasana sekeliling, bahunya terasa berat. Lirikan anak mata perhatikan Nawwar melentokkan kepalanya.

Spontan tangannya mendarat pada dahi Nawwar. Bahangnya meresap masuk ke dalam kulit. Emara melingkarkan tangannya ke lengan sasa Nawwar.

"Abang tak sihat, cinta..." gumam Nawwar perlahan.

"Larat ke bertahan? Lama lagi majlis kita habis."

Kepalanya diangguk. Belaian manja di pipi Nawwar membuatkan dia hanyut dalam ketenangan. Terasa lain aura bila sudah jadi suami orang. His dream came true.

Jauh dari kawasan mereka berada, terdapat dua susuk tubuh mengintai di daun pintu dewan akademi. Tak tahu apa perasaan ingin diungkapkan mengenai situasi majlis ini.

"Semua salah kau, Selena. Rancangan kita tak menjadi untuk pisahkan dia orang. Seronok berpeluk atas pelamin tu," kata Fariz menyendeng tubuhnya tepi dinding.

"Aku pula. Kau tu lembab sangat nak kerjakan Nawwar!"

"Aku nak bunuh Nawwar, kau tak bagi. Kau kata kau sayang dia lebih daripada aku,"

"Memang! Sebab Nawwar pemegang silver card."

Selena jenis perempuan mata duitan. Dia mengutamakan rupa dulu baru dompet tebal. Tinggi betul taste dekat lelaki. Hakikatnya, Selena sendiri serupa dugong jadian terdampar pinggir pantai.

"I ada strategi lain. Jangan risau, I takkan bunuh dia terus sebab you. I sayang you,"

"Strategi... You nak buat apa??" soal Selena tenang.

Fariz Hakimi tersenyum nakal. Dia sudah membayangkan hari bahagia berkenaan bertukar tragedi. Tunggulah kau, Nawwar. Mungkin bukan sekarang, tapi pada masa yang akan datang.

"Jom sayang. Meluat aku lepak sini lama-lama," ajak Fariz menarik lengan Selena keluar dari situ.

Kaki tumit dua inci menyukarkan pergerakan Selena. Bersimpul kaki mengejar langkah Fariz. Tidak tahu kemana dia bawa Selena pergi. Healing? Tak pasti.

Kembali pada dua pasangan sejoli atas pelamin, Nawwar tidur-tidur ayam pada bahu kecilnya. Suasana meriah dengan persembahan karaoke oleh ahli akademi yang berbakat. Suara merdu mereka menjadi penyedap halwa telinga Emara. Aryan dan Hadeena mempersembahkan instrumental lagu A Thousand Years gabungan violin dan piano.

Hadeena used to tell her that violin players are hot. Like Aryan.

Tubir matanya berair. Tersentuh hati bagai luruh. Terharu. Gigih menahan air matanya agar tidak gugur deras ke pipi. Rosak makeup kelak.

"Cinta... Abang..." seru Nawwar seraya menekup mulutnya.

"Awak nak pergi tandas ke?" Pertanyaan dibalas dengan anggukan.

Emara memapah suaminya menuruni anak tangga dewan. Pintu belakang ditolak. Papan logo tandas lelaki terpampang depan daun pintu. Nawwar menerjah masuk lalu memuntahkan segala benda asing keluar mulutnya.

Emara mengurut kekura jarinya. Resah. Tragis mendengar bunyi muntah berterusan sehingga pada satu masa tandas bertukar sepi. Tatkala daun pintu dibuka dari dalam, tubuh layu itu memeluk Emara erat. Nawwar sembam wajahnya di leher Emara.

"Cinta... Sakit..."

Ubun-ubun rambut Nawwar diusap. Kali pertama dia merasai pelukan hangat dari seorang suami. Umpama dua jantung sedang bersatu. Rintihan Nawwar membuatkan Emara gusar.

"Kita pergi balik dekat pelamin, ya? Saya tolong awak." Tubuh mungil itu memapah semula Nawwar masuk ke dewan. Kerusi pelamin diduduki. Helaan nafas lega keluar dari bibir Emara.

"Hei, Nawwar! Macam mana rasanya jadi suami orang?" Sergah Aryan entah tangga belah mana dia naik.

"Seronok. Dah boleh peluk dia," ujar Nawwar terpaksa tayang riak palsu. Berkerut dahi menahan sakit.

"By the way, I've done my task," bisik Aryan perlahan di cuping telinganya.

"Huh? Task? What task?" Nawwar keliru.

"I'm going to be a father soon."

Otak ligat berpusing. Oh! Baru dia faham makna disebalik kata Aryan. Paha rakannya ditampar.

"Ish kau ni! Sempat eh? Anyway, tahniah, Aryan. Semoga kekal berbahagia dengan Hadeena. Jaga dia baik-baik,"

"Kau pun sama. Bini aku mengadu tak sihat semalam, jadi aku nak pergi balik dekat dia. Tengah melahap dekat meja sana. Nanti aku datang balik untuk sesi bergambar." Aryan menepuk perlahan bahu Nawwar sebelum melangkah laju menuruni anak tangga.

"Cinta..." Tangan isterinya dicapai dan digenggam erat. Mata mereka bersabung lama. Berdebar hati Emara ditikam dalam renungan Nawwar.

"You are the sun that lights up my darkness, the air I breathe, and the beat of my heart. I loved you, Emara Iris. You always stay by my side even at my lowest time."

Emara melekapkan kedua-dua tangannya pada pipi Nawwar. Rambutnya dielus lembut. Muka pucatnya menjadi tatapan Emara untuk mengawal rasa duka dalam jiwanya.

"If you're not here, I would be left with an emptiness that no other person could ever fill except you, Nawwar. I loved you too!"

Emara mendongak sedikit dan pipi Nawwar dikucup. Suaminya tersentak dengan ciuman hangat seorang isteri. Detakan jantung berubah abnormal.

Setelah tabah dan kuat mengharungi cabaran dalam dunia percintaan, akhirnya Emara Iris Binti Ibrahim telah sah menjadi isteri kepada Nawwar Inas Al-Qayyim Bin Asnawi.

Marriage is not about finding the perfect person, but learning to see an imperfect person perfectly.

She fell for him because of his insecurities, he fell for her because of her charms.

Mereka telah ditakdirkan bersama oleh Allah SWT.


















Ready untuk epilog? Dah nak sampai penghujung ni.

Fortsรฆt med at lรฆse

You'll Also Like

636K 5.7K 8
๐๐„๐– ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐Ž๐! [SLOW UPDATE] #1 ๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐™ƒ๐™–๐™›๐™ž๐™ฎ ๐™‡๐™ช๐™ฉ๐™›๐™–๐™ฃ | ๐˜ผ๐™ช๐™ก๐™ž๐™ฎ๐™– ๐™‡๐™ช๐™›๐™ฎ๐™–๐™– Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
282K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
186K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...
861 93 4
Tiga tahun persahabatan yang terjalin antara mereka melalui alam maya akhirnya membuatkan si gadis menaruh perasaan istimewa terhadap si jejaka dalam...