๐’๐ก๐ž'๐ฌ ๐€๐ฌ๐ก'๐ฌ | ๐Ž๐†

By syqueenyana

2.9K 223 37

~โ™ก๏ธŽ๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’–๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐’€๐‘จโ™ก๏ธŽ~ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ฎ๐ง๐ฒ๐ข ๐€๐ณ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‹๐จ๐œ๐ž๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ... More

๐’๐‡๐„'๐’ ๐€๐’๐‡'๐’
๐๐‘๐Ž๐‹๐Ž๐†
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 1
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 2
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 3
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 4
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 5
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 6
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 7
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 8
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 9
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 10
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 11
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 12
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 13
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 14
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 16
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 17
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 18
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 19
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 20
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 21
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 22
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 23
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 24
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 25
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 26
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 27
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 28
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 29

๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 15

42 3 0
By syqueenyana

Aku merenung kearah Ash yang galak berbual dengan Abi. Nampak Abi je yang bersemangat kongsi cerita dengannya. Geleng aku apabila mendengar dia menjawab dengan kasar. Aishhh.

Tak ada adab betullah.

Sesekali aku tertanya juga apa yang membuatkan dia jadi begitu. Takkan sebab dia mafia, dia harus jadi begitu. Terlintas di dalam fikiranku akan kata-kata Arissa pada waktu itu.

Flashback

"Mafia memang macan tu ke? kerja membunuh hah?" Tanyaku pelik.

Arissa yang mendengar itu terus mengelap bibirnya menggunakan tisu.

"Atul, mafia ni bukan boleh bunuh seseorang sesuka hati. Dia bunuh orang yang buat onar dengan dia je. Tak kira tua atau muda." Terang Arissa seraya memakan abc itu.

Owhh!!

"Tapi!! Memang diorang tak bunuh orang sesuka hati. Tapi percakapan diorang tu memang takkan beradab ye. Dengan orang tua pun macam tu. Maklumlah, budaya diorang memang macam tu." Aku mengangguk kecil. Macam itu rupanya kehidupan seorang mafia. Tentu susah nak baiki diri.

End flashback

Betullah kata-kata Arissa itu. Mungkin memang dah jadi hobi diorang. Apa yang berlaku ni semua itu kesilapan ke?

Bertemu dengannya. Itu semua silap ke?

huh!!

"Haa!!" Tersentak aku apabila ada yang menerjahku. Aku pusing ketepi. Aku memandangnya dengan pandangan tajam.

Perangai pun. Malulah sikit.

"Kau nak apa?" Tanyaku tanpa ada simpang. Macamlah tak tahu kalau tiba-tiba datang dekat aku sebegitu. Mesti ada pape.

Something wrong ye...

"Hehehhe. Atul, aku nak tidur sini boleh tak?" Kata Arissa dengan muka dibuat-buat comel itu. Aku menjulingkan mata.

Herhhh!!

"Asal kau nak tidur kat sini?"

"Ala boleh lah... aku takutlah balik sendiri."

"Habistu Umi bagi tak?" Soalku lagi. Macam cikgu nak anak murid pula main soal jawab ni.

"Dah, Umi okay je."

"Ishh!! Yelah kau ni! Ni semua sebab Umi tau"

"Aaaaa... sayang kau!! Muahh.. muahh" Arissa terus memelukku erat. Aku menayangkan muka geli. "Eh dah laa tak payah sayang sayang sangat." Kataku.

"Amboi! buat sesi berpelukan tak ajak Umi eh." Suara Umi tiba-tiba kedengaran.

Aku dan Arissa melepaskan pelukan itu sebelum berpaling dimana suara itu berbunyi. Aku senyum dan jalan mendekatinya.

"Tak adanya sesi berpelukan kat sini Umi" Bantahku.

"Umi tengoklah budak, bukan main seronok lagi dapat tidur sini."

"Eh!! Mestilah! lama tak tidur sini tau. Rindu nak tidur pastu peluk Atul!" Sengih Arissa. Aku geleng kepala.

"Hmm yelah tu. Padahal kau takut balik sensorang kan."

"Wahh cik Quratul sangat mengerti ya." Aku mencebik. Sajalah tu nak bodek aku. Macamlah aku tak kenal dia ni siapa.

Facts of Arissa Nabella.

Dia seorang happy go lucky.

Dia baik walaupun kadang ada jahatnya.

Dia suka bercakap macam burung kakak tua.

Dia suka belanja orang walaupun tak ada yang minta.

Dia tahu semua tapi buat-buat tak tahu.

Dia suka pendam masalah.

Dia tak suka nangis depan orang.

Aku tak tahulah nak happy ke tak dapat kawan yang macam tu. Tapi aku rasa beruntung dapat perangai macam Arissa. Perangai happy go lucky itu lah yang membuatkan aku tidak sunyi.

Walaupun begitu, kalau datang dia punya perangai manja tu memang nak je buang dia dalam tong sampah tau.

Eh?

Bila Ash ni nak balik?

Aku yang tadi kusyuk listkan facts of Arissa terus memandang dua susuk tubuh di luar itu. Tidak sampai beberapa saat, satu lagi susuk mendekati mereka.

"Eh, jom pergi luar. Mesti Ash dah nak balik." Laju Arissa memegang pergelangan tanganku lalu menarik aku mengikutnya. Nak tersembam aku apabila dia menarik begitu saja.

Haihhh laa..

Geleng kepala aku dibuatnya. Elok-elok lah tarik aku pun. Belum ready lagi kaki aku ni. Kalau ye pun, bagilah ready dulu.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎

"Terima kasih lah Ash sebab tolong Quratul ye." Ujar Umi dengan penuh senyuman. Abi pun tersenyum saja dari tadi.

"Bienvenida."(Welcome) Ucap Ash perlahan. Matanya mengerling kearahku.

Ishh!!

'Dia ni memang tidak ada adab langsung eh' getus hatiku berkata.

"Ak-- saya nak cakap dengan Aisyah kejap boleh?" Hampir saja dia membahasakan dirinya dengan perkataan kasar.

Aku memandang dia yang berjalan ke keretanya. Selang beberapa saat, aku memandang Umi. Umi mengangguk tanda menyuruhku pergi dekat Ash. Aku dengan separuh rela pun pergi mendekati Ash. Aku mengangkat wajah untuk melihatnya. Kami bertentang mata. Seakan tenggelam dalam fikiran sendiri.

Lama.

Tidak lama, Aku terus tersedar.

Astagfirullah Quratul!

Aku diamkan diri sebelum memandang bintang di langit itu. Dia pun masih turut diam. Mungkin berfikir untuk memulakan ayat.

"Awak nak cakap apa?" Aku memulakan percakapan. Mata masih lagi memandang bintang di langit itu.

"Maafkan aku buat kau sakit..."Dapat aku dengar betapa kesal suaranya ketika ini.

Aku berpaling sebelum mata memandang susuk didepanku ini. "Saya maafkan. Ni bukan salah awak. Mungkin dah memang takdir saya." Senyumku nipis.

"Lo siento."(Maaf) Katanya lagi.

"Nampak gayanya saya kena belajar bahasa spanish lah kan?" Aku ketawa kecil di hujung ayat itu.

"Kau tak perlu belajar pun. Cukup aku tahu." Pesannya. Aku tidak tahu kenapa, tapi seakan ada maksud yang mendalam dari perkataan itu.

"Okaylah, saya masuk dulu. Awak baliklah, tidur, rehatkan diri bukan minum minuman itu." Kataku perlahan. Aku nampak wajahnya sedikit terkejut. Mungkin pelik aku tahu dari mana.

Sungguh aku tidak suka semua yang berkaitan. Minuman? Dari erti lain.. arak. Semasa dirumahnya, aku ternampak beberapa botol minuman di meja dapur. Ada juga di luar.

"Saya masuk dulu. Assalamualaikum." Pamitku.

Dia hanya kaku.

Terkaku dengan kataku...


𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞..

Continue Reading

You'll Also Like

753 55 17
MI ESTIMADO karya pertama nqryna Start: 17 September 2023 End: ?
Atin By mrk1921

Adventure

69.2K 571 5
Mengisahkn seorng isteri yg ketagih mkn lua
439K 5.9K 18
Raja Hayl Hakimi x Nur Haura hanani Nur Haura Hanani gadis cantik dan mempunyai pesona yang mampu membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Namun kas...
259K 3.7K 18
Noah Isaac x Nayla Izzara Noah Isaac adalah seorang jejaka tampan dan kaya. Perancangan berkahwin tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Disebabkan...