Kerana Cinta

By N_aqilla

40.8K 3.1K 447

Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Epilog

Bab 42

279 25 1
By N_aqilla

Life becomes so much better when you stop expecting anything from anyone.

Kepalanya yang sejak tadi menunduk akhirnya terdonggak memandang ke arah pintu bila bunyi bising kian mengganggu tugasannya. Matanya dipejam rapat. Kepalanya sudah terasa serabut tika ini. Dengan kertas kerja yang sudah berlambak dan tak tersusun rapi di atas mejanya, di tambah pula dengan bunyi bising di luar pejabatnya.

Baru Arian berura ura hendak bangkit dari duduk, pintu pejabatnya sudah terkuak dari luar. Berkerut keningnya memandang sosok di hadapannya tika ini.

"Maaf, Encik Arian. Saya dah cuba halang."

Arian angguk kan kepala. "Tak apa, Kak Melur."

Wanita itu mengangguk sebelum berundur semula. Pintu di katup rapat.

Fokus Arian kembali beralih ke arah sosok tubuh di hadapannya. "Lama menghilang."

Itu saja komen yang terluah dari ulas bibir Arian. Dia kembali duduk. Pen di capai kemudian menyambung tugasannya yang tergendala tadi.

"Abang... Citra..." Citra kelihatan takut takut hendak bersuara. Jemarinya bermain sesama sendiri.

"Buat pejabat saya macam hak milik semdiri." Arian masih kekal menunduk. Langsung tak memandang ke arah Citra.

Citra menunduk bila kata kata Arian kedengaran agak sinis. Langkahnya di buka menghampiri meja kerja Arian.

"Citra ada benda nak bincang. Boleh Citra duduk?"

"Suka hati. Nak berdiri pun saya tak kisah."

Citra tersenyum kelat. Perlahan lahan dia labuhkan duduk. Matanya berkelip perlahan memandang tingkah Arian yang seolah olah endah tak endah akan kewujudannya di situ. Keluhan terlepas dari ulas bibirnya. Tangannya bergerak mencapai sesuatu dari dalam beg tangan. Kemudian di tolak perlahan ke arah Arian.

Arian tersentak. Hampir terlepas pen di jarinya. Matanya naik memandang Citra.

"Apa ni?" Ada getar dalam nada Arian. Entah mengapa dia rasakan ada sesuatu yang tak kena.

Dan...

Pastinya, hal itu tak baik.

"Citra..." Nada Citra kedengaran rendah. Entah dengar ataupun tidak. Kepalanya mendonggak memandang Arian dan serentak itu air matanya jatuh ke pipi. Bahunya terhinggut perlahan.

"Ni... Citra punya?" Arian kembali menyoal. Melihat anggukan dari Citra serta merta dia tersentak. Terus dia bangkit dari duduk. Pelipisnya dipicit seketika.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Citra? Mak Ngah tahu tak?"

Citra sekadar menggeleng. Bibirnya terkunci. Air matanya mencurah curah.

"Tolong Citra, abang."

"Citra dah gila ke?" Arian menjerkah kuat. Tersentak Citra. Terus saja dia bangun dari duduk kemudian berdiri tegak di hadapan Arian.

"I can't help you, Citra. Beritahu saya, siapa orangnya. That's the only way to help you."

"Farraz..." Mendayu dayu suara Citra saat itu. Hatinya dihenyak pilu.

Arian terkedu. Dia terundur setapak ke belakang. Kepanya di geleng sambil matanya dipejam erat.

Tak.

Semua ni tipu.

Berkali kali dia menolak kenyataan tersebut.

"Farraz orangnya, abang."

Arian kelu. Kakinya serasa longlai tak bertulang. Hatinya remuk. Jiwanya kacau bilau. Seolah olah ada bunyi bingit yang menganggu ketenteraman mindanya. Seolah olah ada bayangan yang menganggu ketenangannya.

Dah sebulan berlalu semenjak pemergian Farraz. Alhamdulillah, keadaan Arian juga semakin membaik. Lelaki itu sudah menerima kehilangan Farraz. Namun, saban hari pasti lelaki itu akan melawat ke pusara Farraz. Meluangkan masa sejam dua untuk duduk di sana.

Arian dan Ayra pula sudah berpindah keluar dari kediaman Encik Khalid. Setelah di desak beberapa kali oleh Encik Khalid barulah Ayra menerima buah fikiran ayahnya itu. Katanya hidup berumah tangga itu perlu lah duduk berasingan dari orang tua. Berkali kali cadangan itu di tolak oleh Ayra. Arian pula bukan lah sejenis yang memaksa. Di biarkan saja isterinya itu dengan keputusannya. Lagi pula sebelum akad dia lafazkan, dia sudah pun bersetuju dengan cadangan itu.

Nawra pula sekarang acap kali datang melawat Ayra. Katanya rumah Ayra seronok. Dan tak ada sesiapa tahu akan keseronokkan di rumah Ayra. Taufik dah berbuih mulut nak halang tingkah buas Nawra itu. Lebih lebih lagi wanita itu sedang mengandung dua bulan. Lagi lah dia pasang langkah berjaga jaga.

Bunyi pintu diselak perlahan buatkan tingkah Ayra yang sedang melipat sejadah terhenti seketika. Wajah lelah Arian dipandang dengan senyuman.

"Awalnya abang balik." Langkah di buka menghampiri suaminya. Seperti kebiasaannya, jemari Arian dikucup sebelum jemarinya juga menerima kucupan dari bibir Arian. Lerai saja genggaman tangan mereka tubuhnya di tarik merapat sehinggakan tak ada jarak di antara mereka. Kali ini dahinya pula menerima kucupan mesra.

Ayra kuncikan bibir. Di biarkan saja tubuhnya tenggelam dalam dakapan Arian. Namun tak lama kemudian dia teringat akan sesuatu.

"Tak nak bagi Ayra buka telekung dulu ke?" Kepalanya mendonggak memandang wajah Arian.

"Tak nak." Arian menggeleng kecil. Kepalanya disorok ke celah leher Ayra.

Ayra tersenyum. Belakang tubuh suaminya diusap lembut. Semoga lelah lelaki itu dapat dikurangkan.

"Abang, don't you think travel the world is fun? Lets do that one day." Tiba tiba saja ucapan itu meluncur di bibir Ayra. Teringat pula Nawra yang datang tengah hari tadi. Punyalah wanita semangat berkongsi tentang rancangan mereka untuk bercuti ke Sabah minggu hadapan. Katanya dia mengidam hendak meneroka pulau pulau yang berada di bumi bawah bayu itu. Tak sangka pula rancangannya itu dipersetujui oleh Taufik. Bukan main gembira wanita itu. Katanya lagi seronok jika dia terus menetap di sana.

"Mengarut." Arian leraikan pelukan serentak itu di berjalan mengelilingi Ayra. Wajahnya tetap serius buatkan Ayra berkerut tak mengerti.

"Awak buat apa?" Kepala Ayra menyengget sedikit. Pelik memandang tingkah Arian.

"What else? I'm travel my world right now." Bibir Arian menyenget sedikit. Dia akhirnya berpeluk tubuh memandang Ayra di hdapannya.

"And..." Arian tahan gelak bila wajah Ayra sudah memerah. Eleh! Malu lah tu!

Wajahnya bergerak merapati wajah Ayra hingga kan pucuk hidung mereka bertemu. "Its quit fun."

Serentak itu Arian kenyitkan sebelah mata.

Ayra terkebil kebil. Dia dapat rasa wajahnya sudah membahang akibat malu. Selangkah dia berundur. Mencipta jarak antara mereka.

"Sa... Saya..." Tergagap Ayra jadinya. Matanya meliar memerhati sekeliling bilik. Apa saja asalkan bukan mata milik Arian.

"Hm, saya?" Semakin galak Arian menyakat.

"Saya nak simpan telekung!" Kelam kabut Ayra buka langkah berlari menjauhi Arian. Belum sempat dia menyelamatkan diri, lengannya kembali di rangkul Arian.

"Awak... Saya..." Ayra seperti cacing kepanasan. Sekejap ke kanan. Sekejap ke kiri. Ada benda yang dia sedang tahan saat ini.

"Ayra, abang ada benda nak bincang."

"Ayra... Ayra nak..." Tangan Ayra menekup mulut dan hidung sendiri. Serentak itu dia bersin beberapa kali. Aduh! Nak selesema ke?

"Don't tell me that..." Arian kecilkan mata. Bagaikan dapat meneka apa yang telah terjadi. Melihat anggukan isterinya buatkan Arian tergeleng kecil.

Ayra tersenyum kecil sebelum dia kembali terbersin. "Alhamdulillah."

"Yarhamukillah." Arian usap dahi isterinya.

"Yahdina wayahdikumllahu wayusliha balakum."

"Bijaknya isteri abang ni. Dah pergi simpan telekung. Abang nak ambilkan sayang ubat." Sempat Arian kucup dahi isterinya sebelum berlalu.

Ayra sekadar memandang langkah Arian. Dia pasti ada sesuatu yang lelaki itu sedang sembunyikan.

Continue Reading

You'll Also Like

554 71 15
2 0 2 3 ๐Ÿค TheTrio 3rd BOOK [ Tajuk lama : HIS BAMBINA ] Hanell Huka X Aurelia Izumi - Fake Dating Aurelia Izumi , pada mulanya niat hendak membantu...
303K 14.1K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
2.8K 252 10
MIKAYLA ZAINAB... Dia, tiada asal usul. Entah siapa ibu dan ayah kandung pun dia tidak tahu. Nasibnya baik apabila dia dijadikan anak angkat oleh sep...
2.8K 285 11
"Baba tahu kan siapa yang ada dalam hati Izz? Izz takkan boleh terima perempuan selain Hifza," tegas suara Izzar naik seoktaf. "Sampai bila Izz nak h...