Senja Terakhir [COMPLETE]

By luv_ani

1.6K 125 51

"Aku memberi secebis pelangi dalam hidup setiap orang yang dikehendaki, dan itu membuatku bahagia. Sehingga a... More

Senja Terakhir
1. Miliknya
2. Tak Terungkap
3. Masa yang diundurkan
4. Tak Setanding
6. Kurang
7. Tiba-tiba
8. Rama-rama
9. Hadiah
10. Papan Kenyataan
11. Ujian
12. Hari Lahir
13. Kem
14. Tragedi
15. Makbul
16. Emak
17. Nafas
18. Tentang Aariz
19. Situasi
20. Berubah
21. Rancangan
22. Bahagia yang sementara
23. Gagal
24. Misteri
25. Pengkhianatan
26. Hukuman
27. Dunia Zayn
28. Hancur
29. Keep A Friend
30. Lewat
31. Tentang maaf
32. Kawan atau jamuan?
33. Rindu
34. Erti bersyukur
35. Serupa, tetapi bukan
36. Kertas terakhir
37. Kuat
38. Waktu
39. Ilusi
40. Bangun
41. Harapan
42. Akhir yang baik
Senja menutup cerita

5. Nekad

41 4 0
By luv_ani

"Aku juga mahu sempurna..," Keluh Ayuni, sambil menatap pantulannya yang terukir indah di cermin.

"Apa lagi usaha yang aku boleh buat.." Ayuni menatap dirinya, kali ini dia tak mengenakan kaca mata.

"Elfira begitu sempurna." Tipu jika Ayuni tak ada perasaan itu.

Dengki.

Elfira seorang yang sempurna di matanya. Bijak, cantik, yakin, hidup bahagia, baik hati, penyayang, dan semua sifat mahmudah ada padanya. Apa saja yang dia tidak ada? Bahkan dia disayangi oleh semua orang, dan mempunyai begitu ramai peminat walaupun tak banyak berkomunikasi.

Cantik rupa paras, bijak akalnya, dan pandai jaga diri, jaga aurat, jaga hubungan dengan Allah dan manusia, dalam kata mudah.. terjaga segalanya.

Kerana Elfira, Ayuni berjaya istiqamah menutup aurat, belajar, dan belajar.

Tapi jika dilihat, mereka berdua sama rata saja. Elfira dan Ayuni banyak menyertai kegiatan yang dianjurkan pihak sekolah dan kerajaan.

Ayuni juga tak jauh. Dia mempunyai suara yang begitu merdu, membuat semua terlena apabila mendengarnya. Puisi, sajak, kuiz, semuanya dia ikut serta.

Namun begitu, semua itu dipaksa. Dia suka memaksa diri sendiri.

Tapi jika ditantang untuk menandingi Elfira, dia siap melakukan apa pun itu.

Elfira lah yang mengajaknya untuk menyertai berbagai penganjuran.

"Kalau kau masuk, aku masuk. Kalau aku masuk, kau kena masuk juga. Aku nak sentiasa bersama dengan kau. Aku nak cipta banyak kenangan dengan kau, Ayuni."

Tetap saja, Ayuni tak suka bila gadis itu ikut juga, kerana dia harus bertanding dengannya. Sungguh dia benci.

Dia tak mahu sesiapa pun melebihi kelebihannya. Bahkan sahabat baiknya sendiri. Dia juga ingin terkenal di sekolah.

Sungguh itu alasan tak masuk akal.

"Macam mana Elfira boleh maintain her good results tapi pada masa yang sama, masuk pertandingan. Bukan sekali setahun, tapi banyak kali sebab dia sentiasa menang."

Jika Elfira menang, dia akan semakin mara ke peringkat seterusnya untuk bertanding. Itu sudah semestinya mengorbankan wang, duit, dan masa nya untuk belajar.

Tapi tetap, dia masih tercalon sebagai pelajar cemerlang.

"Hidupnya bahagia. Dia tak ada masalah seperti aku.."

Baginya, Elfira tak pernah ada masalah sepertinya. Hidup gadis itu sentiasa bahagia. Dia benci. Dia juga mahu kebahagiaan itu.

"How..?" Ayuni menyoal pantulannya.

Sedangkan dia, harus mengorbankan pelajaran untuk menyertai apa-apa aktiviti. Jika dia ikut serta, maka dia harus persiapkan diri untuk kecewa dengan keputusan peperiksaannya.

Ibu bapanya mahu keputusan cemerlang, manakala dia mahu menyertai sesuatu yang tak berkait dengan belajar.

Dia benci belajar.

"Elfira terlalu sulit untuk dikalahkan," Gumam Ayuni.

Kali ini saja. Kali ini saja dia dapat meraih nombor satu. Dia pasti, selepas ini, Elfira tak akan diam. Gadis itu akan berusaha sekuat tenaga untuk merampas kembali nombor itu.

Mungkin Elfira seorang manusia yang suka belajar dan menyibukkan diri. Atau mungkin,

"Dia sempurna."

Bab 5: Nekad

"Kenapa call aku?" Tutur Zayn, dengan nada datar. Ikutkan hati, dia tidak mahu mengangkat panggilan lelaki itu, tapi apakan daya, telefonnya berdering beberapa kali, membuatnya tak ada ruang untuk berdiam diri.

"Zayn..,"

Lelaki di sana memanggil namanya dengan hiba. Zayn pantas mengurut dahi, berfikir alasan apa lagi lelaki ini akan berikan kepadanya.

"Dia kembali.."

Mungkin, Zayn masih saja memegang peringkat tertinggi dalam harapan lelaki itu, walaupun ada jurang besar antara mereka.

"Jadi?" Zayn mengaju pertanyaan. Selama itu bukan urusannya, dia tak akan terlibat.

Dan dia masih mencuba untuk melakukan hal itu.

Zayn dapat mendengar sedikit keluhan suara garau dari arah sana. Tak dapat dinafikan, dia mahu mendengar segala curahan lelaki itu, tapi..

dia mementingkan ego.

"Z.. Zayn..,"

Suara itu kembali menyapa nya, dan Zayn dapat rasakan.. suara itu semakin hiba, menahan sesuatu yang tak dapat diungkap melalui kata-kata.

"Ayah kami kembali.."

Zayn membeku sejenak, mencuba memahami satu-satu perkataan yang terluncur dari suara itu.

Mengetahui bahawa lelaki itu sungguh membenci kehadiran seseorang yang bergelar ayah, mampu membuatnya sedikit gementar.

Zayn mencuba tenang saat dia mula rasakan perubahan suhu pada tubuhnya. Dia benci, kami.

Kerana ayah kami itu lah, terbinanya jurang yang besar antara mereka berdua.

"Itu ayah kau dengan dia, tak ada kaitan sedikit pun dengan aku." Ujar Zayn, berhasil membuat tubuh di sana mengeras.

"Berhenti jadi pengecut." Segera Zayn menamatkan panggilan itu. Dia benci rasa ini, dan dia benci mendengar curahan itu.

Kerana dia tak dapat membantu, dan semuanya sudah terlambat.

Tatkala Zayn menamatkan panggilan, Syiraz tersenyum hambar, menatap skrin telefonnya yang sudah gelap.

"Aku pengecut.." Syiraz angguk faham, sambil mengelus dada yang kian berombak laju.

Terkadang, dia juga mahu didengar. Dia mahu seorang pendengar yang sedia mendengar keluh-kesahnya.

"Aku harus terima.." Suara Syiraz kembali hiba. Dia harus terima bahawa Zayn bukan lagi seorang pendengar, seperti dahulu.

Dia harus terima segalanya.

Zayn Ezrin, tak akan mendengarnya sejak peristiwa hitam itu berlaku, bahkan sekarang.

Dan mungkin,

Selamanya.

+++++++++++

Elfira nekad.

Dia akan cari keberadaan keluarga kandungnya!

Langkah pertama, dia harus melawat pusat anak yatim, tempat dia dulu sebelum diambil dalam keluarga Fahrie.

Dan sekarang, dia berdiri di hadapan rumah anak yatim itu. Matanya menjelajah setiap sudut rumah itu.

Hari ini cuti minggu. Dia nekad mencari sendiri, tanpa bantuan Zayn, tanpa bantuan sesiapa pun.

Elfira angguk menyakini dirinya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu.

"Assalamualaikum, saya Elfira yang call tadi.." Ucapnya. Semua mata memandangnya. Ada kanak-kanak dan remaja sepertinya.

"Hehe.. b.. boleh saya berjumpa tuan rumah ni?" Elfira senyum kekok.

Tanpa disangka, seorang budak lelaki mendekatinya. "Kakak nama siapa?" Dengan senyuman polos.

"Nama kakak Elfira, panggil Kak El." Elfira tak ada jalan lain selain menjawab pertanyaan itu. Matanya masih melilau mencari pemilik rumah ini.

"Kakak nak jumpa Ibu ya?" Soal budak itu, Elfira pantas mengangguk. Mungkin, budak ini menganggap pemilik rumah ini sebagai Ibu.

Dalam seminit, beberapa budak yang lain datang ke arahnya.

"Ibu ada kat dapur!"

"Hai, kak El!"

"Nama saya Yusuf!"

"Saya Hanan!"

Elfira ketawa kecil sebelum mengusap rambut setiap budak-budak di hadapannya. Mereka memeluk kaki Elfira.

Entah kenapa, hati Elfira tersentuh. Dia berasa melihat dirinya sendiri pada diri budak-budak itu sewaktu dia umur tujuh tahun.

"Ya,.. eh ya Allah jangan pegang kakak macam tu!" Jerit seorang perempuan yang tertutup wajahnya. Elfira sempat terpegun dengan perempuan berniqab itu. Dia baru saja keluar daripada dapur.

Elfira senyum kekok. Budak-budak itu dileraikan daripada kakinya. Mereka tersenyum lebar.

"Apa yang boleh sa-" Perempuan itu terperanjat melihat Elfira, ketika dia mendongak.

Elfira senyum saja. "Saya.. saya Elfira. Bekas.. bekas budak jagaan disini."

Mata wanita itu masih berbinar, kemudian dia memeluk Elfira secara tiba-tiba.

Elfira kaku.

"Akak.. akak rindu Fira.. rindu sangat..," Dia merintih dalam pelukan mereka.

"M.. maaf.." Rasa sedih itu membaluti Elfira juga.

Dia kemudian melepaskan pelukan mereka. Dia menatap Elfira.

"Akak tahu Fira tak ingat.."

Elfira angguk perlahan. "Maaf.."

Wanita itu menggeleng laju. "Tak apa, panggil je akak, Kak Jannah."

Elfira tersenyum. "Kak Jannah.."

Jannah tersenyum. "Tak sangka Fira datang balik. Ingat dah bahagia..,"

Elfira geleng. "Walaupun saya tak ingat siapa-siapa, saya tahu ini tempat saya membesar. Kak.. boleh kita berbincang sesuatu? Tapi sebelum tu.. ambil ni, saya bagi untuk anak-anak di sini." Elfira memberikan plastik yang berisi buah strawberi. Penuh.

"Masih segar tu.."

Senyuma Jannah melebar. "Terima kasih, terima kasih.. jarang sangat mereka nak makan buah mahal macam ni."

"Eh tak ada lah mahal hehe.." Elfira menafikannya.

"Nanti akak hidang ni untuk mereka. El nak bincang apa?"

Elfira semakin gentar. Dia menghembus nafas halus.

"Dah lama akak duduk sini?" Soalnya.

Jannah angguk. "Sejak Fira tak ada lagi. Akak tolong mak akak jaga mereka semua."

Senyuman Elfira melebar. Ada peluang!

"Boleh tak.. saya nak tahu tentang ibu bapa saya.."

"Banyak sangat saya nak tanya. Saya nak jumpa mereka.. rindu."

Jannah membeku. Baginya, soalan itu tak ada jawapan. Dia menatap Elfira redup, kesian. Pasti rindunya semakin tak tertahan.

"Tapi.. Fira datang sini sejak bayi lagi." Ucap Jannah.

Mata Elfira berkaca. "Tahu.. sebab itu.. saya tanya."

"Tolong kak, apa-apa pun cara nya.. saya sanggup. Akak tahu kan alamat mereka, informasi.. ikut saja."

Jannah menghela nafas berat. Ini agak sukar.

"Kak minta maaf, akak pun tak tahu. Mak akak saja yang tahu."

Elfira mengemam bibir dan menghapuskan air matanya yang bertakung. "Mak akak kat mana?"

"Di syurga."

Elfira tersentak.

"Waktu Fira diletakkan di sini, akak masih remaja. Mak akak masih hidup. Dia yang pegang segala info setiap anak-anak yatim disini. Akak cuma tolong jagakan."

"Sekarang, dia dah tak ada.. akak yang kena bertanggung jawab. Tapi.. tentang info ibu bapa Fira.. akak tak pasti.." Jannah tersenyum, menahan rindu pada ibunya.

"Maaf kak.." Elfira merasa bersalah.

Jannah menggeleng laju. "Tak ada masalah."

"Kalau macam itu.. tak apa lah.." Elfira menunduk dengan kecewa. Harapannya terlalu besar.

"Fira.. apa yang akak boleh tolong, akak akan tolong. Mak ayah angkat Fira.. tak ada cakap apa-apa ke?"

Elfira membeku sebentar. Dia menggeleng perlahan. "Mereka tak tahu."

Jannah mengerut kening. Takkan lah tak tahu? Dia hanya tersenyum di sebalik kain, "Mungkin.."

Elfira kecewa. Macam mana lagi nak cari ibu bapanya? Tiba-tiba satu idea pertanyaan muncul.

"Kak..,"

"Ya?"

"Saya ada adik-beradik ke?"

Jannah berfikir sebentar. Dia mencari jalan di dalam fikirannya.

"Oh ya!" Jannah akhirnya menemui jawapan. Elfira semakin teruja.

"Ada. Fira ada seorang adik lelaki."

"Adik??" Elfira mengerut kening. Adik? Dia ada adik?

Agaknya, adik dia cari tak dia? Adik dia tahu tidak tentang kewujudannya?

"Kamu berdua nampak sebaya. Mungkin kembar lain jantina? Tak seiras? Atau umur berbeza setahun? Maaf, Akak betul-betul tak ingat. Tapi, akak akan cuba ingat balik."

Elfira bungkam sebelum satu lagi idea masuk. "Nama!"

"Akak tahu nama mereka? Nama ibu bapa saya, nama adik saya, akak tahu?" Elfira teruja kembali. Matanya berbinar menunggu jawapan Jannah. Jannah pula masih berfikir.

"Akak tak tahu.. tapi.."

"Tapi?" Elfira yakin, masih ada cara lain untuk dia cari abang kembar dia! Cari keluarganya!

"Begini, cerita ini agak berbelit tapi akak harap Fira faham."

Elfira angguk. Dia cukup bersedia untuk mendengar kebelitan itu.

"Ibu Fira datang, tepat selepas Fira diambil oleh keluarga baru. Dia meraung dan menangis, merayu agar Fira dikembalikan. Tapi, kita dah tahu, itu.. terlambat." Ulas Jannah, membuat senyuman Elfira perlahan sirna.

"Dia berkali-kali kata, dia menyesal letak Fira dan adik Fira di sini. Dia sedar, dia bukan ibu yang baik. Tapi, semuanya terlambat dan hanya menyisakan adik Fira saja. Jadi, ibu kandung Fira ambil semula anak lelakinya.." Suara Jannah mendayu, mencipta keheningan yang berlagu.

Keheningan yang menghibur kesedihan. Namun, Elfira hanya tersenyum.

Elfira akhirnya mengangguk faham. "Maaf ganggu akak. Saya balik dulu. Kalau ada apa-apa, boleh akak tolong info saya nanti?"

Jannah mengangguk setuju.

Elfira tersenyum. "Nanti akak makan juga ya buah itu. Lain kali, saya datang lagi. Assalamualaikum,"

"Waalaikumusalam, terima kasih ya." Jannah tersenyum manis.

Elfira berlalu keluar daripada rumah pusat itu. Entah ingin dirasa apa, sekarang dia tak ada satu pun peluang untuk mencari keluarganya.

Dia pulang, dengan perasaan kecewa.

"Assalamualaikum," Ujar Elfira sambil membuka tombol pintu rumahnya. Waktu Maghrib sudah dekat.

Dia tak mengharapkan sesiapa pun untuk menjawab salam itu. Kerana sentiasa, tak ada orang di dalam sana pada waktu sebegini.

Dia masuk dan menutup pintu kembali. Seisi rumah gelap.

"Waalaikumusalam," Tiba-tiba satu suara garau memecah kesunyian di sebalik kegelapan.

Elfira terkejut. Dengan tangkas, dia menekan suis lampu di sisi pintu. Perlahan, rumahnya pun dicerahi dengan cahaya lampu yang terang.

Dan ada juga seorang manusia yang duduk bersilang di atas sofa. Tepat di hadapannya. Sepasang mata itu menatapnya atas bawah, seperti sedang mencari jawapan.

"Dari mana?"

Elfira lupa, bahawa abang angkat nya sudah pulang.

Fahrie bertanya dengan nada dingin. Wajahnya beku, tak bereaksi apa pun. Hanya matanya memainkan peranan, menatap Elfira dengan tajam.

"D.. dari.." Elfira berusaha mencari jawapan. Takkanlah dia perlu memberi jawapan yang betul?

Mampus nanti!

"Dari. Mana?" Fahrie mengulang kembali pertanyaannya. Membuat Elfira semakin gerun.

"Mentang-mentang Mama dan Papa tak ada, pergi kerja.., kau boleh keluar sesuka hati?" Fahrie mula berkata.

Elfira semakin berdebar. Dia tahu, pasti banyak masalah akan kunjunginya!

Elfira tunduk. Tubuhnya masih bersandar di pintu rumah.

Fahrie bangun dari duduknya. Menghampiri gadis kecil yang ketakutan itu.

Dia berhenti apabila menyisakan sedikit sebanyak jarak antara mereka.

"Kau nak aku cakap kat Mama dan Papa?"

Elfira menggeleng laju. Dia taknak rahsia nya terbongkar! Tak terbayang semarah apa Papa nya jika mengetahui dia keluar, mencari keluarganya!

Papa pernah kata, jangan pernah cari tahu tentang keluarga kandungnya.

"Tolong jangan!" Rayu Elfira.

"Kalau aku nak juga?"

"Abang ugut adik ke?!" Serbu Elfira.

"Ehm," Fahrie angguk tanpa teragak-agak. "Rasanya.. iya."

"Mesti puas dapat tengok kau kena marah. Kena pukul, wah nikmat." Kata Fahrie dengan senyuman sinis.

"Abang nak adik mati?"

Fahrie membeku. Kakinya mendekat sedikit, mencipta keadaan yang semakin menyeramkan.

"Kau nak mati di tangan ayah sendiri? Aku boleh wujudkan." Katanya.

Elfira tergamam. "Sebenci itu abang kat adik.."

"Come on, jangan berdrama. Aku suka bila kau takut macam ini, hahaha."

"Kau buat aku teruja." Sambungnya, Elfira menelan liur perit.

"Teruja.. untuk tengok kau diseksa."

Elfira semakin takut.

"Abang tak berubah. Tak pernah..," Lirih Elfira, memecahkan ketawa Fahrie.

"Untuk apa aku berubah di depan kau? Aku suka diri aku yang macam ini."

"Lainlah kalau kau orang yang aku sayang. Malangnya, tak." Fahrie ketawa seram.

"Abang jangan macam-macam! Tolong jangan beritahu Mama dan Papa, tolong.."

Fahrie tersenyum sinis. Entah kenapa, dia suka melihat gadis ini takut, merayu padanya. Dari kali pertama Elfira jejak kaki di dalam rumah ini, kebenciannya sudah wujud.

Kerana kebisuan Fahrie, Elfira semakin takut. Dia terduduk, kerana rasa panik yang menimpa diri.

Fahrie mengerut kening. Dalam beberapa detik, matanya membulat kerana perlakuan Elfira.

Sungguh dia terkejut. Sampai macam ini sekali Elfira ingin menyembunyikan hal ini?

Elfira duduk, dan tunduk sedikit pada kakinya. Dia terus memohon dengan tangisan yang semakin melebat.

Kali ini, dia tak mahu sedikit pun sesuatu menghalangnya untuk mencari Umi dan Ayah.

"Tolong adik, tolong rahsiakan benda ini.. tolong.." Dia terus merayu. Ya Allah, hanya ini jalannya.

Fahrie kaku.

Selepas insiden itu, Fahrie sentiasa termenung. Bahkan sekarang, dia termenung ke arah adiknya yang sedang makan dengan lahap.

Jelas sekali wajah itu kelihatan terlalu lelah.

"Lapar betul kau ya," Ujar Fahrie sambil mengamati gadis itu melahap nasi bungkus yang baru saja dibelinya.

Elfira tersenyum nipis. "Adik tak ingat nak makan tadi.."

"Kau patut makan sebelum keluar. Jadinya, hari ini kau tak makan lagi? Kau sibuk keluar cari keluarga kau tu?" Soal Fahrie. Dia sudah tahu ke mana Elfira ingin pergi.

Elfira angguk. "Adik taknak rampas kebahagiaan abang."

Fahrie terbatuk. "H.. ha?!"

"Ya lah, abang sendiri kata yang adik ini rampas kebahagiaan abang, kan? Nanti bila adik jumpa keluarga adik, adik keluar lah dari rumah ini."

Fahrie terasa hilang akal. Serius ke budak ini?

"Oh jadi.. kau nak tinggalkan Mama dan Papa yang besarkan kau untuk 10 tahun?" Sindir Fahrie.

Elfira tersentak. Mulutnya berhenti mengunyah nasi.

"Kau nak lupa budi keluarga ini? Masa susah saja kau nak datang sini, begitu?"

Elfira pantas menggeleng. "Abang salah faham!"

"Adik.. adik rindu sangat keluarga kandung adik. Adik nak cari mereka, adik nak tanya sebab mereka buang adik. Adik nak tahu kebenarannya. Salah ke?"

"Tak semestinya adik akan tinggalkan keluarga ini. Kalau adik jumpa mereka, adik janji!!" Elfira mengangkat tangan kanannya sambil memandang Fahrie. Fahrie pula berusaha tahan ketawa kerana mulut kecil itu penuh.

"Adik janji! Adik janji akan kembali. Adik nak balas jasa keluarga ini."

Fahrie menyembunyikan ketawanya saat Elfira kembali menatapnya.

"Ouh.."

"Tapi abang nak adik pergi, kan? Tunggu ya, nanti tiba masanya." Ujar Elfira sambil mengunyah satu-persatu isi ayam.

Fahrie tersentak. Dia ingin membuka mulut, tapi tiba-tiba ada ketukan di pintu rumah mereka.

Mereka berdua menoleh, kemudian menatap satu sama lain kembali. "Biar aku buka," Ujar Fahrie.

Fahrie bangun dan berjalan ke arah pintu rumahnya. Apabila dia membuka pintu, muncullah wajah hensem Ryan. Menjengkelkan.

"Eh, bro ada rupanya!" Ryan ketawa kecil sebelum bersalaman dengan Fahrie.

"Bila lagi balik? Ei, tak cakap eh!" Ryan memukul lengan Fahrie.

Fahrie menjeling. "Sejak semalam lagi. Ni.. apa fasal kau datang sini maghrib-maghrib ni?"

Ryan tersenyum manis. "Hehe.. Elfira ada tak?"

"Ke.. kau memang selalu datang waktu-waktu begini, sebab nak jumpa Elfira selama aku tak ada ni? Berani eh?!" Fahrie terus membuat andaian sendiri.

Ryan mengangkat tangan, membuat simbol pangkah. "Tak, tak! Baru hari ini je.. jangan salah faham!"

"Apa yang salah faham?" Elfira datang mencelah daripada belakang Fahrie. Dia sudah siap mencuci tangannya.

Ryan tersenyum lebar. "Fir! Aku ada sesuatu nak bincang sikit!"

"Apa yang penting sangat itu?" Fahrie menyelutuk.

"Important!" Ryan mengabaikan lelaki itu, dia terus saja bercakap dengan Elfira. Seolah-olah Fahrie tak ada.

"Aku tanya ini,"

"Jom Fir! Aku nak bagi sesuatu!" Ryan terus bercakap.

"Ryan,"

Elfira hanya tersengih. Dia ingin keluar tapi Fahrie menghalangi pintu masuk, membuatnya sukar untuk keluar. "Bang, tepi sikit. Nak lalu."

"Ryan, aku tanya ini. Apa yang penting sangat?" Fahrie bertanya sekali lagi. Permintaan adiknya diabaikan.

"Ish, tentang exam saja! Cepat, nanti mak aku marah, Fir!" Ryan menceloteh.

Ryan menolak sedikit tubuh Fahrie, membuat lelaki itu tak seimbang dan terus terjatuh.

"Ya Allah, sorry bang.." Ryan ketawa kecil tapi berusaha menyembunyikannya. Mungkin kerana Fahrie bersandar pada pintu, membuatnya mudah goyah.

"Ryan pinjam Fir dulu ya," Pinta Ryan. Elfira terus keluar daripada pintu tersebut. Mereka berdua berganjak pergi meninggalkan Fahrie.

"Dasar Ryan!" Cela Fahrie.

"Ni, ini kertas yang abi aku kongsi dengan aku. Aku print untuk bagi kau juga." Ryan memberikan beberapa helai kertas yang bertulis soalan subjek matematik tambahan.

Elfira menggeleng. "Kau sentiasa tolong aku. Tapi.. aku rasa bersalah sangat."

"Kenapa?"

"Sebab kau patutnya lebih menonjol daripada aku. Aku taknak aku pegang top 3 dalam batch, sebab usya kau punya soalan juga. Kertas peperiksaan kita banyak ambil soalan yang abi kau bagi tu." Jelas Elfira, membuat Ryan tertawa.

"Bukan ke kau pun nak pegang batch kita? Ini kiranya rezeki kau, sebab ada aku untuk tolong." Ujar Ryan.

"Aku taknak dengar suara ibu bapa kau menjerit tengah malam. Aku taknak dengar suara barang-barang pecah, dan suara kau merayu daripada rumah kau." Sambungnya lagi.

"Kadang-kadang aku nak jadi kejam juga, nak dengar kau menangis. Sebab sepanjang hidup aku, aku tak pernah dengar kau meraung, menangis daripada belakang rumah aku. Aku cuma dengar suara ayah kau saja."

Elfira menunduk malu. Ryan memang akan dengar semua itu, memandangkan rumah Ryan sebelah rumahnya saja.

Dan untuk tangisannya, dia menangis dalam diam. Dia tak mahu seisi dunia melihatnya sebagai gadis tersakiti dan lemah.

"Fir, kalau kau rasa kau lemah sebab menangis.. itu salah." Ryan bertutur lagi. Seakan-akan tahu segalanya.

"Kau perempuan yang paling kuat aku pernah jumpa dalam hidup aku, selain mommy aku." Ujar Ryan, dengan senyuman tulus.

Senyumannya sentiasa tulus untuk gadis di hadapannya.

"Jadi.. ambillah. Anggap aku beri bantuan untuk kau. Aku nak kau bahagia, Fir. Aku nak dengar gelak tawa keluarga kau menyapa rumah aku, hehe." Ryan memberi kertas itu sekali lagi.

Elfira menatap kertas itu. Dia mengeluh kemudian mendongak.

"Allah ada, Allah sentiasa ada." Ujar Ryan, dengan sinaran matahari yang menyinari mata dan wajahnya. Hanya Elfira yang menikmati itu pada saat ini.

Elfira tersedar tentang cahaya itu. Dia pantas mendongak tinggi, melihat langit yang mula mengukir warna lain.

Maka dengan itu, senja terbentuk kembali. Benarlah, senja memang tidak sentiasa ada tapi senja berjanji akan sentiasa kembali.

"Terima kasih, semoga kau dapat target juga untuk peperiksaan kali ini. Ingat, semuanya diukur berdasarkan usaha kita. Kau jangan goyang kaki pula, oke?" Ujar Elfira, membuat Ryan kembali tertawa.

Tawa Ryan sungguh kedengaran tenang. Wajahnya juga memberi ketenangan, rambutnya berterbangan renyuh dibawa angin senja.

Jika Elfira melihatnya sebagai seorang 'lelaki', Ryan mungkin mendapat tempat yang kini Syiraz duduki di dalam hatinya.

"Boleh aku kongsi dengan Ayuni dan Dahlia?" Elfira meminta izin. Dia sentiasa tak lupa dengan dua sahabat baiknya itu.

Ryan angguk yakin. "Silakan. Hanya untuk kelas kita saja, oke?"

"Baik, bos!" Elfira tersenyum lebar. Senyuman yang menjadi kegemaran lelaki itu.

Mereka berdua menikmati keindahan senja. Namun, salah satu daripada mereka menikmati dua perkara pada satu masa, senja, dan senyumannya.

Allah, jika senyumannya saja seindah senja, Ryan harus apa selain jatuh cinta?

"7 Billion smiles, and yours is my favourite."

Continue Reading

You'll Also Like

297 178 17
Sebuah hikayat. Satu cerita. Dua rasa. Bersatukah jua? Renjana Niskala || Rasa yang tidak wujud Andai Renjana, Nirmala bahari, Ku susun aksara buat...
295K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
907 132 13
Dari writing tips berpindah ke review book ♡ Follow acc @tsweetestnight- dan @tsweetestrain- untuk mendapat vote dari kedua ii acc ^ Hanya menerima 1...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...