Mr.Mafia Milik Ashi

By Izzleverty

11.7K 723 141

Raeez Darrian Alexandra.Jejaka berdarah England itu cukup menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya dan ha... More

MMMA 1
MMMA 2
MMMA 3
MMMA 4
MMMA 5
MMMA 6
MMMA 7
MMMA 8
MMMA 9
MMMA 10
MMMA 11
MMMA 12
MMMA 13
MMMA 14
MMMA 15
MMMA 16
MMMA 17
MMMA 18
MMMA 19
MMMA 20
MMMA 21
MMMA 22
MMMA 23
MMMA 24
MMMA 25
MMMA 26
MMMA 27
MMMA 28
MMMA 29
MMMA 31
MMMA 32
MMMA 33
MMMA 34(Last chapter)
Special Chapter

MMMA 30

211 9 10
By Izzleverty

Aku mengerutkan dahi tatkala terasa ada jari menyentuh wajahku.

"Ashi..bangun"

"Urmm.." Celik sedikit, nampak Raeez dengan rambut yang agak basah. Aku tolak tubuhnya.

"Jangan la kacau.."

Raeez mendecit, wajahku tidak henti henti disentuh. Sekejap hidung dipicit, rambut dipintal.

"Bangun sayang..aku nak bawa kau pergi rumah Faiq"

"Five minutes more..." Aku mengeliat malas, sungguh rasa tak mahu bangun. Ini kalau tengah hujan ni, mahunya aku tak bangun terus.

"Wake up now" Jari jemariku digigit kuat. Terbuka luas mataku.

"Awak! Ish! Ye la ye la saya bangun" Aku duduk dan menguap sambil menggaru kepala.

Raeez geleng kepala. Ni isteri ke hantu langsuir ni?

"Bangun, mandi, bersiap"

Mudah, ringkas, padat. Raeez kemudiannya berlalu ke meja solek. Hairdryer dihidupkan lalu mengeringkan rambutnya.

Dengan malas, aku bangun perlahan lahan mencari tuala.

"Nah!"

Gelap pandanganku tatkala Raeez mencampak tuala ke wajahku. Dengan sebal, aku membolos masuk ke dalam bilik air.

"Jangan main air. Lambat, aku tinggal"

*******

Stereng dipulas ke kanan, memasuki kawasan perumahan Faiq.

"Ada kenduri ke?" Soalku tatkala melihat banyak kereta di luar rumah.

"Faiq bagitahu, dia dan Hayfa dah selamat disatukan. Harini dia buat majlis makan makan sikit" Raeez tarik brek.

"Lah ye ke? Alhamdulillah" Aku keluar dari kereta. Kami jalan beriringan.

Setelah memberi salam, Tengku Ryan Hazriel muncul di hadapan pintu rumah yang terbuka luas. Terkedek kedek dia berlari lalu memeluk kakiku. Aku tersenyum.

"Hey little boy, come to uncle" Raeez depakan tangannya, lalu mendukung Hazriel. Aku mencuit cuit pipinya. Comel sungguh!

"Kenapa main kat sini? Where is papa?" Raeez menyoal.

"Ryan Hazriel!" Kelam kabut Faiq muncul di depan pintu. Mungkin sedang mencari anaknya.

"Ya Allah..sini rupanya. Risau papa, nasib baik uncle Raeez ada" Faiq tersenyum ke arah kami berdua.

Dia bersalaman dahulu dengan Raeez. "Thanks sebab datang, masuk la. Jamuan makan kitorang buat dekat tepi kolam"

Kami melangkah masuk. Sampai sahaja di tepi kolam, ada kelibat Ikram, Atan, Muiz, dan juga Is di situ. Sedang menjamu selera. Hanya mereka, tiada orang lain.

"Kau jemput berapa ramai?" Soal Raeez sambil bermain dengan Hazriel dalam dukungannya.

"Yang rapat aje, malas jemput ramai ramai. Banyak kerja nak kena settle"

"Ingatkan ramai, kereta banyak kat luar"

"Diorang datang asing asing" Aku dan Raeez angguk kepala serentak.

"Hayfa mana?" Soalku, mencari bayang isterinya.

"Ada kat dapur dengan Mia, kakak dia. Pergi la makan dulu, nanti aku panggil Hayfa" Sejurus itu, Faiq berlalu.

"Sayang" Aku kalih, pandang Raeez.

"Mia tu kekasih Ikram" Raeez berbisik. Ternganga aku dibuatnya. Ikram pernah bagitahu dia ada kekasih. Tapi yang aku terkejut, kekasihnya adalah kakak Hayfa.

"Iya?" Soalanku dibalas dengan anggukan. Indah sungguh aturan tuhan.

Raeez tarik tanganku menggunakan tangan kanan memandangkan tangan kirinya mendukung Hazriel. "Jom makan dulu"

Meski belum bertemu dengan Hayfa, aku hanya akur sahaja. Mungkin wanita itu sedang sibuk di dapur.

Kami duduk di meja bersebelahan dengan kumpulan rakan rakan Raeez. Riuh meja itu dengan gelak tawa mereka.

"Jaga Hazriel kejap" Raeez letak Hazriel di atas ribaku.

"Uncle..." Hazriel merengek. Namun pantas dipujuk oleh Raeez.

"Uncle tak pergi mana pun boy" Pipi gebu itu dicuit sedikit. Aku pula tunduk memandang Hazriel di atas riba.

"Duduk la dengan aunty pulak. Asyik dengan uncle je. Kita tengok kartun ulat jom" Aku keluarkan telefon lalu membuka youtube. Kartun Larva menjadi pilihan. Mengekek aku dan Hazriel ketawa menontonnya.

Raeez geleng kepala. Sudah masak dengan perangaiku yang suka menonton kartun, lebih lebih lagi ketika waktu nak makan.

"Amboi orang sana tu, mentang mentang dah kahwin. Tengah berlatih jaga anak ke.." Ada suara yang menyinis dari meja sana. Suara Muiz, aku hanya abaikan. Manakala Raeez sudah bangun ke meja sebelah.

"Kenapa? Salah? Kau tu yang tak reti nak kahwin. Nanti dah berkedut, tak ada orang nak dekat kau dah" Raeez balas, kerusi kosong ditarik.

"Tahnya kau ni Muiz. Kau seorang je yang tak ada pasangan" Ikram mencelah.

"Eh apa pulak? Kau pun tak ada" Muiz jeling Ikram.

"Aku ada Mia"

"Atan single juga"

"Aku dah jumpa makwe baru"

"Is?"

"Crush aku dah confess semalam"

Terdiam Muiz, masing masing sudah berpunya. "Ha! Adik Raeez single lagi kan! Si Rhys tu"

"Siapa cakap aku single? Aku ada Milly" celah satu suara dari belakang. Aku yang di meja sebelah tak sengaja dengar perbualan mereka, terus pandang ke arah suara itu. Terbuntang mataku.

Milly?! Dengan Rhys??

Milly kelihatan menunduk di belakang Rhys. Kemudian dia menjeling aku lalu dia tersengih.

"Milly...kawan Ashi?" Raeez bertanya, sambil kepala menjengah sedikit ingin melihat wajah Milly yang tertunduk malu.

"Haah" Rhys angguk. Dibawa Milly ke hadapan.

Ceh! Tak dapat abang, kau cekau adik ye!

****

Kami bergelak tawa bersama sama. Dapat juga aku berkenalan dengan Mia, kakak Hayfa. Rupanya ada kisah bagaimana dia dan Ikram bertemu. Katanya, Faiq yang meminta Ikram memantaunya daripada mengganggu Hayfa.

Aku hanya mampu mendengar, hakikatnya, itu semua cerita lama. Sekarang, Ikram sudah merancang untuk pergi membeli cincin pertunangan.

"Kau tu dah tua Ikram. Tak sesuai lah tunang tunang ni. Nikah je la terus!" Komen Muiz.

"Eh biarlah aku nak tunang dulu. Kau tu sibuk, dasar tak laku" Aku tersenyum sahaja mendengar celoteh mereka semua. Ikram bukannya tua kerepot sangat, nice nice je. Sekali tengok macam duda.

"Elehh..kau tu macam mana agaknya lepas kahwin? Budak budak tak suka kau. Kan Hazriel kan? Meh sini meh dekat paksu" Muiz gamit Hazriel yang sedang menonton kartun.

Hazriel geleng kepala, mata masih melekat pada skrin dan disembam wajahnya ke riba Faiq.

"Eh anak kau ni perangai boleh tahan buruk juga ya? Ikut bapak dia la ni" Muiz mendengus, tak puas hati setelah dimalukan.

"Dengar cakap aku ni Ikram, kau terlalu tua nak bertunang- emph!" Rhys sumbat kuih nona manis ke dalam mulut Muiz.

"Biar la dia nak bertunang, tak kacau periuk belanga kau pun"

Muiz kunyah kuih itu sehingga habis. "Woi siapa buat kuih ni? Sedap"

"Ada la aku tempah dekat satu kedai. Kuih yang dia buat semua sedap sedap." Faiq memberitahu sambil tersenyum senget.

"Dia syok dekat kau Muiz, dia bagitau aku dia suka tengok kau, lagi lagi kau kerap lalu depan kedai dia"

Berkerut kening Muiz. Kami yang lain sudah tersenyum.

"Lalu depan kedai dia? Yang mana?"

"Alahh kau kan suka pergi beli ramen malam malam dekat 7E depan sana. Kedai dia sebelah tu je" Hayfa menyampuk.

"Aku dah bau nasi minyak petrol" Atan angkat kening berkali kali.

Merah telinga dan wajah Muiz. "Kau ni..janganlah!"

Continue Reading

You'll Also Like

39.8K 1K 75
Kisah seorang wanita yang dijodohkan dengan CEO kacukan orang putih yang pendiam akibat mempunyai kisah silam yang gelap. Setelah bertemu dengan jodo...
440K 11.6K 55
" Kenapa semua lelaki sama je? Kenapa semua lelaki suka buat aku sengsara macam ni? Aku benci kau! Aku benci!" - Nur Afiqah Insyirah. " No matter...
373K 13.1K 66
Raihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia...
13.7K 498 46
Pang❕satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu. "Hye,betina..berani kau tampar aku?!Mak bapak aku pun tak pernah sentuh aku!" - Irfan Zakwan "Kau...