๐’๐ก๐ž'๐ฌ ๐€๐ฌ๐ก'๐ฌ | ๐Ž๐†

Por syqueenyana

2.9K 223 37

~โ™ก๏ธŽ๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’–๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐’‚๐’“๐’š๐’‚ ๐’€๐‘จโ™ก๏ธŽ~ ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐ฎ๐ง๐ฒ๐ข ๐€๐ณ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐‹๐จ๐œ๐ž๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ... Mรกs

๐’๐‡๐„'๐’ ๐€๐’๐‡'๐’
๐๐‘๐Ž๐‹๐Ž๐†
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 1
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 2
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 3
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 4
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 5
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 6
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 7
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 8
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 9
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 10
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 11
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 12
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 13
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 15
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 16
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 17
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 18
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 19
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 20
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 21
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 22
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 23
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 24
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 25
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 26
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 27
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 28
๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 29

๐‘จ๐‘ฎ๐’™๐‘ธ๐‘จ 14

54 4 1
Por syqueenyana

Aku hanya diam didalam kereta itu manakala Arissa sedang seronok dalam dunia dia sendiri. Ishhh Arissa ni. Boleh pula dia dengan dunia dia sendiri. Bosan aku.

Aku bermain dengan gelangku sebelum mengalihkan pandangan kearah tingkap kereta.

"Are you bored?" Aku kembali memandang ke kananku. Dia sudah sedia memandangku. Segan aku dibuatnya.

"Sikitlah. Arissa pun macam duduk dalam dunia dia sendiri dah.." aku bersandar di kerusi sebelum memuncung kecil.

Aku melihat tangannya yang menekan radio di tengah-tengah antara kami. Tapi bukan itu yang aku fokuskan. Aku melihat ada satu lukisan yang ada di lengan lelaki itu.

Tattoo!

lukisan tattoo itu bagaikan tali yang diikat seperti nombor lapan. Kejap, kenapa aku rasa macam pernah nampak. Tattoo tu bagaikan dejavu!

Nombor lapan... nombor lapan...

"Arghh!" Tempikku apabila terasa denyutan di kepala. Ash yang melihat itu terus berhentikan keretanya di tepi jalan.

"Hey.. Are you okay?" Cemas Ash. Aku gelengkan kepala sebelum senyum nipis. Pandang belakang, terlihat Arissa hampir terlena. Tidak sedar langsung kereta ini berhenti.

"No! You're not okay! Tell me..?" Desaknya lagi.

"Tak ada pape. Saya okay. Boleh tak awak cepat sikit." Ash hanya menguman. Aku tahu dia masih tertanya tapi apa boleh buat, aku tidak boleh bagitahunya.

❣︎♡︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔♡︎❣︎

Kereta itu tiba di karangan rumahku. Dari dalam aku melihat Umi dan Abi sedang memerhati.

Aku keluar dari kereta lalu berlari ke kearah Umi. Dipeluk erat tubuh wanita tua itu.

"Umi!! Atul rindu Umi. Atul minta maaf sebab buat Umi risau."

"Dah lah Umi okaylah yang penting kamu dah selamat." Aku melepaskan pelukan dan tersenyum.

Aku mengalihkan mata kearah Abi yang hanya memerhati.

"Maaf Abi sebab buat Abi risau."

"Takpa lah Atul yang penting Atul tak ada apa-apa.

"Erm.. mana semua orang bukan Abi buat majlis ke?" Soalku.

"Dah habis Atul, lepas je solat magrib budak-budak tahfiz terus balik. Ada hal katanya." Terang Abi.

Aku tersenyum sebelum mata berarah ke Ash yang dari tadi hanya bersandar di kereta.

Dia yang sedari itu melihat aku dengan penuh tatapan yang sukar ditafsir.

Aku senyum nipis tanda ucap terima kasih. Aku dah banyak menyusahkan dia. Tapi dia tak pernah berkasar denganku.

Lama aku berkeadaan begitu sehingga bunyi azan isyak yang menyentak tubuhku. Aku pun pusing kembali kearah Umi.

"Eh Atul jom kita jemaah isyak sama-sama. Lama Umi rasa kita tak jemaah sama-sama." Umi berkata sebelum memandang Ash.

"Aaa.. Kamu Ash kan?" Ash yang mendengar itu mendekat. Kepala dianggukkan tanya ya.

"Jom kita solat, dah masuk waktu ni." Kata Abi dengan penuh senyuman. Ash terkelu. Aku pula terdiam.

Lupa pula, Umi dan Abi mana tahu yang Ash ni bukan Islam. Aku pun rasanya tak pernah cerita tentang Ash.

"Erm.. Abi, Ash bukan Islam.." Dengan lembut Aku bertutur.

"Oh.. yeke? Maaflah Abi tak tahu. Abi ingatkan Ash beragama Islam hahaha."

"Tak apa."

"Kalau macam tu jom lah naik apa borak dekat luar kan." Jemput Abi. Ash yang dengar terus berjalan kearah pintu. Satu langkah dia ingin masuk aku terus memanggil.

"Ash! Buka lah kasut tu dulu." Ish buat malu je Ash ni. Boleh dia tak buka kasut. Apa pula kata Abi.

Aku melirik kearah Abi yang tersenyum sambil gelengkan kepala.

"Em.. kamu duduk dulu ya dekat ruang tamu sambil menunggu kami solat." Ash mengangguk.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎

Aku mengambil tempat ditepi Umi sebagai makmum manakala Arissa dikanan ku. Aku mendengar Abi mengangkat takbiratul ihram sebelum aku memulakan solat.

Disisi lain sedang Quratul solat berjemaah bersama, ada seseorang yang hanya memerhati pergerakan solat itu. Ia mula timbul rasa ingin tahu.

Ash bersandar di dinding rumah itu hanya memandang kosong kearah Quratul dan keluarganya. Sesekali dahinya berkerut apabila melihat mereka membuat pergerakan seperti itu.

"Sami'Allahu liman hamidah.. Rab-bana lakal hamd."

"Allahu akbar." Serentak itu, mereka pun melakukan sujud tahiyat akhir. Ash hanya memerhati.

'Benda ni yang aku pelik sampai sekarang. Asal dorang kena diri pastu duduk macam tu. Aisyah pun selalu buat benda tu.' Bisik hati Ash dengan pandangan pelik. Dia berpeluk tubuh menyaksikan itu. Tak lama, dia pun pergi dari situ.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎

Aku dan Arissa menurun tangga bersama-sama memandangkan Umi dan Abi masih ada di atas. Saja turun dulu boleh lah hidangkan makanan.

Aku memandang ruang tamu disebabkan tv yang terbuka. Tercengang aku melihat Ash yang santai berbaring atas sofa itu. Ishh dia ni!! Mana dia letak adab dia eh.

Aku berjalan mendekatinya sebelum...

Pak!

"Ash, apa awak buat ni. Boleh bangun tak." Kataku sebelum memukulnya menggunakan bantal kecil.

"Apa? Aku buat apa." Ash bangun dari baringnya.

"Ash, saya tahulah awak memang dah biasa buat macam ni. Tapi boleh tak, cuba beradab sikit. Dah takde adab ke apa." Geramku.

"Adab eh? Ada dalam laci kat rumah." Sinisnya. Kalau tak kenangkan yang dia selalu tolong aku memang aku tumbuk dia sekarang. Geram pulak kitanya.

annoying gila!!

"Apa kata awak bangun. Kalau Abi nampak, apa pula dia fikir." Lembut aku berkata. Tiba-tiba suara Abi menergah. Pantas aku berpaling.

"Atul, Ash jom lah makan sama-sama."

Dia dengan selamba melintasi aku dan bergerak ke meja makan. Aku mengeluh sebelum mengikutinya.

Aku mengambil tepat di sebelah Umi. Arissa pula di sebelah aku.

"Weyh kau gaduh ke dengan Ash" bisik Arissa. Aku berpaling, Arissa mengangkat keningnya.

"Mana ada gaduh dia tu yang terlampau annoying tahu tak!" Bisikku keras.

"Ala.. annoying pun hensem kan."

"Eh memang ta--"

"Atul.. tak baik berbisik depan makanan." Pesan Abi. Aku menunduk.

"Dah jom makan."

Ash terus mengambil lauk letak didalam pinggannya. Belum sempat suapan pertama masuk dalam mulut. Abi berkata.

"Atul baca doa makan." Terus terhenti pergerakan Ash.

Aku pun mula membaca doa makan dengan lembut.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐞𝐧𝐮𝐞..






Apa lah Ash ni kan. Ish ish ish
Geram Author.😏


Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

3.4K 642 23
Semuanya bermula dengan kedatangan seorang lelaki ke rumah arwah tokwan aku. Seorang lelaki yang berpakaian kemas, tinggi, dan bertubuh tegap. Berper...
598K 30K 52
Orang kata, seorang gadis biasa berkahwin dengan putera raja hanyalah dongengan zaman Cinderella sahaja. Ada juga yang kata, kisah itu wujud di dalam...
1.2M 43.7K 120
{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh...
3.1K 223 53
Kehidupan damai milik Jibril hancur dek kerana hutang pakciknya. Lintah darat muncul dirumahnya sehingga dia memutuskan untuk mencari pakciknya. "Muk...