Dia Milikku | Complete

By nurriffa_

2.1K 559 29

Dia Milikku karya Nur Riffa yang berkisahkan tentang seorang gadis bernama Nur Nadia Imani dan Adrien Maleeq... More

Blurb
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26

Bab 16

64 22 0
By nurriffa_

Hampir lima bulan Nadia membiarkan Adrien berseorangan. Hampir gila Adrien memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku terhadap Nadia. Lima bulan bukanlah waktu yang sekejap apabila kita sedang merasakan kehilangan.

Even a second feels like an hour.

Sering kali Adrien menangis apabila teringatkan Nadia yang sedang bertarung nyawa. Akibat Nadia secara tiba-tiba perlu dimasukkan ke dalam emergency wad, kesihatan Nadia merosot. Sebab lain Nadia perlu dimasukkan ke dalam ICU ialah oksigen dia drop secara tiba-tiba.

Kini, nyawa Nadia berada di tengah-tengah. Berkemungkinan untuk hidup seperti biasa bersama suami tercinta. Berkemungkinan juga untuk pergi meninggalkan kekasihnya buat selama-lamanya.

"Ad." Bahu Adrien dipengang lembut oleh seorang jejaka berbaju hijau Emerald dan juga dikenali sebagai abang ipar Adrien, Iskandar.

"Abang Is."

"Abang Is tahu Ad sedih. Tapi, Ad tak boleh macam ni. Macam mana Nadia nak kuat kalau suami dia pun macam ni. Ad tengok diri Ad sekarang. Mana Adrien yang hot looking guy? Mana adik ipar Abang Is yang ceria dulu? Mana? Ad bukanlah adik ipar yang Abang Is kenal. Badan Ad makin susut. Nampak ketara sangat Ad." Panjang lebar Iskandar cuba memujuk Adrien. Sejak kejadian Nadia perlu ditempatkan dalam ICU, Adrien tidak lagi boleh melawatnya dengan lama. Bahkan, dia hanya mampu melihat dari jauh.

Adrien ibarat mayat hidup. Hidup. Tapi, tidak bermaya. Perasaannya cuba disorok dari khalyak umum namun, dia tidak pernah menipu keluarganya. Kehilangan Nadia bagaikan kehilangan sinar ceria di dalam rumah keluarganya. Tiada lagi tawa Nadia yang biasa bergema di setiap pelosok rumah. Tiada lagi rengekan dia bersama keluarga tercinta. Suram dan muram. Itulah keluarga Nadia sekarang. Bakalkah ini berkekalan? Bilakah Nadia bakal bangun dari tidur panjangnya?

"Entahlah Abang Is. Ad..Ad tak tahu apa yang patut Ad buat. Bukan tak nak. Tapi.." Suara Adrien semakin mengendur. Dan sekali lagi, dia menangis.

"Adrien, hidup kita pasti ada jatuh dan bangun. Akan tetapi, jangan gunakan kejatuhan untuk menamatkan kejayaan yang bakal membangun. Allah uji sebab Dia tahu yang Ad mampu. Dia tak akan uji melebihi kemampuan kita. Allah uji kita sebab Dia sayang kita. Dia nak Adrien sujud kepada-Nya Rintih kepada-Nya. Doa. Doa tu kekuatan orang Islam. Doa tu banyak kelebihan. In Sya Allah, doa Adrien bakal diangkat ke langit. In Sya Allah, dengan izin-Nya doa Ad bakal termakbul. Keep trusting in Him." Sebagai seorang abang, Iskandar perlu teguh menyalurkan kekuatan terhadap adik-adiknya. Dia sedih. Namun, Adrien lagi sedih. Dia pilu. Adrien lagi pilu. Dia sakit. Adrien lagi sakit. Adrien yang menyaksikan setiap saat yang berlaku. Bagaimana Nadia di langgar. Bagaimana Nadia terlempar di bahu jalan. Bagaimana anak sulung mereka gugur. Bagaimana pelakunya lari selepas melakukan kesalahan yang berat.

"Ad makan tak lagi?" Topik ditukar. Walau Iskandar tahu jawapannya tidak, dia tetap bertanya.

Adrien tidak membuka mulut. Namun, kepala hanya digeleng sebagai jawapan.

"Dah. Sekarang, pergi makan. Biar Abang Is pula tengok Nadia ni. Adik abang juga."

"FIND her!" Kuat meja ditumbuk oleh Adrien. Nasib tak patah je.

"Alright bos!"

'Kau tunggu. Sampai lubang cacing aku cari kau!' Gumam Adrien sendirian. Tiada lagi Adrien yang mempunya belas kasihan apabila ia melibatkan orang tersayangnya.

Semenjak kebelakangan ini, Adrien berjanji pada diri untuk mencari dalang semua perkara yang berlaku. Dari CCTV di jalanan, dapat dia lihat seorang gadis yang melanggar Nadia tempoh hari. Namun, wajahnya agak kabur dan gadis itu memakai pelitup muka. Jadi agak sukar bagi Adrien untuk mengecam pelakunya. Akan tetapi, masih dapat dilihat secara samar-samar oleh Adrien.

Adrien dan anak-anak buahnya bertungkus lumus untuk mencari dalang segala masalah yang berlaku. Lepas langgar, tinggal. Siapa tak marah? Siapa tak mengamuk?

"Macam mana? Dapat?" Soal Adrien kepada salah seorang anak buahnya, Dzaki Arshad.

Dzaki Arshad atau lebih dikenali sebagai Shad merupakan seorang hacker terunggul dalam kumpulan Black Eagle. Black Eagel merupakan kumpulan yang ditubuhkan oleh Adrien demi menjaga keselamatan ramai. Kumpulan ini merupakan agensi rahsia memandangkan Adrien mempunyai ramai musuh. Termasuklah gunting dalam lipatan.

You take the first step, the war begin! Itulah prinsip Black Eagel.

"Sikit lagi. Aku dah dapat cam. Tapi, tak jelas sangat. Aku cuba lagi. Kau sabar sekejap." Jawab Dzaki tanpa melihat ketuanya. Matanya tertumpu pada skrin komputer sepenuhnya.

Adrien hanya menggangguk lalu membawa kaki keluar dari bilik kerja Dzaki.

"ASSALAMUALAIKUM sayang. Sayang sihat? Feels better? Bila sayang nak bangun ni? Dah-dahlah tu tidur. Lama sangat dah awak tidur." Beginilah Adrien. Setiap hari, dia akan melawat Nadia di hospital. Namun, Nadia tidak pernah bangun. Dia juga pernah hampir putus asa. Akan tetapi, cintanya terhadap Nadia yang terlampau mendalam itu menyekatnya dari berputus asa.

Adrien merehatkan kepalanya di atas katil yang dibaringi Nadia. Jarinya leka bermain dengan jejari Nadia. Sungguh dia benci melihat wayar-wayar yang bersambung dengan Nadia. Ingin sahaja dia mencabut semuanya. Namun, apa dayanya? Bolehkah dia?

"Sayang. Sayang nak tahu tak? Abang dah hampir dapat tangkap orang yang langgar sayang hari tu. Sorry abang tak buat tindakan masa sayang kena langgar. Abang buntu masa tu. Sekarang, abang dah lega sikit. Jadi, boleh abang fokus dengan misi mencari pesalah itu. Abang akan pastikan dia-" Belum sempat Adrien menghabiskan ayatnya, kata-kata dia dipotong dengan suara tempikan seorang jejaka.

"Hi everything!" Ujar seorang jejaka yang memakai hoodie berwarna kelabu dan membawa buah-buahan di tangan kanannya.

"Ah sudah! Mari dah lahanat ni." Bisik Adrien. Mata dijegilkan. Namun, jegilan matanya langsung tidak memberi sebarang impak kepada pemilik suara garau itu.

"Bongoklah kau!" Marah Norman seraya memukul belakang kepala Ryan.

Haih..yang ni memang. Tak gila tak sah!

"Orang tengah sedih dia mari-mari hi everything. Kau rasa logik ke?" Marah Norman lagi. Sungguh dia telah banyak bersabar dengan Ryan di sepanjang jalan. Entah macam mana kena sampuk habis semua anak dara orang dia nak tegur. Yang perempuan tu apa lagi? Menggeletislah kena tegur dengan orang berupa paras dan berduit.

"Kau orang kalau nak gaduh jangan dalam ni. Baik keluar sebelum kau orang pula yang terbaring atas katil ni!" Keras nada amaran Adrien.

"Aku panggil datang sini bukan untuk hadap perangai tak semengah sorang-sorang. So, behave. Beside, we are in hospital. Show some respect." Haa...tak pasal-pasal dua-dua tu disekolahkan oleh Cikgu Adrien. Kan dah diajar untuk menjadi manusia.

"Okay-okay. Kenapa kau panggil kita orang datang sini?" Soal Norman. Sebelum darah Adrien naik, baik dia tukar topik.

"Nah." Beberapa keping gambar ditunjukkan kepada rakan-rakannya.

Dengan muka penuh hairan, gambar-gambar itu ditilik.

"Kau kalau nak show off kereta baru baik tak payah." Ryan mula bersuara. Sungguh dia tidak mengerti fungsi gambar-gambar itu diberikan kepada mereka. Apa gunanya?

"Bodoh! Aku nak kau orang cari pemilik kereta nilah! Bukan aku nak show off kereta. Shit!" Bentak Adrien. Anginnya benar-benar tidak elok sekarang.

"Auch!" Secara tiba-tiba Nadia berbunyi. Kepalanya sangat berdenyut dan pusing.

"Sayang!"

"Nadia!"

Mereka bertiga memanggil Nadia secara serentak. Terkejut apabila Nadia bangun secara tiba-tiba.

"ALHAMDULILLAH. Nadia akhirnya dah bangun." Ujar Luna sebaik sahaja keluar dari wad Nadia. Adrien, Ryan dan Norman langkas berdiri. Norman laju sahaja memeluk Luna.

"Good jod sunshine. You did a great jod. Our friend awake." Bisik Norman di telingan Luna.

Luna hanya mampu tersenyum. Kegembiraan dia masih belum pudar sehinggalah....

"Kau keluar!" Marah Nadia. Pasu di tepi katil dicampak ke arah Adrien.

"Eh sayang. Kenapa ni?" Soal Adrien cemas.

"Keluar! Aku kata keluar!"

Mendengar bunyi bising, Norman, Ryan dan Luna memasuki ruang wad Nadia.

"Ryan! Abang. Abang tengok dia ni. Dia kacau Nadia." Rengek Nadia seraya memaut tangan Ryan.

"Ha?" Ryan kini buntu. Bila masa pula dia kahwin dengan Nadia ni?

"Nadia. Tu Ryan. Bukan Adrien." Luna cuba untuk memahami masalah yang berlaku terhadap diri Nadia. Macam mana boleh tertukar suami sendiri dengan kawan?

"I know. And he is my husband. Not that guy." Jawab Nadia dengan yakin.

Terkebil-kebil Adrien dan Ryan. Apa yang sudah terjadi.

"Na-Nadia tunggu sini sekejap boleh? Please." Dia cuba merungkai pengangan Nadia.

"Bro. Apa jadi ni? Kenapa dia ingat aku suami dia?" Soal Ryan sebaik sahaja mereka menjejaki lantai luar wad Nadia.

"Mana aku tahu. Aku pun terkejut. Orang lain dia ingat. Aku dia lupa. Dan yang paling tak patutnya-"

"Dia ingat aku suami dia." Laju sahaja Ryan menyambung.

"Sekarang ni. Kita kena tolong dia. Beri dia ingat balik siapa suami dia yang betul. Kau. Bukan aku." Ryan memberitahu apa yang perlua dilakukan.

Walau dia pernah menyukai Nadia namun, dia masih belum cukup jahat untuk mengambil kesempatan di atas kesempitan rakannya sendiri.

Continue Reading

You'll Also Like

85K 7.3K 27
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...
7.4K 237 21
"Bagi aku kau lah yang paling sempurna.. tak ada sapa yang boleh ganti kau selain mama aku " - Muhammad Rayyan Rizqin
175K 4.2K 7
๐ŸŒผ BGMI EDISI RAYA โค๏ธ Random part : "Hmm, hubby..." "What?" "Puasa dah dekat. Lagi tiga hari je." Arya memulakan bicaranya. "Then?" Sepatah Rayy...
618K 23.6K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...