Diana: His deadly poison

By _luvyaa

1.9K 166 13

{Royal Fantasy + romance} Elgarien satu kerajaan yang harmoni dan antara kerajaan paling selamat di seluruh d... More

๐•ฏ๐–Ž๐–†๐–“๐–† : ๐•ณ๐–Ž๐–˜ ๐–‰๐–Š๐–†๐–‰๐–‘๐–ž ๐–•๐–”๐–Ž๐–˜๐–”๐–“
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35

Bab 31

26 5 0
By _luvyaa

Keadaan Elgarien semakin lama, semakin teruk. Ada kawasan di Elgarien yang sudah betul betul hancur. Gaya nya seperti bandar yang berhantu.

Hari ni Zayden, Gabriel dan Lucas akan kembali turun demi membantu tentera mereka dan mendapatkan Keaamanan Elgarien.

Airil dikecualikan kerana, Zayden tidak mahu mental Airil lebih teruk. 

Zayden memeluk Diana buat kali terakhir. Mungkin kali ini mereka tidak akan berjumpa untuk tempoh masa yang lebih lama.

"Diana tahu abang raja yang baik. Diana bangga dengan abang"

Zayden tersenyum, rambut Diana yang cantik itu diusap. "I'll be back. lepas semua bende ni berakhir. Abang janji sayang.. we will live happy ever after"

Zayden mengucup dahi Diana sekali sebelum mereka semua bergerak pergi.

Diana memandang kelibat Zayden dan rakan rakan nya pergi sehingga hilang dari pandangan mata.

Selepas itu, Diana bergerak naik ke atas.

oh ye, Puan Dhiya dan Harline telah lama dihantar pergi ke negara Avalor. Demi menjaga keselamatan mereka berdua. 

Semasa Diana berjalan di sekitar tingkat 3. Dia terdengar suara Airil dari bilik keselamatan.

Dia mengambil keputusan untuk menjenguk Airil untuk seketika. Dia tahu lelaki itu masih dalam fasa yang tidak berapa baik.

Diana melihat kelibat Airil yang sedang duduk memandang screen besar di depan nya. screen itu menunjukkan semua camera cctv di sekitar istana.

"Airil, awak buat apa?"

Airil memandang Diana, bibir nya tersenyum nipis. "Nothing. Hanya tengok rakanan cctv yang lama. Masa Chris masih hidup" Suara Airil hanya mendatar namun Diana dapat mendengar kehancuran dari suara itu.

Diana tersenyum tawar memandang Airil. Lelaki ini nampak tenang tapi kenyataan nya lelaki ini hancur.

Diana duduk di sebelah kerusi Airil.
"Boleh saya tengok sekali?"

Airil hanya mengangguk sebagai jawapan.

Diana mengerakkan tangan nya ke kanan. Screen tersebut terus menunjukkan cctv yang kini.

"Kenapa? ada apa apa mencurigakan ke?" Soal Airil

Airil memandang cctv yang menunjukkan bahagian belakang taman istana.

Disitu terdapat 4 kelibat manusia yang berbaju Hoodie merah yang menutupi kepala.

"Mana pergi semua pengawal? halau mereka dari sini!" Kata Diana dengan suara sedikit kuat.

Manakala Airil masih merenung kelibat tersebut.

"Skyland"  Kata Airil perlahan.

Airil memikirkan sesuatu sebelum dia tergesa gesa pergi ke bilik lama Chris.

Diana yang terpinga pinga hanya duduk disitu.

Airil memandang kelibat tersebut dari tingkap bilik Chris. Dia tersentak apabila salah seorang dari mereka tersenyum sinis pada nya sebelum bergerak pergi meninggalkan tempat itu.

Hati nya rasa seperti ditikam. Adakah ini salah satu sihir dari magical town?

Airil terduduk, tangan mencengkam dada dengan kuat.

"Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim... Sesungguhnya , engkau lah tuhan sekalian alam dan hanya kau Ya Allah yang mampu melakukan apa sahaja. Aku berlindung dari segala kejahatan pada diri ini dan pada Elgarien. Bantu Kami Ya Rabb..."

Airil menggosok gosok dada nya sambil mulut tidak berhenti membaca surah surah perlindung dan berselawat pada Allah.

Hanya satu di dalam hati nya sekarang. Iaitu Allah.

Ketika hati nya sedang resah dan tidak tenang. Hanya Allah saja tempat mendengar. Sejadah menjadi saksi bertapa banyak air mata nya tumpah sejak peperangan berlaku.

"Sikit lagi Airil. Berjuang untuk negara... Sikit lagi" Kata Airil pada diri sendiri.

~~

Zayden dan Gabriel berjalan masuk ke hutan. Lucas pula berada di belakang semua tentera bagi memastikan tiada siapa yang ikut mereka.

Zayden berhenti kan perjalanan nya. Serentak dengan itu mereka semua turut berhenti.

"Fawaz, dekat mana kita sekarang?" Soal Zayden

Lelaki yang bernama Fawaz itu melihat kawasan kiri dan kanan. Lalu mata nya jatuh memandang peta.

"Kita dekat Indra Forest"

Zayden mengangguk faham "Cukup jauh kita hari ni. Hari hampir gelap.. Rehat semua! Maghrib di sini kira kira pukul 7. Kita akan solat berjemaah selepas ini"

"Baik Tuanku!" 

Semua tentera yang mengikut misi kali ini, meletakkan beg mereka di tempat yang sesuai. Lalu mereka duduk dan bersandar pada beg mereka sendiri.

Zayden duduk di atas kayu besar. Mata nya mula memandang langit.

Minda nya terasa tenang..

"Sekurang kurang nya kita masih memandang langit yang sama Diana sayang.." Kata Zayden sendiri.

Zayden harap Diana di sana baik baik sahaja. Hanya Wanita itu yang mampu menjadi kekuatan dia.

Tanpa Zayden sedar waktu sudah pun gelap.

"Tuanku, maaf ganggu. Jom solat sama sama dengan kami semua. Patik dah jumpa kawasan yang luas dan bersih"

Zayden menghadiahkan senyuman nipis pada Fawaz. Dia mula bangun dan mula mengambil wudhu.

Zayden mengimam kan semua tentera nya.

Selepas habis sahaja solat. Zayden menadah tangan dan berdoa..

"Ya Allah, Kau ampunkan lah dosa kami dosa kedua ibu bapa kami dan dosa segala muslim di seluruh bumi.Ya Allah, aku tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan mu. Kau Bantu lah kami Ya Allah... Kami insan yang lemah.. Kami cuma hamba mu Ya Allah..."

Zayden menundukkan kepala nya. Sebak. Hampir setiap solat nya penuh dengan air mata.

"Kami tak kuat Ya Allah.. Bantu lah Elgarien untuk mencapai kemerdekaan. Kami penat Ya Allah. Berilah kami kekuatan... Ya Allah pegang lah tangan tangan kami. Bimbing lah kami ke jalan yang benar. Berilah kemenangan yang selayak nya... Sesungguhnya kami insan biasa yang takut dengan kematian. Kami takut Ya Allah.. Kami tak kuat.. Kami tak kuat Ya Rabb..."

Air mata Zayden jatuh dengan lebat . Dia seperti lupa yang dia sedang membaca doa untuk tentera yang menjadi makmum.

Zayden mengaminn kan doa.

Tentera yang lain juga menangis perlahan. Mereka semakin penat. Mereka seperti hilang diri. Tapi demi Elgarien.. Mereka kuatkan diri.

Zayden bersujud lama pada sejadah.

Layak kah dia menjadi pemimpin Elgarien? Adakah dia seorang pemimpin yang kejam kerana tidak mampu memerdeka kan Elgarien?

"Ampunkan hamba mu yang penuh dengan dosa ni Ya Allah..."

Bila bila masa sahaja mereka boleh dibunuh. bila bila masa sahaja mereka akan mati.

Demi Elgarien....

Perjuangan ini akan diteruskan sehingga Elgarien...

Merdeka.




Hai Assalamualaikum, saya minta maaf sebab lama sangat nak update dan selalu busy. Saya harap korang enjoy dengan cerita saya. Boleh lah share dekat kawan kawan .

I need you guys support untuk siapkan cerita ni.

tak lupa juga, saya tulis macam ni di bab ni kerana mengenang nasib sahabat se islam kita dekat Palestine.

Macam mana agak nya mereka di sana. sentiasa dalam ancaman.

apa apa pon jangan lupa doa untuk palestine.








Continue Reading

You'll Also Like

130K 4.4K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...
11.6K 1.3K 16
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...