Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1

6.4K 299 29
By syza_ra

Beberapa tahun kemudian...

"AAIRA dengar la dulu sayang" Luth cuba mengejar langkah isterinya.

"tak boleh, Aaira takkan bagi kebenaran" dia tak rela suaminya menjadi tontonan ramai, Luth hanya untuk tatapannya

"tapi wajah abang tak kan di dedah kan, sayang" sebaik sahaja berjaya mendekati Aaira, Luth menangkap tangan isterinya

"sayang tak boleh la macam ni, ini kan salah satu tugas abang" pujuk Luth.

Aaira memejamkan mata, Luth akan sertai perbarisan sempena hari kemerdekaan nanti dan dia tak setuju kerana tidak mahu wanita lain tertarik dengan suaminya

"Aaira takut" Luth tersenyum, rambut Aaira yang terjuntai itu di selit ke belakang telinga

"tak ada apa nak di takutkan sayang, lagipun abang tak tunjuk muka lagipun ramai anggota nanti yang ikut serta. Abang takkan jadi tumpuan orang. Percaya lah" dia tahu apa yang ada dalam hati Aaira.

Isterinya seorang ini memang kuat cemburu.

Aaira diam

"sayang izinkan tak?" perlahan lahan Aaira jatuhkan kepala

"hmmm..." Luth mencium dahi isterinya

"cukup la sayang, Ammar dengan Arfan yang jadi kesayangan abang" Aaira tersenyum mendengar ucapan Luth.

Sedang mereka leka memandang antara satu sama lain, tiba tiba suara anak sulung mereka iaitu Luth Ammar membuat perhatian mereka teralih

"mama dengan ayah ibuk angat bercinta sampai tak dengar Afan nangis" Luth Ammar datang sambil memimpin tangan adiknya Luth Arfan yang mengheret selimut kecil di tangan

"sorry sayang, anak mama ni bila bangun" Aaira mengendong Luth Arfan yang sudah reda dari tangisan. Sisa air mata yang berada di tubir mata anaknya di kesat perlahan

"Mar dah pujuk adik" ucap Luth Ammar yang agak sedikit pelat, tahun ini anaknya berusia 4 tahun. Ini lah pengarang jantungnya, anak sulungnya itu banyak membantu menjaga Arfan

"bagus anak ayah ni, terima kasih abang" Luth menggosok rambut anak sulungnya

"ayah dengan mama dah sudah bercinta ke, kalau dah jom ita makan. Mar lapar la" katanya bersama mimik muka sedih, tak tinggal habit nya yang akan mengusap perut ketika lapar

"alololo... kesian anak mama kalau macam tu jom kita makan" Ammar mencapai tangan Luth dan mereka berdua berjalan ke dapur.

Sejak dari kecil Ammar memang rapat dengan Luth, sampai nak tidur pun mesti dia akan cari ayahnya. Jika Luth tiada di rumah atau tak balik ke rumah kerana tugas negara pasti Ammar akan menangis dan mengelilingi rumah untuk mencari ayahnya, tapi itu dulu sekarang dia sudah faham tugas ayahnya sebagai seorang prajurit negara.

Luth Arfan pula memang dari dulu berkepit dengannya, sampai bila dia hantar ke nursery pasti anaknya akan menangis kerana tak mahu berpisah dengannya. Agak sukar pada mulanya untuk dia meninggalkan Arfan namun lama kelamaan anak keduanya sudah mula terbiasa dan selesa duduk di nursery

"abang lupa nak cakap, abang di hantar untuk buat perbarisan di dataran putrajaya nanti" terhenti suapan Aaira. Dia ingat suaminya akan menjalankan perbarisan di sini saja

"Arshad join sekali ke abang?"

"haah" jawab Luth

"hari kemerdekaan nanti sayang cuti kan?" Aaira hanya mengangguk

"kalau sayang nak balik rumah mama nanti, balik la, abang bagi kebenaran" ucap Luth

"tak apa lah abang nanti, Aaira rasa nak duduk rumah je la nanti. Tengok abang dekat tv dengan Ammar dan Arfan" Aaira tersenyum. Selama ini bukan tak biasa dia menjaga dua hero kesayangan nya sendiri

"ayah asuk tv anti?" Ammar menyoal dengan nada teruja

"iya sayang" lembut Luth menjawab

"woahhhh" ternganga besar mulutnya

"nanti kita tengok ayah ya sayang" kata Aaira dan Ammar laju mengangguk









NIATNYA ingin menghantar bekal makanan pada Luth namun bila melihat seorang anggota tentera wanita berbual mesra bersama suaminya buatkan hatinya jadi panas, terbantut niatnya.

Aaira masuk ke dalam kereta dan mencampakkan beg tangannya

"siapa perempuan tu, sebelum ni tak pernah nampak pun" katanya sendiri

"anggota baru ke" dia mengenggam stereng kuat, bukan main lagi suaminya bergelak ketawa tadi, tak ingat agaknya lelaki itu yang dia sudah punya isteri.

Matanya di pejam kuat, cuba membuang peristiwa tadi namun semakin kuat matanya terpejam makin jelas bayangan Luth ketawa bersama anggota wanita tadi.

Terkejut dia apabila mendengar bunyi ketukkan cermin di bahagian pemandu. Sebaik sahaja dia memandang wajah Arshad menyapa kornea mata.

Dia menurunkan cermin kereta

"Aaira, buat apa dekat sini. Jumpa Luth ke?" Aaira tersenyum cuba menutup luka di hati

"haah jumpa Luth" jawabnya

"habis dah jumpa ke ni?" Aaira mengangguk, dia tipu

"saya gerak balik hospital dulu ya"

"nanti kirim salam pada isteri saya ya" Aaira ketawa

"aihhhh...baru je jumpa pagi tadi sebelum pergi kerja takkan dah rindu" usiknya

"mesti lah rindu, ni dah masuk tengah hari. Saya ni mana boleh berpisah lama lama dengan dia" Aaira membuat muka

"haihh ada ada saja la korang berdua ni" Aaira memakai seatbelt

"jangan lupa tau kirim salam pada dia" sempat Arshad memberi peringatan pada Aaira

"yela" pasrah dia menjawab

"saya gerak dulu, assalamualaikum" kereta Aaira meninggalkan perkarangan kem.

Arshad berjalan menuju ke pejabat dan terserempak dengan Luth

"untung la orang tu, isteri datang jumpa" usik Arshad

"isteri siapa?" Luth bingung

"Aaira kan datang tadi jumpa kau" Arshad mengerutkan dahi, biar betul kawannya ini takkan baru jumpa tadi dah lupa

"Aaira?"

"kau ada isteri lain ke?" ehh Luth ni dah kenapa

"mana ada dia datang" Luth menyangkal kata katanya

"kau biar betul" kali ini Arshad pula keliru

"betul la" dari riak wajah Luth, dia tahu lelaki ini jujur. Luth juga bukan salah seorang yang antara suka bergurau

"tapi tadi aku nampak Aaira, dia ada dalam kereta. Katanya dia datang jumpa kau" Luth menggaru kepala

"iya ke, tapi tak ada pula dia datang jumpa aku"

pulaaaa...takkan Aaira tipu dia. Arshad mula ragu dengan kenyataan Aaira tadi

"cuba kau call dia, tanya" Arshad memberi cadangan.

Luth mengeluarkan telefon dan mendail nombor Aaira

"tak dapat" Luth telefon sekali lagi namun tidak berjawab

"dia tengah drive tu Luth, nanti kau call dia lagi" Luth mengangguk.

Mereka masuk ke dalam pejabat namun fikiran Luth masih memikirkan Aaira

'kenapa isterinya datang tak beritahu dan kenapa Aaira bagitahu Arshad yang tujuannya ke sini ingin bertemu dengannya namun sebaliknya'



Pendek je sebab chapter ni Syza buat saja saja. Ending nya korang fikir la sendiri😉






































Berchandyaaa🤪




Continue Reading

You'll Also Like

159K 10.1K 54
[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubun...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
12.4K 664 46
" All About Us " mengisahkan 4 orang gadis iaitu Aryana Shafira , Atylla Addena , Alia Afrina dan Farah Athilia yang mempunyai kisah silam sehingga...
830K 30.5K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐍𝐚𝐢𝐦 𝐅𝐚𝐞𝐞𝐪 | 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧�...