MAFIA: SHE'S THE ONE

By mrosella

22K 733 9

*•.¸♡ 𝒜𝒸𝓉𝒾𝑜𝓃 𝑅𝑜𝓂𝒶𝓃𝒸𝑒 ♡¸.•* The most unique story of Mafia's. Di mana satu-satunya pewaris bagi... More

MAFIA:SHE'S THE ONE
Prologue
1:Overseas
2:Him
3:GPS
4 :Mask
5:Seductive
6: Emerald
7: TheTruth
8:Testament
9 : Marriage
10:Hurt
11:Vivianna
12 : No Mercy
13:Bloodshed
15:Trapped
16 : Deceived
17 : Scars
18 :Sober
19 : Repentance
20 :ThePast

14 : Sacrifice

307 19 0
By mrosella

Chapter 14 : Sacrifice

"𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐢𝐬 𝐚 𝐝𝐚𝐧𝐠𝐞𝐫𝐨𝐮𝐬 𝐠𝐚𝐦𝐞. 𝐒𝐚𝐜𝐫𝐢𝐟𝐢𝐜𝐞 𝐢𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐮𝐥𝐞, 𝐚𝐧𝐝 𝐛𝐞𝐭𝐫𝐚𝐲𝐚𝐥 𝐢𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐬𝐞𝐪𝐮𝐞𝐧𝐜𝐞."

══════ ∘◦༒◦∘ ══════

Press button ★ before reading!

"MAYONES, please eat more. You know, my boss will kill me if he finds out you didn't eat straight from last night!" pujuk seorang lelaki yang merupakan ahli Tre'Killaz bawahan. 

"I'm not hungry." aku dengan tegas menolak. Lelaki itu meramas-ramas rambutnya. Mungkin stress dan penat agaknya sebab dari tadi dia asyik memujuk aku supaya makan sup cendawan tu.

"Not hungry? No! You. Are. Starving. Now, open your fucking damn mouth, Meyanie!" desaknya padaku. Aku hanya diam memandangnya datar. 

"Nama pun salah sebut. Ada hati nak suruh orang makan..." gumamku kesal. Lelaki itu mengerutkan dahi. Tak faham Bahasa Melayu lah tu!

"Fine! You know what? Fuck. You. Let me just finish this food--" saat lelaki itu membalik tubuh,  dia terkejut apabila melihat Aiden yang sudah berdiri terpacak di tepi daun pintu. Tak jadi dia nak suap sup cendawan itu ke dalam mulut.

"B... Boss!" lelaki itu berdiri tegak. Sebelah tangan berada di sisi. Sebelah tangannya lagi masih memegang mangkuk sup cendawan.

"I already remind you to always take care of the language in front of her." ujar Aiden dingin. 

"But... But I'm trying to help..." lelaki itu kehabisan kata. Aku pula hanya ketawa dalam hati. Padan muka kena marah dengan Aiden!

"Go." sepatah kata dari Aiden mampu membuatkan lelaki itu ketakutan memandangnya. Tanpa berlengah, lelaki itu pun meletakkan mangkuk sup cendawan dan pergi. Tinggallah aku dan Aiden saja di sini. Dan aku benci situasi macam ni.

Situasi di mana Aiden terpaksa menggantikan lelaki itu untuk pujuk aku makan.

Aku memerhatikan saja Aiden yang datang menghampiri. Dia mencapai semangkuk sup cendawan dan juga sudu bersih sebelum lelaki itu melabuh duduk di birai katil. 

"Kenapa tak nak makan? Nak aku jugak ke yang suapkan makanan?" tanya Aiden mengusik. Usikannya membuatkan aku hanya pandang saja lelaki itu dengan tajam.

"Saya boleh suap sendiri." aku palingkan muka. Sombong. 

Aiden lebih cekap dengan menarik semula wajahku. Kami berdua bertentang mata. Lama. 

"Kalau nak cepat sembuh, kau kena makan." ketua mafia itu menawarkan suapan makanan kepadaku. Aku menggelengkan kepala. Tetap tak mahu dan berdegil.

"Kenapa degil sangat ni? Tak reti nak bersyukur ke orang tu dah bagi makan?" celah seseorang membuatkan aku dan Aiden segera menoleh. 

Aku terkedu memandang wanita itu. Mustahil. Tak mungkin dia ni sebahagian daripada Tre'Killaz! 

Vivianna tersengih sinis. Dia menghampiri Aiden. Tanpa rasa malu, dia pun melabuh duduk atas riba lelaki itu.

Aku hanya menayang riak biasa dan datar. Mungkin agak terkejut sedikit. Rupa-rupanya perempuan tu adalah seorang pengkhianat kepada Hell Angels. Dah agak dah.

"Aiden Evander..." panggil Vivianna dengan suara lunaknya. Jujur suara lunak itu membuatkan aku rasa jijik dan menyampah. Kenapa mesti nak bersuara lunak di depan lelaki? Adakah itu hobi seorang wanita murahan?

"Instead of suapkan perempuan ni, apa kata You suapkan I? I ni jenis tak memilih makanan." pinta Vivianna dengan aksi manjanya. Dan yang peliknya, kenapa aku rasa cemburu bila tengok Vivianna menempel manja dengan Aiden. Aku cemburu? Tak mungkin aku cemburu dengan perempuan tu!

"Pengkhianat." itu saja yang mampu aku lontarkan pada Vivianna. Memandangkan kondisi aku masih lemah, aku tak mahu banyak bercakap dengan perempuan itu.

Wanita itu semakin galak bermanja dengan Aiden. Biarlah. Aku tak peduli langsung walaupun rasa cemburu itu semakin menguasai diriku. Aku membaringkan diri dan menyelimut seluruh tubuhku. 







DALAM kegelapan malam yang tebal, aku melangkah dengan berhati-hati melalui koridor gelap dan bengkok yang tampaknya tak berujung di markas mafia ini. Setiap langkah yang aku ambil adalah upaya putus asa untuk melarikan diri dari bahaya yang mengancam di sekitarku. Suara angin yang menderu dan bayangan yang menakutkan hanya menambah ketegangan di udara.

Detak jantungku berpacu lebih cepat apabila terdengar suara langkah kaki atau bisikan mesin senjata yang redup. Segera aku memasuki ke sebuah bilik stor lama. Pintu pula dibiarkan terbuka kecil agar aku dapat mencuri dengar perbualan mereka.

"Kau tak payahlah risaukan dia sangat. Nanti kalau dia lapar, pandai-pandailah dia cari makan sendiri." Adam memberi kata-kata positif kepada Aiden. Aku dalam hati tergelak sinis. Adam ingat aku ni tak lapar ke? Dah dua hari tau aku bertahan. Dan kali ni aku rasa aku dah tak mampu nak bertahan lagi. Aku perlukan makanan untuk hidup!

"It's almost 2 days and she didn't eat anything at all..." Aiden semakin risau. Aku menunduk dengan bibir yang memuncung. Selama dua hari ketua mafia itu mengarahkan ahli-ahli Tre'Killaz untuk memberi aku makan. Tapi aku dengan sombongnya menolak. Aku terlalu jual mahal dengan makanan. 

"Maybe dia nak kau masak kut? Yelah... Makanan pun kau asyik beli luar je." ujar Adam dengan tawa mengejeknya. Aiden mendengus tak suka. 

"Kaki kau dah okay ke?" mata Adam tertumpu kepada dua kaki panjang dan tegap milik Aiden yang berbalut kain kasa.

"Okay je..." balas Aiden bersahaja.

"Bukan setakat kaki je. Punggung kau tu pun. Dah dua hari tau kau tak duduk. Asyik berdiri je macam askar tegak!" lagi bertambah kuat tawa Adam buat si Aiden. 

Aiden menjongket bahu.

"Macam tulah. Buat masa sekarang ni kau kena gantikan tempat aku sebagai ketua. Nanti bila aku dah sembuh, aku take balik tempat dan kuasa aku dekat markas ni." 

Aku terkejut mendengar kata-kata Aiden. Aiden dah lama tak duduk disebabkan tikaman pisau belati dari aku? Biar betul? Tak sangka yang aku dah melampaui batas sampai Adam terpaksa gantikan tempat Aiden buat sementara sebagai ketua mafia.

"Mafia love is a dangerous game. Sacrifice is the rule, and betrayal is the consequence."

Aku segera membalikkan badan. Nafasku tercungap-cungap bila menerima kehadiran wanita itu di sini. Sejak bila dia berada di sini? Dalam bilik stor.

Vivianna kelihatan santai menari-nari bersama dengan mop kayu. Wanita itu tertawa sendiri sambil mengucup kepala mop itu. Dah kenapa dengan perempuan berbangsa asing ni? Betul ke tak betul sebenarnya?

"Kau cuba nak lari dari markas ni ke?" soalan yang terpacul dari bibir Vivianna membuatkan aku diam tak menjawab. Sebab diam itu tandanya betul. Aku memang nak lari dari sini pun.

"Mesti kau tertanya-tanya kenapa aku masuk Tre'Killaz." Vivianna meletakkan semula mop itu ke tempat asal. Dia menghampiriku sehingga kami bertentang mata.

"Kau lari pun tak guna. Aiden akan tetap cari kau sampai ke lubang cacing. Cinta dia terhadap kau semakin whussss!" Dia meniup angin di depan wajahku.

"Membara..."

Aku mengetap bibir. "Saya dah kahwin. Ada suami." tegasku mengatakan hal tersebut. Vivianna ketawa menyilai. Spontan aku segera membekap mulutnya tapi dia segera menepis tanganku.

"Luca Andrey? Perkahwinan tu cumalah perangkap untuk kau dan Vigorous." beritahu Vivianna tak jelas. Wajahku membengis menatapnya.

"Perangkap? Luca dah banyak berkorban untuk saya. Sanggup peluk agama Islam semata-mata nak kahwin dengan saya!" 

"Banyak berkorban? Itu ke pengorbanan dia yang besar? Dah nak masuk tiga hari tau, Mayesa. Mana Luca? Kenapa dia tak datang sini jumpa kau? Kenapa dia tak cari kau sedangkan puak dia dah semakin kuat?" soal Vivianna sekali lagi ketawakan aku. Sangat sinis. Dan itu semakin membuatkan aku geram bila dia seperti memperlekehkan pengorbanan Luca terhadap perkahwinan kami. Termasuk juga memperlekehkan kebolehan Vigorous dan Hell Angels.

"Cuba kenal dulu dengan Aiden. Baru kau tahu sebanyak mana besar pengorbanan dia terhadap kau selama ni!" kata Vivianna dengan ketus.

Selama ni? Apa yang Aiden dah berkorban untuk aku selama ni?

"Aiden Evander. Si bodoh tu sanggup dermakan darah dia untuk perempuan yang lemah macam kau!" 

"Kalau aku jadi dia, dah lama aku biarkan kau mampus tak bernyawa!" bentak Vivianna meluahkan segala rasa tidak puas hatinya terhadapku.

Masa seakan terhenti. Aku memandang wanita itu lama.

Kadangkala cinta itu pelik. Lagi pelik bila orang yang mencintai sanggup menikam orang yang dicintai. Lepas tu selamatkan orang yang dincintai setelah puas menikam.

 Pengorbanan macam apa tu?

"Larilah selagi kau boleh lari, Mayesa Nur Iman..." akhir kata dari Vivianna sebelum dia hilang dari pandanganku.






SINAR remang-remang lampu koridor dan siluet-siluet yang menyelubungi dinding membuatkan perjalanan ini semakin menakutkan. Helaian rambut panjang di leherku berkibar. Nafasku juga keluar dalam bentuk wap putih di udara yang dingin. 

Aku termengah-mengah. Cuba untuk tetap fokus dan tidak membiarkan ketakutan menguasai diriku. Setiap sudut yang aku belok adalah potensi bahaya, dan setiap pilihan yang aku buat harus cermat. Hanya dalam keadaan tersepit seperti ini, aku telah sedar seberapa besar tekadku untuk mencari kebebasan dan keluar dari jaringan mafia ini. Aku ingin kembali kepada Luca, Mustafa dan juga Khadeeja. 

Aku tahu yang keputusan ni boleh jadi keputusan yang terakhir aku buat. Aku akan meninggalkan Aiden tanpa menerima sebarang jawapan kenapa lelaki itu simpan aku dalam markasnya selama tiga hari dua malam. Aku tidak akan menyerah begitu saja sebab aku tak selemah yang Aiden sangka.

Dalam kegelapan yang menakutkan itu, aku terus berlari menuju kebebasan. Dengan harapan bahawa pagi akan membawa cahaya baru dan peluang untuk hidup bebas dari bayang-bayang Tre'Killaz yang mengintai. 

══════ ∘◦༒◦∘ ══════

┌──❀*̥˚───❀*̥˚─┐
CHAPTER END
└───❀*̥˚───❀*̥˚┘

: 1443 words

⭐ and 💬



Continue Reading

You'll Also Like

3.3M 296K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
311K 6.3K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...
114K 10.5K 51
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
15.7K 355 10
Mengisahkan hidup seorang isteri yang masih belum mempunyai cahayamata, sering ditinggalkan suami kerana terlalu sibuk berkerja..mencari kemewahan hi...