Mr.Mafia Milik Ashi

By Izzleverty

11.8K 723 141

Raeez Darrian Alexandra.Jejaka berdarah England itu cukup menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya dan ha... More

MMMA 1
MMMA 2
MMMA 3
MMMA 4
MMMA 5
MMMA 6
MMMA 7
MMMA 8
MMMA 9
MMMA 10
MMMA 11
MMMA 12
MMMA 13
MMMA 14
MMMA 15
MMMA 16
MMMA 17
MMMA 18
MMMA 19
MMMA 20
MMMA 21
MMMA 22
MMMA 23
MMMA 24
MMMA 25
MMMA 26
MMMA 27
MMMA 29
MMMA 30
MMMA 31
MMMA 32
MMMA 33
MMMA 34(Last chapter)
Special Chapter

MMMA 28

299 16 7
By Izzleverty

Tanganku sibuk mengacau kari di dalam periuk. Seketika mataku teralih ke arah Raeez yang tiba tiba muncul berdiri di hadapan mesin Coway untuk minum air. Aku tersenyum.

"Awak..tak pergi kerja ke hari ni?" Aku bertanya lantas meninggalkan sebentar senduk kari. Aku berjalan mendekatinya.

Baru sahaja ingin menyentuh lengannya, suara seseorang menjerkah dari belakang mengejutkan aku.

"ASHI QUINZA!"

Aku berpaling dan melihat Raeez yang sudah bercekak pinggang sambil memberi pandangan yang amat tajam. Aku terkejut. Ya tuhan..aku lupa Rhys kembar Raeez!

"Err.." Aku toleh semula ke arah Rhys yang berada sangat dekat denganku. Tangannya keras dengan posisi cawan hampir menyentuh bibirnya.

"Hehe sorry Rhys..." Mencicit aku berlari ke arah Raeez.

"Sorry lah awak.. mana saya tahu Rhys tidur sini semalam. Awak tak cakap pun. Nasib baik saya tak terpeluk dia tadi" Aku sentuh lengannya.

"Tak payah nak bagi alasan! Sebelum ni Rhys tak ada, tak pernah pula kau nak peluk peluk aku." Raeez menjeling. Aku pula muncung itik.

"Dahla kau pun..kesian Ashi tu. Dia tak sengaja kan? Biar aje lah..ni kau asal awal sangat bangun? Melepas peluang aku nak dipeluk Ashi"

Rhys senyum mengusik lalu mengerling ke arahku. Aku hanya menggeleng kepala. Haih Rhys ni pun satu, dah tahu abangnya begitu, masih lagi nak tuang minyak dalam api.

Raeez kacip gigi. Rahangnya kelihatan tajam. "Kau berambus cepat cepat dari sini Rhys. Aku menyampah dengan kau"

"Alah awak ni, biar je lah dia nak duduk sini. Bukan salah pun kan?" Aku mencelah lalu bergerak kembali ke arah kari yang aku masak. Api dapur ditutup.

"Still, aku tak suka Rhys kat sini. Kau asyik tertukar aku dengan dia."

Raeez datang mendekatiku lalu pinggangku dipeluk. Sesaat dia labuhkan ciuman di kepalaku. Aku biar sahaja. Rhys pula sudah lama berlalu keluar dari dapur.

"Kali ni je saya tertukar.. lama lama saya tahulah nak bezakan awak dengan dia. Dah tepi, saya nak buat kerja. Awak tu, tak kerja ke harini?" Aku tepis tangannya dan berlalu ke sinki.

"Still cuti. Aku ambil cuti lama memandangkan kau demam." Raeez peluk tubuh sambil bersandar pada meja.

"Siapa suruh? Saya ni jarang demam, tapi sekali demam memang agak teruk. Tapi tak lama, sekejap je dalam 3 4 hari, saya okay lah nanti."

Raeez mendecit. "Biarlah, aku bos. Suka hati lah nak masuk kerja ke tak"

"Eeee sombongnya orang tu.." aku mengejeknya. Raeez tak membalas cuma kedengaran tawa kecilnya.

"Ni kau larat dah ke? Aku ingat nak bawak kau jalan jalan hari ni. Kita tak pernah lagi keluar sekali sejak kita kahwin." Terus bersinar sinar mataku, laju aku berpaling melihatnya.

"Larat! Awak nak bawak saya pergi mana? Bila?"

"Amboi laju. Kejap lagi lah, tengah hari macam tu. Aku nak cuci kereta dulu"

"Keluar pergi mana...?" Aku bertanya lagi, buatnya aku pakai cantik cantik nanti dia bawa aku pergi melawat ladang lembu pula!

"Dating" Dia mengenyitkan sebelah mata lantas tersenyum untuk satu saat. Selepas itu hilang senyumannya, bertukar menjadi wajah yang datar.

Aku cemberutkan muka. "Ish"

Tak hiraukan Raeez, aku sambung memasak. Tengah hari nanti baru keluar, sempat lagi ni masak dan makan tengah hari.

Selesai sahaja masak, aku berlalu ke luar rumah, mencari keberadaan Raeez. Aku jenguk kepala di pintu rumah, Raeez sedang mencuci keretanya dengan bajunya yang sedikit basah. Aku tersenyum jahat.

Raeez membilas buih sabun dengan menggunakan paip air. Terjengket jengket kakiku berlari secara senyap ke pili air. Lantas pili diputar dengan lebih kuat. Air keluar dengan sangat laju.

Aku ketawa, lalu keluar menuju ke arahnya dengan wajah cemas.

"Eh awak kenapa ni?" Aku berpura pura, padahal dalam hati sudah sakan ketawa.

Raeez pandang aku. "You! Kau buat apa hah?"

Dapat aku lihat wajahnya tak puas hati. Aku sekadar angkat bahu

"Apa? Mana ada saya buat apa apa. Saya baru habis masak kat dapur, keluar je tengok awak dah basah kena air. Awak main air eaaa.."

Raeez hempas paip air ke bawah. Dia bercekak pinggang. Perlahan dia geleng kepala.

"It's your turn now"

Tanpa aku jangka, Raeez tiba tiba berlari laju ke arahku. Terus aku juga buka langkah besar.

"Come here Ashi!"

"Arghhhh" Aku lari laju selajunya. Entah kenapa seram pula bila Raeez mengejarku.

"Gotcha! Where do you think you're going huh? Kau tak boleh lari dari aku" Tubuhku dirangkul kemas dengan tangan kekarnya. Aku meronta ronta.

"Lepaslah..awak!" Terasa seperti latihan latihan lasak sebagai seorang anggota polis yang aku pelajari sebelum ini sudah lenyap di kepala. Aku tak boleh lepaskan diri daripada Raeez. Aneh!

"Sini, kita buat situasi jadi lebih adil"

Diheretnya aku menuju ke paip air yang masih terbuka itu.

"Meh mandi sama sama ya?" Paip air dipegang dengan sebelah tangan lalu menyiramku.

"Awakk!! Saya dah mandi!! Habis basah baju saya!"

Aku dengar Raeez ketawa kuat. Memang full basah aku ni. Aku pukul bahunya.

"Tak adil lah. Awak cuma terkena percikan air je. Saya ni awak mandikan terus!"

"Takpe lah, bila lagi aku boleh tengok kau mandi depan aku" Dia ukir senyuman senget.

"Bencilah awak ni. Nah!" Span dalam timba sabun aku ambil lalu ditepuk pada pipinya. Giliran aku pula ketawa.

"Ashi!" Terbuntang matanya. Lalu pergaduhan kami berlangsung lagi.

Dari jauh ada seseorang yang memerhati kejadian itu. Rhys berdiri sambil tangan mengurut pelipis kepala.

"Aku nak kahwin jugak la lepas ni"

-------------------------

Aku menunggu dengan sabarnya apabila Raeez sedang beratur membeli tiket masuk Zoo. Kerusi bangku panjang menjadi tempat untuk aku labuhkan punggung. Aku memerhati sekeliling, ramai juga orang di sini. Mungkin disebabkan hari minggu.

Aku tenung Raeez dari jauh sambil menghabiskan gula gula kapas yang ada di tangan. Makanan tidak dibenarkan di bawa masuk. Maka aku lah yang akan menghabiskan gula gula kapas ini.

Raeez segak berkemeja maroon, lengan bajunya dilipat sedikit. Aku mencebik perlahan. Penat aku gosokkan baju dia, macam tu aje dia lipat.

Beberapa minit menunggu, Raeez selesai membeli tiket. Dia mengatur langkah ke arahku.

"Jom"

"Kejap lah saya tak habis makan lagi ni." Suapanku agak perlahan kerana sudah mula berasa muak dengan rasa manis.

Raeez mengeluh, dirampas gula gula kapas itu lalu direnyukkan menjadi sedikit kecil. Lalu disumbat ke dalam mulutku.

"Awak!" Cemberut mukaku. Mujur gula gula itu mudah cair di dalam mulut. Kalau tak, mahu tercekik juga aku ni.

"Dah jom" Beg silangku ditarik menyuruhku bangkit.

Kami berdua masuk ke dalam zoo. Menghayati keindahan dan keunikan haiwan haiwan yang ada di sini. Aku cuit sikit lengan Raeez.

"Kenapa awak bawak saya ke Zoo?"

Raeez kalih. "Aku dah bosan setiap kali bukak tv, terus keluar siaran National Geographic. Jadi aku bawak kau datang sini. Jenguk kawan kawan kau. Tu yang tengah bergayut dekat pokok tu."

Raeez tarik dagu aku dan jarinya dituding ke arah sekumpulan monyet yang sedang bergayut di pokok.

Laju tanganku naik mencubit pinggangnya. Ketam darat dah berjalan.

"Aww!" Berkerut wajahnya lalu ketawa besar.

"Sejak bila isteri aku ni pandai cubit cubit orang?" Dia sambung ketawa lagi.

"Eh tu, muka dia macam kau Ashi. Sebijik!" Ditunjuk lagi ke arah seekor monyet yang sedang memanjat pagar.

"Buas macam kau."

"Kalau awak bawak saya ke sini semata mata nak sakitkan hati saya. Baik tak payah lah. Saya nak balik"

Pinggangku ditarik, menghalang langkahku. "Aku gurau je sayang. Serius sangat kenapa?"

Aku tarik muka, meluat.

"Buat lagi muka tu, nampak sama lah dengan-"

"Raeez!" Lagi sekali ketam darat ingin berjalan namun Raeez pantas mengelak.

"Okay okay, let's go to the next place" Dengan wajah cemberut, aku terpaksa mengikut Raeez.

Kami berdua berjalan dan berhenti di setiap tempat untuk mengambil gambar haiwan haiwan di situ.

"Zirafah mana? Tak nampak pun" Aku bertanya. Zirafah adalah haiwan kesukaanku.

"Depan sana, kenapa tanya?" Raeez langut kepala memandang aku yang sedang berdiri. Dia kini duduk bercangkung di hadapan sangkar ayam belanda.

"Saya suka zirafah" Aku sengih.

"Oh ya? Kenapa suka zirafah?" Dia bertanya lagi, nampak berminat untuk tahu lebih lanjut.

"Sebab dia tinggi, dan comel"

"Jom, kita pergi sana" Dia bangun dan menggenggam tanganku. Tenggelam dalam tapak tangannya yang besar. Kami berjalan seiringan ke tempat zirafah.

"Melman!" Aku menjerit teruja melihat zirafah yang sedang berdiri di hadapan pokok tinggi.

"Melman?" Raeez angkat sebelah kening.

"Ya, Melman si zirafah dalam kartun Madagascar tu." Raeez angguk sahaja. Tiada apa yang perlu dihairankan. Isterinya ini memang suka menonton kartun pada waktu lapang.

"Kau nak pegang dia? Kita naik pondok tu"

Ada sebuah pondok yang sangat tinggi selaras dengan ketinggian zirafah, untuk memudahkan pengunjung memberi makan dan mengambil gambar bersama zirafah.

Aku geleng kepala. "Taknak.."

"Kenapa taknak? Kau kan suka zirafah"

"Saya takut. Takut dengan sesuatu yang tinggi. Kalau saya jumpa orang yang terlalu tinggi pun saya takut, saya duduk jauh aje"

"Pulak..habis tu, taknak ambil gambar?"

"Takpe lah, taknak. Tengok pun dah cukup"

Raeez geleng kepala. Macam macam hal.

"Ye lah. Kalau macam tu, jom" Tanganku ditarik lagi.

"Pergi mana?"

"Aku dah bawa kau ke tempat haiwan kegemaran kau kan. Now it's my turn. Aku pun rindu nak jumpa haiwan kegemaran aku" Raeez senyum. Aku menurut sahaja.

--------------------
Aku berdiri jauh dari tempat Raeez berada. Ish Raeez ni.

Tak suka! Nak balik!

Raeez tersenyum sambil memegang ular kuning yang melingkar di lehernya. Dia fokus pada jurukamera di hadapan.

Seketika dia mengerling ke arahku.

"Ashi! Buat apa berdiri jauh jauh tu sayang..sini lah. Meh duduk dengan abang."

Aku memutar bola mata. Dasar Raeez hipokrit. Depan jurukamera pun dia nak berlakon mesra dengan aku. Tengok. Panggilan pun dah bertukar tau!

"Isteri ke bang?" Jurukamera itu bertanya. Raeez angguk mengiyakan.

"Puan, sini lah bergambar dengan ular ni. Jangan risau dia tak patuk orang." Perlahan jurukamera itu memujuk.

Aku tak tahu nak beri reaksi apa. Nak pergi, tapi aku takut. Tak pergi, nanti cipta drama swasta pula di tengah alam ni.

Mahu tidak mahu, terpaksa jua aku melangkah ke arah booth itu.

Raeez tepuk tempat kosong di sisinya. Perlahan aku labuhkan duduk, namun masih mencipta jarak dengan Raeez dan ular itu. Bukan apa, kepala ular itu menghadap aku!

"Dekat lah sikit, kenapa jauh sangat" Raeez pujuk lagi dengan senyuman miring. Dia tahu aku takut, tapi dia sengaja.

Aku endahkan sahaja. Memandang ke arah kamera. Tak lama kemudian, terpampang gambar kami di skrin tv di belakang sana. Aku tenung gambar itu, memang nampak jauh sangat.

"Dekat sikit puan. Peganglah ular tu"

Aku teragak agak. Memandang ke arah ular yang sedang terjelir jelir lidahnya. Geli geleman aku.

Namun tanpa disangka sangka, aku merasa bahuku tiba tiba berat. Meluas mataku, hampir terkeluar dari soketnya.

Jangan..jangan cakap ada ular lain pula di bahu ku. Tubuhku tiba tiba kejung. Rupa rupanya ada pekerja lain yang tolong letakkan ular itu.

Aku kerling dengan hujung mata, warna coklat!

"Encik..tolong alihkan ular ni. Saya taknak.." kataku separuh merayu. Menyesal! Menyesal aku datang sini!

"Takpe puan, duduk je. Ular tu takkan bergerak ke mana mana. Dia tak kacau orang. Sini, pegang bahagian bawah badan dia"

Pekerja tadi berkata. Muncul pula seorang pekerja perempuan, datang menarik tangan kiriku untuk memegang ular tersebut.

Aku pasrah sahaja, namun aku sangat takut. Geli dapat bersentuhan dengan sisiknya.

"Okay, encik bergerak rapat sikit ye dengan isteri. Nampak gaya isteri encik dah tak boleh bergerak tu." Jurukamera itu memberi arahan lalu ketawa kecil.

Raeez mengengsot dengan lebih rapat ke arahku.

"Okay tengok kamera. Ready...1..2.."

Tiba tiba kepala ular kuning yang dipegang Raeez semakin mendekat ke arah wajahku. Aku menjerit kuat.

"Arghhh!!"

'Klik!'

Terpampang gambar aku yang sedang menjerit dengan penuh panik memandang ular kuning. Raeez pula kelihatan sedang ketawa.

Aduhh...rosak gambar!

"Nah encik ambik balik ular ni" Tak tunggu lama, aku melepaskan ular coklat dan menepisnya dari bahu. Cepat cepat pekerja itu bertindak.

Sedangkan Raeez masih ketawa lagi.

"This is rare picture. I want it. Saya beli gambar ni"

Habis sesi bergambar, gambar tadi dicetak dan Raeez membelinya. Ada dua keping gambar aku menjerit tu. Dan ada lagi beberapa keping gambar, mungkin gambar Raeez seorang dengan ular kuning tadi.

Aku berjalan meninggalkannya di belakang.

I hate you Raeez!

Continue Reading

You'll Also Like

126K 10.7K 64
Karya keempat Adam Suhail "Aku cabar kau jadi pembantu rumah" - Uwais Fikri "Kau gila ke, Uwais?." "Luna, aku suka pembantu rumah kau." - Rafa Asyiek...
387K 17.3K 40
Book 1:IAN ADAM HAYDEN. Book 2:HAZEL MEDINA. "Hanya kerana seutas tasbih, kita ditemukan." Betullah kata orang,cinta tak seharusny...
611K 36.1K 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga ma...
3K 164 15
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...