Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.8K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAMADAN)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

Special Chapter (RAYA)

7.9K 310 8
By syza_ra

Malam Raya

KEDIAMAN dato Harith meriah dengan keluarga kecil Aaira dan Syafiqah yang sama sama bergotong royong untuk memasak rendang dan merebus ketupat untuk di jadikan juadah pagi raya esok hari.

Luth sedang sibuk membakar lemang manakala Arshad dan dato Harith sedang mengacau rendang di atas kawah.

Aaira dan Syafiqah berada di dapur membakar kuih raya sementara Inayah dan Ammar tidur di bilik atas

"pergh sedap gila Aaira biskut chip coklat ni, tak sia sia kita ambil resepi dekat google" puji Syafiqah sambil menunjukkan thumbs up.

Aaira turut mengambil sekeping dan masukkan ke dalam mulut "ermm sedapnya, coklat dia cair dalam mulut" terpejam pejam mata Aaira apabila dia mengunyah biskut itu

"Aaira, anak kamu dah bangun dekat atas" panggil datin Haisyah

"ye ma kejap Aaira naik, kau tolong tengokkan biskut dalam oven tu, aku naik atas kejap" Syafiqah mengangguk

"Aaira alang alang kau naik atas tu tolong tengokkan Inayah sekali" pesan Iqa

"okay" jawab Aaira kemudian dia terus menuju ke tingkat atas, dia membuka pintu bilik dan melihat Luth sudah berada di atas katil mendodoikan Ammar

"aikk macam mana abang tahu Ammar dah bangun?" soal Aaira

"kebetulan abang nak solat isyak tadi tu yang nampak mata anak kita dah celik" terang Luth.

Aaira teringat pesan Syafiqah untuk melihat keadaan Inayah di bilik sebelah "abang tolong tengokkan Ammar sekejap ya saya nak pergi bilik sebelah tengok Inayah"

selepas mendapat persetujuan daripada Luth, Aaira terus ke bilik sebelah.

Perlahan lahan dia membuka pintu bilik dan berjalan ke katil bayi yang menempatkan Inayah.

Melihat Inayah yang tidur nyenyak seperti tiada tanda tanda mahu bangun, Aaira membuat keputusan untuk keluar dari bilik tersebut, dia menuju semula ke bilik tidurnya

"kalau abang nak solat pergi la, biar Aaira jaga Ammar" Luth mengangguk, dia terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Selepas menidurkan Ammar, Aaira cepat cepat turun semula ke dapur, kesian pula rasanya dia meninggalkan Syafiqah sorang sorang di dapur padahal sahabatnya itu tetamu dalam rumah ini.

Selepas solat isyak tadi Luth juga terus turun semula untuk melihat lemang di luar rumah

"ehh dah siap ke?" tanya Aaira bila melihat Syafiqah sudah memasukkan biskut biskut ke dalam balang kuih

"haah dah nak siap tinggal lagi satu jenis kuih dalam oven tu tengah bakar" jawab Syafiqah

"cepatnya" Aaira duduk bersebelahan dengan Syafiqah untuk membantu sahabatnya memasukkan kuih ke dalam balang














DALAM tak sedar jam sudah menunjukkan ke angka 12, barulah semuanya selesai.

Setelah memastikan semua makanan ditutup dengan rapi barulah Aaira, Syafiqah dan datin Haisyah naik ke bilik masing masing

"abang tak tidur lagi?" tanya Aaira kepada Luth sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik, suaminya sedang leka membaca buku ilmiah di atas katil

"belum, abang tunggu Aaira" dengar sahaja suara Aaira, Luth menutup buku yang dia baca

"jomlah tidur dah jauh malam ni nanti lambat pula bangun nanti" ajak Luth bila melihat isterinya hanya berdiri di sisi katil.

Aaira perlahan lahan naik ke atas katil dia pun sebenarnya dah mengantuk daripada pagi tadi mereka semua sibuk membuat persiapan membeli bahan bahan untuk membuat rendang dan lemang.

Badannya juga terasa lenguh dan penat

"sayang okay tak abang tengok macam ada sesuatu yang tak kena je?" Aaira menggeleng

"tak ada cuma belakang saya lenguh tu je" kata Aaira

"nak abang urut ke?" Luth menawarkan diri untuk mengurut Aaira

"tak payah la kita semua penat tadi, tak apa saya tak kisah esok okay la ni" Aaira taknak menyusahkan Luth.

Berbanding dia, Luth lagi banyak buat kerja tadi, pergi cari buluh lepastu semua berkaitan lemang Luth dan Arshad yang uruskan

"ala sayang tak apa lagipun abang tak mengantuk lagi" Aaira memandang Luth pelik

"abang serius la daripada pagi tadi kita buat kerja takkan abang tak mengantuk?" Luth menggeleng

"tak cepat la abang urut" akhirnya Aaira hanya akur.

Rasa selesa pula semasa Luth mengurut badannya lama lama matanya perlahan lahan terlelap.

Luth yang mengurut badan Aaira juga turut sama melelapkan mata.

"Aaira bangun, sayang bangun jom solat subuh" kejut Luth,.dia menepuk lengan Aaira perlahan

"huarghhh... dah subuh ke?" Aaira yang masih mamai menguap sambil menutup mulut

"haah baru lepas azan subuh tadi" jawab Luth

"tak apa awak pergi la masuk bilik air dulu kalau dah sudah gerakkan saya" katanya kemudian Aaira sambung tidur

perangai Aaira buat Luth menggelengkan kepala tapi dia faham Aaira mesti penat semalam, dia membuat keputusan untuk masuk terlebih dahulu ke dalam bilik air.















"SAYANG butang baju abang mana?" soal Luth pada Aaira

"ada dalam almari meja solek belah kiri cuba abang tengok" jawab Aaira yang sedang sibuk memakaikan baju melayu pada Luth Ammar.

Luth tanpa banyak bicara mendekati meja solek dan menarik laci untuk mencari butang baju

"jumpa pun" kata Luth pada dirinya.

Dia mengambil bekas yang terisi butang baju melayunya dan ternampak sehelai kain yang sangat dia kenal.

Dia mengambil kain tersebut, ternyata andaiannya benar itulah kain yang terkait namanya, puas dia cari selama ni rupanya ada pada Aaira

"abang jumpa tak butang baju" Aaira melihat di tangan Luth bukan butang baju yang suaminya pegang tapi sapu tangan yang selama ini dia simpan ketika Luth memberikan kepadanya semasa dia mengalami kecederaan di sempadan thailand beberapa tahun lepas.

"macam mana kain abang ni boleh ada pada sayang?" Aaira tersenyum, dia tahu pasti Luth terlupa perkara yang jadi beberap tahun lepas

"abang tak ingat ke?" Luth balas dengan gelenggan

"kan masa Aaira cedera kena tembak masa kita lari daripada penjahat dekat sempadan thailand dulu abang bagi pinjam kain ni dekat Aaira" ceritanya

"ouhh iyaa la sayang, abang baru teringat tapi kenapa sayang tak pulangkan balik pada abang masa kita dah kahwin?" Aaira tersengih

"Aaira sebenarnya terlupa nak pulangkan itu pun nasib abang jumpa kain tu kalau tak Aaira pun lupa" sejujurnya memang dia lupa pasal kain tersebut.

"tak apa lah lagipun kain ni memang abang cari dah lama sebelum kita kahwin lagi ingatkan hilang rupanya ada pada Aaira" Luth membelek belek kain tersebut pandai Aaira jaga tak kotor sikit pun kain ni

"kenapa ada kenangan ke pasal kain tu?" mana lah tahu bekas kekasih bagi sebelum Luth jumpa Aaira

"kain ni seminggu sebelum ayah meninggal dia kaitkan nama abang atas kain ni , tu sebab lah abang cari" tergamam Aaira mendengar cerita Luth

"abang, Aaira minta maaf Aaira tak tahu pula itu kain yang arwah ayah kasi dekat abang" Aaira rasa serba salah

"tak apa lah sayang, lagipun dah cukup baik Aaira tak buang kain ni dulu, nasib baik sayang simpan" Luth memeluk bahu Aaira dan mencium dahi isterinya.

Sedang mereka sibuk bermesra Luth Ammar datang dan memegang kaki Aaira dan Luth

"lahh anak ayah ni tak boleh la biarkan ayah dengan mama nak bemesra mesti ada je dia datang menyelit" Luth mengendong anaknya

"itulah tak boleh la ayah nak manja manjakan mama mesti ada je budak comel ni" Aaira mencuit pipi gebu Ammar.














"DATANG juga korang kan penat aku dengan Iqa tunggu, jemputlah masuk" ajak Aaira

"eh bakal pengantin dengan bujang terlanjak dah sampai" tegur Syafiqah pada Hafiz dan Darren

"mulut kau ni kan saja je nak menyakitkan hati aku" geram Darren, siapa lagi yang Syafiqah mention bujang terlajak kalau bukan dia

"selamat hari raya Darren maafkan aku salah silap jangan ambil hati" dengar ikhlas tak ikhlas saja Syafiqah bercakap

"malas aku nak layan kau baik aku pergi dekat Arshad dengan Luth, jom Hafiz" ajak Darren.

Hafiz mengikut langkah Darren menuju ke Arshad dan Luth yang masing masing sedang melayan kerenah anak mereka

"jomlah kita duduk Maya" ajak Aaira

doktor Maya merupakan doktor yang baru berpindah ke hospital di mana Hafiz dan Darren bekerja, kiranya Hafiz jatuh cinta pandang pertama pada wanita ini dan tak tunggu lama dia terus melamar Maya untuk menjadi isterinya dan Maya bersetuju,

tapi perangai Hafiz dia dah nak bertunang baru lah dia beritahu pada Aaira,Syafiqah dan Dareen.

Yang paling terkesan ialah Darren sebab dia satu rumah dan satu tempat kerja dengan Hafiz tapi bila dah nak bertunang baru dia dapat tahu dari mulut Hafiz.

Mereka bercinta pun diam diam, dia sendiri tak sedar.

Mereka berbual bual sambil menikmati ketupat dan rendang yang dimasak semalam












AAIRA sedang menghirup udara malam di balkoni biliknya, terasa penat seharian mereka beraya di beberapa buah rumah dengan melayan keletah Ammar tapi semuanya berjalan dengan baik

"sayang buat apa duduk dekat luar ni" Luth memeluk Aaira dari belakang

"saja ambil angin malam, mana Ammar?" tanya Aaira sambil memusingkan badannya mencari keberadaan anak mereka

"Ammar ada dengan mama papa dekat bawah, dia dah tidur" jawab Luth

"habis kenapa tak bawa dia naik bilik" Luth tersenyum

"papa dengan mama dah bawa Ammar dulu masuk dalam bilik diaorang, abang boleh kata apa" Aaira seperti dapat menghidu rancangan Luth

"bukan abang kata nak bagi Ammar tu umur 2 ke 3 tahun dulu ke baru rancang nak bagi dia adik" Luth membuat muka pelik

"apa sayang merepek ni" kalini Aaira pula yang bingung

"bukan abang hantar Ammar dekat ayah dengan mama sebab nak bagi Luth Ammar adik ke?" Luth tergelak bila mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Aaira

"ya allah sayang mana ada la, mama dengan papa yang ambil Ammar bukan abang yang suruh. Kenapa fikir sampai macam tu sekali" Aaira termalu sendiri

"ke sayang yang tak sabar nak bagi Ammar adik kalau sayang okay abang pun okay je" usik Luth

"ish abang ni sengaja usik Aaira kan, pantang ada kesempatan" Aaira memukul perlahan bahu Luth

"ala sayang, abang tak kisah sebenarnya ada Ammar sorang tu pun abang dah bersyukur sangat" luah Luth pada Aaira

"tapi kalau ada rezeki Aaira nak bagi Ammar adik lagi biar berkembang sikit keluarga kita abang" Aaira bersandar pada dada Luth

"betul ke ni?" tanya Luth

"yela, kenapa abang tanya macam tu?" Luth diam sekejap

"sebenarnya abang ada nampak sayang makan pil perancang tapi dah lama lah masa Ammar umur 5 bulan,abang ingat sayang dah tak nak ada anak" cerita Luth tapi kali ini Aaira pula yang tergelak

"ya allah abang memang lah Aaira makan masa tu sebab Ammar kecil lagi" Luth menepuk dahinya perlahan.

Yela kenapa dia tak perasan itu kali terkahir dia nampak Aaira makan lepastu mana ada Aaira makan lagi

"btw i have a suprise for you" ucap Aaira

"apa dia?" muka Luth jelas tertanya tanya

"sekejap Aaira pergi ambil" Luth nampak Aaira masuk ke dalam bilik mereka, kemudian dia nampak Aaira keluar membawa sesuatu di tangan tapi tangannya tersorok di belakang badan

"close your eyes" Luth mengikut arahan Aaira "hulur dua dua tangan abang ke depan" dia akur dengan arahan isterinya

"abang dah boleh buka mata" menitis air mata Luth bila melihat apa yang Aaira letakkan di tangannya

"betul ke ni sayang?" Aaira mengangguk

"yess you gonna be father of 2" kata Aaira

Luth memeluk isterinya erat "alhamdullilah, thank you sayang"

ini lah pelukan paling lama yang Aaira rasa sepanjang dia berkahwin dengan Luth.

Dia mendengar tangisan Luth sampailah suaminya itu reda dari tangisan barulah mereka melepaskan pelukan

"143 sayang" kata Luth

Aaira terkejut "abang tahu!!?" jerit Aaira perlahan

"hey ingat abang ni ketinggalan zaman sangat ke" Luth mencuit hidung Aaira geram

"habis yang dulu tu abang tahu la?" anggukan Luth buat Aaira mati kata

"abang tahu tapi masa tu saja je buat buat tak tahu sebab kalau abang balas jadi tak best la" mereka berdua sama sama tergelak dengan apa yang keluar dari mulut Luth

"143 too abang" mereka kembali berpelukan pada malam raya yang mungkin kali terkahir mereka sambut bertiga kerana selepas ini ada seorang lagi yang bakal menyerikan mahligai Captain Luth Haiyyan dan Doktor Aaira Nasrin.

TAMAT






untuk ramadan dan raya edition...nanti akan ada special edition sempena kemerdekaan... korang tunggu je la okay


Continue Reading

You'll Also Like

10.1K 845 47
Katherine Humaira Binti Umar firhad seorang remaja perempuan berumur 17 tahun...Introvert..sangat tidak ramah,panas baran,Namun orang nya sangat sang...
1.5M 74.5K 58
[𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄] " 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧'𝐬, 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮'𝐥𝐥 𝐝𝐞𝐚𝐥 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen " 𝐈'𝐦 𝐭𝐡𝐞 �...
126K 13.7K 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang...
569K 19.5K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...