Love Lens

De MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... Mais

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
30

29

14 3 0
De MeIsDoremi

"Distraction is the best therapy,
To forget about
the pain you can't face,"

@@@

Hari ni tenaga aku hilang, sehilang sentuhan realiti aku. Kau rasa? Aku punyalah fikir lelaki tadi tu garang, aku fikir sekali dia marah aku, dia akan hempap aku dah jadi ayam penyet. Aku fikir dia garang weyh sekali...kau bacalah sendiri.

" Eyh...akak! Akak nak masuk escape room ya. Suka suka suka! Sekarang kita ada pakej tau, menarik tertarik kebabom punya! Kalau ambil bilik yang paling hard boleh dapat harga murah untuk hari ini sahaja, akak nak yang mana? Pilih-pilih! Pilih baik-baik tau sebelum saya yang geget akak," nadanya penuh kegedikan dan mimik muka. Tak nafikan layanan dia baik tapi tak kena penampilan langsung.

Itulah orangnya. Orangnya mak nyah weyh! Diva nak mampus siap main geget geget. Kenapa aku tak perasan dari tadi oi! Badan penuh tatu tapi bukan main lembut.

" Ah, saya nak buat content review je, jadi saya nak main semua game yang ada...ha...haha," gelakku kurang ikhlas. Logik ke alasan aku ni? Tak apa Mayaa, hidup ini harus kuat dan diteruskan.

" Eh, akak influencer ke?! Eh Ya Allah!" Aku terkejut. Weyh, dia ingat Allah. Ah sudah, Islam ke tidak dia ni? Bertatu tapi islam?

" Kenapa tak cakap dari awal-awal. Ish... awak ni cakaplah dengan saya, saya panggil manager kejap ya sayang," taik telinga aku berjoget mendengar perkataan sayang itu keluar dari mulut dia. Siapa sayang kau?

" Ah...okay..." nadaku lemah berbicara.
Selepas dia berlalu aku mengucap habis.

Astaghfirullahalazim. Ini semua apa? Sejak bila Malaysia jalankan asimilasi agama. Bangsa pun masih guna sistem integrasi. Keliru dah aku mana satu Islam mana satu tidak. Aku tersedar hidup aku ni terlalu banyak persoalan. Tak apalah, lelaki tu tak kacau aku, aku doakan hidayah yang terbaik untuk dia.

" cik...DeeMayaa?" seorang lelaki dalam lingkungan 40 an menegur aku yang sedang mengelamun. Aku tersedar dari lamunan. Bibir aku tersenyum kemudian aku mengangguk kepala. Penampilan dia jelas seperti pengurus premis. Nafas aku dihembus lega. Akhirnya orang normal...

" ah, tadi ada orang call bagitahu influencer dia akan datang, dia kata awak nak buat content review tempat ni dan minta kebenaran bawa barang awak masuk betul?" Aku mengangguk. Salwa...kau memang tip top!

" Tapi sebelum tu boleh saya tengok akaun awak dulu," aku mengangguk dan menunjukkan akaun fake aku. Selepas dia meneliti semuanya akhirnya dia mengangguk memberi izin padaku.

" escape room ni perlukan kumpulan, jadi saya kenalkan awak dengan kumpulan awak, boleh?"

" Er...tapi, seorang tak boleh ke? Maksud saya sebab saya bawa telefon untuk kerja, jadi tak adillah untuk yang nak main seronok-seronok kan?" Lama manager itu berfikir dan akhirnya dia mengangguk bersetuju. Aku menghembus nafas lega.

" Hmm, boleh. Tak ada masalah, tapi agak lambat sikitlah awak boleh buat review, kena tunggu giliran. Sementara tunggu awak boleh isi beberapa borang yang saya akan sediakan dulu. Boleh tunggu?"

"Boleh sangat. Thank you manager, nanti saya buat review paling mantap punya insyallah," senyuman aku terukir. Akhirnya boleh masuk selepas berhempas pulas memikirkan cara terbaik untuk masuk dengan kamera. Aku rasa bersyukur sangat waktu tu.

Pengurus itu memberitahu pekerja di situ beberapa perkara kemudian dia berlalu ke biliknya semula. Penjaga premis itu memanggil aku menggunakan isyarat tangan dan aku melangkah mendekati penjaga itu.

" Najdee, nanti dekat dalam kau tolong aku tau, sebabnya aku seorang ni," sempat aku berbisik perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam ruang menunggu bermain. Selepas diberi sedikit taklimat, mengisi borang dan menunggu nombor giliran, akhirnya aku dibenarkan masuk. Urusan aku dipermudahkan.

" Baik-baik tau akak cantik!" lelaki yang bermuka gagah tapi berjiwa mak nyah itu menyorak untuk aku dari belakang. Kelakarlah, aku hampir tergelak menahan rasa tapi mulut aku ditahan.

@@@

Selepas 30 minit;

" Hah...hah..." Deru nafas aku laju dan kapsul di tangan aku ditenung saat aku keluar dari pintu keluar,

Mayaa kau dah dapat kunci tu...

Kau dapat kunci seterusnya weyh!

Penat weyh aku berlakon semata untuk mengelak diragui pihak pengurusan, cctv dalam bilik dia di mana-mana.

Nak tahu tak aku jumpa kunci tu dekat mana?

Dalam soket...

Ya betul, tempat cucuk elektrik tu. Habis rosak dibuatnya aku semata nak bawa keluar kapsul tu. Aku terpaksa, mampus aku kena marah dengan pengurusan tu nanti. Aku malas nak cerita apa yang aku lalui dalam bilik tu tapi memeningkan kepala betul.

Aku rasa dalam ramai-ramai main escape room, akulah orang pertama merosakkan dinding tempat ni semata nak cari kunci pendrive ni. Berbekalkan alasan mencari petunjuk permainan. Selesai bermain aku tertunduk-tunduk meminta maaf pada pihak pengurusan dan membayar kos kerosakan mereka. Naik bernanah juga aku kena bebel. Agak pedas jugalah ayat seorang pekerja di situ, sedangkan pengurus di situ tenang saja reaksinya. Nasib baik ada kad hitam Najdee boleh tutup mulut orang-orang dekat situ. Itu pun pekerja tu tak puas hati. Habis berurusan aku terus berjalan selaju yang aku boleh.

Soalan aku sekarang ni, macam mana orang tu boleh sorok dalam soket. Menyusahkan! Aku macam otak terjatuh lepas tu hilang entah ke mana fikir macam mana dia simpan dalam tu. Najdee pula tak boleh tolong, terkial-kial aku seorang.

Akhirnya kaki aku yang laju berjalan dari tadi berhenti, aku berdiri pegun di kaki lima berdekatan premis Outbreak itu sambil merenung nasib. Tangan aku dibawa rehat di atas penghadang tembok. Tangan aku pula sedang memegang telefon. Aku tarik nafas sedalamnya dan menghembus kuat.

" Najdee, terima kasih tadi tau. Kau banyak membantu aku selesaikan permainan tu. Nasib aku kena menghadap semua mainan sakit otak tu 30 minit je, kalau kau tak ada dengan aku, aku dah terperangkap situ tak keluar-keluar masak rendang," dia tergelak.

' melebihlah kau, senang je tau tadi tu.'

" acik kau senang, senang untuk kau yelah. Itu benda paling menyampah aku buat abad ini. Sumpah tak nak buat dah lepas ni," bebel aku cuba menyalahkan acik dia. Mulut aku dimuncungkan sedikit. Najdee melihat aku dari sisi.

' Kau merajuk ke tu buat mulut itik?'

" Iyalah, mulut aku dah macam Platipus pun kau tanya lagi! Pujuklah tanya macam tu buat apa!" aku memarahi Najdee yang buat-buat tanya.

' dia yang gedik, kita pula yang kena memujuk' Najdee memerli dengan sengih senget. Aku tersentap dan mencebik bibir. Suasana menjadi hening seketika sehinggalah Najdee membuka bicara kembali.

' Kau kata nak beli bajukan harini, tak jadi beli ke? Aku fikir kau nak beli pagi tadi,'

" Aku tangguhkan sebab nak cari kunci kau dulu nilah," aku menunjukkan pendrive di tangan aku.

' okay, faham. Akulah ni yang salah?'

" Iyalah, siapa lagi? Kalau kau tak heret aku dalam kau punya masalah, aku tak perlu menghadap semua ni. Elok kejadian hidup aku tau, tak perlu susah-susah tolong kau,"

' Lah... Kan kita ada kontrak. Kontrak itukan dah ikut semua persetujuan kita. Apa yang kau nak semua aku bagi, dan aku pula dapat apa yang aku nak. Adilkan? Kenapa kau macam tak puas hati lagi ni?' wajahnya berkerut melihat aku mempersoalkan ketidakpuasan hati aku. Aku mengeluh berat. Sebenarnya perkara ni lama aku fikirkan sejak pertama kali aku tengok isi kontrak itu.

" kontrak tu memang kontrak, tapi hakikatnya aku yang tolong kau sebab aku kesiankan rayuan kau dan Salwa. Kontrak tu berat sebelah sebenarnya, sebab bila-bila aku boleh batalkan kontrak tu kalau aku nak. Aku perasan yang semua klausa diberi tu semuanya sesuatu yang tidak menjadi kepentingan untuk aku dan aku tak kisah pun aku dapat semua tu tak. Semua tu aku dah cakap dari awal sebelum aku tandatangan kontrak tu, tapi aku tahu, kau tak boleh bagi sesuatu yang penting untuk aku. Cumanya aku je yang tak sampai hati nak tolak kontrak tu memandangkan kau merayu dekat aku," Dia terdiam tapi kemudian dia sambung dengan soalan.

' Okay, sekarang cakap dengan aku sebenarnya kau nak apa? Benda paling kau nak sekarang! Aku sudi dengar dan tunaikan,' wajahnya melihat aku sedikit kecewa.

"Aku...nak masa aku dengan adik aku. Aku nak hilangnya perasaan rindu aku dengan adik aku. Yang tu kau boleh tolong tunaikan ke?" Dia terdiam lagi.

"Najdee, Aku minta maaf aku naik suara dekat kau. Biasanya kalau aku tengah stress adik aku ada dekat sisi aku. Lepas menghadap bebelan semua tadi aku punya hati dan perasaan ni jadi marah weyh, tapi aku tahan.Entahlah, kadang tu aku terfikir yang aku korbankan masa aku tolong kau dan tinggalkan adik aku kau tahu. Masa aku luangkan untuk adik aku dipotong pendek, tu yang buatkan aku nak merungut sekarang bila aku rasa sebal macam ni,"

" Dahlah aku tak dapat telefon diorang," ujarku berbisik sendiri. Terluah juga apa yang terbuku dalam hati. Aku terlupa minta nombor telefon baru Uncle Han selepas kejadian kecurian telefon dia. Aku rasa diri sendiri bodoh sebab tak tanya sebelum gerak ke Melaka.

Sudah lama aku fikirkan dari selepas naik bot, aku termenung cuba mencari jalan menghubungi mereka. Tapi semua usaha aku tak buahkan hasil. Mulanya aku boleh bertenang tapi lepas kejadian tadi buatkan aku jadi menyesal tak dapat nombor Uncle Han.

Sejak aku membebel sampailah habis Najdee merenung aku lama bagai nak tembus tanpa berbicara. Seolah tak mendengar semua bebelan aku tadi.

" kau dah kenapa tenung aku macam tu?"

' kau orang melayu asli kan?' topiknya berubah lagi. Kerutan di dahi aku muncul. Aku cakap benda lain dari tadi dia boleh tanya benda lain pula. Lari topik betul!

" jawa Kelantan, melayu asli. Kenapa?" jawab aku acuh tak acuh.

' celah mana lelaki tadi kata kau nampak macam kacukan?'

" kening dengan mata aku mungkin..." aku hanya menebak tak tahu nak balas apa.

Entahlah, bila difikirkan memang dari tadi aku pelik dengan lelaki itu, tapi disebabkan aku dah master the art of poker face, aku tak ada reaksi bila ditanya aku kacukan ke tak. Najdee masih merenung aku namun kemudian senyuman dia muncul.

' aku dah nampak dah, kau punya mata dengan kening ala-ala Asia barat, mata kucing'

" seriuslah?" tanyaku teruja.

' serius, kawan aku pun ada mata macam kau, dia tak ada kacukan juga, jadi tak mustahil,' aku tersenyum mendengar dia kata begitu. Terasa istimewa diberitahu mata aku macam mata orang Asia barat.

" Kau nak kata aku cantikkan sebenarnya?" aku cuba mengusik dia.

" cantik, kau memang cantik," dia merenung aku sambil memberi jawapan jujur dia, tapi jawapan dia buatkan aku terdiam. Aku main-main je tanya tu, dia ni betul ke tak?

Telinga aku disebalik tudung memerah. Lama kami begitu sehinggalah,

" Assalamualaikum kakak, nak tanya?" seorang budak perempuan di situ tiba-tiba menegur aku menghentikan suasana tadi. Telefon aku terus ditutup laju mengelak dia nampak kelibat Najdee di telefon aku.

" Ah... Waalaikumussalam, kenapa ya?"

" kakak, kami ada promosi jualan tumbuhan dekat bawah untuk tingkatkan kesedaran tentang alam sekitar, kalau tak keberatan saya nak ajak akak ikut serta?"

" Owh...erm...kakak tak pastilah," aku memerhati kotak di tangan aku. Baru teringatkan yang aku kena selesaikan kotak ni. Sibuk aku berborak dengan Najdee sampai terlupa untuk menyelesaikan code di kotak itu.

" Saya cuba ajak kak sebab kami perlukan pelanggan, boleh kakak tolong?" aku menjadi sedikit janggal. Mata aku liar memerhati sekeliling.

Tak ada orang lain selain aku di situ yang nampak tak sibuk.

Alamak...budak ni minta tolong.

" Kalau kakak tak boleh tak apa, terima kasih kak..." aku serba salah melihat dia seperti kecewa dengan aku.

Ah, kotak ni nanti-nanti boleh.

" okay boleh. Tapi sampai pukul berapa gerai adik buka? Sebab akak nak susun masa akak balik,"

" sampai petang ni!" budak itu tersenyum gembira.

Tak apa Mayaa...kau buat amal jariyah hari ni.

" Okay, nanti petang sikit akak datang,"






Noted;
Malas nak buat scene dalam escape room tu, nanti panjang sangat.

Continue lendo

Você também vai gostar

1.3M 69.6K 59
𝐒𝐜𝐞𝐧𝐭 𝐨𝐟 𝐋𝐨𝐯𝐞〢𝐁𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 〈𝐛𝐨𝐨𝐤 1〉 𝑶𝒑𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒆𝒔 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...
857K 27.7K 69
"Real lifeမှာ စကေးကြမ်းလွန်းတဲ့ စနိုက်ကြော်ဆိုတာမရှိဘူး ပျော်ဝင်သွားတဲ့ယောကျာ်းဆိုတာပဲရှိတယ်" "ခေါင်းလေးပဲညိတ်ပေး Bae မင်းငြီးငွေ့ရလောက်အောင်အထိ ငါချ...
1.7M 127K 45
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
488K 14.3K 61
Silent, unforgiving and strikingly gorgeous, Rylan Parker is a cold-hearted businessman. An intimidating CEO, perfectly fitted in tailored suits and...