Captain Luth Haiyyan (NEW VER...

By syza_ra

1.4M 61.5K 4K

*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan... More

New Update
CLH 1
CLH 2
CLH 3
CLH 4
CLH 5
CLH 6
CLH 7
CLH 8
CLH 9
CLH 10
CLH 11
CLH 12
CLH 13
CLH 14
CLH 15
CLH 16
CLH 17
CLH 18
CLH 19
CLH 20
CLH 21
CLH 22
CLH 23
CLH 24
CLH 25
CLH 26
CLH 27
CLH 28
CLH 29
CLH 30
CLH 31
CLH 32
CLH 33
CLH 34
CLH 35
CLH 36
CLH 37
CLH 38
CLH 39
CLH 40
CLH 41
CLH 42
CLH 43
CLH 44
CLH 45 (NV)
CLH 46 (NV)
CLH 47 (NV)
CLH 48 (NV)
CLH 49 (NV)
CLH 50 (NV)
CLH 51 (NV)
CLH 52 (NV)
CLH 53 (NV)
CLH 54 (NV)
CLH 55 (END)
Special Chapter (RAYA)
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 1
Special Chapter (KEMERDEKAAN) 2

Special Chapter (RAMADAN)

7.9K 367 4
By syza_ra


"MUHAMMAD Luth Ammar kan ayah dah pesan tadi jangan lari" Luth menegur anaknya yang berlari masuk ke dalam mall

Aaira yang melihat Luth mengejar Ammar ke sana sini tersenyum sendiri.

Harini mereka keluar membeli barang dapur untuk membuat persiapan bagi menyambut bulan ramadhan pada esok hari

Aaira berjalan untuk menyaingi langkah suami dan anaknya selepas Luth berjaya mengendong Ammar.

Macam itu la perangai anak sulung mereka bila dah dapat kaki, baru 1 tahun 7 bulan tapi aktif Ammar lain macam sampai dia dan Luth penat melayan keranah anak mereka tapi bila Ammar tak ada di rumah kalau mama dan papa Aaira bawa ke kuala lumpur, mereka rasa sunyi pula

"sayang menungkan apa, dari tadi abang panggil tapi sayang tak dengar" terhenti lamunan Aaira bila ditegur Luth

"heheheh...sorry abang, Aaira berangan pula" Luth tersenyum

nasib baik isteri.

"abang minta tolong Aaira ambilkan troli dekat sana sebab abang tengah dukung Ammar" ulang Luth

"ouhh... kejap saya ambil" Aaira berjalan ke arah tempat letak troli dan mengambil sebuah troli untuk mereka mengisi barang dapur nanti.

Ammar yang masih dalam dukungan Luth meronta ronta mahu turun

"ya ayah turunkan tapi kena pegang tangan, dekat sini ramai" pesan Luth pada anaknya.

Ammar yang seakan akan faham memegang tangan ayahnya, dia tersenyum senang

"sayang nak cari apa? biar abang tolong" Luth menawarkan diri untuk membantu Aaira mencari barang dapur

"tolong carikan saya tepung dengan gula" Luth mengangguk

"okay kejap lagi abang datang sini balik, sayang jangan pergi mana mana" pesan Luth

"iya" Aaira tersenyum, dulu pernah terjadi dia suruh Luth ambilkan barang dan bila Luth sampai hanya troli sahaja yang ada Aaira dan Ammar hilang.

Puas Luth cari di sekitar situ rupa rupanya Aaira pergi mengambil kicap sambil mengendong Ammar, muka Luth masa tu jangan cakap, riak risau di wajahnya nampak ketara sampai berpeluh peluh dalam pasaraya tu walaupun ada aircond.

Sejak itu setiap kali keluar beli barang dapur Luth akan pesan siap siap dekat Aaira supaya jangan pergi mana mana dan tunggu di tempat yang sama.

Satu jam kemudian mereka ke kaunter untuk membuat pembayaran,
penuh satu troli dengan barang barang keperluan dapur serta pampers dan susu untuk Ammar.

Selesai sahaja membuat pembayaran Luth bertanya pada Aaira "sayang nak makan tengah hari dekat mana?"

"ermmm dekat food court je la abang, Aaira nak makan nasi ayam black paper dekat sana" Luth membalas dengan anggukkan, mereka bertiga terus menuju ke food court di tingkat satu l.

Aaira dan Ammar menunggu di meja manakala Luth memesan makanan untuk mereka bertiga.

Aaira rasa beruntung kerana mendapat suami seperti Luth, lelaki itu banyak memberikan kerjasama dalam perihal rumah tangga macam sekarang Aaira duduk dan menjaga Ammar.

Luth pula pergi membeli makanan, memang itulah rutin mereka kalau makan di luar.

Akhirnya semua pesanan yang dipesan oleh Luth sudah terhidang di depan mata.

Aaira orang pertama yang akan makan manakala Luth pula menyuap Ammar bubur yang di pesan. Selepas Aaira selesai makan, mereka bertukar posisi Aaira pula yang menyuapkan Ammar bubur dan giliran Luth pula yang mengisi perut

"sayang ada nak pergi mana mana lagi tak?" soal Luth.

Aaira menggeleng kepala "tak ada kita balik terus la abang"

Luth menghidupkan enjin keretanya dan keluar dari pasaraya untuk pulang ke rumah












JAM loceng di telefon Aaira berbunyi menandakan masuk jam 4.40 pagi,
dia bangun ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi.

Keluar sahaja dari bilik air dia lihat Luth dan Ammar sedang nyenyak tidur di atas katil.

Dia mencium dahi Ammar sebelum turun ke dapur untuk memasak.

35 minit berperang di dapur akhirnya siap menu sahur mereka, sambal udang bersama kangkung goreng belacan dan telur dadar.

Baru saja dia ingin naik ke atas untuk mengejutkan Luth, suaminya telah turun bersama dengan Ammar

"ehh anak mama awalnya bangun, nak sahur dengan mama dan ayah sekali ya" Aaira mengagah si kecil.

Ammar tersenyum apabila di agah Aaira

"sedapnya sayang masak" Luth melihat menu yang ada di atas meja

"simple je abang, dah jom kita makan nanti tak sempat pula" Aaira sendukkan nasi ke dalam pinggannya dan Luth.

Ammar pula Luth dudukkan di dalam kerusi bayi dan anaknya leka bermain kereta mainan.

Mereka berdua makan dalam keadaan tenang












"HI doktor Aaira macam mana hari pertama puasa" Syafiqah menegur Aaira dari belakang

"alhamdullilah okay, kau?" Syafiqah tersenyum

"biasa lah Inayah tu mana nak bagi aku dengan Arshad makan dengan tenang pagi tadi, apa kitaorang makan semua dia nak" cerita Iqa tentang kerenah anak perempuannya yang baru berusia 1 tahun 1 bulan

"eee... geram aku dengar cerita budak comel tu harini kita berbuka sama sama nak?" cadang Aaira

"ha boleh juga tu, kau dah bagitahu Luth?" Aaira menggeleng

"aku baru rancang tadi" kata Aaira

"kalau macam tu kau call la Luth, aku pun nak call Arshad sekejap, senang la aku tak payah masak harini" teruja Syafiqah












SEPERTI yang dijanjikan mereka semua berbuka di restoran kegemaran Aaira dan Syafiqah.

Masuk sahaja azan maghrib mereka semua mula membaca doa, menu yang terhidang di depan mata nampak menyelerakan ada ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, ayam paprik dan sotong goreng tepung.

Mereka makan seperti biasa sambil berbual sesekali melayan kerenah Ammar dan Inayah yang kadang kadang mencuit perhatian

"Inayah nak adik baru ke?" tanya Aaira saja nak mengenakan Syafiqah dan Arshad.

Inayah tersenyum seakan memberi respon "kau tengok ni Iqa dia dah senyum maknanya dia nak la tu"

"wah wah kau Aaira ingat aku ni kilang anak, Inayah ni baru setahun biar la dia manja manja dengan umi dan abi dia dulu" Syafiqah menolak usikan Aaira sekeras kerasnya

"kau tu cakap aku, Ammar pun dah setahun lebih bila lagi dia nak merasa adik" balas Syafiqah

"inshaallah tak lama lagi" Aaira membalas dengan usikan juga

"wahhh yeke tak lama lagi merasa la Ammar adik" usik Arshad.

Luth memandang Aaira, dia tahu Aaira bergurau, mereka dah berbincang kalau boleh nak Ammar umur 2 atau 3 tahun baru mereka merancang untuk menambah anak.








SEDAR tak sedar sudah 24 hari mereka berpuasa.

Tahun ni Aaira dan Luth bakal beraya bersama keluarga di sebelah Aaira, kerana tahun lepas mereka beraya di rumah ibu Luth jadi tahun ni hari pertama raya mereka akan beraya di kuala lumpur.

Syafiqah dan Arshad juga bakal beraya bersama mereka sekali kerana kedua dua orang tua mereka akan bersama sama menunaikan haji.

Tahun lepas mama dan papa Aaira yang ke sana tapi tahun ni rezeki orang tua Syafiqah dan orang tua Arshad.

Nama mereka sama sama naik untuk menunaikan haji jadi Syafiqah dan Arshad beraya bersama mereka.

Itu pun puas Aaira pujuk sebab dia dah anggap Syafiqah dan Arshad seperti keluarga begitu juga dengan papa dan mama.

Aarif tahun ni beraya bersama dengan mertuanya di kedah.

Abangnya itu baru mendirikan rumah tangga enam bulan lepas bersama dengan seorang peguam juga.

Pertemuan mereka di makamah setahun yang lepas, puas juga la abangnya nak tarik perhatian kak Shura akhirnya cair juga hati kakak iparnya dengan ayat manis seorang Aarif Naqif.

Hari ni Aaira dan Syafiqah keluar untuk membeli baju raya bersama dengan anak anak mereka.

Luth dan Arshad sama sama duty jadi mereka tak dapat turut serta

"ha Aaira baju ni cantik tak untuk aku?" tanya Syafiqah.

Aaira memusingkan tubuhnya dia melihat baju yang Syafiqah tunjukkan baju kurung moden bewarna marron

"sesuai la untuk kau Iqa, cantik" puji Aaira

"kalau macak tu aku ambil yang ini je la" katanya.

Selesai membeli baju mereka termasuk lah baju anak dan suami masing masing,mereka singgah di bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa kerana masing masing malas nak masak. Lagi lagi bila dah masuk hujung ramadan.

Mereka pulang ke rumah Aaira untuk berbuka bersama sama.

Baru tadi Luth telefon katanya dia dan Arshad tak sempat nak berbuka bersama sama dengan mereka.

Nasib baik juadah berbuka yang mereka beli tak banyak walaupun tadi nafsu masing masing membuak bila nampak makanan sedap.

Jadi Aaira dan Syafiqah berbuka bersama sama dengan Inayah dan Ammar.





Ini special chapter yang lama tapi syza akan buat penambahan untuk special chapter tapi nak tunggu 1M dulu la😂👋🏻🏃🏻‍♀️

Continue Reading

You'll Also Like

5.3K 538 21
⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇ ➷ KNOWN AS HIS FAVORITE COMFORT PLACE [𝒜𝓏𝒶 𝒬𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝓍 𝒩𝓊𝓇𝒶𝒾𝓃 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶] ❝I will always protect you untill my last breath.❞ Ci...
801K 41.9K 67
Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang pendiam dan lebih gemar memendam rasa. ...
51.3K 1.4K 34
New version ! HAURA KHUMAIRA & AIDEN ElHAQ START : 2.12.2023 END : 7.5.2024
18.5K 1.7K 42
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...