Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
24
25
26
27
28
29
30

23

9 3 0
By MeIsDoremi

" air laut itu masin,
mampu layarkan bahtera,
Bahtera jati atau besi,

Air mata itu masin,
Apa pula layarannya?
Ya, layarannya sebuah kesakitan,
Kesakitan alami atau hati,"

@@@

" How?" kamera depan dibuka dan Najdee berdiri di belakang aku. Aku menunjuk kad nombor Syazleen yang aku dapat tadi dengan bangganya.

' eleh, kata tak tahu berlakon. Bukan main kau kutuk aku tadi. Betul-betul mendalami karakter,' aku tergelak kecil dengan kenyataan benar itu.

" Well, miss tunang bidan terjun, aku rasa aku slay sangat tadi. Sekarang baru aku nak tanya. Apa tujuan kau minta aku jadi tunang kau sebenarnya? Aku tak faham kalau kau setakat nak minta kad jemputan dari Syazleen tu,"

' sebabnya ialah kau tak akan dapat jemputan tu kalau kau tak berkaitan dengan aku. Syazleen orangnya sombong, tak pandang kalau orang tu tak kena dekat mata dia. Sebab tu awal-awal kau tegur dia pakai nama penuh dia macam di provokasi, tapi lepas dia tahu kau tunang aku terus dia terdiam. She admire me as someone higher than her. Sebab aku buli dia dulu,' dengan bangganya Najdee membuka aibnya sendiri.

" Wow, jadi sekarang aku dikenali sebagai tunang pembulilah ni?"

' tunang palsu, ke nak jadi tunang betul?'

" Eww, tak nak! Macam mana roh nak tanggung aku. Kalau kau dah sedar baru aku berkira-kira balik,"

' Ha! Ungkit lagi pasal aku roh. Nanti aku suruh abah datang meminang kau baru tahu!'

" Pft! Abah nak ke menantu macam aku? Lagi satu, kau tu yakin ke nak dekat aku. Ke main-main cakap je," geram pula dengar ayat dia, dia ingat bagi harapan dekat orang tu elok. Kalau boleh tunaikan tak apalah juga. Ni kalau ada kejutan mahu aku yang terduduk terngadah.

' Mayaa, jangan macam tu. Aku gurau je ni. Kau jangan merajuk sampai tak bercakap dengan aku,'

" Tak, aku cakap je. Bagi peringatan. Ni ada soalan lagi. Jemputan dari Syazleen ni untuk apa?"

' Masa aku periksa bilik Syazleen, aku perasan ada tanda-tanda dari kumpulan Iblis. Tapi hubungan Syazleen dengan Iblis masih samar-samar. Aku nak periksa Syazleen punya hubungan sosial sekeliling dia,'

" okay, faham. Lepas tu kalau aku dapat pergi aku kena bagitahu Salwa selalulah kan?"

' kau kena heret Salwa, sebab dia je boleh lindung kau kalau jadi apa-apa waktu dalam majlis Syazleen. Cubalah pujuk Salwa sebab Salwa tak suka si Syazleen tu,' ah sudah! Satu hal lagi nak kena pujuk orang.

" Yang tu nantilah fikir,"

"Owh, kereta dengan pemandu dah sampai," aku menamatkan perbualan dan menyimpan telefon aku saat kereta Mercedes Benz yang aku tempah bersama pemandu upahan berhenti di hadapan aku.

Pemandu itu keluar dan membukakan pintu untuk aku. Entah kenapa aku rasa dihargai oleh pemandu itu padahal dia dibayar, mungkin sebab pakai duit Najdee kot. Nikmat pekerja tak berduit dibayar penganggur berduit. Saja nak ungkit sebab aku tak puas hati lagi kenapa dia menganggur.

Kalau ada yang tertanya kenapa malam ni tak pakai kereta Proton tu, sebabnya Najdee tak bagi, dia kata kena sewa kereta orang kaya sebab takut masih ada mata orang hotel yang bergosip.

" cik nak pergi mana?" tanya pemandu itu. Aku melihat waktu di telefon aku.

10.30

Sempat lagi ni, Melaka mesti ada restoran buka lagi. Aku memujuk diri dengan rasa risau semua restoran sudah tutup.

" kita pergi Jasin encik, cari restoran sedap sana, teringin asam pedas pula." arahku pada pemandu itu dan kereta itu terus meluncur laju ke jalan raya. Asam pedas Melaka katanya sedap. Tapi haizz, kalau tak ada asam pedas malam ni kita tengok esok-esok jelah. Tapi aku terliur asam pedas kari kambing!

" cik nak asam pedas, tapi restoran kadang-kadang banyak dah tutup kalau pukul sebelas. Macam mana tu cik?"

" Kalau tak ada kita pergi kedai biasa saja, saya nak makan malam," jawabku redha. Asam pedas aku...

@@@

Setibanya di hadapan restoran aku tersenyum sampai ke telinga. Mana tak nya terpampang besar tulisan asam pedas di papan tanda hadapan restoran itu. Tambah pakej kedainya tepi pantai.

" Encik, ni duit untuk encik pergi merayau mana-mana dulu, dalam satu jam lebih atau kurang saya panggil encik ambil saya," beberapa helaian kertas bernilai lima puluh setiap satu aku hulur.

" Eh, tak apalah cik, saya buat kerja saya je,"

" Lah...bukan sebab kerja. Sebab saya nak bagi, supaya encik hilang bosan. Terima kasih gigih cari kedai macam ni juga untuk saya. Encik ambillah," aku terus mencampak duit itu di atas kerusi penumpang hadapan dan terus berlari memasuki ke restoran. Pemandu itu terpinga-pinga melihat telatah aku dan akhirnya tergelak kecil.

" Tak sangka ada lagi budak baik macam dia," pemandu itu mengambil duit yang sudah berada di kerusi dan meletakkan duit itu di laci kereta.

" Alhamdulillah, ada juga rezeki lebih untuk hari jadi kau anak lelaki aku," gumamnya sendiri sebelum menuju keluar dari perkarangan restoran itu.

@@@

Ssttt!!!

Aku mengambil bau-bau asap dari kuah asam pedas di hadapan aku. Ya Allah, kalau pergi Melaka tak cuba asam pedas tak sah. Esok hari berat, hari ni kita seronok dulu.

Sudu diambil dengan gopoh. Bismillah dibaca laju dan terus kuah itu aku suap bersama nasi ke dalam mulut. Kempunan sebab aku tak pandai masak asam pedas sendiri. Masak tak sesedap orang Melaka dengan Johor buat.

" Ermmm! Sedapnya!" Aku membuka telefon aku dan disandarkan ke bekas tisu.

" Najdee, tengok aku mukbang. Sedap sangat!"

' sedap?' Dia bertanya dan aku mengangguk laju sebagai respon.

' aku pandai masak asam pedas, resepi rahsia arwah Ummi aku. Sepanjang aku pergi Melaka dengan Johor, tak pernah lagilah rasa makanannya dapat kalahkan rasa masakan Ummi aku,'

" Iya? Teringin pula nak rasa masakan Ummi kau,"

' aku ada, nanti aku masakkan lah untuk kau,'

" hmm...lambat lagilah jawabnya," aku merungut.

" Salwa pandai masak?"

' tak, biasanya dia suruh aku atau abang long yang masakkan untuk dia. Waktu Ummi ada dah berbuih mulut suruh dia belajar masak tapi dia kata dia tak nak. Abah pula jadi daddy girl,'

Aku tergelak. Nampaklah daddy girl tu. Mana taknya bukan main 'littiew bunniew' depan aku yang tak ada kena mengena dengan keluarga dia. Aku menyuap makanan aku lagi.

" Kedai ni tepi pantai, nanti kita jalan-jalan tau," ajak aku dan Najdee hanya diam tersenyum sebagai jawapan.

' Adik kau, aku tak pernah nampak. Kau ada gambar? Tak minta tunjuk sekaranglah. Nanti-nanti boleh,'

" ada gambar waktu dia kecil je. Gambar waktu dia besar semua tak sempat cuci. Lepas external hard disc tu hilang tak tahu dekat mana. Tercari-cari jugalah sampai sekarang,"

' faham, nanti dah jumpa bagitahu aku. Aku nak tengok juga,'

" no problem,"

" Dah siap makan, alhamdulillah, sedap... Nanti kau belanja aku masakan kau pula tau jangan lupa,"

' untuk kau aku tak lupa, dah jom pergi pantai,' aku melihat pantai di sisi restoran itu dengan bunyi hempasan ombak dan deruan angin.

Aku tersengih dan menuju kaunter untuk membayar bil. Selesai membayar bil aku berjalan di sisi pantai di temani roh manusia yang aku tak sangka sampai sekarang dia ada di sisi aku.

" Najdee, nantikan kalau kau dah sedar kau terlupa tentang aku macam mana?"

'Salwa ada, kau sepakat dengan dia cakap dekat aku yang aku hutang kau. Sebab tu aku kenalkan Salwa dengan kau,' aku mengangguk. Waktu itu aku terpandang bulan yang masih separa.

" kau tahu ada satu cerita aku pernah dengar, ada seorang lelaki ni dia sayang sangat dekat isteri dia, jadi untuk puji isteri dia dia cakap telah jatuhlah talak tiga sekiranya bulan itu lebih cantik dari kau isteri. Isteri tu yang dengar ayat tu terus terkejut dan selubung auratnya,"

' kenapa?'

" Si isteri ni balas yang tak mungkin dia lebih cantik dari bulan maka talak tu jatuh. Lelaki ni cuak jadi dia jumpa khalifah waktu tu untuk berbincang dengan para ulama. Waktu habis berbincang semua ulama sepakat berkata yang talak itu telah jatuh. Tapi ada satu ulama yang berdiam diri,"

' mesti ulama ni sedar sesuatukan?'

" mhmm, ulama ni petik ayat quran bila dia ditanya khalifah kenapa dia diam. Ayat tu bermaksud dan telah aku ciptakan manusia dengan sebaik-baiknya ciptaan. Jadi hujah dia ialah manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan nak dibandingkan dari ciptaan Allah yang lain. Jadi betullah manusia itu lebih cantik dari bulan maka talak itu tidak jatuh,"

' okay, input yang baik. Kita adalah sebaik-baik ciptaan,'

" jadi kesimpulannya aku sebenarnya cantik, manusia je yang buta nak pandang kecantikan aku. Sebab kecantikan aku terlalu menyilaukan sebab manusia pandang bulan pun dah silau," aku angkat bakul sendiri dan Najdee mencebik bibir.

' ingatkan apalah tadi cerita dia, nak puji diri sendiri rupanya. Dahlah... Malas layan,' Najdee memutarkan biji matanya tanda menyampah.

" tapi kan, aku perasan dari cerita ni. Manusia mudah jadi bodoh kerana cinta. Dia culas dan kurang berhati-hati walhal dia cinta. Itu kalau ulama satu tu tak ada hujahnya, memang dia dah bercerai menangis tepi tangga,"

' setuju, manusia bodoh akibat cinta. Tapi kalau aku jadi isteri tu aku bahagia tahu yang suami aku sanggup ambil risiko sebesar itu untuk buktikan cinta dia. Siapa yang sanggup buat perkara sebesar tu,' mata Najdee melihat ke mata aku menembusi lensa kamera aku. Sekali lagi ia menjadi asbab aku terkedu.

" I hope there will be one for each of us,"

' aamin,' Najdee berjalan di hadapan aku dan tubuhnya semakin kecil di skrin aku. Semakin jauh dan semakin jauh.

" I hope so..."

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 138K 46
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
292K 33.7K 84
#Book-2 of Hidden Marriage Series. πŸ”₯❀️ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
4.1M 170K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
602K 49.7K 24
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...