HER BEAUTIFUL CONSOLATION - C

By snowdreamm

800K 41.7K 1.8K

Status: complete Zuha Munirah x Zuhayr Muqri [Karya ketiga dari snowdreamm] Zuha Munirah, seorang gadis yang... More

Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
Epilog
His Beautiful Consolation 1
His Beautiful Consolation 2
His Beautiful Consolation 3
His Beautiful Consolation 4
His Beautiful Consolation 5
His Beautiful Consolation 6 - Final

48

11.2K 604 29
By snowdreamm

"Okay, dah siap."

Zuha membuang kapas yang telah dicemari dengan darah dan cecair antiseptik ke dalam bakul sampah. Dia baru sahaja selesai mencuci luka di dahi Zuhayr akibat kemalangan ngeri tempoh hari. Selain tulang tangan kanannya retak dan mengalami kecederaan bahagian dalam kepala, dahinya juga turut menerima empat jahitan akibat tertusuk serpihan cermin.

Zuhayr hanya mendiamkan diri. Anak matanya tunak memerhatikan gerak geri isteri yang sedang membersihkan peralatan yang telah digunakan sebentar tadi.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Zuha menjuihkan bibir sekilas. Ingat dia tak perasan ke Zuhayr pandang dia dari tadi macam nak tembus?

Zuhayr tersentak kecil namun dia segera berdehem. Tak sangka pula isterinya perasan. Tapi apasal bekeng betul isterinya ni? Selalunya asyik nak menangis aje.

"Bekeng betul." Zuhayr menggumam perlahan.

"Aik? Faham pulak awak maksud bekeng?"

'Dah kahwin dengan orang Terengganu mestilah faham...' desis hati kecil Zuhayr.

Zuha memutarkan bebola mata apabila soalannya diabaikan. Hmm, ini amnesia sekali dengan pakej pekak campur bisu ke? Orang tanya satu patah pun tak berjawab.

"Awak ada nak apa-apa lagi ke?" soal Zuha lagi. Kelopak mata dah mula memberat sejak dari tadi sedangkan baru pukul sebelas setengah pagi. Sejak akhir-akhir ni memang dia asyik mengantuk dan keletihan. Nak tak nak tidur aje lah jawabnya.

"Err, tak ada." jawab Zuhayr, ringkas. Dia kemudian mengambil iPad miliknya lalu bersandar di kepala katil untuk menyiapkan kerja yang tertangguh.

Zuha hanya tayang wajah cemberut. Sakit macam tu pun masih lagi menghadap kerja. Eh, boleh pula ingat kerja tu. Isteri sendiri siap dilupakan. Apa jenis amnesia entah sampai pilih kasih macam ni?

Sudahlah. Baik dia tidur dari memikirkan semua itu. Lantas tubuh dipusingkan lalu Zuha menapak ke arah sofa yang tak berapa empuk itu. Biarlah tak empuk pun asalkan dapat baring. Badannya pun sudah mula terasa lenguh semacam seperti baru lepas buat kerja berat.

"Nak tidur ke?" soal Zuhayr tapi anak matanya masih setia melihat skrin iPad.

"Emm..." balas Zuha lalu labuhkan duduk di atas sofa.

Zuhayr mengesot sedikit ke tepi katil. Walaupun katil tu tak adalah besar mana tapi setakat nak baring diorang suami isteri tu muat aje. Zuha tu pun badannya kecil tapi cuma akhir-akhir ni je badannya dah mula nampak berisi.

"Mari tidur sini. Sofa tu untuk orang duduk. Kesian orang yang datang melawat nanti tak ada tempat duduk."

"Tak apa. Saya tidur sekejap aje. Nanti kalau ada orang datang, saya bangunlah."

Zuhayr senyum kelat. Bila dia nampak Zuha seperti tiada tanda-tanda untuk mematuhi arahannya, mulalah dia rasa nak guna kuasa veto dia sebagai seorang suami.

"Zuha Munirah, awak kata awak isteri saya. Bukankah seorang isteri sepatutnya taat dengan suaminya?"

Zuha yang baru sahaja ingin melelapkan mata, terus bangun dari pembaringannya. Eh, geram betul dengan mamat ni. Pandai pula guna kuasa veto waktu hilang ingatan macam ni.

"Katil tu sempitlah. Saya tak nak jatuh tergolek nanti. Kesian..." Zuha tiba-tiba senyap membuatkan Zuhayr berasa hairan.

"Kesian apa?" soal Zuhayr sambil menjungkitkan sebelah kening.

Zuha lantas menggeleng. Malas hendak menjawab soalan Zuhayr. Kalau cakap pun bukan ada gunanya.

"Sinilah. Tidur sini. Muat ajelah katil ni untuk kita berdua. Nanti kalau nurse datang saya kejutlah awak." ujar Zuhayr lagi.

Zuhayr masih lagi tidak berputus asa menyuruh isterinya untuk tidur di atas katil ini. Siap tepuk bantal macam dia pula yang nak tidur. Wajah Zuha dipandang sambil mengisyaratkan isterinya agar tetap baring di sebelahnya.

Zuha berdecit. Malas nak panjangkan cerita, dia terus melangkah ke arah katil walaupun dadanya sekarang ni dah mula berdebar-debar macam awal-awal kahwin dulu.

Nervous dengan suami sendiri.

"Tidur sini." Zuhayr mendepakan tangan kiri lalu diletakkan ke atas katil. Dia pula dah elok bersandar di kepala katil sambil berlapikkan bantal tadi.

"Banyak songeh la awak ni. Kalau lengan awak lenguh jangan salahkan saya, eh? Dahlah sebelah lagi tak function."

Zuhayr hanya tersengih bila mendengar leteran Zuha. Rasanya belum pernah lagi dia merungut lepas setiap kali wanita itu baring berbantalkan lengannya. Rasa bahagia lagi adalah.

"Dahlah. Tidur aje. Mata awak dah kuyu sangat tu."

Zuha lantas memejamkan mata. Tak sampai beberapa saat, Zuha membuka matanya kembali membuatkan Zuhayr menjungkitkan kedua keningnya.

"Awak memang tak ingat langsung pasal saya?" soal Zuha dengan suara yang seakan-akan bergetar. Dalam diam dia sedang menahan rasa dan berharap agar masih ada secebis memori tentangnya dalam ingatan lelaki itu.

Dada Zuhayr mula terasa sesak ketika mendengar soalan yang terpacul keluar dari mulut isterinya itu. 

Nafas dihela panjang.

"Tidurlah. Kejap lagi saya kejutkan awak."

Zuha mengukirkan senyuman kelat. Harapan dan angan-angannya tadi berkecai sebaik sahaja mendengar jawapan lelaki ini. Salahnya juga kerana terlalu berharap.

Wanita itu memejamkan semula matanya. Tak sampai beberapa minit, terdengar dengkuran halus dari Zuha. Zuhayr tergelak kecil. Cepat juga isterinya ni lena.

Wajah Zuha yang sedang lena itu ditatap dengan penuh senyuman. Mata yang sedang tertutup itu nampak jelas sembabnya, menandakan wanita itu sudah terlalu banyak menangis. Wajahnya walaupun dihiasi dengan mata panda tetapi tetap nampak manis di mata Zuhayr. Bibir mungil itu pula kelihatan kering dan punya rekahan kecil. Mungkin kerana kurang minum air agaknya.

Zuhayr menundukkan kepalanya lalu melabuhkan sebuah kucupan di atas ubun-ubun isterinya. Dia kemudian mengemaskan pelukan mereka berdua bagi memberi keselesaan kepada Zuha.

Tiba-tiba, Zuha mengiring lalu tangannya memeluk pinggang lelaki itu. Mulutnya seakan berkata sesuatu namun ianya tidak jelas di pendengaran milik Zuhayr.

"Dalam tidur pun membebel lagi."

Zuhayr mencium sekilas kening Zuha. Niat untuk menyambung kerjanya diabaikan. Zuhayr kemudian turut melelapkan mata di samping isterinya.


Zuha mencelikkan mata perlahan-lahan apabila dia merasakan seperti ada yang sedang memerhatikan dirinya.

Terbuntang kedua belah mata Zuha sebaik sahaja dia melihat terdapat dua orang nurse yang sedang berdiri di hujung katil sambil tersenyum sipu.

"Err, Zuhayr. Bangun."

Zuha menepuk-nepuk lengan sasa Zuhayr bagi mengejutkan lelaki itu dari lenanya. Ish, dia ni pun sibuk juga nak tidur sama!

"Ada apa?" soal Zuhayr sambil terpisat-pisat mencelikkan mata. Matanya serta-merta terbuntang luas apabila melihat dua orang jururawat tersebut. Tak sangka pula dia boleh terlajak tidur sedangkan niatnya hanya hendak melelapkan mata sebentar.

"Oh, nurse. Nak check up eh?"

Zuhayr berdehem perlahan sambil menggaru kening bagi menghilangkan rasa janggal. Manakala Zuha awal-awal lagi sudah turun dari katil lalu melangkah keluar dari bilik wad tersebut.

"Err, sorry ganggu Encik Zuhayr tapi boleh kami mulakan sekarang?" soal salah seorang jururawat tersebut.

Lelaki itu hanya mengangguk sambil tayang riak muka kosong. Lebih kepada hendak mengawal rasa malu sebenarnya. Boleh pula dia terlajak tidur sampaikan dia tidak menyedari akan kehadiran jururawat itu. 

Di luar bilik pula, Zuha bersandar di dinding sambil menekup wajahnya. Malunya tak payah ceritalah. Muka ni dah rasa macam terbakar. Mungkin dah sampai tahap hangus. Lepas ni dah boleh mula pakai topeng muka sebab bimbang terserempak dengan nurse yang sama nanti.

"Zuha? Buat apa kat luar ni?"

Zuha mendongak. Sebuah senyuman janggal lantas terukir sebaik sahaja dia melihat wajah itu.

"Oh, kak Mia? Nurse tengah buat check up sekejap. Masuklah dulu."

Mia mengukirkan senyuman sambil matanya mengintai Zuhayr dari muka pintu.

"Emm, kalau macam tu akak nak jumpa Zuha dulu. Boleh?"

Zuha teragak-agak untuk menjatuhkan kepalanya tapi apabila melihat wajah Mia yang nampak seperti hendak mengatakan sesuatu kepadanya maka Zuha bersetuju dengan cadangan Mia.

"Kita duduk kat cafe. Selesa sikit."

"Emm, okay."

*****

Zuha menyedut iced americano sambil bebola matanya menerawang ke kiri ke kanan. Kadang-kadang memandang wajah Mia yang hanya diam sejak dari tadi.

Keadaan sekarang memang canggung tahap langit ketujuh kerana kali terakhir mereka berjumpa sewaktu Zuha melarikan diri selepas terdengar perbualan Faris, Mia dan Zuhayr pada malam itu. Tambahan pula, Zuha pun sebenarnya pernah buruk sangka kepada Mia walaupun cuma 0.05% aje.

Hmm, dalam banyak-banyak hari, kenapalah mesti hari ini yang dia perlu bersemuka dengan Mia?

"Zuha sekarang macam mana? Sihat?"

Suara Mia memecahkan kesunyian antara mereka berdua walaupun keadaan cafe sekarang ini agar hingar bingar.

"Alhamdulillah, sihat. Akak?"

"Alhamdulillah, akak pun sama. Dah lama tak jumpa Zuha."

Zuha hanya mengangguk kecil.

"Akak nak minta maaf kalau akak jadi punca korang bergaduh."

Zuha mengemam bibir. Dalam diam dia mengeluh. Dia sebenarnya bukan ada niat hendak mengungkit tentang hubungan Mia dengan Zuhayr. Dia cuma marahkan Zuhayr sebab tuduh dia dan Izham ada hubungan.

Dan ya, Zuha pun rasa menyesal juga sebab tiba-tiba petik nama orang tak bersalah.

"Tak adalah, akak. Kitorang bergaduh bukan sebab akak."

"Actually, Zuhayr busy sejak kebelakangan ni sebab dia banyak tolong akak. Company family husband akak ada dalam masalah. Ayah mertua akak pulak tengah jatuh sakit masa tu. Husband akak sampai buntu tak tahu nak buat apa. Sebab itulah akak terdesak minta tolong dengan suami Zuha. Dia saja yang kami berdua percaya."

Mia jeda sebentar sebelum menyambung bicaranya.

"Dan betullah macam yang Zuhayr cakap tu. Akak dan Zuhayr tak ada apa-apa hubungan special pun dari mula lagi. Kitorang cuma kawan biasa. Dalam hati Zuhayr cuma ada Zuha sorang aje."

Zuha mencebik. Tak puas hati dengan ayat terakhir Mia itu. Kalau betul sayang, tak adanya nak tuduh melulu macam tu. Kalau betul dalam hati Zuhayr cuma ada dia, tak adanya lelaki itu sanggup melupakan dirinya.

Secara tidak langsung, ayat-ayat Mia sebentar tadi Zuha tepis sejauh yang boleh. Dia tidak mahu terlalu berharap kerana tidak ingin menambahkan luka di hati. Cukuplah dengan apa yang sudah terjadi sehingga saat ini.

"Entahlah kak. Sekarang ni pun Zuha tak tahu nak buat apa. Zuha punca dia accident sampai menyebabkan amnesia. Dia pun dah lupakan Zuha. Mungkin itu balasan Zuha agaknya sebab tak hormatkan suami sendiri."

Tiba-tiba tubir mata Zuha terasa hangat. Sebak juga hati ini bila diingatkan semula. Dilupakan suami sendiri saat dia sedang benar-benar memerlukan diri lelaki itu.

Sakitnya hanya tuhan yang tahu.

Mia segera merapatkan kerusi dia ke kerusi Zuha apabila menyedari wajah itu sudah bertukar mendung. Bahu Zuha dirangkul dari tepi.

"Jangan cakap macam tu, Zuha. Semua ni takdir, Mungkin ada hikmahnya yang kita tak nampak sekarang. Jangan salahkan diri Zuha. Zuha tak salah pun. Hmm?" Bahu itu diusap lembut dengan harapan dapat memujuk hati wanita itu walaupun sedikit.

Zuha hanya mengeluh kesal. Apa yang Mia katakan tadi adalah perkara sama yang keluarga mertuanya serta Faris pernah pesan sebelum ini.

Semuanya bercakap perkara yang sama.

"Itu semua takdir."

Walaupun tiada siapa yang menyalahkan dirinya atas apa yang telah berlaku, rasa bersalah itu tetap bersarang dalam diri malah semakin bercambah dari hari ke hari. Kadang kala dia rasa seperti semua orang sedang pandang serong kepada dirinya. Sampaikan Zuha rasa hendak menyembunyikan diri dari pandangan orang sekeliling.

Dan masing-masing juga berpesan kepadanya supaya berlapang dada dengan apa yang telah terjadi.

Bagaimana dia hendak berlapang dada kalau takdir yang terjadi itu semuanya berlaku disebabkan dia?

****

Selesai berbual di cafe, Zuha dan Mia kembali ke bilik wad di mana Zuhayr ditempatkan. Baru sahaja Zuha hendak melangkah masuk, kedengaran suara gelak tawa seorang wanita yang sedang berada di sisi Zuhayr. Zuhayr turut ketawa sama membuatkan hati Zuha mula dipalit dengan rasa cemburu dan sedih dalam pada masa yang sama.

"Siapa tu?" bisik Mia sambil memerhatikan belakang wanita itu.

Mia mula berasa pelik. Setahunya, berita kemalangan Zuhayr hanya diketahui oleh ahli keluarga dan kawan-kawan rapat Zuhayr termasuklah dirinya. Zuhayr cuma dikhabarkan kepada staff yang dia sedang bercuti untuk jangka masa yang lama.

Zuha menggeleng. Dia juga tidak dapat mengecam sosok tubuh yang sedang duduk berdekatan dengan suaminya itu.

Bunyi pintu bilik dikuak dari luar menarik perhatian Zuhayr dan wanita itu menyebabkan keduanya berpaling ke arah muka pintu.

Zuha terkedu seketika sebaik sahaja melihat wajah wanita tersebut.

"Dian?"

Dian tayang sengih sambil melambai ke arah Zuha.

"Hi, Zuha. Long time no see."

— bersambung






:: bekeng : garang




Continue Reading

You'll Also Like

39.9K 3K 61
Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Ba...
5.3K 538 21
⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇ ➷ KNOWN AS HIS FAVORITE COMFORT PLACE [𝒜𝓏𝒶 𝒬𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝓍 𝒩𝓊𝓇𝒶𝒾𝓃 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶] ❝I will always protect you untill my last breath.❞ Ci...
281K 18.4K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
2.9K 155 16
Satu kejadian yang membuatkan diri gadis itu trauma akan alam perkahwinan, setelah 2 tahun mereka berpisah, kini takdir tuhan menemukan mereka semula...