Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

19

9 3 0
By MeIsDoremi

" Ibarat air yang menitik di atas batu yang keras,
di akhirnya batu itu akan melengkuk,
ingin aku lakukan begitu jua,
pada hati yang keras untuk bahagia,"

@@@

Gedebuk!

Bagasi aku di letak ke dalam kereta Proton SUV X90 berwarna hitam. Kereta jenama negara ni boss!

" Semua barang dah masuk belakang! Okay, keadaan kereta semua okay, dan aku yang cantik sudah bersiap," pintu boot kereta aku tutup. Aku berjalan ke sisi kereta dan melihat pantulan tubuh aku di tingkap sisi tersebut.

Dipusingkan-pusingkan tubuh sendiri. Sedikit senyuman comel diberi pada diri sendiri.

Kunci ketiga, kau tunggu aku datang tau!

Aku masuk ke dalam kereta dan melihat Najdee di kerusi sisi aku. Matanya terkatup, riaknya juga kelihatan tenang. Pesakit koma ni hensem betul. Haih, aku ni lemah betul dengan orang hensem. Aku meletakkan kepala aku di stereng kereta dan memerhati Najdee. Senyum aku terukir.

" Aku fikir kau hanya gunakan aku, tapi tak sangka kau layan aku baik sangat, haish... macam mana kalau aku tersuka kau nanti?" aku berbisik sendiri cukup untuk telinga aku saja dengar.

Dia tidur ke?

Aku memutuskan untuk melihat dia lebih dekat bila matanya masih tertutup. Kamera aku didekati padanya dan aku baru perasan di lehernya ada tahi lalat.

" comelnya..." Aku tergelak kecil.

" sekarang aku dah tahu senyum kau datang dari abah kau. Senyum kau cantik dowh,"

Aku tersenyum lagi. Matanya terbuka dan aku terus duduk semula di tempat duduk pemandu dengan laju. Kamera aku terus tutup setelah yakin yang aku tak terkantoi mengintai wajah Najdee.

Ya berharap sangat tak terkantoi, sebab maruah aku perlu dijaga oi. Mana boleh mengaku intai anak teruna orang. Kita anak perempuan, maruah kena jaga!

Tak  kisahlah, yang aku tahu aku tak nak aku tahu reaksi Najdee kalau kantoi sekalipun, nanti malu sendiri. Aku berdehem dan terus memandu ke destinasi aku.

Yup, Melaka! Aku datang!

@@@

Naratif Najdee;

Aku memerhati dari belakang tubuh Mayaa yang sedang berusaha menyimpan semua bagasi dia.

"Banyak betul barang dia, dia ingat kita ni bercuti ke?" Aku mengabaikan dia dan memasuki ke dalam kereta di bahagian belakang penumpang. Aku memerhatinya dalam diam. Dan bagasi akhir dia dihempas sehingga membuatkan kereta sedikit bergegar.

" Astaghfirullahalazim, perempuan ni letak gajah ke dalam beg dia?"

" Semua barang dah masuk belakang! Okay, keadaan kereta semua okay, lampu belakang okay, cermin tingkap belakang pun okay, tayar pun okay dan aku yang cantik pun okay!" aku membulatkan mata saat dia mengungkapkan ayat itu.

" self confident dia mahal be-" Saat dia berpusing-pusing diluar melihat pakaian dia, aku perlahan-lahan terdiam. Ayat aku tergantung.

Selepas itu dia mendekatkan dirinya ke bahagian kereta tepat di hadapan aku, senyum manis dia terbentuk. Aku terpaku seolah masa antara kami berdua terhenti.

Dub!

Lub!

Dub!

Aku mendengar jantung aku berdegup, maksudnya jantung aku yang sedang terbaring di atas katil turut memberi respon. Pipi aku memerah.

Perasaan tu datang lagi... Perasaan yang aku tak boleh ungkap bila tengok Mayaa kali pertama.

Aku setia melihat dia hingga aku tersedar yang dia bergerak ingin menuju ke bahagian tempat duduk pemandu. Laju aku menuju ke tempat duduk penumpang hadapan.

Tak boleh kantoi! Maruah lelaki ni!

Mata aku laju dipejam. Tenang Najdee...tenang...

Kau Naufal Najdee, kau hafal formula calculus macam minum air, kau baca data cosmology macam makan nasi, takkan tenang sikit tak bolehkan? Kau Najdee kot!

Nafas aku turun naik dan akhirnya aku mampu bertenang tepat sewaktu Mayaa di hadapan pintu kereta bahagian pemandu.

Mayaa menaiki kereta dan menghidupkan enjin, sementara menunggu enjin kereta sejuk aku dengar kameranya dibuka.

Ketenangan aku yang aku kecapi berakhir sekelip mata, bila kamera dan muka Mayaa sendiri mendekati aku, nafas aku kaku. Semua yang dia cakap dengan diri sendiri aku dengar!

Aku dah tak tahu apa jadi dekat badan aku kalau aku terus macam ni. Aku mengintai dia sedikit tanpa dia perasan.

Heh, comel...

Tanpa sedar aku terpujinya. Aku tak tahan berpura-pura tidur dengan tingkah Mayaa yang sebegitu dan mata aku dibuka perlahan. Baru aku ingin berpaling kepala dan mengacaunya dia sudah menutup kameranya. Aku terdiam tak berkutik. Dia berdehem dan terus melihat ke hadapan.

Owh, main tipu!

Aku tergamam kemudian tergelak kecil melihat tingkah dia. Ikut kaulah, asal kau bahagia Mayaa.

Tangannya yang masih berbalut aku jeling untuk melihat.

Dari kejadian sebelum ni aku faham dia orang yang jenis berlatih tanpa disuruh, tapi caranya merisaukan aku. Dia tak kisahkan keadaan diri dia sendiri.

Wajah aku didekatkan pada tubuhnya yang tenang memandu untuk melihat tangannya lebih dekat.

" aku tak tahu pula kau jenis work hard," tangannya aku cuba sentuh tapi terhenti separuh jalan.

Sia-sia Najdee... Kau tak boleh angkat tangan dia pun. Fikiran aku menyedarkan betapa tak berguna nya aku tanpa fizikal tubuh.

" Aku minta maaf Mayaa, aku pun tak tahu just why you the chosen one to help me?" aku tertanya melihat dia dengan riak kecewa. Wajahnya aku perhati sepanjang dia memandu.

" Sekarang ni abah dah tahu yang kau boleh nampak aku, aku yakin abah akan tolong kau dalam diam. Aku sendiri perasan abah senang dengan kau, Mayaa. Kau memang pandai ambil hati orangkan?"

Muka dia yang kecil aku amati, mata dia bulat, tangan dia kecil. Semua tentang dia kecil dan nampak seperti jenis orang yang mudah cedera.

Tapi dia punya sikap seolah dia tak kisah dengan kelemahan dia. Mungkin pada dia itu bukan kelemahan, tapi pemangkin supaya dia kekal berusaha lebih dalam setiap perkara yang dia buat.

" Kau tahu Mayaa, aku nak cerita dengan kau, banyak benda. Tapi pergerakan kita terbatas. Ikutkan hati, aku nak buka rahsia aku sebolehnya dan aku nak tahu rahsia kau, apa yang buat kau sedih. Tapi aku tahu, rahsia aku perlu dibuka perlahan-lahan supaya aku tak ganggu emosi kau dan bahayakan kau," dia tiada respon. Aku bercakap dengan dia walaupun aku tahu dia tak dengar. Aku nak tanya dia juga, apa sebenarnya jadi waktu hari kau balik rumah kau...

Aku masih berfikir sampai sekarang, dengan apa yang aku nampak.

"Najdee, aku tahu kau dengar suara aku. Aku cuma nak cakap, tadi tu aku tak intai muka kau tau. Aku cuma....cuma tengok sikit je. Sikit je tau! Kau jangan salah faham. Lagipun adillah sebab kalau aku tak buka kamera aku tak tahu kau buat apa dekat aku." Aku menjulingkan mata aku mendengar ayat dia. Aku tergelak kecil. Suasana sedikit ceri setelah lama dia berdiam diri dan akhirnya dia bersuara.

"Iyalah tu..." aku menjawab juga walaupun tahu dia tidak mendengar.

" Kau tahu, bila aku duduk sini memandu kereta ni, aku rasa sunyi. Tapi aku percaya kau ada dengan aku, aku percaya dengan ayat kau, kau sentiasa ada dengan aku. Dan bila aku percaya, rasa sunyi aku berkurang," ujarnya. Aku faham apa yang dimaksudkan dia, sunyi tu aku rasa selama dua minggu sebelum aku jumpa kau.

" aku pernah cakap dekat kau tak aku ada adik?" soalnya.

" Adik aku umur dia 20 tahun, tahun ni. Kalau tengok dia nampak macam lelaki 20 tahun biasa, badan dia tegap. Sihat tapi dia ada masalah gugup dengan lambat belajar dari dia kecil. Doktor kata boleh sihat tapi sebabkan dia ada kakak yang kurang hebat macam aku, sampai sekarang dia tak baik lagi."

" Sekarang ni aku rasa berat nak tinggalkan dia jauh, tapi aku nak tolong kau juga. Sebab aku nak tolong tau, kau jangan salah faham. Maksudnya kau berhutang dengan aku Najdee," dia setia bercerita dengan senyuman di wajah dan aku setia mendengar di sisinya. Adik lelaki? Sama umur dengan Salwa dengan orang kanan aku, Uzair. Dari apa yang dia cerita, aku nampak yang Mayaa sayang adiknya sangat-sangat.

" Jadi kau jangan rasa bersalah sangat dengan situasi aku, aku orangnya bertanggungjawab. Bila aku dah kata aku akan buat, aku buat,"

Aku perasan sikapnya yang ibarat menyalahkan dirinya sendiri dan mengambil semua beban tanpa ragu-ragu. Kenapa kau kena burukkan keadaan diri kau Mayaa?

" Mayaa, aku ada dengan kau. Kau jangan ambil semua beban seorang. Aku ada..."

" Owh, aku tak sabar nak tidur hotel mahal. Sebab pakai duit orangkan, first time bercuti!" ujarnya sambil menjeling ke arah aku dan gelak kecilnya. Dia layan aku seolah aku wujud di mata dia. Makin aku kenal dia, makin aku tahu dia orang yang baik hati. Orang yang sanggup korbankan keperluan dia demi orang lain.

Apa yang aku boleh buat untuk kau Mayaa?
Aku rasa bersalah. Kalau aku boleh cakap dengan kau sesuka hati aku.... Haish...

Mata aku kembali melihat tingkap kereta hadapan. Suasana kembali hening saat Mayaa tidak lagi berbicara.





Noted;
Thank you in advanced yg spam vote. Moga saya rajin nak publish. Hehe

Continue Reading

You'll Also Like

3M 109K 31
"Stop trying to act like my fiancΓ©e because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
1.5M 137K 46
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
1.4M 35.3K 47
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
305K 17.8K 19
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...