Love Lens [HIATUS]

By MeIsDoremi

803 116 0

Kau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku c... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

17

17 3 0
By MeIsDoremi

"Apa bezanya antara itu dan ini?
Kalau kau masih tak mampu berbuat apa-apa,
biarpun kau diagungkan,
seagung Ilmuwan mahupun Majnun?
Dan pemenang akhirnya yang berbakat"

@@@

Naratif Najdee;

Aku memikirkan segala kemungkinan bahaya yang akan mendatang pada Mayaa.

Iblis...

Organisasi rahsia yang objektifnya langsung tidak diketahui. Tapi mereka dah ganggu aku dari dua tahun lepas. Persoalan kenapa itu hanya boleh diketahui melalui ketuanya sahaja. Tapi ketua dia sangat perahsia.

Aku teringat waktu awal-awal perjalanan aku ke pertemuan dengan Majlis Raja-raja. Aku dapat notifikasi dari email yang tidak diketahui memberi mesej ' let's play with your own software' dan aku cuba cari penghantarnya. Tapi tiada data yang ditemui.

Aku terpaksa batalkan pertemuan aku sebab kesemua barangan dan sampel teknologi aku digodam. Keluarga aku hampir mati semuanya. Uzair, orang kanan aku turut ditarget. Keluarga dia selamat tapi semuanya terlalu bahaya untuk dibiarkan.

Mulanya aku ingatkan ketua dia seorang penggodam tapi bukan. Penggodam yang ditangkap hanya mayat yang dikatakan telah mati setahun lepas. Mana mungkin mayat hidup balik?

Dari situ aku faham, musuh aku bukan calang-calang.

" Orang ni genius, macam kita," ujar Uzair melihat tepat ke mata aku.

" kau tahu kan genius ni ada banyak jenis, aku genius lain dari kau. Macam tu juga dia, dia genius manipulasi sesuatu," aku melihat mayat yang dibawa pergi dari markas tersebut. Logo harimau yang diconteng di pergelangan tangan lelaki itu sempat aku kilas.

" Aku tak boleh kerja, tawaran kerja tu aku perlu tolak. Aku kena sorokkan diri aku Uzair, kalau tak dia akan target keluarga aku,"

" Abang dengan Salwa adik kau tak marah?"

" Dia akan marah, tapi kita tak tahu motif orang ni jadi ni jalan terbaik lepas aku berkira-kira, kau pula kakak kau macam mana?"

" dia masih tak tahu aku kerja macam ni, dia pun tak tahu yang barang dia guna tu hampir kena godam dan meletup. Kalau aku tak hentikan waktu tu, mungkin dia..."

" aku rasa kau kena selalu duduk dengan kakak kau, kau jaga dia elok-elok."

" risau buah hati? Bila nak jumpa dia?" Keluhan berat aku beri.

" Aku tak berani jumpa dia lagi,"

" kau mesti perhati dia macam stalker kan?" Uzair melihat aku jijik. Cinta pertama aku, boleh kata macam tulah. Aku tersenyum. Betul, aku selalu perhati dia dari jauh. Gerak geri dia selalu aku perhati.

" Iyh, berhentilah Naufal, sebelum kau menyesal dia dirembat orang. Baik kau jumpa dia," ada betulnya juga. Aku berfikir-fikir segala kemungkinan.

" Bila hari lahir dia?"

"– Julai" suaranya kabur.

" Apa?"

" Argh! Tak tepat! Sekali lagi!!" Jeritan itu menarik aku kembali ke alam nyata. Aku teringat kembali aku sedang memerhati Mayaa berlatih pistol. Macam mana aku boleh latih dia?

Sebab aku yakin suatu hari nanti Mayaa terpaksa pakai pistol. Aku simpan pistol dalam rumah aku, dan aku tahu lambat laun pistol itu akan keluar dari kotak dia. Ini semua sebagai langkah keselamatan.

Maya lincah mengisi peluru ke dalam kelopak. Tubuhnya berpusing-pusing mengikut ritma visual dan berdas tembakan dia tembak.

Eh?

Dah berapa lama Mayaa macam tu?

Aku melihat jam di dinding.

" satu jam empat puluh minit dia macam tu?" Aku panik. Dia tak rehat lagi, melihat dia yang mahir dengan pistol glock itu, aku faham yang Mayaa seorang yang mudah faham. Tapi...

Aku cuba menunggu dia beberapa minit lagi tapi makin aku tunggu makin aku risau. Tangannya sudah memerah akibat tidak lepas memegang pistol tersebut. Satu rasa muncul dalam diri aku.

Takut.

" Aish, tangan dia dah nak berdarah!" Aku mendekati Mayaa dan cuba menghentikan tangannya dan tangan aku tembus. Satu rasa menghenyak aku.

" Aku lupa...macam mana ni!" Aku tak boleh sentuh apa-apa. Dia pula terlalu leka.

Please, Mayaa berhenti main! Tangan kau dah nak berdarah tu!

Sup!

Tangannya terkena satu alatannya dan hirisan luka kecil jelas di tangannya. Aku mengemam bibir.

" Mayaa!" Aku terduduk memerhatinya.

Dalam aku perhati Mayaa yang masih leka bermain, aku terdiam tak berkutik. Satu gambaran logikal  merisaukan aku. Macam mana kalau lepas ni Mayaa dalam bahaya aku tak boleh buat apa-apa?

Hati aku bagai dihiris biarpun tangan Mayaa yang tercedera. Aku dilema kerana hanya mampu menunggu.

@@@

Naratif Mayaa;

Sejam...

Sejam setengah....

Dua jam...

Setelah dua jam berlatih aku termengah-mengah. Main game macam bersukan betul. Masalahnya aku dari tadi tak dapat strike betul-betul. Geram pula! Headset ditanggalkan dari kepala.

“ Najdee! Aku rehat dulu,”

‘ kejap!’ Najdee mendekati aku dan melihat aku seperti kucing yang sedang marah pada aku. Aku beranjak sedikit takut melihat reaksi dia. Dia tak pernah marah sebegini.

Matanya melilau melihat tubuh aku. Apa yang dilihatnya aku pun tak tahu. Dahinya muncul lipatan antara kening dengan lebih jelas. Dia langkah setapak ke belakang.

‘ Kenapa kau– Ah...’ wajahnya berubah kecewa.

‘nanti kau buka drawer bahagian paling bawah dekat almari kecil tepi katil. Ambil kotak putih, pakai,’ ujarnya dan membuat aku tertanya-tanya. Selesai mengucap sebegitu dia berlalu keluar dari bilik. Aku tak faham Najdee ni kenapa...

Tiba-tiba je berkeruh muka.

Aku menuju ke laci yang diberitahu tadi, dan terkedu saat melihat kotak putih yang disebut tadi.

“ first aid kit..." Waktu itu baru aku faham.

"aku tak perasan tangan aku terluka,” aku melihat tangan aku yang sudah memerah dan sedikit berdarah. Mungkin sebab aku tak pakai safety measures sebetulnya dan main lama sangat.

Sebab tangan aku luka ke muka Najdee marah macam tu? Tapi kenapa dia nak risau  untuk aku pula? Maksud aku luka kecil je...Aku tenggelam memikirkannya.

Aku meletakkan first aid kit tadi di atas katil dan mengambil kamera aku keluar bilik. Kelibat Najdee aku cari dan aku jumpa dia sedang melihat koleksi figura keretanya.

“ Najdee...” aku memanggilnya perlahan. Najdee berpaling menghadap aku dengan muka terkejut. Matanya melihat tangan aku.

‘ kenapa kau tak pakai ubat tu lagi? Nanti infeksi macam mana? Mayaa, jangan buat aku risau. Kau tahu tak aku risau tengok kau berlatih lama-lama sampai kau tak sedar tangan kau luka. Aku nak bagitahu kau tapi kau tak nampak aku, kau tak nampak aku dan aku tak boleh buat apa-apa! Aku tak boleh buat apa...apa... Aku takut tengok tangan kau luka berdarah Mayaa,’ matanya bergenang dan gayanya juga agresif. Aku terkedu, aku tak tahu pula dia rasa macam tu. Terlupa sekali lagi kelibat fizikalnya tak ada dekat denganku. Rasa bersalah aku berdesup naik.

“ aku minta maaf...aku leka main dan lupa kau ada dengan aku,”

‘ kau tak salah Mayaa... Aku yang tak fikir masak-masak. Kalau aku bagitahu kau awal-awal kau tak luka,’

“ Luka ni bukan salah kau! Aku! Aku yang nak, jadi berhenti salahkan diri kau Najdee. Aku datang ni bukan nak salahkan kau, aku...tak tahu nak letak ubat mana satu. Kau tolong boleh?” nada aku dilembutkan. Mengubah topik supaya perkara ini tak dibesarkan. Aku melihat ruang kosong yang aku jangkakan kedudukan matanya. Aku tak tahu sama ada mata aku bertembung dia atau tidak.

“ aku yang salah sebab tak sedar kewujudan kau,” Aku kembali melihat skrin kamera aku. Dia mengeluh.

‘ Jom balik bilik, aku ajar pakai ubat mana,’ aku melihat tubuhnya berlalu dan kamera aku mengikut tubuhnya. Aku tersenyum kecil lega.

@@@

 

Continue Reading

You'll Also Like

852K 8.4K 68
𝐢𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐬 ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦ don't forget to vote, share and comment. 🤍
5.6M 229K 68
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
794K 80K 55
3 lives got entangled due to the twisted Destiny...... Vidyut Rajvanshi married his college sweetheart Sanjana and was leading a happy life ......bot...
813K 35.5K 57
"Mujhe jhelna mushkil hai nader," she said with a smile while her gaze was fixed on the table. ("It's difficult to tolerate me, Nader") "Main jhel l...