Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.3K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 51

403 20 1
By EiSeoya

"TANGGUH dulu majlis kita. Kesihatan awak harus diutamakan," pujuk Emara berintonasi lembut.

"Taknak. Saya nak majlis kita diteruskan juga. Lima hari bukan lama,"

"Nawwar... Awak sendiri kata baru sedar dari koma. Badan awak masih lemah. Majlis nanti bukan sekejap tau. Belum lagi soal shooting untuk album kita." Emara menggeleng kesal pujuk Nawwar banyak kali. Degil.

"I don't care. I can handle it myself,"

"But your condition-"

"I said that I don't care, Emara..." Nawwar tetap dengan pendiriannya. Sudah sebati hadap benda sama setiap kali berkampung di hospital.

Kental sungguh hatinya.

Emara menunduk sayu. Bibir dikemam. Rasa resah hadir dalam sanubarinya. Wayar berpintal pada tubuhnya membuatkan Emara sangsi. Takkan sesenang itu Doktor Rais melepaskan dia ketika masih dalam pantauannya.

"I'll be fine... As long as you're here with me. Your strength is my greatest need..." Seketika kerongkong Nawwar rasa loya. Seperti ada cecair asing berkumpul di saluran pernafasannya.

"Emara... Plastik..."

Jarinya menunding pada satu tong kecil berisi plastik kuning sebelah kabinet. Tong itu telah disediakan Doktor Rais sebaik Nawwar sedar koma malam tadi. Emara mencapainya lalu dihulurkan kepada Nawwar. Seakan tahu Nawwar mula rasa tak sedap badan.

Topeng oksigen ditanggalkan. Darah likat tidak henti keluar dari rongga mulut Nawwar. Emara menggosok belakang badannya yang sedikit membongkok ke hadapan.

"Dah habis ke? Rasa mual lagi?" soal Emara tenang.

Nawwar sambung muntah darah. Sampai lembik badan jadinya. Dada berombak naik turun mencuri nafas. Dia kembali baring dalam keadaan lemah. Hilang riak cerianya.

Sehelai tisu diambil Emara dari beg tangannya. Bibir Nawwar dilap sehingga bersih. Topeng oksigen dipakaikan semula menutup separuh wajahnya. Selimut ditarik hingga menyelubungi bahunya.

"Rehatlah dulu. Ini sebabnya saya risau kalau awak berkeras nak teruskan majlis kita. Saya taknak awak jadi macam ni," omel Emara seraya berpeluk tubuh.

"Taknak... Saya perlukan seorang isteri jaga suami dia sepanjang masa..."

Manja betul. Huh. Kalah perempuan.

"Iya, saya tahu. Sekarang pun kita masih belum sah jadi suami isteri. Boleh aje saya jaga awak," tutur Emara mengukir segaris senyuman.

"Tapi... Dah kahwin lagi seronok. Boleh peluk, boleh cium,"

"Amboi mengadanya dia!" Emara menepuk manja lengan Nawwar. Meletus tawa Nawwar walaupun suaranya kedengaran samar-samar.

"Nak kahwin. Nak awak. Nak cinta," cebik Nawwar minta simpati.

Emara menghela nafas ringan. Lima hari bukan lima minggu. Jika tempoh masa diperuntukkan masih panjang sebelum tarikh istimewa menjelang tiba, Nawwar ada masa untuk kembali pulih seperti dulu.

Tapi lima hari? Mustahil dia boleh sembuh dalam masa terdekat. Kebolehan Emara sebagai healer tidak dapat mengatasi curse yang menguasai batin Nawwar.

"Kalau macam tu, awak kena banyakkan rehat. Tak payah beria aktif sana sini nak tunjuk awak sihat. Tidur mereput atas katil lebih baik," tegas Emara memberi amaran awal.

"Bosan asyik tidur memanjang. Tak ada awak ajak sembang,"

"Tunggu kahwin nanti awak hadap muka saya selama 24 jam. Senang. Setiap kali kita buat eye contact, terus awak sembuh."

Nawwar mencebik. Tak sabar menunggu hari mereka disatukan menjadi suami isteri yang sah.

"Tidurlah dulu, saya nak pergi balik dekat Kak Deena,"

"Wait, don't leave me," adu Nawwar menarik tangan Emara sedia bangun dari kerusi pelawat.

"Tapi..."

"Teman saya. Tunggu sampai Tuan Zachary datang. I missed you so much..."

Emara termakan dengan pujukan Nawwar. Dia duduk semula atas kerusi pelawat. Rambut Nawwar disikat Emara ke belakang. Manja semacam Nawwar hari ini.

"I missed you too..." sahut Emara.


"RAIS! Rais!" Tuan Zachary tak keruan cari Doktor Rais merata. Kelibat itu tiada dalam pejabatnya.

"Rais!" serunya lebih lantang di lorong koridor.

"Zach? Kenapa kau ni?" Doktor Rais muncul depan pintu tandas. Sibuk membetulkan kot putihnya.

"Degupan jantung dia berhenti!" Terluncur ayat itu dari mulut Tuan Zachary.

"Allahukabar..." Dia mengekori langkah Tuan Zachary dari belakang.

Lari tak cukup tanah demi menyelamatkan nyawa seseorang. Wad ICU diterjah masuk. Cardiac monitor memaparkan garisan datar pada skrin. Doktor Rais segera melakukan prosedur CPR berkali-kali.

Cemas tatkala Nawwar tidak memberi sebarang respon.

"Tukar dengan aku, Rais," pinta Tuan Zachary sebelum bertukar giliran dengan Doktor Rais.

Tekanan diberikan lebih kuat. Mengharapkan degupan jantungnya kembali berdetak. Lima kali cubaan gagal.

"Teruskan, Zach! Jangan mengalah!"

Keheningan wad bertukar kecoh. Cardiac monitor berbunyi nyaring. Berpeluh Tuan Zachary sedaya upaya menyelamatkan anak buahnya. Sudah lima minit Nawwar tidak bernafas. Usaha kerasnya tidak membuahkan hasil.

Tuan Zachary menggenggam besi katil. Mengatur nafas yang sudah hilang. Doktor Rais pula ambil alih tugasnya memberi bantuan CPR.

Oh Lord, please bring him back to life. Hati Tuan Zachary bermonolog sendiri.

"Assalamualaikum Nawwar!"

Suara lunak Emara terpacak depan pintu masuk mengejutkan mereka berdua serentak. Tuan Zachary dan Doktor Rais saling berpandangan. She came at the wrong time. She shouldn't be here.

"Doktor? Tuan? Kenapa dengan Nawwar?" Lehernya dipanjangkan mengintai kelibat jejaka itu. Telinganya menangkap satu bunyi nyaring dari cardiac monitor. Garisan kekal datar. Emara menekup mulutnya. Kaget.

Nawwar... Tidak bernyawa?

"Tuan..." Batal niat Emara ingin mengajukan soalan kepadanya. Tiba-tiba sesak nafas. Tak mungkin...

"Emara, bagi kami ruang masa boleh? Kami berusaha kembalikan detakan jantung dia. Hampir lapan minit dia tak beri sebarang tindak balas," pinta Doktor Rais santun.

"Macam mana boleh terjadi..." Lututnya terasa longlai. Air matanya bergenang di tubir. Emara seakan tidak percaya semuanya berlaku dengan pantas.

Dia berlari keluar dari wad ICU. Tuan Zachary mengeluh berat. Doktor Rais sambung fokus melakukan tugasnya. Pelbagai ikhtiar dilakukan, namun tetap sama juga pengakhirannya.

But it doesn't mean they will give up easily.

Emara bersandar lemah pada dinding koridor lalu terduduk. Lutut ditarik rapat ke dada. Wajahnya disembamkan ke situ. Dia tidak percaya. Dia tidak khayal. Masih waras berfikir.

Dia melihat dengan matanya sendiri jasad Nawwar tidak bernyawa.

Sedangkan baru saja mereka bergelak tawa riang waktu tengahari. Bergurau senda. Nukilan hati dicurhat. Nawwar telah berjanji dia akan terus berjuang. Dia berjanji dia takkan tinggalkan Emara. Tetapi mengapa... Mengapa Nawwar mungkiri janjinya untuk kali ini?

"You lied to me this time... You lied to me Nawwar!!"

Bergetar dagunya menahan esakan. Hati tisunya bagai dicucuk duri bunga ros putih. Pedih.

"I've been waiting for you for three weeks. And you left me just now... Why?"

Wajah lencun diangkat. Skarf ungu ditarik keluar dari beg tangannya. Meskipun ia milik arwah Puan Mawwar, aura Nawwar tetap rasa dekat bersamanya. Dipeluk erat. Dikucup rindu.

"If I lose you, I lose a piece of myself. The thought alone brings unbearable pain and sorrow."

Tak terbayang dia hidup sendiri tanpa Nawwar. Pernikahan mereka semakin hampir. Hilang harapan untuk menjalinkan hubungan sah dengan Nawwar. Hatinya menjerit kuat namanya.

Nawwar Inas Al-Qayyim...

Namanya sudah terpahat kekal dalam mindanya. Kemana saja dia pergi, lelaki itu sering menerjah kotak fikirannya. Senyumannya, raut wajah yang tampan. Jelas gambarannya membuatkan rindu Emara makin membuak.

Kini, haruskah dia melepaskan Nawwar pergi? Adakah harapan dia dapat diselamatkan? Sudah lapan minit detakan jantung berhenti melakukan kerjanya.

Berat sungguh ujian yang engkau beri, Ya Allah.

Mahu menjenguk Nawwar buat kali terakhir, tetapi lemah semangatnya. Dia kehilangan arwah mama, arwah Tuan Ibrahim dan... Bakal suami?

Mental ditampar hebat dengan pemergian Nawwar. Haraplah semua ini hanya sementara. Nawwar masih hidup. Dia yakin. He's the man of his words.

Berapa lama harus dia berada di sini melayan hatinya yang telah diracik halus? Tiada guna. Dia mahu membawa rasa sedihnya pergi. Lekas Emara bangun dari duduk untuk menuju ke Taman Natural seorang diri pada waktu malam.

Takut? Nawwar sudah puas ajar seni mempertahankan diri tempoh hari.

Kalau ada lelaki jahat datang nak culik kau, tendang aje fishball dia. Inalillah terus.

Bunyi rumput dihenyak lembap. Emara berjalan naik ke atas jambatan kayu. Pantulan bulan bersinar terang pada permukaan air. Gugusan bintang memagari ratunya. Indah sungguh cakerawala pada malam hari. Lebih indah bersama insan tersayang.

"You left me, Emara. I've been waiting for you..."

"Enough Nawwar! You're hallucinating me. I'm not gonna fall for your words. Your promises..."

Emara sedar bisikan Nawwar hanyalah ilusi semata-mata.

"Your my strength, lovely..."

"Stop it! This is our final chapter!"

"Emara..."

Angin dingin sontak bertiup menyentuh wajahnya. Emara menoleh ke kanan. Kelibat Nawwar terpampang depan mata. Walaupun dia tahu dia bukanlah dalam dunia realiti.

"I love you more than words can express, more than the stars in the sky or the grains of sand on the beach," ujar Nawwar bernada perlahan.

"If you loved me then why did you leave me at the first place?"

Jejaka itu diam membisu. Wajah gadisnya ditenung lama. Emara berpusing menghadap ilusi bakal suaminya.

"I'm lost without you, not knowing what to do or how to cope. My heart aches with the fear of never seeing your face again,"

"I'm back, Emara. You saved me,"

"What are you talking about? You've died before I have the chance to see you laugh again..."

Nawwar tergelak kecil. Dia melangkah ke hadapan beberapa langkah. Pipi mulus Emara diusap perlahan. Kulitnya terasa sejuk.

"You're my healer, Emara. I've came back to life,"

"Ridiculous,"

"I'm not lying. I'm being serious."

Pandangan Emara jadi melembut. Nada suara Nawwar kedengaran serius. Datar.

"Come back to where I was, Emara. I'm waiting for you."


ㅤㅤ















Continue Reading

You'll Also Like

17.5K 1.7K 40
Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang lelaki asing. Lelaki asing? Tak mungkin...
287K 19.4K 32
[COMPLETE] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa dia lahir di dalam sebuah keluarga yang hanya...
4.2K 286 10
[ON GOING] 6th story Kisah cinta bertepuk sebelah tangan. Si gadis yang memuja salah seorang pegawai polis yang dia temui sewaktu berjalannya operasi...
186K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...