Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

15

10 3 0
By MeIsDoremi

" Once the heart get to heavy with pain,
People don't cry,

They just turn silent,
Completely silent..."

@@@

Naratif Mayaa;

“ Maksud kau badan Najdee dah dipindahkan? Dekat mana? Aku boleh melawat ke?” soalku risau di talian bersama Salwa. Aku melihat sekilas Najdee yang berada di kamera sebelah aku.

“Kau tak boleh, sebab tempat ni tempat persendirian. Abang Long aku tak bagi sesiapa datang. Kawalan ketat,” Aku terjeda. Sampai macam tu sekali?

“Kalau situasi buatkan aku terpaksa lawat badan dia, macam mana?”soalku lagi.

“Kalau situasi jadi macam tu, pastikan bagitahu aku. Aku cuba cari jalan. Owh, bagitahu abang aku yang Abang Long dapat kesan nama kumpulan pembunuh dia,”

“Apa namanya?”

“IBLIS,”aku tercengang mendengar nama itu. Seriuslah nama dia iblis? Buruknya nama. Siapa yang bagi nama? Kalau aku nama glam aku bagi. Ni iblis? Pft!

Aku memberitahu semuanya pada Najdee. Najdee hanya mengangguk sebagai respon tanpa rasa terkejut. Aku sedikit pelik dengan reaksi yang seolah tidak endahkan maklumat baru itu.

“Kau tak terkejut?” Najdee menggeleng kepalanya.

‘aku dah tahu tentang nama tu dalam tempoh aku jadi roh, suruh Salwa cari tentang kedudukan markas diorang sekarang dan cari tempat jangkaan markas diorang seterusnya, cari buruj mana yang diorang guna,’ aku mengangguk.

“ Buruj? Banyak tu dah dia tahu? Hah, Najdee memang akan jadi Najdee."  Salwa tergelak sarkastik.

"Aku dah agak abang aku dah tahu. Okaylah, nanti aku mesej kau semua yang lagi terperinci. Ada apa-apa yang kau perlu bagitahu aku sebab aku tak boleh ikut kau. Kalau aku pergi ikut kau, badan Najdee tak terjaga dan ada kemungkinan dia kena culik. Maaf tau?”

“Faham, tak apa aku sanggup demi kekayaan aku,” Salwa tergelak mendengar alasan aku.

“Kau tahu, aku perasan sebenarnya kau tolong bukan sebab duit pun. Aku tak tahu alasan kau sebenarnya tapi aku nak cakap…terima kasih, Mayaa.” Suara Salwa sedikit menjauh. Aku tersenyum simpul.

“mana ada, aku memang buat sebab duit ya,” aku cuba menafikan.

" Owh, nanti aku kena pergi Melaka, kotak tu bagitahu destinasi kunci seterusnya dekat situ," aku menyambung perbualan.

" Noted, nanti semua barang keperluan aku sediakan. Bagitahu kalau ada barang tambahan yang kau nak. Kereta pun aku sediakan,"

" Bagi kereta best tau!" Aku sempat meminta. Salwa tergelak kecil.

“Dahlah, bye. Assalamualaikum,” perbualan kami berakhir.

“Waalaikumussalam,” aku mematikan talian.

Telefon di tangan aku renung. Tiada mesej dari sesiapa mahupun orang yang rapat dengan aku. Perasaan aku sedikit sunyi.

Aku teringatkan Ariz, macam mana keadaan dia sekarang?

Melaka?

Keluhan kecil terlepas…
Lagi jauh aku kena tinggalkan Ariz ni... Dan berapa lama lagi aku kena menjauh dari dia?

Aku kena balik sekejap lepas ni, tapi sebelum tu aku kena telefon dia dulu.

“Najdee, aku nak buat personal call,”Aku bangun dan menjauhi kamera aku.
Nombor rumah Uncle Han aku dail.

Tit...tit...

Tit...tit...

“ nombor yang anda dail...” Aik? Tak angkat pula?

Sekali lagi aku cuba menelefon nombor dia, tetap sama, tidak diangkat. Mungkin sibuk, tak apa aku mesej dululah, nanti esok aku datang rumah.

Mayaa: Hello Uncle, Ariz macam mana? Ada masalah ke? Kalau ada masalah nanti jangan lupa mesej atau call Yaya.

Mayaa: Yaya nanti bank in duit dekat akaun Uncle.

Mesej aku hanya dihantar dan tiada tanda-tanda akan dibaca.

Mayaa: Uncle?

Melihatkan mesej itu tiada respon selepas beberapa minit jantung aku berdebar. Aku risau.

Langkah aku diatur laju ke tempat aku bertapak.
Kamera dan barangan aku diambil. Najdee pelik melihat aku yang sedikit kelam kabut.

‘ Kenapa ni? Mayaa, kau okay?’ lembut riak wajah dia bertanya.

“ Aku risau, aku nak jenguk rumah jiran aku kejap, rasa tak sedap hati. ” tangan aku ligat mengemas barang-barang aku.

Selesai mengemas semua barang, aku keluar dari kawasan Lata Medang. Kereta Jeep Wrangler aku pacu menulusuri jalan raya.

Kenapa rasa tak sedap hati ni?

Sampai di parkir pangsapuri, kamera aku dibuka.

“ Najdee kau tinggal sini kejap, aku nak cek atas,” kakiku di bawa ke lif pangsapuri. Segala zikir aku baca bagi menenangkan hati. Kenapa ni? Kenapa aku tak boleh tenang?

Sampai sahaja di tingkat 20, aku terus berlari ke lot rumah aku, lot rumah Uncle Han aku ketuk.

“ Uncle?Uncle?! Ariz?” kunci pendua aku ambil di bawah pasu berdekatan. Tergopoh gapah tangan aku membuka kunci tersebut.

Pintu terbuka, dan rasa seriau menusuk tubuh aku.

Rumah Uncle Han bersepah,

“Uncle...,” aku berbisik. Satu persatu bilik aku buka. Hati aku gelisah dan mata aku mula berair. Apa jadi ni?

“ Yaya?” suara dari belakang aku mengejutkan aku. Tapi aku kenal suara itu dan aku terus berpusing.

“ Uncle Han!” jerit ku.Uncle Han melihat aku yang sudah berpeluh sejuk dengan muka risau.

“ Uncle! Uncle okay? Kenapa rumah bersepah? Ariz mana?” aku serbu dengan soalan. Wajah aku masih memucat. Nafas aku kencang.

“ Haiyah, Ariz okay Yaya. Jangan risau, Uncle pun okay. Ariz tengah tidur dekat rumah kamu, bilik kamu. Dia rindu kamu. Rumah ini bersepah kerana ada pencuri masuk semalam, Uncle baru lepas buat report polis. Telefon Uncle rosak, tapi kamu jangan risau. Maafkan Uncle tak dapat bagitahu kamu,” Ariz rindu aku? Aku menghembus nafas lega. Tapi baru semalaman je aku tak tidur luar rumah, dah ada pencuri masuk? Pelik.

“ kamu jangan risau Mayaa’, polis sudah setel,” aku mengangguk kepala.  Uncle mengajak aku untuk duduk di kerusi.

“ Kamu nak minum apa?”

“ Tak apa Uncle, Uncle duduk je sekali dengan saya. Saya ada benda penting nak bagitahu Uncle,” aku menarik kan kerusi untuk Uncle Han duduk.

“ Sebenarnya Yaya ada permintaan nak minta Uncle. Boleh ke?”

“ untuk Yaya, Uncle terbuka hati untuk tolong,” aku tersenyum terharu.

“ Terima kasih Uncle, saya sebenarnya nak minta Uncle tolong jagakan Ariz lama sikit lagi, boleh ke?”

“ Lama? Kenapa, Yaya ada apa?”

“ Yaya kena selesaikan satu kes ni, Yaya tak tahu berapa lama Yaya akan ambil masa. Cumanya masalah Yaya ialah Yaya tak boleh bawa Ariz sekali sebab kes yang Yaya buat ni bahaya untuk dia,”

“ Kes bahaya?”

“ Haah, jadi Yaya kena tinggalkan Ariz buat masa sekarang. Yaya rasa berat sebenarnya, tapi...Uncle boleh tolong kan?” mata aku bergenang melihat Uncle Han. Uncle Han melihat mata aku dan tersenyum.

“ kamu risau betul dengan Ariz. Uncle nampak, Yaya seorang kakak yang baik. Jangan risau Yaya, Uncle dah cakap yang Yaya dan Ariz sudah sama macam anak Uncle sendiri,”

“ Terima kasih, terima kasih Uncle!” Tiga kali Uncle menyebut jangan risau pada aku, aku betul-betul terharu dan berterima kasih. Tak tahu bagaimana mahu berterima kasih lagi.

Mata aku berair dan aku tersenyum. Kenapa mata aku masuk habuk ni? Aku mengesat mata aku. Aku lega, dan terharu.

“ Bila kamu kena gerak Yaya?”

“ Mungkin malam ni, tapi...saya tak tahu reaksi Ariz kalau dapat tahu esok hari,” Aku bangun dari duduk aku dan menuju ke pintu utama rumah Uncle.

“ Kamu nak pergi periksa Ariz ya?”

“ Haah Uncle,”

“ pergilah, Uncle tunggu sini,”

Kunci rumahku dibuka, gelap dan sunyi.
Perlahan-lahan langkah aku diatur.
Pintu bilik aku dibuka dan aku lihat Ariz sedang nyenyak tidur di atas katil aku. Jam di dinding aku lihat.

7 petang

Tak apa ke dia tidur lepas asar?
Aku masuk ke bilik aku dan mendekati Ariz. Tangan aku menuju rambutnya dan terhenti separuh jalan.

Dia tengah nyenyak tidur, agak-agak dia tak dapat tidur semalam sebab aku tak ada.
Aku jeda memerhati dia sebentar dan menuju ke almari aku. Kesiannya dia...

Barang-barang keperluan aku di masukkan ke dalam satu beg. Selesai mengemas aku melihat Ariz yang sedang tidur lagi.
Aku syak memang dia tak boleh tidur semalaman. Macam mana aku nak tinggal dia sekejap ni?

Aku tahu umur dia dah 20 tahun, tapi dia adik teristimewa aku.

Aku mengambil satu buku nota kecil dan sticky note. Satu lukisan aku buat, surat dan buku nota aku sertakan di atas almari lampu aku.

Langkah aku di atur untuk keluar bilik.

To, adik sayangku Ariz,

Surat ni untuk Ariz yang cerdik lagi pandai. Ariz, kakak minta maaf dekat Ariz, sebab kakak kena tinggalkan Ariz buat beberapa waktu sebab kakak ada kerja sangat-sangat bahaya perlu buat dan Ariz tak boleh ikut. Sebab kakak tak nak Ariz sakit, kalau Ariz sakit kakak sakit sekali. Jadi kalau Ariz janji untuk dengar cakap Uncle Han, jadi budak baik, tak meroyan, Kakak bagi Ariz guna tiga tiket yang Ariz dapat. Tiga tiket permintaan apa-apa sahaja daripada kakak, sepanjang kakak hidup. Kalau Ariz rasa sunyi pula, Ariz tulislah semua rutin harian Ariz dalam buku yang kakak sertakan. Boleh? Adik kakakkan baik.
Yang Ikhlas,

Mayaa Adeera

@@@

Continue Reading

You'll Also Like

565K 46.5K 22
Indian Chronicles Book III My Husband, My Tyrant. When Peace Becomes Suffocation. Jahnvi Khanna has everything in her life, a supporting family, a hi...
376K 20.3K 59
"What do you want Xavier?" I said getting irritated. "For you to give me a chance to explain myself." "There's no need to explain anything to me, we...
1.4M 34.2K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
237K 14.4K 16
"α€˜α€±α€Έα€α€Όα€Άα€€α€œα€¬α€•α€Όα€±α€¬α€α€šα€Ί α€„α€œα€»α€Ύα€„α€Ία€œα€Ύα€―α€•α€Ία€žα€½α€¬α€Έα€œα€­α€―α€·α€α€²α€·.... α€™α€Ÿα€―α€α€Ία€›α€•α€«α€˜α€°α€Έα€—α€»α€¬...... ကျွန်တော် α€”α€Ύα€œα€―α€Άα€Έα€žα€¬α€Έα€€ α€žα€°α€·α€”α€¬α€™α€Šα€Ία€œα€±α€Έα€€α€Όα€½α€±α€€α€»α€α€¬α€•α€«.... α€€α€»α€½α€”α€Ία€α€±α€¬α€Ία€›α€„α€Ία€α€―α€”α€Ία€žα€Άα€α€½α€±α€€...