๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐ง๐ข๐ฆ ๐„๐ซ๏ฟฝ...

By missdiraa

810K 30.1K 448

๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ‘ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž๐ฅ๐ฒ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐๐š๐ข๐ฆ ๐…๐š๐ž๐ž... More

MTHE
MTHE | PROLOG
MTHE | 1
MTHE | 2
MTHE | 3
MTHE | 4
MTHE | 5
MTHE | 6
MTHE | 7
MTHE | 8
MTHE | 9
MTHE | 10
MTHE | 11
MTHE | 12
MTHE | 13
MTHE | 14
MTHE | 15
MTHE | 16
MTHE | 17
MTHE | 18
MTHE | 19
MTHE | 20
MTHE | 21
MTHE | 22
MTHE | 23
MTHE | 24
MTHE | 25
MTHE | 26
MTHE | 27
MTHE | 28
MTHE | 29
MTHE | 30
MTHE | 31
MTHE | 32
MTHE | 33
MTHE | 34
MTHE | 35
MTHE | 36
MTHE | 37
MTHE | 38
MTHE | 39
MTHE | 40
MTHE | 41
MTHE | 42
MTHE | 43
MTHE | 44
MTHE | 45
MTHE | 46
MTHE | 47
MTHE | 48
MTHE | 49
MTHE | 50
MTHE | 51
MTHE | 52
MTHE | 53
MTHE | 54
MTHE | 55
MTHE | 56
MTHE | 57
MTHE | 58
MTHE | 59
MTHE | 60
MTHE | 61
MTHE | 62
MTHE | EPILOG
MTHE | EPILOG I

SPECIAL CHAPTER

16.4K 505 43
By missdiraa

BIBIR menarik senyuman saat melihat gelagat kanak-kanak yang sedang bermain penuh keriangan.

"Mama!" Jerit seorang kanak-kanak lelaki. Terkedek-kedek berlari menghampiri mamanya.

"Fauhad, mama dah kata jangan lari!" Kali ini Dara yang memekik. Anak lelaki dia seorang ni pantang kalau nampak dia.

"Fauhad rindu mama!" Fauhad datang kemudian memeluk tubuh mamanya. Dara terus menerus tersenyum. Kehadiran Fauhad empat tahun lalu buatkan dia bahagia. Ya, bahagia yang tak terhingga.

Allah SWT turunkan rezeki kepadanya. Mungkin juga berkat orang sekelilingnya.

"Mama tak pergi mana-mana, sayang. Mama dekat sini."

"Mama!"

"Ya?" Alis keningnya terjungkit sedikit. Muka kecil Fauhad ditenung lama dengan perasaan penuh tanda tanya.

"Mama.." Katanya lagi buatkan dahi Dara semakin berkerut.

"Ya? Kenapa Fauhad mama?" Dara mula melutut. Kedua-dua tangannya memegang bahu Fauhad.

"Fauhad sayang mama!" Tiba-tiba Fauhad laju memeluk tubuh Dara. Tidak semena-mena Dara tersentak dengan tingkah laku Fauhad. Budak ni!

"Ya... Ya.. Mama pun sayang Fauhad..."

"Mama tak sayang papa Fauhad ke?" Tidak cukup tersentak dengan tingkah laku anaknya, tiba-tiba suara Efzan menyinggah dalam halwa telinga. Laju kepala itu ditoleh.

Bibir tarik senyum manis.

"Tak boleh! Mama ni Fauhad punya!" Fauhad tarik tangan Dara. Tertawa halus Dara dibuatnya. Comellah bila ada hero kecil ni.

"Siapa cakap mama tu Fauhad punya? Mama kahwin dengan papa, bukannya Fauhad." Efzan taknak mengalah. Kaki diatur mendekati keluarga kecilnya lalu memaut bahu Dara.

"Nanti Fauhad besar, Fauhad nak kahwin dengan mama!"

"Mama dah tua dengan papa lah.."

"Papa!!" Fauhad sudah memberontak dengan menghentak kedua kakinya di atas tanah bersama perasaan bengang.

Sementara Dara di samping hanya menghela nafas panjang. Dua lelaki ni memang tak pernah tak aman. Selalu bergaduh.

"Abang dah lah.. Dengan anak pun nak bergaduh.." Dara mula bersuara. Kalau dia tak masuk campur sekali, entah sampai bila perkelahian antara bapa dengan anak.

"Yang, budak ni tak boleh dimanjakan. Nanti adik dia keluar. Perangai macam ni--"

"Papa.." Mata menjeling tajam. Dara terdiam melihat pandangan itu. Amboi budak ni dah pandai.

"Fauhad, tak boleh buat macam tu. Itu papa awak, bukannya kawan awak. Mama tak suka kalau Fauhad buat macam ni, mama dah cakapkan kalau dengan orang lebih tua daripada kita. Kita kena apa?"

"Hormat."

"Kalau muda?"

"Sayang.."

Dara senyum lagi. Tangan mengusap rambut halus Fauhad. Ada sahaja tingkah anak lelakinya buatkan jiwanya terusik.

"Sayang, macam mana hari ni, okey? Baby tak ganas ke dalam ni?" Soal Efzan seraya mengusap perut isterinya yang sudah mencecah lima bulan. Setelah empat tahun membesarkan Fauhad, sekali lagi Allah menurunkan rezeki untuk mereka.

"Okey je." Balas Dara selamba. Dia dah biasa dengan tubuh macam ni sejak mengandungkan Fauhad. Lagi teruk Fauhad, bayi paling besarlah dia lahirkan.

Tengok sekarang pun dah tembam.

"Betul? Abang taknak awak buat kerja banyak. Lagi-lagi awak jaga Fauhad seorang.."

"Tak apa, saya nak jaga Fauhad dengan tangan saya sendiri. Tak payah babysitter semua tu, anak-anak boleh membesar dengan kasih sayang keluarga." Dara menentang keras. Selama ini ada aje Efzan mahu mengupah seorang pengasuh untuk Fauhad tetapi dia tidak mahu.

Katanya biarlah Fauhad membesar dengan kasih sayang ibu dan ayahnya. Banyakkan luang masa bersama keluarga.

"Sayang, tahu tak apa yang buat abang menyesal sekarang?" Tiba-tiba Efzan melontarkan persoalan itu buatkan Dara terdiam. Menyesal? Efzan menyesal?

"Abang menyesal kahwin dengan saya ke?"

Efzan menggeleng.

"Habistu?"

"Abang menyesal tak jatuh hati dengan Idara Asha. Abang beruntung sebab kahwin dengan awak.."

Dara tersenyum. "Kalau saya tak minta abang kahwin dengan saya, mungkin tak adalah abang nak pandang saya kan?"

"Jodoh sayang, kalau Allah dah tetapkan kita berjodoh. Apa yang mustahil, boleh jadi bila-bila masa. Mungkin apa yang jadi sebelum ni dah ajar abang untuk hargai siapa di depan mata. Abang cuma pandang perempuan yang bukan milik abang tapi tanpa sedar ada perempuan yang tunggu abang." Bibir berlabuh di atas dahi isterinya.

Sejak berkahwin dengan Dara, harinya tidak pernah merasa sekalipun keperitan. Mungkin itulah maknanya dia menumpang rezeki anak dan isterinya.

"Terima kasih bawa anak-anak abang.." Sekali lagi dia mengusap perut yang sudah kian membuncit. Dara tidak pernah mengeluh walaupun pada hakikatnya dia sendiri melihat betapa besar pengorbanan Dara membawa anak-anaknya.

"Anak-anak abang, anak-anak saya juga."

"Betul. Anak kita berdua.."

"Mama! Papa!" Asyik berdua, tiba-tiba Fauhad sudah melaungkan panggilan ibu dan ayahnya. Laju saja mereka berpaling.

"See, ada cat!"

"Tak payahlah kacau kucing tu, Fauhad. Dia pun nak hidup." Efzan mengeluh sambil menggelengkan kepalanya. Dia sendiri penat melayan anak seorang apatah lagi tambah seorang lagi anak.

"Abang, macam mana Fauhad. Macam tu lah abang." Dara mencelah. Bukannya dia tak tahu macam mana Efzan dulu.

"Sorry, abang behave."

"Siapa cakap?"

"Ibu.."

Pantas Dara menjegilkan anak matanya, Puan Aminah memang selalu menjaga hati menantunya. Nak tanya siapa anak ke menantu, orang luar boleh sangka dia menantu sedangkan Efzan anak kesayangan.

"YEAY! Fauhad dah sampai!" Berlarian dua orang kembar itu sebaik melihat Fauhad. Terkedu Dara dan Efzan dibuatnya.

"Famous rupanya anak aku.." Efzan berbisik namun sempat didengari oleh Dara sehingga terburai tawa wanita itu.

"Dara.." Belum sempat apa-apa, pandangan mata Dara terhias satu batang tubuh yang amat dikenali.

Hanim.

"Hai, maaf tau saya tiba-tiba datang. Fauhad tu yang beria nak jumpa Arissa dan Amariah."

"Datang je, lagipula Arissa dan Amariah memang dah banyak kali tanya Fauhad. Saya harap je nanti besar Fauhad tak jadi rebutan dua orang tu." Seloroh Hanim. Takut aje tiba-tiba ada cinta tiga segi antara mereka bertiga.

Dara hanya tertawa kecil. Seperti kebiasaannya, dia mengusap perutnya. Walaupun berdiri untuk beberapa saat, dia sudah merasakan lelah.

"Jomlah masuk.." Melihat keadaan Dara, laju-laju Hanim mempelawa Dara masuk ke dalam rumah. Rumah yang besar dengan halaman rumah yang begitu cantik. Dah jadi taman kanak-kanak.

"Hai, aunty! Baby dekat sini sihat ke?" Tanpa sedar, Qarissa tiba-tiba menghampiri sambil mempamerkan senyuman. Perut Dara yang besar itu diusap lembut.

"Hai, sihat je. Arissa sihat?"

Qarissa tertawa halus lalu mengangguk. "Sihat!"

"Qamariah pula?" Kali ini matanya tertumpu ke arah Qamariah yang sedang berlarian membawa mainan di tangan. Ya Allah, copy and paste dengan maknya.

"Sihat!" Qamariah meloncat sana sini.

Terpaku Efzan saat melihat perangai lasak dua orang kembar.

"Tak payah buat test DNA, dia orang memang anak awak, Hanim.." Tutur Dara. Namun, sepanjang dia berada di situ. Wajah Naim langsung tidak kelihatan buatkan dahinya berkerut.

"Naim mana?" Cuba beranikan diri untuk bertanya.

"Pergi stadium."

"Oh! Hari ni ke?" Dara tersenyum lebar. Setahu dia hari ini adalah hari Hazriq bertanding bola sepak dalam peringkat Kebangsaan. Jauh dah budak seorang tu.

"Ya, saya tak dapat pergi sebab kena jaga dua budak ni. Dah lah hyper, takut je mereka join sekali main bola tu. Lagipun mereka tak boleh nampak Hazriq. Hazriq je suka layan mereka."

Bila di kalangan semuanya bunga dan ada seorang kumbang. Kumbang itulah menjadi pilihan bunga. Hazriq pula suka melayan adik-adiknya walaupun dia sahaja seorang lelaki dalam keluarga.

"Baguslah, dia dah tahu apa yang dia patut buat sebagai seorang lelaki."

Tidak lama kemudian, mereka mendiamkan diri. Saat Dara berpaling memandang Efzan, Efzan sudah asyik bermain dengan anak-anak. Malaslah dia nak hiraukan.

"Erm, Hanim.." Tiba-tiba Dara menarik tangan Hanim lalu digenggam erat. Bibir menyungging senyuman lalu menundukkan kepalanya.

"Saya malu nak cakap ni. Tapi saya kena buat juga. Awak dah banyak tolong saya, bukan sekali tapi berkali-kali. Lebih-lebih lagi awak dah selamatkan nyawa saya."

Hanim mengetap bibir dengan rapat. Terasa debaran di dada.

"Saya tahu awak hampir hilang nyawa disebabkan nak selamatkan saya. Jujur saya tak faham kenapa awak nak buat macam tu, saya bukan sesiapa bagi awak. Kawan? Saya anggap awak kawan, tapi saya tak berharap untuk awak gadaikan nyawa untuk saya."

"Dara.." Hanim mula mencelah. Nafas ditarik lalu dihembus.

"Kita sama-sama manusia. Kalau saya rasa saya mampu nak tolong awak, saya akan buat dengan kekuatan yang Allah bagi. Dalam dunia ni, kita tak boleh anggap dia orang asing ataupun siapa dia dalam hidup kita. Cuba bayangkan kalau di dunia ni ada orang macam tu, ada orang yang cuba mengasingkan orang lain dalam hidup. Entah berapa ramai nyawa orang akan melayang. Sebab itu, selagi kita mampu. Kita berbuat baik dan tolong semampu yang boleh. Saya tahu saya bukanlah orang yang cukup sempurna tetapi disebabkan ketidaksempurnaan saya ni, saya cuba buat orang bahagia. See, awak dah kahwin dengan Efzan. Awak dah ada Fauhad dengan baby di dalam perut awak."

Jatuh air mata Dara kerana sebak. Dia hidup sampai hari ini berkat pertolongan Hanim. Di dalam tubuhnya, ada hati wanita itu. Hati yang begitu mulia.

"Saya berikan separuh hati saya untuk awak supaya awak boleh jalani hidup awak." Sambung Hanim sekali lagi.

"Saya malu.." Dara tertunduk sepi.

"Saya malu dengan awak, Hanim. Dulu saya teringin nak jadi macam awak, saya teringin sangat. Tapi saya sedar, jadi diri sendiri lebih baik berbanding menjadi orang lain. Setiap manusia ada tarikannya tersendiri. Allah ciptakan manusia bukan semua dengan corak yang sama. Pasti ada perbezaannya."

"Betul. Yakin pada diri sendiri, awak adalah awak. Saya adalah saya. Kita ada kelebihan tersendiri."

Hanya senyum sahaja mampu diukir. Persahabatan tidak kira berapa lamanya tetapi jikalau persahabatan yang penuh dengan keikhlasan, susah senang tetap bersama.

"Terima kasih, Hanim pinjamkan separuh hati awak pada saya..."

THE END

Continue Reading

You'll Also Like

508K 20.4K 39
แด‹แด€ส€สแด€ แด˜แด‡ส€แด›แด€แดแด€ ssส€สœแด…แด‡แด‡ ๐‘ป๐’†๐’๐’ˆ๐’Œ๐’– ๐‘ธ๐’‚๐’š๐’” ๐‘ฌ๐’Š๐’“๐’ ร— ๐‘ต๐’–๐’“ ๐‘ซ๐’‚๐’“๐’š๐’”๐’”๐’‚ ๐‘ซ๐’Š๐’๐’…๐’‚ "ryssa sukakan abang" - ๐๐ฎ๐ซ ๐ƒ๐š๐ซ๐ฒ๐ฌ๐ฌ๐š ๐ƒ...
758K 40.4K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
1.4M 61.3K 60
*Bab 1-10 takkan ada perubahan. Bab 11 baru di edit menjadi chapter baru Aaira Nasrin | Luth Haiyyan Sempadan Malaysia Thailand menemukan Aaira dan L...
834K 84.6K 72
โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tunggu status buku ni dah complete baru bac...