๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐ง๐ข๐ฆ ๐„๐ซ๏ฟฝ...

By missdiraa

812K 30.2K 448

๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ‘ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž๐ฅ๐ฒ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐๐š๐ข๐ฆ ๐…๐š๐ž๐ž... More

MTHE
MTHE | PROLOG
MTHE | 1
MTHE | 2
MTHE | 3
MTHE | 4
MTHE | 5
MTHE | 6
MTHE | 7
MTHE | 8
MTHE | 9
MTHE | 10
MTHE | 11
MTHE | 12
MTHE | 13
MTHE | 14
MTHE | 15
MTHE | 16
MTHE | 17
MTHE | 18
MTHE | 19
MTHE | 20
MTHE | 21
MTHE | 22
MTHE | 23
MTHE | 24
MTHE | 25
MTHE | 26
MTHE | 27
MTHE | 28
MTHE | 29
MTHE | 30
MTHE | 31
MTHE | 32
MTHE | 33
MTHE | 34
MTHE | 35
MTHE | 36
MTHE | 37
MTHE | 38
MTHE | 39
MTHE | 40
MTHE | 41
MTHE | 42
MTHE | 43
MTHE | 44
MTHE | 45
MTHE | 46
MTHE | 47
MTHE | 48
MTHE | 49
MTHE | 50
MTHE | 51
MTHE | 52
MTHE | 53
MTHE | 54
MTHE | 55
MTHE | 56
MTHE | 57
MTHE | 58
MTHE | 59
MTHE | 61
MTHE | 62
MTHE | EPILOG
MTHE | EPILOG I
SPECIAL CHAPTER

MTHE | 60

9.3K 330 3
By missdiraa

"SAYA ada berita buruk dan berita baik." Ujar doktor itu. Namun begitu, riak wajahnya sukar untuk ditilik. Mendatar seakan-akan reaksi itu sama. Tidak menunjukkan sedih ataupun gembira.

"Saya nak dengar yang baik dulu." Tutur Efzan. Dia berdiri tepat di hadapan doktor itu setelah siang dan malam hanya menemani isterinya.

"Kami dah jumpa penderma untuk isteri Encik."

Ketika mendengar berita itu, senyuman penuh lebar terlakar indah dari wajah Efzan dan Puan Aminah. Hampir si ibu mengalirkan air mata kerana terharu dan gembira kerana ada insan yang mahu memberikan sebahagian hati kepada satu-satunya anak perempuan yang dia ada.

"Siapa?" Kerana teruja, Puan Aminah ingin tahu. Tetapi pada masa yang sama, hanya Hanim terlintas di fikiran itu.

"Itu..."

"Siapa? Hanim ke?" Puan Aminah terdiam sejenak. Tak mungkin sangkaannya meleset ke tempat lain. Hanya Hanim yang mahu menderma.

"Kami terima dua penderma yang sudi nak dermakan hati pada anak Puan. Tapi hanya seorang daripada mereka yang sepadan."

"D-Dua orang? S-Siapa?" Gagap. Dia tidak tahu langsung ada dua orang yang sudi. Tapi sayangnya, hanya seorang sahaja yang sepadan.

"Maafkan saya encik, kami dah buat ujian. Tapi hasil ujian tetap sama dan encik memang tak boleh jadi penderma." Beritahu doktor tersebut. Riak wajahnya kali ini begitu tegang. Tidak ada sama sekali secalit senyuman yang terlihat.

"Itu ke berita buruknya?" Efzan merenung dalam. Kecewa? Memang dia kecewa kerana dia berharap yang dialah akan memberi sebahagian hatinya kepada Dara tetapi semua itu hanya andaian semata-mata.

Doktor itu hanya mampu mengangguk.

"Habistu siapa penderma?" Puan Aminah angkat sebelah kening. Lagi-lagi Hanim yang berada dalam fikirannya. Tidak mungkin gadis itu..

"Apa yang Puan fikirkan, itulah jawapannya. Penderma taknak identiti dia diketahui oleh penerima sehinggalah proses pemindahan selesai." Jawapan tidak diberikan secara tidak langsung melainkan jawapan itu sendiri memang sudah diketahui oleh Puan Aminah.

Disebabkan itu, perasaan bersalah buatkan Puan Aminah tidak mampu mahu berhadapan dengan Hanim. Apatah lagi dengan keluarga gadis itu.

"Semua ni tak main-main, kan?" Masih tidak percaya. Tidak mungkin Hanim akan bertindak seperti itu.

"Saya tak main-main. Borang pun sudah ditandatangani oleh penderma. Hanya mencari tarikh untuk melakukan pembedahan." Jelasnya lagi.

Kali ini lutut Puan Aminah benar-benar bergetar.

"Efzan, ibu rasa bersalah.." Puan Aminah meluah rasa bersalahnya.

Hanim masih muda dan masih layak untuk hidup tapi kenapa hanya disebabkan Dara, gadis itu sanggup gadaikan nyawa?

"Lagi satu, penderma minta operation dijalankan lebih awal supaya dapat elakkan apa-apa insiden buruk terjadi pada penerima. Sebab kalau kondisi penerima dalam keadaan memburuk, secara tak langsung akan bagi impak juga untuk nyawa penderma."

"Maksudnya, nak kena cepat?"

Doktor itu angguk lagi kepala. "Penderma cadangkan minggu depan lebih cepat."

"Terlalu awal.." Bisik Efzan. Dia tahu bagaimana prosedur untuk sesuatu pembedahan. Kadangkala untuk melakukan sesuatu pembedahan perlu pemeriksaan yang mendalam dan teliti.

"Memang terlalu awal. Tetapi disebabkan mahu mengurangkan risiko, kita terpaksa awalkan untuk kesejahteraan semua. Berharap dua-dua akan selamat."

"Kalau operation ni diawalkan, dua-dua selamat, kan?" Puan Aminah menyoal kembali.

"Dengan izin Allah, dua-dua akan selamat."

SEPASANG mata sedang memerhati figura tubuh tua di hadapannya. Berdebar-debar seakan akan merasa malaikat maut bakal menjemput. Namun begitu, langkah tetap dibuka mendekati Tengku Nina yang masih kekal diam sambil menatap telefon pintar.

"Umi..." Panggilnya dengan nada lemah.

Tatkala mendengar suara itu, Tengku Nina tidak lagi menoleh ke kiri dan ke kanan. Terus sahaja kepala itu menoleh mengikut suara itu berasal.

"Umi sibuk?" Soalnya.

"Dah kenapa tiba-tiba tanya umi sibuk ke tak? Kalau sibuk, umi tak ada dah duduk dekat sini." Kata wanita paruh usia itu. Seperti biasa kalau dengan Hanim. Seperti peluru keluar.

"Umi, Hanim bukan nak ajak gaduh. I want to talk with you about something serious. Tak ada masa nak bergurau." Perubahan pada riak wajah Hanim buatkan Tengku Nina telan air liur kelat.

Tak pernah lagi dia melihat Hanim seperti ini. Serius.

"A-Apa dia?"

"Hanim minta maaf." Hanim senyum paksa. Kepala tertunduk tidak mampu melihat reaksi Tengku Nina.

"Kamu ni dah kenapa? Nak buat drama sedih ke?"

Hanim menggeleng.

"Habistu?"

Nafas ditarik lalu dihembus kasar.

"Hanim nak derma hati Hanim dekat orang lain." Beritahunya tanpa berlapik.

Membuntang mata Tengku Nina saat mendengar. Bahkan hampir gugur jantungnya angkara bait kata yang baru sahaja dilemparkan oleh Hanim. Dia tak salah dengar, betul?

"Hanim tahu kan apa yang kamu buat sekarang ni?"

"Tahu, Hanim tak gila lagi. I know what I did. Hanim dah agak umi akan marah."

"Ibu mana yang tak marah?! Kenapa buat sesuka hati tanpa umi dan abi tahu?!" Jerkah Tengku Nina begitu kuat buatkan kedua bahunya terhinggut.

Untuk pertama kalinya dia dijerkah seperti itu.

"Sebab Hanim tahu umi dengan abi takkan benarkan. Termasuk Naim..." Ucapnya begitu selamba.

"Habistu kalau Hanim tahu, kenapa buat jugak?!"

"Niat Hanim baik.."

"Niat?! Niat baik atau niat nak mati sebenarnya?!" Wanita itu membentak lagi. Kali ini disebabkan emosi yang tidak mampu lagi terkawal, Tengku Nina meluapkan segalanya.

Pada masa itu, Hanim hanya ketap bibir dengan rapat. Air mata merembes keluar apabila merasakan Tengku Nina tidak memahami apa yang dia rasakan.

"Hanim tak ada niat nak mati. Hanim cuma nak tolong or--"

"Tolong orang? Penat-penat umi melahirkan dan membesarkan kamu untuk teruskan hidup macam orang lain dekat luar sana tapi kenapa buat macam ni dekat umi? Tak rasa ke macam mana hati umi?" Tengku Nina tepuk dada dengan kuat. Kemarahannya seperti lava yang keluar dari gunung berapi. Menunggu masa untuk meletup.

"Ini niat Hanim, umi.. Niat Hanim untuk bantu orang. Niat Hanim baik.."

"Baik untuk dia tapi bukan baik untuk umi. Umi tak sanggup, Hanim.." Tengku Nina tetap gelengkan kepalanya.

"Minggu depan--"

"Batalkan.."

"Umi.."

"Batalkan! Tolong Hanim! Tolong! Umi taknak hilang anak umi.."

"Umi, kalau umi hilang Hanim. Umi masih ada anak-anak lelaki umi. Tapi, kalau umi ada dekat tempat seorang ibu yang cuma ada seorang anak. Umi boleh rasa tak macam mana perasaan seorang ibu tu?

Tengku Nina mengigit bahagian bawah bibirnya. Pujukan demi pujukan yang Hanim berikan kepadanya langsung tidak mempan. Tengku Nina tetap dengan egonya.

"Katakanlah umi ni memang pentingkan diri. Ya, umi sanggup tengok anak orang mati daripada tengok anak umi yang mati cuma nak selamatkan nyawa orang lain."

"Astagafirullahhal'azim umi.." Hanim raup wajahnya. Tengku Nina benar-benar melampaui batas.

"Umi tahu tak umi dah melampau?" Suasana semakin panas. Ekor mata Hanim kali ini benar-benar tertumpu ke arah Tengku Nina.

"Sebab siapa? Kalau Hanim tak buat semua ni, umi takkan marah dan umi takkan keluarkan kata-kata kesat ni. Sumpah! Umi kecewa! Kecewa bila dapat tahu anak yang aku kandungkan selama ni rupa-rupanya pijak kepala aku." Sinis. Terasa hati dicarik-carik dengan begitu kasar. Bukan kerana kata-kata sesiapa melainkan kata-kata seorang ibu.

"Kenapa umi macam ni? Mana umi yang Hanim pernah kenal dulu? Mana umi yang selalu lembut? Kenapa umi buat Hanim macam ni? Hanim cuma minta umi faham dan terima niat Hanim. Tapi kenapa perlu caci dan harapkan orang lain mati? Tak baik cakap macam tu. Sekurang-kurangnya umi doakan Hanim.."

"Umi patutnya doakan semuanya berjalan dengan lancar. Bukannya harapkan orang lain mati. Umi tahu kan doa seorang ibu tu mustajab. Macam mana kalau doa umi betul-betul jadi tapi bukan kena pada orang lain tapi terkena pada anak umi sendiri." Ujar Hanim. Hatinya semakin sakit apabila mengenang semula bait kata Tengku Nina yang sinis itu.

Dia boleh terima kalau Tengku Nina memarahinya tapi jangan libatkan orang lain.

"Niat Hanim baik. Hanim nak tolong orang, bukannya nak bunuh diri. Kalau niat Hanim nak bunuh diri, Hanim takkan datang jumpa umi untuk minta doa dan restu. Hanim dah lama mati kalau taknak hidup di dunia ni."

"Tapi lepas dengar umi kata Hanim ada niat nak mati. Rasanya lebih baik Hanim mati kan? Lepas tu umi tak payah fikir lagi macam mana nak rawat Hanim. Dari dulu Hanim menyusahkan keluarga.." Tangisannya lepas. Dia tahu kerana dirinya juga Tengku Raihan dan Tengku Nina banyak berkorban.

"Hanim tak minta. Hanim pun taknak susahkan keluarga. Mesti umi dah penat layan karenah perempuan mental macam Hanim ni. Tak habis susahkan keluarga, ditambah pula dengan perangai yang tak matang. Umi mesti dah penat.."

"Hanim.." Tengku Nina bagaikan tersedar daripada setiap perlakuannya tadi. Mengigil tubuhnya apabila melihat Hanim mengalirkan air mata itu.

"Hanim tahu umi dah penat. Penat hidup dengan Hanim yang degil dan nakal." Senyuman tetap terlihat walau jauh di lubuk hati tersimpan beribu kesedihan. Pasti Tengku Nina sudah lama bersabar dengannya.

"Umi mungkin tak boleh terima keputusan Hanim. Tapi tolong terima niat Hanim ya?" Tangan tua uminya dicapai lalu dikucup begitu lembut. Menitis air matanya membasahi kekura tangan itu.

Kerana itu juga, Tengku Nina terpaksa mengatup rahang menahan esakan. Bayangkan anak perempuannya datang dengan cara baik hanya kerana mahukan restu dan doa. Tetapi dia...

"Hanim sayangkan umi. Sayangkan umi lebih daripada diri Hanim sendiri." Luah Hanim. Kali ini nada suaranya seperti menahan esakan daripada terus menerus keluar.

"Kalau sayangkan umi, kenapa Hanim buat macam ni?"

"Sebab Hanim nak pahala yang Hanim dapat ni, Hanim dapat jadikan sebagai bekalan untuk umi dan abi juga di syurga kelak nanti."

"Naim dah tahu?"

Hanim senyum nipis. Melihat sahaja dari senyumannya, Tengku Nina sudah dapat menduga jawapan itu.

"Umi taknak disebabkan ini, hubungan kamu dengan Naim semakin renggang. Jangan pentingkan diri sendiri,"

"Hanim akan explain satu-satu. Insya Allah, Naim akan faham kenapa Hanim buat macamni."

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

224K 8.6K 65
๐‡๐ˆ๐‹๐Œ๐€๐ ๐ˆ๐’๐€๐€๐‚ ๐๐ˆ๐‚๐Š & ๐“๐”๐€๐ ๐๐”๐‘ ๐€๐Œ๐ˆ๐‘๐€๐’๐‡ ๐—๐€๐๐ƒ๐„๐‘ "๐•Ž๐•š๐•๐• ๐•’๐•๐•จ๐•’๐•ช๐•ค ๐•“๐•– ๐•ช๐• ๐•ฆ๐•ฃ ๐•ก๐•ฃ๐• ๐•ฅ๐•–๐•”๐•ฅ๐•š๐• ๐•Ÿ, ๐•„๐•ฃ๐•ค โ„•๐•š...
3.3M 292K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
758K 40.4K 79
TENGKU AREENA ARISYA seorang gadis yang mempunyai rupa paras wanita arab. Hanya melihat rupa paras sahaja sudah dapat membuat jejaka di luar sana tid...
609K 31.6K 66
๐™Ž๐™š๐™˜๐™ค๐™ฃ๐™™ ๐™จ๐™ฉ๐™ค๐™ง๐™ฎ ๐™—๐™ฎ ๐™š๐™ฎ๐™ง๐™š๐™จ๐™๐™–๐™– โžณ His Precious Flower ๐‘ท๐’‚๐’Š๐’ ๐’Š๐’” ๐’•๐’†๐’Ž๐’‘๐’๐’“๐’‚๐’“๐’š, ๐’๐’๐’—๐’† ๐’Š๐’” ๐’‡๐’๐’“๐’†๐’—๐’†๐’“ ; ๐™๐ก๐š๐Ÿ๐ซ๐š๐ง...