Love Lens

By MeIsDoremi

534 113 0

Dari sekadar trend Tik Tok, Mayaa berjumpa dengan seorang lelaki yang elok rupawan untuk dijadikan subjek fot... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

12

13 4 0
By MeIsDoremi

" Kirananya jantung atma juita,
Asmara hati yang sahaya pinta;
Saat sirna cahaya mata,
Rebah jua candra teruna."

@@@

" Eyh! Dah jumpa!" aku menyorak gembira.

Aku ambil secara cepat kapsul masa itu dan membuka botol kaca tersebut. Isi yang dikeluarkan dari botol itu berbalutkan kertas.

Kertas itu aku sumbat ke dalam beg dan di tangan aku terdapat pendrive kedua.

" Owh hampir lupa pasal kotak tu, inilah masanya nak uji otak bebal aku, " aku mengambil kotak tadi dan duduk di atas batu sungai dengan teruja. Aku menggantikan pendrive tadi dengan pendrive baru, setelah beberapa saat, ayat yang sudah dirungkai membolehkan aku baca isinya. Aku mula membaca isinya dengan teruja.

Hai, Naufal. Kau apa khabar? Mudahkan teka-teki tu? Heh! Aku kenal kau siapa. Ni aku saja nak bagitahu sebenarnya waktu kau dalam makmal aku curi kau punya Spaghetti dari adik kau. Waktu tu aku tak tahu yang kau abang dia. Kau jangan marah okay. Kirim salam adik kau.

Nota kaki yang aku baca itu buatkan aku terdiam namun dibawah nota itu masih berbekal ayat. Aku sambung melihat memikirkan akan ada teka-teki buat aku.

By the way, location for next key is under this sentence.






;DECODE;

Aku terdiam apabila melihat ruang bawah nota kaki itu kosong tanpa sebarang isi. Perasaan aku kecewa. Habis hilang perasaan teruja untuk menyelesaikan teka-teki yang kononnya akan muncul.

" Apa ni, kena scam ke? Tak ada pun ayat apa-apa, butang ke, simbol ke, untuk tekan" rungut aku sambil menunjukkan situasi itu pada Najdee di tepi aku. Wajah Najdee aku lihat ketika itu sedikit pucat dan berkerut. Dia merenung pesanan tadi lama.

Aku baru ingin bertanya soal kerutan wajah dia tetapi terhenti bila teringatkan ayat nota kaki tadi ada menyebut nama depan Najdee, Naufal Najdee. Dan ia membuatkan aku tertanya-tanya sama ada ayat itu ditulis khas oleh orang kanan dia. Apa hubungan dia dengan orang kanan tu sampai muka dia sedih macam tu? Apa yang terjadi?

Aku memerhati dia yang sedang termenung lama. Melihat dia berkerut buatkan aku rasa nak cakap 'tak apa Najdee, you're strong,' pada dia walaupun aku tak tahu situasi dia. Entahlah, sifat keibuan tiba-tiba muncul.

' cuba tekan decode tu dulu' isyarat Najdee itu buatkan aku tersedar ke alam nyata semula.

" Uh-Oh," aku menunduk memandang ke arah kotak semula dengan kekok dan menekan apa yang diminta Najdee. Sekelip mata pesanan itu berubah. Di bawah ayat tadi muncul satu kotak tulisan kontra dengan warna hitam kotak, tulisan di dalam kotak itu tertulis jelas.

System decoder, status: Done ( filter was remove)

" Owh! Dia guna negatif filter! Ayat tu takkan muncul kalau tak pakai negatif filter tu, patutlah kosong je ruang bawah ayat," ujarku teruja. Najdee hanya membalas dengan senyuman kecil namun sekejap sahaja ia kendur semula. Aku kembali fokus pada ayat tadi melihat reaksi acuh tak acuhnya, aku fikir positif yang mungkin dia tengah bersedih.

Hai, Naufal. Kau apa khabar? Mudahkan teka-teki tu? Heh! Aku nak bagitahu sebenarnya waktu kau dalam makmal aku curi kau punya Spaghetti dari adik kau. Waktu tu aku tak tahu yang kau abang dia. Kau jangan marah okay.


By the way, location for next key is under this sentence.

_...

Malamnya muncul kelip-kelip pelangi, dibelah pula kapal telusuri air yang tenang. Digelar Venice tapi jelas bukan, sedihnya pula air yang tidak dijaga, malang yang menimpa nyawa di bawahnya.

..._

;DECODE;

" Sungai Melaka?" aku menebak selepas termenung memikirkan jawapan. Najdee mengangguk dan aku bersorak kecil kerana jawapan aku tepat. Mayaa kau dah bijak! Terasa IQ meningkat bila dapat jawab soalan berkias macam ni.

' Mayaa, kau simpanlah dulu semua barang tu. Kita sambung nanti, kau pun belum makan tengah hari lagi tu.' Ayat Najdee buatkan sorakan aku terbantut. Aku sedar perangai dia seolah lari dari kebiasaan selepas membaca nota kaki tadi. Suasana bertukar janggal dengan sikapnya yang sebegitu. Sudah tidak seronok untuk aku mengusik dia. Pada aku walaupun kita baru kenal dua hari je, aku masih boleh perasan perubahan dia.

" Kau okay ke Najdee? Kenapa kau macam lain hari ni?" soalku prihatin. Najdee akhirnya mengeluh berat saat mendengar aku menyoalnya seolah ia satu beban yang dia tak boleh cerita.

" Kau tahu, kalau kau nak cerita aku sedia mendengar. Tapi kalau kau tak nak cerita, aku okay cumanya kau jangan pendam lama-lama, cari tempat kau boleh cakap masalah kau, kau cakap dengan anjing tadi pun tak apa," tanpa sengaja untuk pertama kali aku membuka sesi kaunseling pada roh. Dalam aku bercakap macam tu aku memasang standphone dan meletakkan telefon aku di situ. Kamera telefon masih menghadap kawasan Najdee duduk.

' Mayaa, aku...rasa bersalah,'

" uh-huh," aku mengangguk kepala aku laju. Mata aku setia melihat Najdee manakala tangan aku sudah membawa beg aku ke hadapan dan mengeluarkan segala barang, dapur kecil, keropok-keropok dan daging perap.

Apa? Dia yang cakap aku tak makan tengah hari lagi, aku pun tengah lapar tau!

Najdee melihat tingkah aku dengan wajah tidak percaya. Iyalahkan, orang nak buka sesi kaunseling, tapi kaunselor dia tengah bersiap nak makan depan pesakit. Kalau aku jadi kaunselor rasmi Malaysia, baru seminit dah kena tarik lesen.

" Apa? Aku lapar, kau sambung je cerita. Mata aku setia melekat pada kau Najdee, multi tasking, jangan risau," aku tergelak kecil, Najdee tersengih senget dan pasrah melihat tingkah aku.

'ikut kaulah, tapi kau jangan minta aku ulang lepas ni,' aku mengangguk lagi sejurus membuka plastik keropok jajan aku. Tangan aku ligat menyusun dapur kecil dan kuali. Apinya aku belum buka memandangkan aku nak dengar dahulu cerita Najdee.

' aku rasa bersalah dengan kau, sebab aku letak kau dalam situasi ni. Mayaa, kan aku cakap risiko untuk kes ni lagi kurangkan dari cari pembunuh aku?' Lah...ingatkan muka berkerut tu fikir pasal nota kaki. Rupanya ini je...

" Iya, kenapa pun? Kan aku dah setuju,"

' Itu sebab kemungkinan kau bertembung dengan musuh aku tu kurang, dia tak kenal kau, pembunuh aku tu hanya orang bawahan. Ketua dia aku sendiri tak pernah nampak muka lagi,'

" macam tengok panggunglah dengar cerita kau," aku lari dari topik sebentar untuk merancakkan lagi perbualan kami.

' kan? Macam cerita John wick Nak buat macam mana, hidup aku memang tak pernah normal. Sambung tadi, aku rasa bersalah sebab kau kena buat semua ni seorang, sebab ketua musuh aku tak tahu siapa kau. Dan sejarah aku jumpa kau pun tak pernah ada, kita jumpa hanya pakai kamera kau. Aku takut, kalau dia tahu kewujudan kau, kau akan dalam bahaya, tak kisahlah risiko rendah sekali pun dan aku tak boleh tolong kau sebabkan aku roh,' aku berhenti makan jajan aku.

" Kau nak risau apa? Mungkin musuh kau ni bahaya, sebab adik kau sendiri kata kau genius, maksudnya musuh kau pun mesti genius sebab kau pun tak nampak muka dia lagi. Tapi kau tahu tak, mulanya aku tak nak tolong kau tau, tapi cuba teka apa yang ubah fikiran aku? Bukan duit ya sebenarnya,"

' kalau bukan duit, apa?' Najdee bertanya dengan kerutan hensem di dahi.

" Aku tolong kau sebab Salwa minta tolong aku bersungguh-sungguh hanya untuk tolong kau. Duit tu dia sanggup naikkan setinggi yang boleh untuk minta pertolongan aku. Aku nak tolak tapi bila aku fikir yang tak ada siapa boleh nampak kau, dan mungkin hanya aku yang boleh nampak kau, kau akan rasa tersepit dan putus asa sebab tak ada orang lain yang kau boleh minta tolong. Perasaan hopeless tu aku pernah rasa, dan aku tak nak orang lain rasa. Sebab perasaan tu...sakit" aku melihat air yang mengalir di hadapan aku kemudian aku melihat Najdee dengan senyuman.

Najdee memandang aku dengan reaksi yang aku tak faham.

" sebab tu bila kau cakap benda ni bahaya tapi kau minimumkan risiko seboleh yang kau mampu, aku tak kisah nak tolong. Sorrylah, aku tunjuk sisi aku yang terdesak nak duit awal-awal tu. Tapi tu aku main-main, duit bukan segalanya untuk aku, tapi... masih duit tu penting" aku tersengih menyebut ayat terakhir aku. Mata Najdee seolah bersinar mendengar ayat aku dan aku terpaku melihat mata itu.

Dub!

Jantung aku terhenti seketika.

' aku faham... terima kasih. Dahlah, kau masaklah dulu. Pasanglah lagu kalau sunyi, aku masih dekat sini tau Mayaa kalau kau nak borak kecil. Tapi jangan sampai hangus daging tu,' Najdee memandang depan dia semula, kakinya dipeluk dan dia merehatkan dagunya di lutut.

Aku tersenyum kecil dan perlahan-lahan fokus aku bertukar ke daging perap aku semula. Aku teringatkan soalan yang dah lama aku nak tanya.

" owh, boleh aku tanya?"

Najdee melihat kamera aku semula.

" Siapa orang kanan kau?" wajah Najdee bertukar keruh kemudian dia tersenyum.

' Dia...kawan yang baik, nanti kau tahu,' ringkas dan beku jawapannya dengan muka yang kembali sedih. Aku tak tergamak nak tanya lebih-lebih.

" Arghh!!!" suara jeritan dari jauh menarik perhatian aku. Hati aku terdiam sejenak melihat seorang perempuan jatuh terlentang di atas air.

@@@




Noted;
Sebenarnyakan, cerita ni dah banyak bab. Tapi nak publish slowly sebab sukahati sayalah.😆🤭

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 170K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally ❣️ Cover credit...
4.7M 299K 108
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
3.7M 293K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
3M 115K 32
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...