Love Lens [HIATUS]

By MeIsDoremi

803 116 0

Kau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku c... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

11

19 5 0
By MeIsDoremi

" Autumn is Orange, meeting you is strange,
Winter is Blue, smiling with high value,
Summer is Yellow, hugging it like a pillow,
Spring is Green, missing you my Queen,"

@@@

Selepas beberapa jam aku memandu, akhirnya aku tiba di Lata Medang. Selesai menguruskan permit kemasukan aku berjalan ke Lata Medang, Kuala Kubu Bharu.

Komuniti yang hadir di situ semua tersenyum menyapa saat terlihat aku yang baru tiba. Menjadi satu adab yang baik antara orang lain.

" Taklah susah pun jalan dia ni," komenku saat kaki semakin hampir ke arah air terjun.

Aku menghembus nafas lega.

Ketika aku berjalan, aku cuba mengingati semula semua perkara yang berlaku pada aku dari awal pertemuan Najdee sampailah sekarang. Aku tak tahu kenapa aku rasa sunyi berjalan seorang disini.

Nak buat macam mana, aku yang memandu kereta tu seorang. Nak jenguk kelibat Najdee aku tak boleh pegang kamera atau telefon waktu memandu.

" Akak seorang je ya?" Seorang gadis yang bertubuh kecil seperti aku menyapa. Mengejutkan aku dari lamunan sendiri. Ditangannya terdapat bunga berwarna merah cair disorok belakang tubuh. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Siapa pula ni?

" Owh, kalau macam tu saya saja bagitahu, kalau akak perlukan pertolongan apa-apa nanti, boleh je datang dekat kumpulan saya, saya berkelah dekat sini," Aww, prihatinnya. Aku tersenyum lebih lebar, tak sangka rakyat Malaysia macam ni.

" Terima kasih, insyallah. Kalau ada apa-apa saya minta bantuan siapa-siapa,"

" Sama-sama, bukan apa, kita perempuan kena jaga perempuan. Saya tengok akak dari tadi jalan seorang, jadi saja menyapa,"

" Bagusnya...thank you again, tak apa, dont worry. Akak, okay." Dia tersenyum.

" Dahlah akak, saya gerak dengan kumpulan saya dulu, sungai depan tu je. Apa-apa maklumkan!" Gadis itu menjerit dan berlari ke arah kumpulan di hadapannya. Sebaik itu aku lihat mereka mula bergelak sakan.

Bunyi air sungai menyapa telinga aku selangkah aku mendekati. Aku pun terasa ingin berlari teruja seperti gadis tadi saat mendekati sungai tersebut.

Tatkala itu iris mata aku membesar saat aku melihat air terjun itu

" cantik, Subhanallah..." Sejurus aku mengucap kalimah suci itu tiba-tiba kepala aku sakit. Tanpa sedar mata aku semakin kabur dan setitis air mata jatuh mengalir sekali kedalam sungai.

" Eh, kenapa ni?" aku menyedari keadaan aku dan mengelap air mata aku secepatnya. Habuk mungkin.

Mungkin...? Ah, Mayaa jangan fikir sangat, kau datang sini pun sebab kerja.

Selepas keadaan kembali reda, aku terus berjalan mendekati sungai dan membuka kamera aku, Najdee sedang memerhati anjing-anjing yang berkeliaran di situ.

" Najdee, Hai!" dia berpaling melihat aku tanpa bercakap.Anjing itu pula sibuk menyalak ke arahnya seolah tahu yang Najdee berada di situ.

Nasib aku bercakap dengan Najdee pakai kamera telefon, sekurang-kurangnya orang lain di sekeliling aku akan hanya menganggap aku ingin mengambil gambar pemandangan atau aku tengah buat panggilan video. Taklah nampak macam orang gila cakap seorang.

Aku melihat sekeliling kawasan, tempatnya tidak terlalu lengang atau sibuk. Tempat untuk duduk juga banyak pilihan. Ini bukan kali pertama aku pergi tempat macam ni, biasanya dengan kawan aku. Tapi tulah, semua dah sibuk dengan hidup masing-masing. Aku macam teringat yang aku pernah pergi sini dengan seorang lelaki, tapi siapa eyh?

Ah, Mayaa! Tu tak penting sekarang!

Aku kembali fokus. Kakiku dibawa melangkah mendekati Najdee dan sekelip mata anjing itu terus bertukar manja. Melihat keadaan itu aku terasa aku the chosen one. Muahahahahah!

Eh, Ehem! Sambung cerita, aku memandang Najdee semula dan dia turut memandang aku.

' bagi anjing tu makanan' laju sahaja dia mengarah aku. Aku menjelingnya, aku yang penat berjalan dia yang sibuk mengarah kita. Tahulah apa aku nak buat!

Aku teringat makanan anjing yang ada di dalam beg. Salwa yang sediakan semuanya dalam beg yang aku bawa ni. Macam tahu-tahu je ada anjing dekat sini.

" Anjing, makan jauh-jauh dari aku, nanti aku kena sertu baju ni. Saja nak bagitahu aku ni pemalas tahap maksima. Bab mencuci bukanlah bakat untuk aku,"aku mulakan sesi bebelan aku.

" Hah, Pak Tompok! Sini makan ni, jangan sombong! Maaflah tak bawa perisa beryls punya, beryls hanya untuk aku," Aku menghulur hulur lengan aku pada seekor anjing bertompok dari jauh.

Datang pula seekor anjing putih cuba menggesel tubuhnya pada aku.

" Argh!" Aku terjerit kecil dan sempat mengelak anjing tadi. Fuh nasib baik...

" Eh, hang putih! Jangan gesel badan hang dekat aku noh! Badan hang basah mu tahu dok, kena ayaq! Ate nak makan ni, kamu duduklah jauh sikit!" Semua loghat aku campur. Telinganya aku pukul perlahan dengan peket makanan tadi.

Selepas agak lama aku memberi makan pada anjing-anjing di situ tiba-tiba ada seekor anjing berwarna hitam menghidu-hidu tangan aku. Makin aku jauhkan tangan dia makin kejar. Tangan aku didekatkan pada hidung.

Bau makanan anjing tadi ke? Aku menghidu tangan aku.

" Tak pun..."

' Mayaa bawa keluar kotak tu, pasang pendrive pertama dan tekan nombor lima,' Najdee yang dari tadi tidak membantu mengarah aku lagi dan kali ini aku hanya menuruti tanpa banyak songeh.

Tenaga aku dah habis nak membebel dalam hati.

Najdee mengingatkan lagi supaya aku menekan nombor lima. Mulanya aku tak memahami apa yang dimaksudkan dengan nombor lima dan kenapa, namun selepas aku menekan nombor lima di atas skrin kotak itu seperti yang dipinta, beberapa ayat muncul.

Wuf! Wuf!

Anjing di seberang sungai memanggil-manggil aku tapi aku mengendahkan kerana perkara di depan aku lebih penting.

"Najdee..." aku memanggil Najdee untuk menunjuk apa yang tertulis.

Lata Medang- Status: Arrived

One kindness is a charity,

After second is sincerity,

Make it third, body that contain generosity,

Around all that, fourth, five and sixth

Are just about location,

That require people having access,

To the secret of successful teapot.

Aku mengerutkan dahi membaca ayat itu.

"Apa maksudnya ni, kenapa kotak ni tak selesaikan mesej ni macam sebelum ni?" aku bertanya atas perasaan ingin tahu sambil memandang Najdee yang setia di tepiku.

Taklah hebat pun kotak ni kalau kena buat teka teki macam ni jugakan?

Najdee kemudian memandang aku dan terus memandang langit yang terbentang luas di atas.

'kiblat' ujarnya ringkas.

Huh? Kenapa kiblat tiba-tiba ni?

" tak faham, terangkan," soalku.

' ni teka teki, jawapan dia kiblat'aku terkedu, ini teka-teki? IQ kau berapa ratus Najdee sampai teka teki macam ni kau jawab sekejap je?

Wuf! Sekali lagi anjing itu menyalak namun tetap aku tak kisah.

'ayat ni memang untuk diselesaikan sebab mudah untuk aku, orang kanan aku tahu aku boleh selesaikan ni sekejap sebab tu dia buat ayat petunjuk untuk susahkan musuh dapat kunci tu. Bagi ayat ni pula, kau tengok setiap perkataan yang aku tunjuk ni, ingat dan perhatikan...' Najdee sambung sambil berjalan ke tepi aku dan satu persatu perkataan dia tunjuk.

One kindness is a charity,

After second is sincerity,

Make it third, body that contain generosity,

Around all that, fourth, five, sixth,

Are just about location,

That require people having access,

To the secret of successful teapot.

' kalau disusun setiap permulaan huruf sama ada inggeris atau melayu,

1. K indness - Kebaikan

2. I s - Ialah

3. B ody - Badan

4. L ocation - Lokasi

5. A ccess - Akses

6. T eapot - Teko

kau dapat perkataan sama, K.I.B.L.A.T,'
Mulut aku meng'owh' kan tanpa bunyi. Kagum. Kalau aku yang kena cari ni, sesaat lepas tu aku tinggalkan kotak ni. Dari situ aku kagum dan setuju dengan Salwa yang Najdee seorang genius.

" So maksudnya sekarang kita kena cari kiblatlah ni?" aku menyambung perbincangan.

' ya, dan pergi ikut arah tu, guna kotak ini nak cari kawasan kapsul masa berlangsung kunci tu, kotak ni boleh tracking kunci tu,'

" Oh okay, faham..." sejurus itu aku menggantung kamera aku, membuka aplikasi kiblat di telefon dan aku ligat mencari arah kiblat.

Wuf!Wuf!

Ya Allah, Anjing itu dari tadi setia memanggil aku. Haihlah...

"Ia sayang, kejap. Kejap lagi saya main dengan awak ya anjing-anjing comel sekalian." Omelku saat masih tekun mencari arah kiblat dan secara tiba-tiba anjing yang tadi menyalak menggigit kain jaket yang aku pakai di bahagian pinggang dan menarik-narik aku. Aku cuba menarik semula jaket aku dan akhirnya aku berjaya.

"Erk! Kena sertulah jawabnya jaket ni..." aku tidak terus melenting pada anjing itu. Iyalahkan, dia haiwan tak berakal. Kita yang berakal kena lagi faham.

Memandangkan anjing itu tidak berhenti memanggil aku, perhatian aku teralih kepada anjing tadi dan anjing itu berlari ke satu arah dan berhenti di satu batu sungai yang agak sederhana besar. Kemudian dia menyalak-nyalak lagi memanggil aku mendekatinya.

Aku yang keliru melihat anjing itu kemudian terlihat skrin telefon aku semula dan tersedar arah anjing itu berada sama seperti arah kiblat yang ditunjukkan.

" Macam mana anjing ni tahu?" soalku pelik.

Telefon aku terus disimpan. Kotak yang aku simpan di dalam beg tadi terus aku bawa keluar semula. Kawasan anjing itu berdiri aku dekati. Anjing itu menghidu-hidu batu tersebut dan aku meletakkan kotak itu di atas batu itu secara berhati-hati.

Tit!

+You have arrived, hidden key spot +

" Najdee..." bisikku sambil membuka kamera aku.

' kunci tu mungkin bawah batu tu,' Aku memandang sekeliling dan selepas memastikan tiada orang yang memberi tumpuan kepada aku, dengan sekali tolak, batu tersebut teralih ke tepi.

Selesai batu itu teralih, anjing tadi terus menggali-gali tanah di bawahnya. Satu botol kaca berada di bawahnya.

" Eyh! Dah jumpa!" aku menyorak teruja. Akhirnya kunci ni datang juga dekat aku. Perasaan lepas bermain dengan akal itu seolah aku mendapat segulung ijazah. Anjing itu aku berinya makanan secepatnya.

@@@

Continue Reading

You'll Also Like

3.4M 38.8K 31
Diana is an 18 year old girl about to start her senior year until she bumps into a woman at the bookstore who has quite the personality. The woman ta...
4.3M 236K 49
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
645K 28.6K 41
ဒီဇတ်လမ်းလေးကတော့ ချမ်းသာတဲ့အလွှာကြားက စုံတွဲတစ်တွဲရဲ့အိမ်ထောင်ရေးပဏိပက္ခတွေအကြောင်းကိုရေးဖွဲ့ထားတာပါ။ မိန်းခလေးတိုင်းရဲ့ အိမ်မက်ကချမ်းသာတဲ့အမျိုးသား...
813K 35.4K 57
"Mujhe jhelna mushkil hai nader," she said with a smile while her gaze was fixed on the table. ("It's difficult to tolerate me, Nader") "Main jhel l...