๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๏ฟฝ...

By missdiraa

1M 38.2K 1.3K

๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ... More

TENGKU HAFFAZ DAIYAN
MTHD | PROLOG
MTHD | 1
MTHD | 2
MTHD | 4
MTHD | 5
MTHD | 6
MTHD | 7
MTHD | 8
MTHD | 9
MTHD | 10
MTHD | 11
MTHD | 12
MTHD | 13
MTHD | 14
MTHD | 15
MTHD | 16
MTHD | 17
MTHD | 18
MTHD | 19
MTHD | 20
MTHD | 21
MTHD | 22
MTHD | 23
MTHD | 24
MTHD | 25
MTHD | 26
MTHD | 27
MTHD | 28
MTHD | 29
MTHD | 30
MTHD | 31
MTHD | 32
MTHD | 33
MTHD | 34
MTHD | 35
MTHD | 36
MTHD | 37
MTHD | 38
MTHD | 39
MTHD | 40
MTHD | 41
MTHD | 42
MTHD | 43
MTHD | 44
MTHD | 45
MTHD | 46
MTHD | 47
MTHD | 48
MTHD | 49
MTHD | 50
MTHD | 52
MTHD | 53
MTHD | EPILOG
SURAT CINTA HAFFAZ
E-BOOK HAIRA

MTHD | 51

8.7K 289 10
By missdiraa

"EH, mak buyung ni kenapa tercegat je kat sini, taknak masuk dalam ke?" soal Puan Qaira saat melihat anak buahnya sedang duduk sambil memerhati anak kucing sedang bermain-main di halaman rumah ibu saudaranya.

"Nanti, Risa nak tengok dulu anak kucing ni bermain. Comel je" kata Darisa. Tangan naik membelai bulu-bulu panjang mereka. Lembut.

"Alahai, dulu bukannya takut kucing ke. Ni apasal pula suka sangat kucing ni, pembawakan budak ke?"

Darisa tertawa. "Yelah tu kut, mommy"

Puan Qaira turut tersenyum, perlahan-lahan wanita itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Darisa. Bibir menarik senyuman menatap gadis itu.

"Tak sangka tinggal beberapa bulan lagi Risa nak bersalin... Tak sabar nak angkat cucu" ujar Puan Qaira penuh teruja. Tangan tua itu perlahan mengusap perut Darisa yang sudah membuncit.

Hanya sekelip mata, usia kandungan sudah mencecah tujuh bulan. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana doa dan nasihat doktor. Darisa masih bertahan dan masih berjuang dengan penyakit kansernya.

Pernah juga beberapa kali mengalami pendarahan. Tetapi mungkin disebabkan semangat yang ada dalam diri bakal ibu itu. Darisa dapat menghadapinya.

"Mommy tak sabar apatah lagi Risa..."

"Risa dah tahu ke gender baby?" Puan Qaira mula tertanya-tanya. Nak beli barang bayi ni, kalau dah tahu jantina, senang sikit nak cari.

"Dah..."

"Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan"

Meloncat teruja Puan Qaira dengar, tidak henti-henti senyuman terukir di wajah tua wanita tersebut. "Ada lah princess kat rumah ni"

"Dah bagi nama ke?"

Darisa tundukkan kepalanya. Sekali lagi dia mengusap perut itu.

"Mommy okay tak kalau Risa bagi nama dia Haira Aleena..."

"Haira Aleena?"

Gadis muda itu menganggukkan kepalanya.

"Maksud nama tu?"

"Haira bermaksud kebaikan, Aleena bermaksud sutera syurga ataupun lemah lembut" tutur Darisa penuh ceria. Entah sejak dulu lagi dia suka dengan nama itu. Memang hasratnya ingin memberikan nama itu untuk anak-anaknya.

"Haura, Haira... Amboi dah hampir sangat dengan nama Umi dia..." seloroh ibu saudaranya. Terkekeh kecil Darisa mendengar.

"Takpelah, Risa kan Umi dia..."

"Hm, mana-mana Risa ajelah. Sedap juga kalau dengar. Nanti mommy nak panggil dia Aira je lah"

Darisa tersenyum. Tidak kesahlah orang nak panggil anaknya dengan panggilan apa. Asalkan bukan menjurus kepada maksud yang buruk.

Belum sempat melakukan apa-apa, tiba-tiba bunyi hon kereta sudah kedengaran. Dua wanita ini terus menolehkan kepalanya ke arah suara itu.

"Dah sampai lah tu..." Puan Qaira segera bangkit dari tempat duduknya. Membantu Darisa untuk turut bangkit. Dah sarat mengandung, kekadang susah sekali nak bangun.

"Boleh jalan?"

"Boleh..." walaupun kaki bengkak, Darisa gagahkan diri untuk berjalan sehingga ke pintu pagar utama. Kelihatan susuk tubuh suaminya sedang berdiri bersandar pada kereta berjenama Porsche Panamera itu.

"Hati-hati balik tu" pesan Puan Qaira sebaik melihat anak buahnya memasuki perut kereta mewah itu.

"Ya mommy, nanti kalau ada masa Risa datang lagi ye..."

"Hm, datang lah bila-bila masa... Mommy tunggu" sahutnya. Tangan naik melambai-lambai Darisa yang berada dalam kereta.

Sementara itu, Darisa pula diam membisu. Namun senyuman tidak henti terlakar di wajahnya. Walaupun separuh wajahnya ditutupi dengan purdah, Haffaz masih bisa membaca raut wajah gadis itu.

"Borak apa dengan mommy tadi?" lelaki itu mula menyoal.

"Borak pasal anak"

"Ouh" Haffaz mampu meng'oh'kan sahaja. Fokus dengan pemanduannya. Darisa sempat kalih wajah melihat lelaki di sampingnya. Entah mengapa dia merasakan ada sesuatu yang tak kena.

"Abang okay tak ni, kenapa banyak diam?" Darisa sentuh paha Haffaz. Kalau ada masalah, dia nak dengar.

"Takde, banyak kerja je tadi" tutur lelaki itu. Senyuman nipis cuba dipamerkan. Tetapi wajah itu tidak dapat menipu Darisa.

Pasti ada sesuatu.

"Takkan kerja, abang kan dah lama hadap kerja banyak. Mesti ada masalah lain kan?"

Haffaz menggelengkan kepalanya. "Takda sayang"

Kepala isterinya dilitupi dengan tudung diusap lembut kemudian ditarik perlahan agar dapat mencium dahi Darisa. Kemudian, tangan wanita itu pula digenggam erat.

"Peliklah suami saya ni... Kenapa? Takut kasih sayang berubah ke bila anak keluar nanti?" gurau si isteri.

Saat mendengar gurauan isterinya, Haffaz tertawa kecil. "Buat apa takut, anak bukan saingan abang, Haura... Takda makna nak cemburu dengan anak"

Darisa menjegilkan matanya ke atas. Huh, Iyalah tu.

"Nanti bila Haira keluar, jangan gaduh dengan Abi tau" kata Darisa sambil usap perut itu. Seolah olah bercakap dengan bayinya.

Mendengar nama 'Haira', Haffaz terus mengerutkan dahi. Kali ini dia tenung betul isterinya di sebelah. "Haira? Siapa Haira?"

"Haira, anak kita lah..." balas Darisa selamba. Terhambur tawa Haffaz ketika itu.

"Tak bincang dengan abang pun, tiba-tiba nak bagi nama Haira.."

"Ala, bolehlah. Comel kut, lagipun makna dia cantik" rayu Darisa. Mak-mak mood merajuk tiba-tiba muncul.

"Abang baru kira nak namakan dia, Tengku Nurul Mawar Puteri Mikayla Nay--"

Pap! Satu tangan menghempuk kuat bahu bidang Haffaz sehingga menghasilkan bunyi kuat.

"Ya Allah, terseksa lah anak tulis nama nanti. Lagipun bukannya puteri raja sampai nak bagi nama panjang-panjang kat situ" omel Darisa geram. Suka hati aje nak letak nama anak panjang, mengalahkan puteri Raja.

"She's our princess, biarlah panjang-panjang"

"Abang..." Darisa merenung tajam wajah lelaki itu.

"Okay, okay... Joke sayang, joke..."

"Gurau tu pun bertempat juga. Tak kene tempat betul lah..." marahnya lagi. Nafas dihela panjang, bawa bertenang Darisa.

Sepuluh minit kemudian, Darisa kembali mengerutkan dahi. Jam yang ada di pergelangan tangannya dikerling.

"Abang sesat ke apa? Kita nak balik rumah je pun, kenapa lama sangat?"

"Kita tak balik rumah, abang ada kerja kat Ipoh, jadi kita terus pergi sana" tutur lelaki itu penuh tenang. Pada masa yang sama, berita itu membuatkan Darisa terkaku.

"Saya mana ada bawa baju. Tudung, baju jubah saya semua masih kat rumah. Saya nak pakai apa kat sana nanti?"

"Abang ada bawa baju sayang, jangan risau. Aku ni taklah bodoh sangat nak bagi bini pakai baju tak cukup kain" katanya. Hilang sudah panggilan 'abang' itu.

"Kalau kurang satu, saya kerat-kerat awak nanti"

"Jangan sayang, kesian anak kita... Nanti orang tanya anak, kenapa ayah dia mati. Pastu anak jawab, Umi kerat-kerat Abi sebab kurang satu baju je"

Darisa gelak besar. Bila masa pula laki aku jadi pelawak ni. "Masuk Maharaja Lawak lah, abang collab dengan Zizan Razak ke, Johan ke kalau tak pun dengan Atu Zero..."

"Tak payah, cukup jadi penghibur untuk sayang. Tak nak jadi penghibur orang lain" katanya dengan sengihan di wajah.

"Nak jadi suami mithali ke tu?"

"Habistu nak jadi suami apa?" Haffaz angkat sebelah keningnya. Kalau tak jadi suami mithali apa? Suami dayus. Oh, cukuplah dia sudah merasa berdosa dengan kesalahan dulu.

"Suami kesayangan lah. Suami mithali kan dah ramai kat luar sana. Abang jadi suami kesayangan"

Lebar terus senyuman Haffaz ketika mendengar. Semakin erat dia menggengam tangan isterinya. "Dah pandai buat ayat manis, siapa ajar?"

"Bekas kekasih..."

Membulat mata lelaki itu, "Adryan?!"

"Eee, apa pula kesana. Bukanlah!" Darisa hempuk paha lelaki itu. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu, lagipun dia taknak dengar lagi. Anggaplah orang tu sudah takda.

"Habistu?"

"Dia dah jadi suami pun"

Haffaz mengerutkan dahi. "Aku?"

"Aku... Aku... Iyalah, kaulah" Darisa menggunakan perkataan 'kau' membuatkan Haffaz terkilan. Bapaklah bini aku dah pandai ber 'kau' 'kau'.

"Ya Allah, angin apa rasuk bini aku ni sampai macam ni. Kalau aku tahu lah kau macam ni, taklah aku buat kau mengandung"

Darisa tekup mulut suaminya dengan laju. Haih, geramnya!

"Mulut tu Ya Allah! Sedar sikit, anak dengar..."

"Jangan guna 'aku' 'kau', abang tak suka. Lain, macam bukan bini je"

Darisa hela nafas panjang. Menahan gelak aje dari tadi. Tak sah kalau tak buat lawak.

"Tidur lah, nanti sampai abang bangunkan. Nak didodoikan lagi?" gurau Haffaz sambil menatap isterinya.

"Tak payah, saya boleh dodoi diri sendiri" Darisa pejam mata sambil satu tangan melekap di bahagian perutnya. Sudah menjadi habit sepanjang tempoh kehamilannya.

Haffaz pula sama sekali tidak menunjukkan sebarang respon. Tangan isterinya masih digenggam erat, nak taknak Darisa pasrah. Melelapkan mata, lagipun tubuh lemah itu tidak dapat bertahan lama, selalu memerlukan masa untuk berehat.

"KENAPA ni?"

Haffaz terbangun dari tidurnya saat menyedari Darisa sejak tadi hanya berguling-guling membetulkan posisi.

"Belakang saya sakit..." tutur Darisa bernada lemah. Sejak kandungannya semakin membesar, seluruh tubuhnya terasa sakit.

Lantas itu, Haffaz menarik lembut tubuh kecil isterinya. Bantal peluk di letakkan di belakang Darisa lalu membiarkan gadis itu menghadap ke arahnya.

"Sekarang dah tak sakit?" soalnya.

Darisa senyum, "Dah kurang..."

"Kenapa diam-diam tadi, kalau sakit bagitau abang" tegur lelaki itu. Kalaulah dia tak bangun tadi, entah-entah Darisa menangis sebab sakit belakang aje.

"Saya taknak kacau abang tidur lagipun abang tidur lewat semalam..."

"Tak kacau pun, sayang tanggungjawab abang. Apa-apa yang jadi, abang kena tahu" lelaki itu berkata sambil berbisik. Dia menatap wajah isterinya penuh perhatian, pinggang langsing Darisa turut dipaut lembut.

"Untunglah Haira ada Abi macam abang ni kan" Darisa tersengih lebar. Sepasang anak mata berwarna hazel itu merenung tepat ke dalam anak mata berwarna coklat di hadapannya.

"Haira apa? Takkan nama anak kita Haira je, lah tak glamour lah" cebik Haffaz. Nama anak pun boleh jadi bahan perkelahian.

"Tengku Haira Aleena, Tengku tu takkan tinggal, sebab Abi dia ada Tengku... Abang tak payah lah nak mencebik sebab nama anak je" omel Darisa. Geram.

Haffaz ukir senyuman. Bibir merah tipis itu perlahan-lahan dilabuhkan di atas dahi licin isterinya. "Abang gurau je, abang tak kesah nama anak kita apa. Asalkan anak dan Umi dia sihat..."

"Abang..." Darisa memanggil suaminya.

"Yes, My Haura?"

"Nanti saya bersalin, abang teman boleh?" pintanya.

"Boleh sayang, anything for you..." lembut dia membalas. Memang selama ini dia berhasrat untuk menemani isterinya di dalam labour room.

"Nak peluk boleh?"

"Kan abang dah kata, anything for you" Haffaz menjawab seraya memeluk tubuh Darisa, kepala isterinya disembamkan di atas dada bidangnya.

"Abang masih sayangkan Inara?" soalan tidak dijangka tiba-tiba meniti di hujung bibir Darisa membuatkan Haffaz terkilan. Laju Haffaz mengalihkan pandangannya ke arah sang isteri.

"Apasal tanya?"

"Takda lah, saya cuma nak tanya. Kan abang dengan Kak Nara dah lama bercinta, mesti susah nak move on... "

Haffaz menghembuskan nafas kasar, "Anggap jelah abang dengan dia dah takda jodoh. Allah lebih takdirkan abang dengan sayang daripada dia, takpelah. Now she's already gone, abang maafkan jelah apa dia buat dekat abang. Manusia kan, manusia takkan lari dari berbuat silap"

Lagi-lagi Darisa tersenyum lebar. Mata masih segar bugar melihat wajah tampan lelaki di hadapannya. Haffaz pula sudah hampir terlelap asyik melayan si isteri bercakap.

"Tidurlah Haura, abang penat ni... " pinta lelaki itu. Bahu Darisa ditepuk-tepuk lembut, macam tengah dodoikan anak pun ada.

"Abang tidurlah, saya nak kelu--"

"Nak keluar pergi mana?" kelopak mata terbuka luas. Haffaz kuatkan pelukannya itu.

"Saya nak ambil air, haus..." beritahunya.

"Biar abang ambilkan" dengan rela hati, Haffaz bingkas bangkit dari pembaringannya. Namun, Darisa lebih pantas menarik lengan suaminya.

"Saya boleh ambil sendiri, abang rehatlah" katanya. Bukannya apa, dia dah cukup kasihan dengan Haffaz. Kerja tak pernah berhenti, adakalanya terpaksa berjaga.

"Sayang pregnant, duduk sini diam-diam, jangan lari. Kalau bergerak satu langkah, jangan harap abang lepaskan" bicara lelaki itu berbaur sedikit amaran. Darisa teguk air liur berkali-kali. Hm, dengar tu arahan dia, Darisa.

Darisa diam tidak berkutik. Langkah suaminya dipandang begitu sahaja, dalam hati penuh dengan kesyukuran. Syukur kerana Allah SWT masih memberikan keizinan kepadanya untuk melihat Haffaz di depan mata.

"APA ni?" terkebil-kebil mata Haffaz ketika melihat dekorasi bilik hotel yang dipenuhi dengan belon berwarna hitam putih sekali dengan banner yang tertulis 'Happy Birthday'

"Lupa birthday sendiri ke?" tutur Darisa sambil menghalakan kek red velvet ke arah suaminya. Itulah terlalu banyak kerja sampaikan hari ulang tahun sendiri boleh lupa.

"Birthday? Hari ni tanggal berapa?" Haffaz mengerutkan dahinya. Terus jam yang tersarung di pergelangan tangannya dikerling.

"Tanggal tujuh..."

Haffaz tepuk dahi. Boleh-boleh pula lupa.

"Apapun, isteri awak ni nak ucapkan selamat ulang tahun--"

"Jap! Ulang balik, abang nak record" cantasnya seraya mengeluarkan telefon pintar dalam poket slek hitam itu.

"Dah record?"

"Hm, dah..."

Darisa hela nafas panjang, bibirnya menarik senyuman. "Haffaz, isteri awak nak ucapkan selamat hari jadi, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki. Jadi Abi yang baik untuk Haira, jadi suami yang baik untuk Haura, jadi anak yang soleh untuk Umi dan Abi. Jangan kuat marah, ingat pesan isteri awak ni, solat kena jaga, iman kena teguhkan. Kalau ada masalah, cari Allah..."

Pesanan Darisa membuatkan Haffaz tersengih sendiri semasa merakamkan adegan itu. Comel aje tengok isterinya berkata-kata.

"Satu lagi saya nak kata. Saya cintakan awak..."

"Saya tahu kita bertemu bukan sebab cinta. Tapi saya yakin, pertemuan kita tu takdir. See, we already had Haira in our life..." bicara gadis muda itu sambil mengusap-usap perutnya. Kehadiran anak itu benar-benar memberikan kebahagian buat Darisa.

Kerana anak itu adalah bukti cinta mereka.

Usai sahaja memberikan sepatah dua kata, Haffaz menghentikan rakamannya. Langkah diatur mendekati Darisa lalu mendakap tubuh kecil itu. Sekali-sekala dia mengucup dahi licin wanitanya.

"I love you too, sweetheart..." dia berbisik tepat di dalam pendengaran Darisa. Darisa hanya mampu tersenyum, membalas pelukan suaminya.

Ya. Dia perlu nikmati pelukan ini.

Pelukan kehangatan yang diberikan oleh Haffaz akan menjadi satu-satunya yang dirindukan.

BERSAMBUNG

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 49K 53
Cinta yang berputik selepas berkahwin lebih suci.Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga menyebabkan amukan dari kedua-duanya.Tetapi,kerana satu insi...
564K 6.9K 9
"Nama aku Khair. Arzen Bilal Khair."-๐€๐‘๐™๐„๐ ๐๐ˆ๐‹๐€๐‹ ๐Š๐‡๐€๐ˆ๐‘ Dia seorang petarung handal. Dakar tiada gentar. Rasa megah mengalir dalam dara...
2M 87.3K 57
[COMPLETED] 1st story Song: Dirgahayu by Faizal Tahir & Siti Nurhaliza Sudah 13 tahun berlalu. Jarak yang memisahkan mereka buatkan dia bahagia dan...
1.4M 17.4K 8
[COMPLETED] "You don't know me well."